Nuffnang Ads

Friday, June 27, 2014

Salam Ramadan - Jom berkongsi tips sempena menjalani ibadah puasa



Berpuasa  adalah  merupakan satu proses detoksifikasi  iaitu proses  pembuangan toksin (kotoran) dari tubuh badan.  Bila perut direhatkan melebihi  8 jam, detoksifikasi akan berfungsi secara baik.  Bulan Ramadan  ini secara langsung  membantu  perut kita  untuk berehat dan meningkatkan daya tahan tubuh kerana manusia mempunyai kemampuan terapi secara semulajadi.  Semoga  setiap  dari kita akan kembali sihat  segar  dan dapat meningkatkan  amal  ibadah menjadi  lebih baik.  


Di bawah ini antara tips-tips yang boleh diikuti semasa menjalani ibadah puasa.  :D   (**Tips ini makcik dapat dari artikel seorang Pegawai Pemakanan, JAKIM.  Sudah lupa namanya.  Dikongsi bersama  agar bermanfaat kepada semua)


1        Adalah kesilapan besar menghimpunkan makan malam dan berbuka puasa.  
Nabi SAW berbuka puasa  dengan 3 biji kurma dan air kosong.  Kurma adalah makanan yang sangat tinggi kandungan potassium. (makanan bergula perang).   Berbuka puasa bukan untuk perut tetapi untuk memberi tenaga kepada hypotanamos (otak dalam otak).   Hypotanamos yang keletihan berfungsi sepanjang hari , tidak akan berfungsi  dengan  baik sekiranya makanan yang masuk dengan banyak ketika berbuka puasa.  Ini akan menyebabkan masalah yang serius pada kesihatan.

2         Jangan  ‘window shopping’  ke bazaar Ramadan.  Aktiviti ini akan mengganggu fungsi kawalan hypotanamos.  Menyebabkan hilang perhitungan untuk membeli makanan  yang  tidak perlu.

3         Jangan lewatkan solat maghrib.  Makanan yang dimakan menghasilkan tenaga untuk diagihkan ke keseluruhan tubuh.  Setiap  1kg berat badan mempunyai 10000 trillion sel.  Tenaga ini akan  ditolak oleh tenaga yang dilakukan semasa bersolat.    Subhanallah.

4         Selepas solat maghrib sel-sel  badan mendapat semula tenaga.  Teruskan  makan malam selepas habis solat.  ‘Fully auto’  kita akan makan secara baik. Jangan lebih 5 jenis makan dalam satu hidangan.  Contoh:  Nasi, ikan,  sayur, buah dan air.

5         Selepas makan adalah sangat baik kita mandi dengan air sejuk.   Jangan guna heater.   Mandi malam paru-paru berair.  Dongeng.   Dalilnya kita berhadas besar,   feqah suruh segera mandi tanpa menunggu pagi.   Jangan mandi macam burung untuk elak paru-paru berair.   Burung mandi dengan basahkan kepalanya sahaja  tanpa membasah badan.

6         Selepas mandi, sebelum solat Isyak minum ½ cawan air dgn 3 biji kurma, satu sudu teh madu lebah dan susu segar yang diblender. (macam tak rajin jer nak prepare…haha)

7         Solat Isyak dan bertarawikhlah  dengan santai.  Tak perlu tergopoh gapah.

8         Habis solat ‘moreh’  dengan makanan yang ringan.  Makan selepas  pukul  10:30 malam boleh menyebabkan kemudaratan.   Waktu  ini tenaga sudah cukup penuh dalam badan.   Aktiviti terbaik adalah ber tadarrus  secara minima sekurang-kurangnya  sehelai mukasurat.  Aktiviti ini akan membawa input terbaik dalam otak dan hati.  Jika diisi dengan aktiviti yang lagha, otak akan  merakam  input yang lagha juga  dan  ditakuti menjadi amalan seterusnya.

9         Sebaiknya tidur sebelum pukul 12 malam untuk kerehatan.  Elakkan dari memasang lampu sewaktu tidur kerana  ia akan meningkatkan kolestrol sebanyak 4 kali ganda.

10     Jika mampu, bangun pukul 3 pagi untuk qiamulllail.  Adalah sunat mengejutkan keluarga dengan merenjis air sejuk dengan hujung jari.  Tiada masalah kesihatan untuk mandi pada waktu begini.

11     Sempurnakan 13 rakaat solat  sunat iaitu, solat  sunat wuduk, taubat, tahajjud, hajat dan witir.

12     Selepas qiam, boleh  lelapkan mata sebentar  tetapi  secara ringan.  Waktu antara 3 – 5 pagi di langit terdapat spektro berwarna merah.  Masa ini Allah anugerahkan kesembuhan kepada banyak penyakit.

13     Sahur.  Sebaik-baik  sahur adalah dari lebihan makan malam.  Lebihkan masak untuk makan malam.  Simpan untuk sahur dan jangan dicampurkan dengan  garam.  Panaskan semula sewaktu hendak sahur dan baru diletakkan sedikit garam.

14     Selepas sahur teruskan dengan solat subuh.  Jangan tidur sejurus selepas subuh untuk mengelakkan gangguan kepada hypotanamos yang boleh membawa kepada masalah kesihatan.

15     Tidur qailullah (1 jam sebelum zohor).  1 minit waktu ini menyamai tenaga tidur sejam waktu biasa.

##Nota :  Cara makan kurma.
60% kebaikan berada pada selaput permukaan luar kurma.  Masukkan sebiji kurma kedalam mulut dan akhir sekali keluarkan biji.  Jangan kupas.  Kurma terbaik ada 4 jenis. Ajwa, Mabrom, Sapawi dan Mariami.

SELAMAT BERPUASA!




Wednesday, June 18, 2014

Ramadan bulan rezeki vs Pesta Makanan



Assalammualaikum. Lebihkurang 10 hari lagi Ramadan akan menjelma.  Ramai yang sudah mula merancang  berbagai program untuk diisi sepanjang Ramadan. Samada program keagamaan di surau-surau dan masjid-masjid, tidak ketinggalan juga  buat para peniaga.  Ramai yang  sudah mula merancang jualan mereka. 

Banner sudah mula  digantung di merata tempat  mengiklan tapak Pasar Ramadan (PaRam).  Awal-awal lagi sudah  ada peniaga biskut raya membuat edaran ‘sampel’ biskut mereka untuk mencari pasaran.    Pagi ini ternampak di dinding muka buku ada yang sudah memulakan pembikinan biskut raya. Tidak pasti pula samada untuk jualan ataupun untuk kegunaan sendiri.

Terdapat cakap-cakap mengatakan  Ramadan bulan rezeki.   Tidak hairan lah asalkan bulan Ramadan akan terpacak gerai-gerai  yang muncul seperti cendawan pada musim hujan.  Yang bukan peniaga tegar tiba-tiba mengambil kesempatan berniaga makanan dalam bulan Ramadan.  Ada yang sanggup mengambil cuti tanpa gaji kerana hendak mengaut keuntungan pada bulan Ramadan ini.  Keuntungan yang diraih dengan mengambil kesempatan ke atas nafsu manusia.

Semakin hari semakin kurang  orang  yang bersedia memasak sendiri di rumah bagi persediaan berbuka puasa. Ramadan kini sudah semacam menjadi pesta kepada peniaga  memperagakan pelbagai jenis makanan. 


 

Mereka yang tidak memahami mengaitkan bulan Ramadan  adalah bulan keletihan, kelemahan, mengantuk, kurang produktiviti dan terkini adalah bulan bagi pesta makanan.

Ramadan sepatutnya menjadi  bulan kesihatan, bulan silatulrahim, musim perubahan, masa hilangkan ketagihan, bulan lembut hati, bulan keluasan rezeki, bulan membaiki  institusi kekeluargaan.

Hakikatnya, puasa  mengajar kita untuk menahan nafsu.  Tetapi  lain pula fenomena yang berlaku di Malaysia ini. Peniaga  sibuk melayan nafsu mengejar keuntungan dan pembeli sibuk melayan nafsu makan yang tidak pernah berkesudahan.  Bagi peniaga sebegini sememangnya mereka untung tetapi hanya keuntungan duniawi. Manakala bagi si pembeli  yang bernafsu gagal mencapai matlamat berpuasa untuk merasai  kesusahan si miskin sebagai pengajaran menambah ibadah dan ketaatan kepada Allah. 

Setiap petang masa dihabiskan meronda ke PaRam kononnya memilih makanan untuk iftar.  Dalam masa yang sama tanpa sedar ramai yang terkorban puasanya memandang kemaksiatan di celah-celah orangramai di PaRam berkenaan.  Pembaziran makanan juga berlaku kerana membeli makanan mengikut kehendak nafsu dan bukan mengikut sunnah.  Nabi menganjurkan supaya umatnya berbuka dengan air dan buah kurma bukan secara berlebih-lebihan dengan pelbagai makanan. Yang paling sadis, ramai pula yang tidak ke Masjid mengejar pahala tarawikh atas sebab kekenyangan yang melampau.

Sepatutnya bulan puasa adalah bulan kegemilangan bagi Islam yang memperlihatkan kemuncak kekuatan umatnya untuk menjadikan bulan ‘pesta’ untuk beribadah, tidak kepada Pesta Makanan.


 

Atas dasar pembaziran itu, perbelanjaan dalam bulan puasa semakin bertambah.  Sepatutnya semakin berkurang kerana kita hanya perlu menyediakan makanan sekali sehari dengan ala kadar.  Kalau dulu ibu-ibu boleh memasak sendiri lauk pauk, kuih muih dan berkongsi sepiring dua dengan jiran-jiran mengapa kini tidak lagi.  Tidak secara langsung  berkongsi dan bersedekah itu mendapat ganjaran pahala yang hebat dari Allah SWT. Generasi kini semuanya hendak mudah dan cepat. Pada hakikatnya memasak makanan atau membuat sendiri kuih  untuk keluarga dan dikongsi dengan jiran-jiran yang sama-sama berpuasa ganjarannya tentu lebih bermakna di mata Allah SWT.

Hadis mengatakan 9/10 rezeki datangnya dari berniaga.  Dengan itu, tidak salah untuk berniaga tetapi  pilihlah perniagaan  yang lebih membina kepada ketaatan dan ibadah kepada Allah.

Seandainya jika tidak wujud PaRam, ramai yang akan berusaha  menyediakan juadah di rumah dengan ala kadar.  Tidak menyumbang kepada pembaziran dan berlebih-lebihan. Ramai yang boleh mengisi masa dengan mengaji dari terus menerus menghabiskan masa meronda ke PaRam.  Ramai yang tidak terlalu kekenyangan untuk solat tarawikh.  Ramai yang boleh berjimat dan menyumbang sedekah jariah.  Ramai yang akan terpelihara mata, telinga dan lidah. 

Dilihat melalui mata hati, Pasar Ramadan atau ‘PaRam’ adalah paparan kepada bayangan rezeki yang menipu nafsu dan menggagalkan matlamat berpuasa sebulan di bulan Ramadan.

Akhirkata, marilah kita bersama-sama menanam azam untuk berusaha menyediakan juadah iftar buat keluarga dari  air tangan sendiri daripada memilih jalan mudah yang belum tentu memberikan jaminan kepada kebersihan dan kesedapannya.  In syaa Allah.

Friday, May 9, 2014

Perlukah merujuk kepada perkara ganjil@pelik untuk membuktikan kebenaran Islam



Sesetengah  orang cenderung untuk mengaitkan perkara pelik yang berlaku pada satu-satu kejadian untuk mengukuhkan kebenaran Islam.  Hakikatnya, kita tidak perlu membenarkan perkara pelik untuk mengukuhkan pegangan kita terhadap Islam.  Cukup dengan Al Quran dan Hadis.

Menjadi ‘trend’ masakini  memuatnaik gambar-gambar yang seakan  tulisan kalimah Allah pada kejadian-kejadian tertentu.  Mungkin perkara ini kita boleh lihat, tetapi tidak boleh menjadikannya sebagai hujah dan bukti tentang kebenaran Islam.  Ini  adalah kerana Islam itu  sudahpun terbina dengan teguh dan benar.  Bukan atas perkara ganjil.


Kejadian pelik itu bukan untuk dimuliakan. Ambillah sebagai  iktibar bahawa keganjilan itu sebagai ciptaan Allah SWT.  Kebenaran Islam bukan kepada keganjilan yang terjadi.  Bukan kerana muncul kalimah Allah di sana sini, tetapi kebenaran Islam itu dari Al Quran dan Hadis  yang disampaikan oleh Rasulullah saw.

Marilah kita berfikir agar kita tidak tertipu oleh syaitan dan syaitan manusia, yang memuji dan membenarkan Islam, tetapi  dalam masa yang sama menyekutukan Allah SWT.

Wallahua’lam.

Tuesday, April 22, 2014

Missing in action

Kembali bersiaran....

Macam dah takda masa dah nak berblogging.  Dengan tekanan kerja yang tak putus-putus, nak membebel kat blog pun macam tak sempat.

Hari ni makcik nak bebel pasal gambar-gambar dalam blog makcik ni hilang begitu aja.  Bukan apa...cuma tangan makcik dah terdelete album 'Me, Myself and I'  yang synchronised dengan handphone Samsung makcik. Uwaaaaa.... :'(

Habis semua hilang...Yang makcik delete tu back up album nya pulak tu. Memang takleh dapat balik ler jawabnya, otherwise..makcik kena upload balik satu-satu.  Itupun kalau masih tersimpan. Nampak gayanya kena halal kan jer lah pic-pic yang hilang tu.  Dah jadi macam rumah tak berlangsir pulak. Aduhai...
Nak buat macam mana... Tu la gatal tangan lagi.  Free-free jer lenyap semua gambar tu...

Hah... tu jer nak bagi tau. Redha dan Pasrah! :D

Tuesday, March 11, 2014

MH 370 hilang...



Sejak beberapa hari  lalu kita dikejutkan dengan misteri kehilangan kapalterbang MH370 yang membawa lebih 200 penumpang termasuk crew. Rata-rata liputan di dada akhbar dan di TV memaparkan kisah pencarian MH370  ini.  Bukan sahaja Malaysia terlibat dalam  misi pencarian ini malah beberapa negara lain sedia memberi khidmat menghulurkan berbagai bantuan.

Pada waktu yang sama kita melihat ada  pengguna media sosial yang melatah dan memberikan komen-komen negatif di mana mencerminkan mereka tidak dapat membezakan  antara  ANDAIAN, TUDUHAN, KHABAR ANGIN dengan FAKTA.

Semoga Tragedi MH370 ini menginsafkan kita bahawa kebanyakan perbualan kita adalah LAGHA. Lantang berkata tanpa fakta, adalah bencana yang menjauhkan manusia daripada kebenaran dan daripada Tuhan.

Mereka yang beriman dengan Allah dan hari akhirat sepatutnya berkata yang baik-baik atau jalan yang mudah diam sahaja.Dalam disiplin sejarah, kita diajar supaya komited dengan SUMBER yang SAHIH, dan kita bersabar serta bekerja keras sebanyak mana diperlukan untuk menemui satu KEBENARAN.



Saat ujian terus menerpa  dan tidak nampak jalan yang boleh membantu, ini kemungkinan teguran dari Allah SWT agar kita sedar, bahawa kepada NYA  tempat  kita bergantung. Hanya kepada Allah SWT  kita memohon pertolongan  melalui solat dan doa dengan penuh sabar dan istiqomah.


Setiap ujian yang terbentang di hadapan kita bukan sekadar  untuk menguji betapa tabah dan kuatnya hati  dan jiwa kita tetapi ia juga menguji betapa kentalnya iman dan jatidiri  dalam peribadi  setiap dari kita.

Bagaimana cara untuk  kita berhadapan dan mengatasi  segala ujian  yang datang  itulah yang akan membuka satu persatu  hijab  diri untuk kita lebih mengenali dan memahami siapa kita sebenarnya. 

Untuk mengatasi sesuatu ujian adalah dengan  mengekalkan ketenangan  pada perasaan. Beremosi tidak akan membimbing kita kepada suatu pemikiran atau tindakan positif. Pada setiap ujian akan sentiasa ada anugerah yang indah yang pasti menyusul samada dalam sedar ataupun  tidak .  Semoga Allah SWT sentiasa mengampunkan dosa-dosa dan kesalahan kita semua. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan mereka yang sombong  di muka bumi ini di mana dalam setiap nafas kita sentiasa terdetik hati nurani kita untuk mengakui kebesaran Allah Yang Esa.  Amin..




Thursday, February 27, 2014

SMILE laaa sangat



Well..well..well..i’m back!

Lama sungguh  tak update blog.  Boleh diumpamakan macam rumah tinggal yang dah bersawang. :D

Permulaan tahun 2014 ni rasa macam tak berapa bagus…eh bukan macam lagi…memang benar-benar tak bagus.  Segalanya rasa macam kelam kabut. Awalan tahun dah diarahkan menghadiri training S.M.I.L.E. Pengenalan kepada sistem yang tak mesra pengguna…dalam kelas training dah lost. Haish…

Takda kesempatan lagi nak revise apa yang diajar semasa training…terus pergi bercuti untuk kenduri kahwin anak saudara. Biasalah kan..nama pun kenduri kahwin…haruslah kena perah tenaga untuk memberi bantuan. Habis kenduri kahwin terus balik  Putrajaya kerana esoknya kena kerja. Tapi malang sekali…demam pulak datang bertandang. Mungkin disebab pengaruh cuaca yang panas dan kering.

Apa lagi went on medical leave lah. Directly seminggu tak pergi kerja. Bila dah demam…hilang selera makan, seluruh badan rasa sakit-sakit terutama  pada sendi-sendi.  Bayangkan tidur atas tilam, rasa macam tidur atas kerikil. Punya lah menyucuk-nyucuk rasa badan. Menggelabah juga dibuatnya…takut demam denggi.  Pergi ambil darah…Alhamdulillah..bacaan platelet darah  ok.  Ini baru diuji dengan demam saja. 

Selepas baik demam, lepas tiga empat hari masuk kerja…kena pulak sakit tekak. Non-stop coughing…sampai tekak luka. Bila menelan rasa pedih. MC lagi…  Yang boleh dibuat, telah ubat, tidur dan...berSABAR saja lah.

Masuk kerja semula dengan keadaan badan yang masih letih lesu…diarahkan pulak apa yang diajar dalam training S.M.I.L.E….suka tak suka kena terus implement. Bila mula implementing sistem baru ini…sampai la ni makcik tak boleh nak ‘smile’. Rasa segala tugasan dan kerja jadi  huru hara. Dengan sistem yang tak mesra pengguna ni,  apa pun tak boleh. Dah apply... baru nampak masalah ini...masalah itu...so from time to time...nak solve problem...nak kena call atau email pegawai TM yang berkenaan. Masalahnya, ilmu yang diturunkan masa training dan manual yang dibagi macam separuh jalan jer. Selebihnya inisiatif sendiri nak dapatkan separuh lagi. Ish..ish..ish...

Sekali lagi…banyakkan berSABAR dan terus berSABAR dengan hal-hal duniawi ini…walaupun ada perasaan nak menjerit sekuat-kuatnya. Uwaaaa…….