Nuffnang Ads

Thursday, December 31, 2009

Aktiviti di musim cuti sekolah - KENDURI KAHWIN Part 1

Last week cuti seminggu untuk persiapan kenduri kahwin anak saudara (lelaki). Majlis sebelah perempuan pada 23hb Disember 2009 di Batu Pahat. Malas nak cerita panjang lebar. Upload pic jer la.

Kad Jemputan Kahwin



Rombongan pihak lelaki dari Nyalas (Jasin) Melaka dengan segala hantaran yang dibawa.


Emak pengantin lelaki (kakak ipar) yang gigih dan bersemangat sebab anak sulong kahwin dan satu-satunya anak lelaki


Antara hantaran kedua belah pihak -pihak lelaki bertemakan warna biru manakala pihak perempuan bertemakan warna emas dan merah hati


Antara sepupu yang tumpang seronok


Sepupu lagi


Pengantin lelaki yang cool berakad nikah mengadap Tok Kadi


Pengantin yang tekun mendengar celoteh Tok Kadi tentang alam berumahtangga. Tok Kadi bagi tips tuuuu....


Penyerahan Mas Kahwin RM25 tunaiiiii.......


Bersiap untuk majlis berarak dan bersanding - bersama adik beradik dan sepupu yang suka jer nak enterframe.


Sebelum dibenarkan masuk ke rumah, pihak pengantin lelaki kene bayar tol dulu. Tapi kan pehal lak sepupu pengantin lelaki (baju belang) tu mintak tol gak ek. Hahaha!!!!


Pelamin sebelah pengantin perempuan. Tema warna emas dan merah hati.


Pengantin bersama keluarga lelaki


Bersama sepupu lagiiiii.......


Bersama mak saudara dan 2nd cousins


Gambar penutup - aksi budak nakal yang suke menyibuk

Tuesday, December 15, 2009

Mata oh Mata


Ingat dah habis dah musim sakit mata ni. Rupanya ada lagi. Kena pulak kat anak perempuan aku semalam. Nasib baik dia tengah cuti semester. Tapi next week nak kene balik kampong. Anak saudara kahwin. Jangan lepas ni berjangkit pulak kat orang kampong. Nak-nak pengantin….Haru nanti bersanding mata macam vampire. Kalau wajah hensem macam EDWARD CULLEN (dalam New Moon tu) ok jer kan. Huhu…

Dalam rumah mula-mula yang kena aku lah. Aku tak pernah sebelum ni sakit mata yang sampai merah-merah bengkak begitu. 4 hari la jugak aku Medical Leave. Masa pergi klinik, doktor siap tanya jangkit dari siapa. Aku cakap la dari ofismate. Masa tu ada 2 orang yang kena. Dah tu diorang ni dah ada MC bukan reti nak dok rumah. Datang gak opiz, mana taknya virus merebak. Sorang tu pulak siap hantar MMS tunjuk mata merah. Konon bukti sakit mata. Hampeh kan diorang ni.

Aku pulak dah dapat MC buat apa nak duduk kat rumah. Aku pun balik ke Seremban. The day I went back to Seremban, aku tak jumpa pun dengan anak aku yang No. 3 tu, si Aboi. Sebab dia pergi sekolah prepared untuk program Kementerian Pendidikan. Event tu joint venture dengan sekolah-sekolah ASEAN-China selama 10 hari. Lepas dapat Medical Leave 4 hari plus cuti weekend 2 hari, mata aku jadi ok. Masuk kerja macam biasa. Tetiba lepas 10 hari, si Aboi balik dengan mata merah dan bengkak. Dia kata dia kene dah 2 hari. Yang ada dekat dengan aku macam ayah dan adik bongsu dia terselamat.

Semalam si kakak mata dah merah-merah. Dah dok tenyeh jer mata tu mana tak bengkak. Kata nya gatal sangat. Tu yang sedap jer menenyeh. Malam tadi gak aku suruh dia pergi klinik ambil ubat. Bukan jauh pun klinik tu…depan rumah jer. Tu pun nak kene arah baru tau nak pergi.

Anyway, redha saja lah. Sakit pening ni bukan kita yang tentu kan. Betul tak???



Ini bukan EDWARD CULLEN ok....

Thursday, December 10, 2009

Tak pasal-pasal

Pernah tak korang, tak pasal-pasal kaki tergeliat masa tengah berjalan? Aku adalah pernah dan kira selalu. Pernah juga sekali merasa, tersungkur di Terminal 1, Seremban dihadapan orang ramai. Tapi makcik maintained slumberland. Huhu..

Lagi satu zaman aku sekolah dulu, pernah la aku berjalan di Jalan Chowkit. Tetiba kaki aku tergeliat. Sebabnya tempat aku lalu tu macam lekuk sikit. Masa tu aku cuma pakai sandal BATA jer yang tapaknya tinggi tak pun sampai seinci pun. Macam tak bermotif kenapa mesti tergeliat. Lain la kalu pakai high heel tu. Masa tergeliat tu tak ada lah sampai aku tersungkur jatuh ke apa ke. Kira boleh la lari kejar bas balik rumah. Tapi bila sampai di rumah aja, buku lali aku dah membengkak, timbul urat hijau segala. Masa tu aku tinggal di rumah abang aku. Bila dah jadi bengkak gitu aku amik keputusan balik ke rumah orang tua di Seremban, konon nak cari orang untuk urut.

Then sampai je di Seremban aku terus dapatkan makcik tukang urut. Malangnya dia kata, "Kalu tengah bengkak mana leh urut dik oii". Untuk surutkan bengkak tu makcik ini mengarah aku supaya membalut kaki aku tu dengan halia yang telah ditumbuk. Jadi masa kat rumah, ada la sorang adik aku yang baik hati memvolunteerkan diri menumbuk halia dan membuat balutan ke atas kaki aku. Malamnya kaki aku rasanya berdenyut-denyut. Macam panas jer tempat balutan tu. Akupun cakap ngan adik aku, "Pasal lak kaki aku rasa semacam jer. Tempat ko balut tu rasa macam panas pulak". Adik aku jawab, " Dah suh balut ngan halia, memang la rasa camtu. Halia kan panas".

Next morning, bangun jer tido aku terus buka balutan tu. MasyaAllah...kulit kaki aku macam terkene bara api tuuuuu....melecur ko!! Aku pun tanya kat adik aku ni, "Wei Ned, ko semalam tu btol ke tumbuk halia atau ko tumbuk mende lain? Pesal aku tengok tak macam halia. Bau halia pun takde". Dia lak confident je jawab, "Btol laaa". Aku pun sangat tak puashati, "Ko gi amik halia tu, meh sini aku tengok". Adik aku terus hulur benda yang dia tumbuk semalam tu. Ek...Elehhhh, menyirap je aku ngan dia, "Ni bukan halia lah ngok, ni namanya LENGKUAS!!!".

Padan pun kaki aku rasa berdenyut-denyut dan panas semacam je. Tak pasal-pasal dari bengkak kaki terus tambah satu hal lagi. Melecur kulit kaki aku ok...Aduhaiii....kan dah cacat ko.

Tapi nasib baik, bila kaki dah ok. Ianya tidak meninggalkan kesan. Kulit tu kembali kepada asal. Kalu tak.....tak pasal-pasal je kaki aku ada peta.

Wednesday, December 9, 2009

Perempuan itu sangat PREJUDIS

Perempuan itu adalah pencetus gosip. Dia telah bergosip kepada big boz dan staf senior di ofiz aku. Mangsa gosip adalah 2 orang ofizmate aku. Si perempuan mangsa gosip adalah berstatus 'SINGLE', Si mangsa lelaki pula adalah 'SUAMI ORANG'. Staf senior di opiz aku ini tidak mampu menyimpan gosip yang dia dengar lalu menceritakan kepada aku. Secara rasionalnya aku beranggapan, tidak ada salahnya jika kedua-dua mangsa punya hubungan jika mereka suka sama suka. Aku punya kesimpulan sendiri atas gosip ini.

1. Tidak ada salahnya jika mangsa perempuan ini punya hubungan dengan 'suami orang' ini kerana dia masih single dan hanya perlu mendapat restu ayahbonda sahaja.

2. Si mangsa lelaki pun, kalaupun benar punya hubungan dengan si perempuan single ini, jika dia punyai kemampuan dan boleh berlaku adil, tidak menjadi kesalahan pun di sisi agama mahupun masyarakat untuk menambah isteri kerana syariat membenarkan. Cumanya nanti ada insan lain yang akan berduka nestapa (ofcoz the 1st wife).

Persoalannya, mengapa si perempuan yang satu itu tersangatlah kisah. Sedangkan si mangsa lelaki dan isteri yang sedia ada bukan pun ada pertalian darah dengan dia. Cuma saudara sebangsa dan seagama sahaja. Aku juga diberitahu, perempuan itu hendak menelefon isteri si mangsa lelaki kononnya untuk membongkar skandal yang belum tentu kebenarannya. Sebab setahu aku kedua-dua mangsa gosip ini adalah antara orang-orang yang aktif berbiznes dalam rangkaian MLM. Kemungkinan besar ianya adalah persahabatan antara rakan biznes.

Semalam, dalam satu event, aku ada bersama si mangsa perempuan ini (yang sedang leka berbual menerusi hpnya). Dalam masa aku teruja untuk bergambar dengan penyanyi Aishah, aku terpandang si perempuan itu pencetus gosip ini. Matanya merenung kepada rakan aku yang masih leka berbual melalui hp. Secara tidak langsung juga, aku memerhatikan si perempuan itu. Dan apa yang aku nampak, renungannya terhadap rakan aku ini penuh 'PREJUDIS'. Pandangan matanya kepada kawan aku dari hujung rambut ke hujung kaki, atas ke bawah amat sinis ok. Really I don't like it @ hate it. Aku kesian kepada mangsa ini (yang tidak tahu apa-apa) bukan sebab dia ofizmate aku tetapi gosip itu adalah FITNAH semata-mata.

Ingatlah!!! Dosa memfitnah adalah lebih besar dari membunuh. Kalau memfitnah dosa besar begitu jugalah dosa orang yang mempercayai fitnah.

Tuesday, December 8, 2009

Rajin-rajin la mandi ok

Biasanya kita mandi sebagai mengikut rutin harian sahaja. Sebabnya kita sudah diasuh untuk mandi disebelah pagi dan petang sejk kecil lagi. Cuma kadang-kadang sahaja kita mandi pada waktu tengahari bila teragak. MANDI sebenarnya bukan sekadar untuk membersihkan diri dari kotoran. Tetapi mandi mempunyai peranan yang penting dalam meningkatkan sistem kekebalan, membantu kulit terhindar daripada penyakit seperti ekzema dan juga meyembuhkan masalah kesihatan yang lain.

Dalam satu kajian diterbitkan oleh New England Journal of Medicine menunjukkan pengidap diabetes yang menghabiskan waktu 1/2 jam berendam dalam air panas dapat menurunkan paras gula dalam darah sekitar 13%. Sekumpulan penyelidik dari Jepun pula telah membuat penelitian bahawa 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung baik lelaki mahupun wanita dan membantu mengurangkan rasa sakit.

Berikut adalah informasi tentang manafaat mandi ini:-

1. Mengeluarkan racun

Mandi air panas sekitar 32 - 35 darjah celcius akan membuka pori-pori yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas juga membantu menurunkan paras gula dalam darah, menyembuhkan penyakit otot dan memastikan usus besar bekerja dengan baik. Waktu yang disarankan adalah selama 10 hingga 20 minit.

2. Stres

Bila kita dalam keadaan benar-benar stres adalah sebaiknya mandi dengan air sejuk. Suhu yang dicadangkan adalah antara 12 - 18 darjah celcius.

3. Ekzema

Penyakit kulit tertentu seperti ekzema, ruam atau gatal-gatal dapat diubati dengan menambah baking soda (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian kerana sodium bicarbonate ini mampu bertindak sebagai antiseptik. Untuk merasai perbezaannya, cuba lah berendam dalam masa 10 hingga 20 minit.

4. Melancarkan pengaliran darah

Mulakan dengan merendam kaki selama 1 atau 2 minit ke dalam air panas. Kemudian selama 30 minit pula ke dalam air sejuk.

5. Imsonia

Merendam kaki dalam air sejuk adalah sangat baik bagi yang memiliki imsonia.

6. Flu dan sakit kepala

Merendam kaki dalam air panas dapat menyembuhkan flu, sakit kepala dan juga menyegarkan kembali kaki yang keletihan. Masukkan air panas secukupnya dalam besen hingga menutupi pergelangan kaki, kemudian tambahkan beberapa titik minyak seperti lavender, peppermint ataupun lemon. Setelah selesai cuci dengan air sejuk. Lakukan untuk 10 hingga 20 minit.


Gambar hiasan - Model insan yang sihat, suka aja bila diajak mandi


Gambar Hiasan - Tak ada kene mengena dengan N3


Thursday, December 3, 2009

Nickname yang macam-macam

Motif entry yang entah apa-apa. Terpikir pasal n3 nickname ini masa balik ke Seremban. Kakak ipar aku dok sebut pasal kawan kepada abang aku yang dipanggil BAB atas alasan dia punya body figure yang pendek dan debab. Dalam family aku memang macam-macam nick ada. Nickname tu pun timbul mengikut environment jugak ek.

LONG

Ini nickname abang aku. Nama sebenar Shamsuddin. Zaman dia study kat U dulu, dia nyer body figure memang nampak panjang sebab dia tinggi dan kurus. Abang aku ini punya ketinggian lebih 6’. Bila dah tinggi dan kurus, nampak la kepanjangan dia. So kengkawan dia panggil LONG ok. Tapi kat umah dipanggil Sudin. Cuma kitorang yang berpangkat adik-adik ini memanggil dia ANGAH.

LEBAH

Abang aku jugak. Orang yang sama dipanggil Sudin. Nickname LEBAH ini bapak sedara aku yang bagi. Abang aku ini masa zaman2 tengah study, bila balik cuti semester dia lebih suka menghabiskan masa dalam bilik. Jadi kalau sedara mara datang, seharusnya dia dok ‘mengeram’ dalam bilik. Itu sebab bapak sedara aku panggil dia LEBAH yang asyik dok dalam sarang ajo. Kui…kui..kui…

JANDA

Abang aku lagi. No 3 dalam adik beradik. Nama adalah Sulaiman. Gelaran JANDA ini juga diberi oleh bapak sedara dan kengkawan masa kat kampung. Motifnya, abang aku ini suka ketawa mengilai-ngilai bila agak-agak nak menang main chess atau dam bagai. Aku tak tau...adakah insan berstatus JANDA ini suka ketawa mengilai2. Macam tak kene je kan motif ni. Pesal tak panggil pontianak jer ek. Whatever it is, sebagai adik aku memanggil dia ALANG.

PACAM

Hah…ini nickname aku ok. Juga lekat kat aku sampai la ni (tapi dalam rumah ajo). Kenapa? Makcik tak tau ok…tapi boleh jer buat andaian sendiri..sebab musabab timbul nickname ini. 4 dari 6 orang adik beradik aku pangkal nama starting with ‘SHAM’. 1st Along aku (bukan along yang bagi pinjam tu ek) nama dia SHAMsiah, 2nd Angah aku, SHAMsuddin, pastu aku, SHAMshina no. 4 (at the moment sebab no 4 yang sebenar meninggal masa kecik). Next adik aku, SHAMsidar(Si KENIT). So dah semua orang nak jadi ‘sham’…rather than ‘CHAM’, sedap lagi si ‘PACAM’…kan…kan…kan…syhhhh (jangan bagi tau orang lain).

KENIT

Nickname adik pompuan aku. Nick ini pun terlekat terus kat dia sehingga kini. Ini kakak sulong (ALONG) aku yang bagi. Asalnya adik aku ini dikatakan masa lahir tersangat la kecik nya (aku tidak pasti sekecik mananya dia). Oleh kerana kekecikkan dia, dia dipanggil si KENIT even sekarang ini dia dah cukup besar.

MADUN

Ini pulak nickname my hubby. Aku hanya tau selepas kahwin sahaja. Sejak lahir diberi nama Najib. Dikatakan (cerita yang dia bagi tau kat aku) masa kecik, dia ini selalu mengalami pendarahan di mata. Bila dibawa untuk berubat(?), dikatakan nama adalah tidak sesuai. Menurut kepercayaan, dia ini haruslah kene jual kepada orang lain. (Bukan jual betul-betul ok…ambil syarat aje). So dia adalah kene jual kepada seorang saudara dan ditukarkan nama kepada MADUN segala. Pelik jer citer ini!!! Sehingga hari ini seluruh kampung hanya tau nama dia MADUN aje dan belum ada orang kampung yang aku dengar memanggil dia NAJIB.

KENING

Ini pulak nickname anak sulong aku. Dikenali dikalangan kawan-kawan dan cikgu-cikgu dan lecturer dia juga. Memang dia punya kening yang lebat. Itu trademark yang dia ada. So harus la KENING adalah sangat glamour untuk si Ayoi ini.

Saper-saper yang tersenarai dalam nickname yang ada tu jangan marah ek. Sesungguhnya rahsia peribadi anda tidak menjadi rahsia lagi. Huhu….Makcik adalah suka nak bercerita aje. Ini baru nickname di kalangan family. Di opiz aku, banyak lagi nickname yang pelik-pelik macam Boceng, Gman, Tompel, Kadok, Badak dan macam-macam lagi la. Tapi yang bestnya, setiap orang yang ada gelaran tu macam serasi jer ngan diorang. Contohnya macam Tompel. Padahal orangnya leh tahan hensem gak la (taknak puji sangat…nanti dia akan memPOYOkan diri). Bila wife dia call…wife dia akan terus tanya, “Tompel ada tak?”. Serasi kan?

Wednesday, December 2, 2009

Eeee….tak suke ya amat

Ini email yang aku dapat semalam. Uwaaaaa……report wajib setiap ujong tahun ok. Makcik paling tak suka itu tajuk email. Isk..isk..

----- Original Message -----
From:
To:
Cc:
Sent: Tuesday, December 01, 2009 3:18 PM
Subject: Memo for Accrual - Submission Deadline for Accrual
Listing Year 2009

------------------------------------------
------------------------------------------
------------------------------------------
In view of that, and to avoid recurrence of the above, this circular serves as a reminder to all faculties/departments to ensure that all invoices for the financial year 2009 are to be submitted latest by 17 December 2009.

------------------------------------------
------------------------------------------
------------------------------------------

Ok...ok...Relax...make it easy. Sabar ajo la..dah kerja makcik kan. Buat aje la.



Wednesday, November 25, 2009

Alamak…meleleh ayor lioq!!

Alahai apak!! Pesal apak tipon bagi tau masak itu gulai tempoyak daun-daunan. Kan saya dah terkeliur. Buat kerja pon asyik ingat lauk tu jer. Uwaaaa…isk...isk....Esok kalu lepas kerja saya balik, lauk tu dah abih, kite masak lain ek. Takpe kan…kalu masak lagi dan lagi dan lagi….hehe.

Ini antara lauk peberet aku – SAMBAL TEMPOYAK DAUN. Ini masakan orang N9 dan kawasan yang sewaktu dengannya (sempadan N9/Melaka – cam mak aku orang Masjid Tanah, Melaka). Even bapak aku bukan orang N9 pon menjadi kegemaran dia ini lauk. Kalu ikut tempat dia lak di Perak, gulai tempoyak adalah peberet kitorang juga iaitu gulai masam tempoyak terutama GULAI MASAM TEMPOYAK IKAN KELI (tapi ini ikan aku tak makan). Kalu aku yang masak ini lauk, ikan akan bertukar kepada itu kembung ajo. Pastu masukkan timun cina atau taugeh kasar. Ermmmm….walla, marvellous!!

Citer pasal Gulai Tempoyak Daun ini, kalau di Seremban, tak payah susah-susahkan diri pegi kebun bagai nak cari daun ini. Cari jer kat pasar tani atau pasar malam. Makcik-makcik yang jual sayur2 kampung tu memang dah ada package untuk lauk ini. Segala daun-daunan yang perlu telah pun siap diikat dan dijual dengan harga RM2 atau RM3 seikat (kalu tak silap aku). Ada pucuk ubi, pucuk labu, daun kaduk, daun kunyit, serai…apalagi ek…entah la…tak berapa nak tau nama daun itu. Untuk option lain, tambah jer petai yang dikikis kulit luar nya. Tapi biasanyer kitorng masak amik isi petai itu sahaja. Kulit dibuang terus. Untuk nampak menarik masukkan cili merah dan cili hijau yang dibelah 2 sahaja. Di bawah ini pic yang aku Google. Antara daun-daun yang aku sebut tadi. Resepi nyer pun sila google gak ok sebab makcik adalah maleh nak taip. Sabar je la…..


Itu daun-daunan yang macam-macam ada


Xtvt menghiris daun-daunan ok...rupa adalah macam nak buat bunga rampai gitu2

Gulai yang sedang dijerang.....terliuq lagi

Ini lah rupa GULAI TEMPOYAK DAUN yang teramat lah aku sukeeeee
nyam...nyam..nyam

Monday, November 23, 2009

Kegilaan kepada ULTRAMAN

Aku tak tahu kenapa anak aku si Nafiz ini begitu kemaruk dengan ultraman. Dia punya banyak koleksi ultraman. Ada yang putus kepala dan aku telah mencampakkan ke tong sampah mana –mana koleksi yang telah cacat. Selepas memilih-milih, hanya 5 patung ultraman yang masih elok. Malangnya sehingga cuti sekolah bermula semua koleksi ultraman yang dia ada aku tak nampak langsung. Aku rasa dia telah mengagihkan kepada kawan2 dia di TADIKA. Jadi patung2 ultraman dia tidak ada satu pun yang tinggal.

Kalau Nafiz nampak ini pic, sudah pasti dia suruh aku print and laminate bagai.
Sekarang ini kerja dia pagi petang siang malam dengan melayan CD citer Ultraman sahaja. Sampai aku nak tengok citer lain terpaksa kene menjerit dengan dia sebab dia akan merungut-rungut nak tengok citer ultraman juga. Jadi aku akan naik hangin satu badan sampai nak mengULTRAMANkan diri.


Aksi Ottomen "Homok" semasa di rumah atok Seremban

Kalau berada di rumah, dia suka memakai seluar dalam (spender) sahaja sebab katanya macam ultraman. Lepas itu dia akan beraksi seperti ultraman melayan diri nya sendiri. Menendang sana, menendang sini, fire sana, fire sini….aku cuma buat bodoh aje sambil menonton tv. Lantak ko la Nafiz… Tetapi kadang-kadang dia terover pulak beraksi di depan aku melindung aku untuk mengadap tv. Dan masa itu, aku rasa nak baling dia dengan bantal sofa yang aku pegang aje.



Pic semasa berada di pejabat aku. Masih tak habis-habis dengan ultraman
Tadi pulak on the way aku nak ke tempat kerja, anak homok aku ini sudah berkira-kira untuk membeli lagi patung ultraman. Katanya, “Ma, nanti kita beli ultraman boleh ma, Nafiz nak 2, 1 ultraman jahat, 1 ultraman baik”. Aku Cuma menjawab, “Ok”. Dengan sangat gembira di hati dia terus menjawab, “Yeah..yeah..ma baik”. Apo nak kato….den sonyum ajo la. Kalau jawapan aku tak ok, alamat dia akan terus-terusan mendesak aku dan terus-terusan menanyakan soalan yang sama. Petang ini siap la, dia akan menuntut janji “OK” yang aku telah bagi.
Ottomen "Homok" yang terbaring dan melalak kene sakat ngan budak opiz aku

Friday, November 20, 2009

MAKANAN PEMBERSIH JIWA

Semalam aku menghadiri hari penyampaian hadiah untuk anak bongsu ku. Alhamdulillah…dia menerima anugerah PELAJAR CEMERLANG LELAKI (5 TAHUN). Harapan saya semoga anak ini akan terus berjaya dalam kehidupan seterusnya…bijak , berilmu, beramal soleh dan hormat kepada orang tua.

Aku tertarik dengan ucapan yang telah disampaikan oleh Tuan Hj. Ishak Jamil, Imam Masjid Kampung Dato’ Ahmad Razali, Dengkil, Selangor mengenai makanan pembersih jiwa. Jadi aku nak kongsi ilmu ini dengan semua. Ini antara yang aku sempat catatkan :-


Firman Allah swt:
“Hai orang-orang yang beriman makanlah antara rezeki yang baik-baik yang kami berikan kepadamu”. (Al Baqarah : Ayat 172)

Sabda Rasulullah saw :
“Setiap daging yang tumbuh dari makan yang haram, maka neraka lebih utama baginya”.


Fungsi makanan kepada manusia :

  1. Makanan mempunyai pengaruh yang amat besar kepada rutin harian manusia samada dari segi jasmani mahupun rohani.
  2. Makan untuk hidup dan bukan hidup untuk makan.
  3. Untuk membolehkan manusia menjalankan fungsinya di dunia dan melaksanakan ibadah kepada Allah swt.
  4. Memelihara tubuh dan mengelakkan dari penyakit.
Spesifikasi makanan yang perlu diberikan kepada anak-anak menurut islam :
  1. HALAL - jenis, sumber makanan berkenaan diperolehi dan cara makan dikendalikan
    Halal bermaksud makanan yang dibenarkan berdasarkan peraturan dan undang-undang islam (al-Quran, Hadith, Ijma Ulama, Qiyas dan Fatwa Ulama).

  2. THOIYIBA - makanan mempunyai nilai kebaikan, seimbang, selamat dan berkhasiat. Makanan halal tidak semestinya menjadi thoiyib sekiranya dimakan secara berlebihan (akan memudaratkan tubuh badan) - menurut ustaz ini, 7 suapan pertama adalah tuntutan untuk makan, suapan selebihnya adalah tuntutan nafsu untuk menyedapkan perut.

Makanan bukan sahaja untuk kepentingan tubuh tetapi terdapat juga makanan untuk kesejahteraan jiwa dan rohani. Makanan pembersih jiwa dan rohani yang dimaksudkan adalah :


  1. Melaksanakan ibadah khusus dengan penuh taat, khusyuk dan tawaduk (solat, puasa, zakat, haji)
  2. Membaca al-Quran
  3. Berzikir
  4. Zikrul maut (mengingati mati)
  5. Menghadiri majlis-majlis ilmu
Kesan pengambilan makanan kepada diri sendiri dan keluarga :

A. Makanan HALAL dan THOIYIBA

  1. Lunak, tenang dan terang hati
  2. Doa termakbul
  3. Rezeki berkat (sedikit tetapi mencukupi, banyak tetapi tidak membazir)
  4. Bertenaga untuk melaksanakan ibadah
  5. Menghilangkan penyakit jiwa dan jasmani

B. Makanan HARAM

  1. Mati hati
  2. Meringan dan mengabaikan perintah agama
  3. Lemah keimanan dan keyakinan terhadap Allah swt
  4. Doa tidak dimakbulkan oleh Allah swt
  5. Malas beribadah
  6. Jiwa penyakit
  7. Hilang keberkatan dari amalan yang dilakukan

Kesan pengambilan makanan kepada anak :

A. Makanan HALAL dan THOIYIBA

  1. Mudah menerima pelajaran
  2. Mudah diberntuk dan diasuh mengamalkan akhlak yang baik
  3. Mendengar nasihat dan pesanan ibu bapa dan guru
  4. Melaksanakan ibadah dengan tekun dan tanpa dipaksa
  5. Berdisiplin
  6. Mempunyai kekuatan untuk mengelakkan diri dari gejala social

B. Makanan HARAM

  1. Susah menerima pelajaran (benak hati)
  2. Liar, susah dibentuk dan diasuh
  3. Tidak mengamalkan akhlak dan nilai-nilai murni
  4. Susah menerima nasihat dari ibubapa dan guru
  5. Mempunyai masalah disiplin samada di sekolah mahupun di rumah
  6. Mudah terjebak dengan gejala social
Kepentingan memperkenalkan makanan yang halal kepada anak-anak :

  1. Mengenalkan label HALAL
  2. Mengenalkan kandungan HALAL
  3. Memperlihat dan menjelaskan makanan yang haram
  4. Menunjukkan makanan yang haram ketika berbelanja
  5. Mengunjungi pameran produk HALAL
  6. Memaklumkan kepada anak-anak sumber makanan juga perlu halal
  7. Mengenalkan makanan halal melalui aktiviti makan bersama



Wednesday, November 18, 2009

Aiyaaa....ini budak aaa....

Ek eleh...anak homok ma ni, balik jer skolah suh scan pic dia. Ok Ok....layannnn


Hensem tak budak nama NAFIZ ADLY ni?


Bersama kengkawan.....SAYONARA. Next year Nafiz tak skolah sini lagi tau.


Puashati?? Pasni ma anta buat frame lak ek.





WHO AM I.....me loikke

by B.V. Matere on November 14, 2009



WHO AM I?



I’m the darkness in the light

I’m the leftness in the right

I’m the rightness in the wrong

I’m the shortness in the long

I’m the goodness in the bad

I’m the saneness in the mad

I’m the sadness in the joy



I’m the ghost in the machine

I’m the genius in the gene

I’m the beauty in the beast

I’m the sunset in the east

I’m the ruby in the dust

I’m the trust in the mistrust

I’m the trojan horse in troy



I’m the world you’ll never see

I’m the slave you’ll never free

I’m the truth you’ll never know

I’m the place you’ll never go

I’m the sound you’ll never hear

I’m the course you’ll never steer

I’m the will you’ll not destroy



I’m the half-truth in the lie

I’m the why not in the why

I’m the last roll of the die

I’m the old school in the tie

I’m the spirit in the sky

I’m the catcher in the rye

I’m the twinkle in her eye



Who am i?



My most favorite poem

Tuesday, November 17, 2009

Bila Nafsu mengawal Fikiran…lagi dan lagi dan lagi…

Dalam Metro Isnin, seorang kanak-kanak lelaki berusia 14 tahun yang sanggup memperkosa kakaknya setahun lebih tua sehingga hamil. Disebabkan perbuatan terkutuk adiknya, mangsa yang dikenali sebagai Yanti, 15, tertekan dan terpaksa ditempatkan di sebuah rumah perlindungan sehingga bayi dikandung dilahirkan. Si adik terangsang selepas dipengaruhi bahan lucah yang mudah diperoleh sama ada di Internet, telefon bimbit atau video cakera padat. klik sini

Metro Isnin - 2 beranak setan. mangsa yang berusia 13 dikatakan pernah dicabul ayah dan abang kandungnya itu sejak tahun lalu dan kejadian terakhir berlaku Jumaat lalu kira-kira jam 1 pagi di rumah mereka, apabila ayahnya sekali lagi mencabul pelajar malang terbabit. Bagaimanapun, pemeriksaan doktor mendapati mangsa tidak dirogol dan polis kini masih menyiasat dakwaan remaja itu yang mengatakan dia dicabul sekumpulan lelaki. klik sini

Metro hari ini klik sini pasal `ATUK GATAL’ yang pendiam (kononnya la..padahal diam ada makna tuu….) berumur 63 tahun mengurat dan memperkosa kanak-kanak berumur 13 tahun yang mengalami masalah mental.

Aku baru baca dlm blog Mazidul (360) pasal ayah yang sanggup memperkosa 2 orang anak kandungnya sendiri. klik sini. Dah tu bekas tentera penerima ANUGERAH PINGAT PERKHIDMATAN SETIA dan PINGAT PERKHIDMATAN AM segala. Berita ini juga ada disiarkan dalam MY Metro hari ini.

Hampir setiap hari kita diwartakan dengan kes yang sama. Tak tau dimana silapnya. Dalam rumah sendiri pun dah tak selamat.

Friday, November 6, 2009

Khidmat Bibir@Lip Service

Gelihati aku bila Dato’ Dr. Rais Yatim menyebut perkataan ini dalam buletin utama semalam. Tidak ada salahnya pun dengan perkataan itu.


Cuma aku rasa aku ini adalah salah seorang pelanggan “KHIDMAT BIBIR “ ini. Mana taknya aku ni suke jer kalau orang nak menyampaikan gosip kat aku. Muehheheee…Tapi aku takde la accept gosip tu free-free jer ek. Kiranye aku ni kalau nak bergosip kene ada rasional gak. Mula la aku mengorek-ngorek cerita. Bukan apa nak tahu gak apa yang aku dengar itu “SAHIH” atau tidak?. Bener atau Enggak?. Mula la menjadi wartawan tak bertauliah segala. Memang dasar ‘KEPOHCI’ kan makcik ni!!!

Aku pun akan mula menggunakan khidmat bibir ini untuk mendapatkan maklumat. Memang poyo kan. Hahaha..1st step gi tanya kat orang yang paling rapat dengan mangsa gosip. 2nd step aku akan sampaikan kat kaum yang sewaktu dengan aku (ataupun yang agak-agak lagi cekap dari aku untuk korek cerita). Kalau rasa tak puashati…aku akan terus bertanya kepada mangsa gosip itu sendiri. At the end..si mangsa gosip akan sakit hati. Sebagai pengguna ‘Khidmat Bibir’ aku akan rasa bersalah. Manakala si penyampai gosip akan make don’t know jer. Padan muka aku….huhu!!

Begitu hebatkan ‘KHIDMAT BIBIR’ ini.

Thursday, November 5, 2009

‘KENAPA KAKITANGAN AWAM TAK BOLEH DIBAGI BONUS’

Sudah pasti orang gomen yang bace tajuk blog ini akan hangin satu badan dengan aku. Huaahhaahhaaa...
Tapi cerita ini tiada kene mengena dengan orang gomen yang memang cekap, komited dan memang berpotensi layak untuk kenaikan gaji, bonus dan kenaikan pangkat.

Peristiwa 1

Berlaku di Pejabat Pendidikan Daerah , Bandar Baru Salak Tinggi atas urusan pertukaran sekolah anak. PPD ini masa itu menumpang bangunan SK Bandar Baru Salak Tinggi. Kaunter Pejabat adalah berjaring. So pelanggan hanya berurusan di kaunter sahaja melalui jaring berkenaan. Masa itu aku pergi berdua. Sahabat aku ini adalah bekas wazir sekolah yang juga punya urusan yang sama.

Sahabat : Assalammualaikum…(tiada siapa pun yang sambut salam itu. Padahal aku nampak ada 2 3 orang staf didalam pejabat tapi lagak macam takde telinga. Pekak kut.. )dan sekali lagi…”Assalammualaikum”……(masih tidak berjawab)….Assalammualaikum!!!”(salam yang ke 3 ini agak keras tapi masih tak berjawab). Sahabat aku terus sound baik kat orang pejabat itu, “Saya dah 3 kali bagi salam kat sini, takde sorang pon yang jawab dan takde saper pun yang bangun tanya apa urusan. Saya nak jumpa PPD. Saper PPD sini? Panggil dia sekarang atau pun buka pintu saya nak masuk. Saya nak jumpa dia.”

Sebaik sahaja sahabat aku ni naik hangin, baru aku nampak 2 3 orang staf tadi lintangpukang dan seorang terus datang kekaunter. Tapi masa tu sahabat aku ini telah hangin satu badan. Dia terus berkata, “saya taknak berurusan dengan awak sumer sekarang…saya nak terus jumpa PPD”. Mana bilik dia..bawak saya jumpa dia”.

Peristiwa 2

Berlaku di Pejabat Kementerian Pendidikan Putrajaya. Urusan pertukaran sekolah anak . Borang pertukaran telah diisi dan telah mendapat tandatangan gurubesar sekolah. Cuma tinggal mendapatkan pengesahan pegawai di Kementerian Pendidikan. Borang dihantar ke kaunter pejabat.

Kakitangan pejabat : “Borang ni tinggalkan di sini dulu. Pegawai takde nak tandatangan. Encik (laki aku la tu) balik dulu, nanti sebaik sahaja borang telah ditandatangan kami akan telefon Encik untuk datang ambil”.

Ok la. Laki aku pun belah. 1 hari, 2 hari, 3 hari then abih la minggu tu masih tiada phone call dari pejabat berkenaan. Dan dalam masa itu anak aku 1 minggu tidak bersekolah. Nak sekolah macamana…nama kat sekolah lama dah kene potong. Nak masuk sekolah baru tak dapat lagi pengesahan Pegawai Pendidikan. Then Isnin minggu selepas itu, laki aku pergi follow up status borang pertukaran tersebut. Sampai jer kat pejabat tu,terus kekaunter.

Laki aku : Assalammualaikum, saya nak follow up pasal pertukaran sekolah anak saya. Saya submit form tu last week. Staf sini janji nak telefon lepas pegawai sign, sampai hari ni pun takde dapat call pun. Anak saya dah seminggu tak sekolah.

Then staf kat kaunter tu terus check dalam tray dia. Sah-sah form tu memang dah ada dalam tu. Dia pun terus hulur kat laki aku. Tau tak…tarikh tandatangan pegawai Kementerian tu adalah sama dengan tarikh/hari borang dihantar ke pejabat itu. Kalau terus-terusan kitaorang menunggu panggilan telefon dari pejabat kementerian itu…anak aku akan menjadi budak yang tidak bersekolah.

Peristiwa 3

Berlaku di Hospital Tuanku Jaafar Seremban.

Sebelum ini bapak aku (wargaemas yang berumur 80an) pernah bagi tahu dia membawa emak (pengidap darah tinggi dan strok sebelah badan) untuk routine check up (setiap 3bulan sekali). Appointment adalah pukul 2:00 petang. Seperti biasa bapak aku akan sampai di hospital pukul 1:00 tengahari untuk ambil nombor giliran. Malangnya hari itu, dia mengadu urusan di hospital habis lewat dan dia sampai di rumah pukul 7:00 petang. Aku macam pelik, kenapa begitu lewat.

Then aku menawarkan diri untuk membawa emak untuk next check up. Seperti bapak aku…aku datang awal. 1:30 petang ambil nombor giliran. Then tunggu pukul 2:00 petang baru doktor2 masuk bertugas. Kira-kira dalam 15 minit kemudian, nombor giliran dipanggil. Then tolak emak aku (wheeled chair) masuk bilik doktor. Dalam 10 minit selesai check up apa yang patut.

Staff Nurse : Puan tunggu luar. Nanti saya panggil untuk ambil kad dan slip ubat.

Okay…tolak emak aku keluar. Tunggu dan tunggu dan tunggu masih tak panggil. Dari pukul 2 lebih tadi…dah sampai pukul 3…then aku tengok jam hampir pukul 3:30 petang. Dalam masa itu aku dah mula rasa tak puashati. Takkan doktor tu nak tulis repot dan nak keluarkan slip ubat tu sampai berjam- jam. Dengan rasa tak puashati aku pergi tanya staf nurse tu balik.

Aku : Mana kad klinik ngan slip ubat emak saya

Staff Nurse : Dah bagi kat kaunter sebab tadi saya panggil tak de orang datang, jadi saya pas kad kaunter mintak tolong panggilkan nama.

Aku tak nampak pun dia datang di tempat patient menunggu untuk panggil nama emak aku. Rasional kah disini kalau nama dipanggil dari bilik rawatan yang letaknya dilorong dalam yang jauhnya kira 10 meter dari tempat menunggu. Haduhhhh!!! Aku tak banyak cerita lepas dia kata dia dah hantar kad itu ke kaunter. Aku terus ke bahagian kaunter pulak dan terus bertanya kepada staf yang bertugas (lelaki yg mungkin umur sekitar lewat 40an).

Aku : Ada tak kad klinik ngan slip ubat untuk emak saya.

Staf : (Dengan penuh yakin dia menjawab) Tak ada pulak. Cuba tanya kat dalam.

Aku tidak puashati sedangkan aku memang nampak ada kad depan dia. Aku suruh dia tengok nama atas kad tu. Dengan rasa malas dan tak ikhlas dia pun tengok. Memang itu kad emak aku. Tanpa ada rasa nak minta maaf…dia terus hulur kad itu kepada aku. Masa pada itu adalah hampir pukul 4:00 petang. Urusan seterusnya adalah di kaunter ubat yang pasti bernombor giliran jugak.

Aku : Kalau saya tak datang tanya, alamat sampai malam pun Encik tak akan panggil untuk ambil kad ini kan.

Aku terus belah dan menolak emak aku keluar. No wonder la bapak aku pernah terkena sampai rumah dah dekat maghrib.


NOTA: Apa kata kenaikan gaji, bonus dan kenaikan pangkat kakitangan awam diukur mengikut performance mereka. Berbaloi-baloi....(macam iklan CELCOM tu)

ADENGAN YANG TAK INGIN KITA LIHAT

Tarikh - 4 November 2009

Masa - antara 8:00 – 8:30 pagi

Lokasi - Petronas, Pekan Dengkil (Pekan yang suatu masa dulu tidak dikenali ramai tapi kini berjiran dengan Bandar Bistari, Cyberjaya dan Pusat Pentadbiran Kerajaan, Putrajaya).

Watak 1 – Lelaki Cina, umur sekitar awal 50an

Watak 2 – Lelaki Bangladeshi, juruwang di kaunter Petronas

Watak 3 – Perempuan Melayu (tidak pasti wanita Indonesia atau Melayu Jawa), juga juruwang di kaunter Petronas.

Pagi itu, aku dikejutkan dengan suara maki hamun.

Watak 1 : Cilaka punya orang!!!. Lu memang cibai la…. Ini bukan wang ka.?!!! Hoi…lu pekak ka?.

Aku terpinga-pinga di dalam kereta. Aku nampak lelaki cina itu memegang not RM50. Manakala laki aku masih berdiri di sebelah dia untuk membayar . Si Bangladeshi dan Si Perempuan itu masih menyelambakan diri di belakang cermin kaunter berkenaan.

Watak 1 : Lu orang memang cilaka!!. Bodoh!! Manyak cibai!!! Cepat la cilakaaa….Bodoh!!Cibaiii!!!

Sebaik sahaja laki aku masuk kereta, dengan busybody aku mula la kepohci.

Aku : Pehal lak Cina tu dok maki hamun pepagi ni.

Laki aku : Dia nak isi minyak motor RM4..pastu bagi not RM50. Cashier tu cakap takde duit tukar.

Aku : Laa..ye ker takde tukar, nampak cam ramai jer orang pepagi ni yg dok isi minyak. Mustahil takde tukar. Ke Bangla ngan pompuan cashier tu malas. Patut pun kene maki hamun.

Dalam masa kereta aku mula bergerak aku masih memerhati drama sebabak itu. Aku nampak cashier berdua tu masih menyelambakan diri dan aku nampak si Bangladeshi tu berkata sesuatu kepada lelaki cina itu.

Watak 1 : Ampat linggit la..saya sudah bilang tadi. Memang bodoh la lu orang.

Aku pun menoleh ke motor Honda cup si lelaki cina itu dan terus berlalu pergi. Aku terus berfikir. Adakah sememangnya si cashier Bangladeshi atau si perempuan cashier itu berpenyakit ‘M’ (malas)sampai nak melayan pelanggan untuk mendapatkan duit tukar pun rasa “TAK KUASA”. Aku tak pasti samada si lelaki cina itu semasa memaki hamun ada menyebut “BABI” atau tidak (yang terbukti keHARAMannya) dan ini sudah terang-terang membuktikan perilaku orang yang memakan benda kotor. Bila berkata-kata yang keluar dari mulut yang kotor itu juga perkataan2 yang ‘KOTOR’.

Friday, October 30, 2009

Monday, October 26, 2009

Teringat sambal tumis ikan bilis air tangan mak….ermmm..nyum nyum

Tetiba teringat sambal tumis ikan bilis air tangan emak. Sejak emak sakit, aku memang dah lama tak rasa masakan emak. Emak kalau masak memang tak boleh blah (kata bebudak sekarang). Even kalau dia suap kitorang lauk ikan kembung rebus goreng dengan kicap pun…dah cukup sedap. Stail emak, dia akan suap kitorang ngan nasi panas2 gaulkan dengan kicap dan ikan kembung goreng tu, pastu kepal2 masuk mulut. Sedappppp….banget!!!

Citer pasal sambal tumis emak lak, aku rasa memang aku adik beradik tak leh challenge dia. Dulu masa baru-baru belajar masak, aku dengan adik perempuan aku berlumba-lumba nak masak sambal yang rase macam emak buat. Huh…gagal. Rase memang tak dapat pun yang macam kitorng nak. Tau tak … sanggup kitorng siapkan bahan2 suruh emak tumis jer sebab nak tengok cara dia menumis tu. Kenapa sambal yang kitorang buat tak leh dapat rase macam sambal yang dia masak. Step by step kitorng tengok dia masak. Sama jer…tp kenapa rase lain ek. Tu la kan air tangan emak.





Semalam hari Ahad, tetiba jer rasa macam nak makan sambal tumis ikan bilis. Then aku gigih la potong cili kering, bawang merah, bawah putih bagai. Basuh-basuh campur apa yang patut…belacan sumer….blend. Cari ikan bilis, cuci dan goreng sekejap. Dah tu tumis lak bahan2 yang aku blend tu. Wahhhh…cam best jer bau tumisan tu. Dalam hati (angkat bakul sendiri)…erm bau dah lumayan, rasenyer pasti lumayan gak. Yes!! siap! Ermmm…memang sedap. At last aku berjaya....rase sambal tumis ikan bilis yang aku masak kali ni rasa air tangan emak.

p/s : - Ned, ko dah leh ke masak sambal rase cam emak masak…huhu. Aku rase aku nyer dah. Jangannn jelesss...hehe..

Friday, October 23, 2009

Abang punyer cerita...

Since today is abang’s birthday ma nak citer lak macamana abang masa kecik-kecik. Abang ni masa kecik-kecik memang comey (tp ma rase, anak-anak ma sumer comey-comey). Tapi pic masa kecik-kecik nenek yang simpan. Tak sampai hati nak amik. Biar dulu ek nenek pegang…kut kut…dia suke jer nak belek-belek album korang masa kecik2 tu.

Abang ni masa kecik memang tak banyak kerenah, suker jer ma ngan dia. Maybe anak sulong kut…so abang nyer mind kira cam matang. One more reason, sebab nenek yang bela/asuh, jadi abang ni cam faham jer, taknak bg nenek susah bcoz nenek dalam sakit2 leh jer jaga diorng 3 beradik (abang, anyzz & aboi, masing2 beza umor 2 tahun 2 tahun). Thts why abang xbyk songeh. Tapi dalam ok-ok dia ada gak perasaan jeles ngan adik dia Anyzz. Dah tu si Anyzz ni pulak mmg jenis ‘slumberland’. Apa taknya, apa abang dia buat, dia pun nakkk jugak. Masa tu abang dah nak masuk tadika umur 5 tahun and Anyzz masa tu 3 tahun. So gi la amik gambar kat Kedai (masa tu lom ada digicam lagi…kalau tak ma dah leh proceed sendiri jer pic2 sumer. Huhu..) Abang ni pun dengan rasa bangga dok atas kerusi posing tunggu nak snap pic bersaiz passport. Yesss!!! Selesai. Lepeh abang turun dari kerusi…tetiba lak si kakak ni dok kat kerusi. Nakkkk jugak enter frame. So ikutkan aje..amik gak la pic Anyzz. Abang dah mula bengang kat adik dia. Mana taknya…dia yg nak masuk Tadika, si Anyzz lak sibuk2 bergambo. Abang pun mula tunjuk muka kat adik dia. Sepanjang hari dia akan cari salah Anyzz. Siap la, dalam diam dia akan kenekan adik dia sampai melalak2 si Anyzz tu. Bab ni buat ma pening. Siap la abang kene tangan ngan ma. Uhuk..

Abang n cousin bro (Akik)

Anyzz@age2 - mangsa abang usik2 cari pasal

Anyzz@age5 - yang suka buat abang hanginnn 1 badan


Masa dah masuk tadika, ma jadi heran satu perkara. Waktu tadika bermula pukul 8:00 pagi. Si Abang ni pulak yang peliknya mesti nak keluar rumah awal pagi. Biasanya dalam pukul 6:30 atau kul 7:00 pagi. Padahal tadika dia jauh nyer lebihkurang 100 meter dari rumah (belakang rumah jer). Ma slalu bebel, "pehal lak abang ni nak gi skolah awal2, takde saper pun lagi kat tadika tu”. Dia buat dek jer, kuar gak gelap2 tu. 1 pagi tu ma sajer jer kejut abang bangun pagi lewat sikit, ofcoz taknak abang kuar gelap2 gi tadika. Dia leh bebel kat ma pulak, “kenapa ma lambat kejut abang bangun, tengokkk….abang takleh jadi orang No. 1 sampai skolah”. Wat????? Bcoz of that??? No wonder la dia kuar umah gelap2. Aiyyaaa…ini macam ka???

Ada 1 lagi cerita masa abang umor 6 tahun. Masih di tadika lagi. Ayah dia ada la buat packing barangan kilang kat umah. (konon part time la..tapi ma rasa mcm tak berbaloi jer buat kerja ni…) Tempat tinggal kitorang memang kawasan industri. So ada la ejen kilang yang propose kat ayah dia buat kerja part time ni. Ayah dia sebab kawan yang minta buat so dia ok jer rather than the time passing by camtu jer, y not kan. Kerjanya senang jer. Pack barang ni masuk kotak kecik ikut amaun yang diminta. Then kotak2 kecik tu pulak pack dalam kotak besar ikut kuantiti yang sepatutnya and seal. Tapi xleh main pack jer, kene pilih kalau ada yang tak ikut spesifikasi then reject. So nak jadi citer, barang yang reject ni ayah dia masuk kat dalam satu bekas.

One day, ma terima phone call dari cikgu tadika abang, “Sham, akak nak cakap sikit la dengan Sham pasal Nazrul. Tapi akak xnak cakap dalam telefon. Nanti akak singgah rumah Sham”. Ma pun jawab, “Ok, datang la. Petang nanti lepas saya balik keje”. Masa tu cikgu Asmah. Rumah dia depan rumah kitorng jer . Sekali lagi I am wondering…apa hal lak si abang ni. Petang tu, cikgu Asmah datang. Hehe…suspen???
“Sham, akak serba salah nak cakap ngan Sham. Tapi akak kene bagitau jugak,” cikgu Asmah memulakan citer dia. Aku pun jawab, “kenapa lak serbasalah, citer je la kak”.

“Si Nazrul, dia bawak kondom kat tadika. Agih2kan kat kengkawan dia. Pastu bebudak tu tiup jadi belon. Akak terkejut gak nampak bende tu”. Berpeluh dahi ma dengar cikgu Asmah ngadu. Bera(malu) muka ma. Tp ma macam gelihati lak. Dalam kepala hotak ma ni dok pikir…”cikgu Asmah ni mesti ingat aku, husband wife guna bende tu. Motif family planning la tu...Padan muka aku."

Aku pun mula explain ngan cikgu Asmah, “kak nak tau tak…ayah bebudak ni buat part time packing kondom tu amik direct dari kilang. Masa packing tu, yang loose item kene kluarkan. So ayah dia simpan dalam satu bekas. Saya pun tak tahu camana lak si Nazrul leh jumpa kondom tu. Dia ingatkan belon agaknya…tu yang dia bawak skolah bg kengkawan tu”. Hahaha….pastu, kitorng pun bantai ketawa. Tu la motifnya, kenapa cikgu Asmah macam takut2 nak cerita dalam telefon.

Bila ayah balik keje, ma pun citer la apa dah jadi pasal barang part time dia tu….Kitorng pun ketawa terbahak-bahak. Bengong btol!!! Lepas dari tu, ma advise kat ayah… "takyah la packing bende tu lagi, tak berbaloi pun upahnya. Malu jer dapat”. Kalau tak silap ma, setiap 1 kotak kecik upahnya dalam 30 sen jer. Lupa dah…xberapa ingat exactly the amount.

Time umur2 begini, ma yang ajar diorng mengaji. Abang selalu kene tengking sebab kalau bab mengaji baca merangkak-rangkak jer. Ma mula la naik hangin…mana taknya dia selalu tak ingat huruf2 masa mengaji. Asyik buat salah mende yang same jer. Bila dia masuk skolah rendah fasa ke2, darjah 4 dah boleh daftar ke skolah agama rakyat (KAFA). One day abang bg tau dia nak masuk pertandingan ‘taranum’. Ma macam tak percaya jer. Tp bende baik…biag pi la abang join. So before tu suh gak la atok dia guide abang bertaranum. Teruja ma bang!!! Handal ko..bila masa ko pandai ek. Hehe..

Abang, Anyzz n cousins - visit to Cameron Highlands

Abang ni ma suka sangat2 sebab dia memang rajin. Suruh kemas rumah dia akan relahati buat. Atok ngan nenek tak berapa larat nak buat. Bila angin rajin abang datang, abang rela jer vakum karpet, bersihkan habuk2 kat kipas sumer. Sesekali tolong atok masak. Ini memang kelebihan abang banding ngan adik2 dia.

Eh…rase cam panjang la citer pasal abang ni. Ni baru peringkat kanak2. Lom citer masa dah masuk skolah menengah. Bab menengah ma citer kat entry lain ek. Tak larat dah nak taip….

Thursday, October 22, 2009

Another ‘Birthday Boy’ this month - Abang @ Ayoi (22 October 2009)


Selamat ulang tahun Abang yang ke-20. Besar dah ek anak sulong ma. Finish up ur dip. Wats next?? Continue ur degree k? Move on to the other step. Then the rest Abang decide.

Que siera..siera..watever will be..will be.. The 'FUTURE' not us to see...

Friday, October 16, 2009

INFO UNTUK DIKONGSI - STROK@ANGIN AHMAR

Good info…
ﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ
Somebody sent to me. Mungkin berguna kepada kita semasa kecemasan.
Wallahualam.

SAKIT ANGIN AHMAR

Risalah ini diterjemah dari risalah asal berbahasa Inggeris. Bacalah untuk pengetahuan anda dan mungkin ianya berguna jika ditakdirkan ada antara ahli keluarga, jiran dan rakan-rakan anda terkena penyakit ini suatu hari nanti. Ianya amat menakjubkan jika berhasil, luangkan masa anda untuk membacanya dengan teliti dan simpan risalah ini sebab mungkin ada nyawa seseorang yang boleh diselamatkan dengan izin Allah melalui tip-tip yang akan dibincangkan.
Bapa saya meninggal dunia akibat penyakit angin ahmar 3 tahun lalu setelah terlantar lumpuh selama sebulan. Masa itu saya tidak tahu apa-apa tentang rawatan kecemasan untuk pesakit angin ahmar. Walau bagaimanapun masih belum terlewat untuk kita kongsi bersama. Sila baca dan sampaikan kepada saudara-mara serta rakan-rakan anda. Yayasan AMAL tidak mempunyai ramai sekarelawan perubatan bagi memenuhi permintaan rawatan dari masyarakat setempat. Semoga buletin seumpama ini boleh membantu anda melakukannya sendiri.
Apabila serangan angin ahmar mengenai seseorang, kapilari darah di dalam otaknya menghadapi risiko untuk pecah. Bila anda berhadapan dengan seseorang yang baru terkena angin ahmar dan tidak sedarkan diri, pertama sekali anda jangan panik dan bawa bertenang.
Tidak kira di mana sahaja mangsa itu berada, jangan alihkan ke tempat lain. Kerana pergerakan pada ketika itu boleh menyebabkan kapilari darah diotak mangsa terus pecah. Bantu mangsa untuk duduk dan sokong badannya supaya tidak terjatuh. Jika mangsa terjatuh semula, keadaan mungkin akan bertambah buruk. Jika di rumah anda ada jarum suntikan (alat yang terbaik), jarum jahit atau pin baju yang tidak berkarat, segera panaskan dengan api untuk disterilkan. Kemudian dengan berhati-hati cucuk kesemua hujung jari-jari tangan mangsa kira-kira 1 mm dalamnya, seperti rawatan akupuntur. Cucuklah sehingga menitiskan darah, jika perlu picitlah jari-jarinya sehingga mengeluarkan darah. Apabila kesemua 10 jari mengeluarkan setitis darah
tunggu beberapa minit sehingga mangsa sedar semula.
Jika berlaku perubahan betuk mulut, tarik telinganya sehingga kemerahan. Kemudian cucuk kedua belah telinga dengan jarum sehingga mengeluarkan 2 titis darah. Beberapa minit kemudian Insya Allah, mangsa akan sedar semula. Tunggu sehingga mangsa benar-benar sedar kemudian bawa dia ke hospital. Memanggil ambulance semasa mangsa pengsan dan mengejarkannya ke hospital secara tergesa-gesa sebenarnya boleh menyebabkan kapilari darah di otak mangsa pecah dan berlaku pendarahan. Sukar untuk mangsa dipulihkan apabila keadaan ini berlaku. Ada kemungkinan daya ingatan mangsa akan hilang sepenuhnya, walaupun dia mampu berjalan semula.
"Saya belajar tentang menitiskan darah bagi menyelamatkan nyawa dari seorang doctor tradisional Cina bernama Ha Bu-Tung yang tinggal di Sun-Juke. Selain itu saya juga berpengalaman mempraktikkannya. Sebab itu saya yakin cara ini adalah berkesan 100%" menurut seorang pengamal kaedah rawatan ini. Tambah beliau lagi "Pada tahun 1979, ketika itu saya sedang mengajar di Kolej Fung-Gaap dekat Tai- Chung. Tiba-tiba seorang guru lain berlari ke kelas saya dan mengadu; "En. Liu, penyelia kami diserang angin ahmar!." Saya pun bergegas ke bilik beliau di tingkat 3. Saya lihat penyelia kami, En.Chen Fu-Tien, telah menjadi pucat, percakapannya tak difahami, dan ada tanda-tanda serangan angin ahmar. Saya segera menyuruh pelajar saya membeli jarum suntikan di farmasi dan terus menyuntik jari-jarinya. Apabila kesemua 10 jarinya menitiskan darah, (setiap jari setitis darah), selang beberapa minit muka En Chen kembali kemerahan dan dia membuka matanya.
Malangnya mulut beliau masih belum normal, jadi saya menarik telinganya untuk mengalirkan darah ke situ. Bila telinganya kemerahan, saya menyucuk kedua-dua telinganya sehingga menitiskan 2 titik darah. Selepas 3-5 minit, bentuk mulutnya kembali normal dan percakapannya kembali jelas. Kami memberikan dia secawan teh panas, merehatkannya seketika sebelum membawanya ke Hospital Wei Wah. Dia ditahan semalaman dan dibenarkan keluar keesokan harinya untuk terus bertugas di sekolah. Keadaan beliau kembali seperti biasa, tiada apa-apa kesan angin ahmar.
Kebiasaanya mangsa angin ahmar yang mengalami pendarahan di otak dalam perjalanan ke hospital adalah sukar untuk dipulihkan seperti sediakala. Angin ahmar adalah antara penyebab utama kematian. Mereka yang bernasib baik dipanjangkan umur tetapi kebanyakannya lumpuh sehingga akhir hayat. Penyakit angin ahmar ini ada kemungkinan untuk mengenai sesiapa sahaja. Jika semua di antara kita boleh mengingati kaedah penitisan darah ini dan memulakannya segera, dalam jangka masa pendek, mangsa-mangsa boleh kita selamatkan dengan izin Allah dan ada harapan pulih seperti sediakala. Diharapkan kaedah bantuan kecemasan mangsa angin ahmar ini dapat dihebahkan supaya penyakit ini tidak tersenarai sebagai penyebab utama kematian di kalangan kita..
SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA KECUALI MAUT DAN SETIAP YANG BERNYAWA PASTI AKAN MENGHADAPI MAUT.
DITERBITKAN OLEH :
URUSETIA AMAL KEMASEK PT758 TINGKAT 1,
BANGUNAN SEDC, KEMASEK 24200 KEMAMAN, TERENGGANU D.IMAN
TEL: 09-8662230 FAX: 09-8662231

Wednesday, October 14, 2009

Update la weh…

Pesal lately ni ramai bloggers xupdate blog memasing. Takkan kering idea kut sebab banyak makan ketupat, lemang, rendang sumer. Ke bz wat preparation nak sambut Deepavali lak. Hehe..update la weh!!!

Friday, October 9, 2009

Selamat Ulang tahun Aboi…11 Oktober 2009

Hari Ahad (11 Oktober 2009) ni birthday Aboi…remaja 16 tahun.

Sempena ulangtahun Aboi yang ke-16 ini, ma doakan semoga hari-hari yang dilalui akan membuahkan kejayaan dan kesejahteraan sentiasa. Jadilah seorang yang berjaya dalam apa juga bidang, punya jatidiri yang tinggi dan disenangi oleh semua. Amin.

Kalau diimbas zaman kanak-kanak dia dulu, geram ada..kelakar pun ada.


Geramnya Aboi ni suka buat perangai. Iye la..masa tu kira dia anak paling bongsu (zaman sebelum ada Apiez, adik yang lahir semasa umur abangnya ini 11 tahun). Mana tak geramnya. Aboi ni jenis suka buat koleksi mainan. Satu hari mesti sekurang-kurangnya beli 1 jenis mainan. Ayahnya pulak masa tu ikutkan aje kehendak dia. Dengan ma dia, erm…sorry la. Aku boleh aje pekakkan telinga. Ayahnya bukan apa taknak pening2 sebab Aboi akan merengek-rengek sepanjang hari yang akan buat kita sakit telinga bila dia merengek. Percaya atau tidak…sampai koleksi handphone mainan dia, berpuluh-puluh jenis dia ada. Sampaikan pernah juga Pak Ngah dia perli, “Cuba tengok dalam kepala Aboi ni, nampak tak..ada macam-macam mainan? Ada kereta, ada handphone, ada brickgame, banyaknya mainan.” Gelihati pulak dengar bila Pak Ngah dia cakap macam tu. Itu bab mainan.


Aboi n Ayah

Bab dress up lain pulak. Memang tak boleh blah!! (bahasa bebudak sekarang). Hari-hari kalau pakai baju ke, pakai stoking ke mesti ada yang dia tak puashati. Kalau pakai kemeja lengan panjang, bila dilipat lengannya dia akan ukur…sama tak panjang lipatan tu. Kalau tak sama panjang, siap la. Berkali-kali kita akan kena samakan sampai dia betul2 puashati. Haduhh…memang buat kita sakit kepala. Stoking pun camtu jugak. Mesti sama panjang. Kalau kene stoking lama yang dah longgar tu, habis la. Dia akan tarik2 kasi sama. Kalau tak menjadi, alamat melalak la lepas tu. Poning..poning..


Aboi @ age 3 maintain bergaya


Itu zaman kanak-kanak punya cerita. Masa dia form 1/form 2, lain pulak cerita. 2 3 kali ayah dia kene panggil ke sekolah sebab kes buli. Sampai aku pun terkejut juga bila cikgu kelas dia komplen bermacam hal pasal Aboi. Sebabnya perangai dia di rumah memang lain dengan apa yang cikgu dia komplen. Tak tau lah..mungkin peringkat umur macam ini (13 @ 14 tahun) memang jiwa tengah kacau. Suka buat yang bukan-bukan. Pastu dia minta tukar ke sekolah baru yang dekat dengan rumah. Aku ikutkan aje sebab pikir dia akan berubah jadi matang. Lepas berpindah, timbul pulak cerita lain. Tetiba dapat satu surat dari pihak sekolah. Sebabnya, Aboi tak hadir ke sekolah. Kalau tak silap dalam tempoh 4@5 bulan..21 hari dia tak hadir. Lagi sekali buat aku terkejut. Bukan dia sajer yang terlibat, ada lagi 2 3 orang murid. Bila di siasat rupa-rupanya bila diaorang ni ponteng, diorang dok lepak kat rumah sorang murid ni tidak jauh dari sekolah. Bersenang-senang menonton tv, dvd dan macam-macam la. Betul-betul menguji kesabaran aku!!! Rupa2nye, kerja mendidik bukan satu perkara yang mudah.


Satu perkara yang aku notice, peringkat umur sebegini memang remaja punya jiwa yang kacau. Kalau tidak dibimbing sebaiknya akan terus hilang arah. Alhamdulillah…lepas bermacam-macam hal, Aboi semakin matang dan semakin +ve. Dalam pening kepala dengan kenakalan dia, tiba-tiba dalam pertandingan syarahan antara sekolah2 di Putrajaya (tahun 2007) dia mendapat tempat ke-3. Aku dah mula nampak perubahan +ve dalam diri dia. Masa dia form 3 (tahun 2008), masih lagi meneruskan aktiviti syarahan dan berjaya di tempat ke-2. Sebagai emak, memang la aku bangga. Terus jugak bagi kata-kata semangat kepada dia. Alhamdulillah juga dalam PMR 2008, keputusan memang membanggakan walaupun tidak mendapat tempat di SBP. Mungkin bukan rezeki dia. Aku cuma bagi kata-kata semangat kepada dia, “Sekolah dimana-mana pun sama, yang penting diri kita sendiri samada nak belajar atau tidak.” Aku harap dia faham maksud yang tersirat.

Sekarang ni, dia dalam form 4. Baru-baru ini berjaya menduduki tempat pertama dalam pertandingan syarahan dan seterusnya mewakili Putrajaya bertanding di peringkat Kebangsaan di Perak. Dia juga dilantik sebagai Ketua Pengawas sekolah. Semua perkara ini mengajar dan mendidik dia menjadi matang dan bertanggungjawab. Walaubagaimanapun, masa depan dia masih jauh lagi. Banyak yang perlu dilalui untuk menjadi seorang yang berjaya.




Sebagai emak, aku memang punya harapan yang tinggi untuk setiap orang anak-anak aku. Harapan aku biarlah mereka berjaya...dalam pelajaran, kerjaya dan seterusnya kehidupan di dunia dan juga akhirat.