Nuffnang Ads

Friday, July 31, 2009

IsTeri ’YB’ SuaMi ‘YAB’

Aku ada la terbaca satu artikel dalam magazine tu. Tergelak la jugak aku. Mana taknya..title artikel tu lebih kurang....’KALAU ISTERI JADI YB’. Aku pun teruja gak la nak tau apa perasaan para suami bila isteri2 dia orang ber’tiltle’ YB.

Yang menariknya….aku ingatkan ‘YB’ tu shortform untuk YANG BERHORMAT. Tapi sebenarnya ‘YB’ yang ada dalam artikel tu shortform untuk ‘YANG BESAR’. Kih..kih..kih.. Kira macam mengutuk kaum perempuan la ni. Hampeh!!!

Ada ke dia kata orang perempuan ni masa remaja body macam rumpun buluh yang melambai-lambai. Bila dah kahwin terus jadi pokok ketapang terlebih baja, besar dan rendang. Dah tu YB (yang besar) boleh pulak di kategori lagi tu. YBA – yang besar atas. YBB – yang besar bawah. YBD – yang besar depan.

Memang aku tak nafikan kan...biasa la kalau dah kahwin mesti kene jadi YBD (yang besar depan). Kalau tidak nanti nak kene jawab soalan bonus – Bila lagi nak beranak???? Poning gak nak menjawab kan. Bila dah dapat title YBD tu, si suami ni mesti kembang kempis hidung. Bangga la tu. Konon la si suami ni memang lelaki sejati. Apa2 pon, YBD ni YB sementara je...

Elehhh…YBA (yang besar atas) ke YBB (yang besar bawah) ke, aku rasa tak ada salahnya. Kalau hati dah sayang……biar besar gedabak mana sekali pon tetap nampak cantik dan manis nya. Kadang2 YB lagi VOGUE!!! Cuma lelaki-lelaki yang mata keranjang ni jer….konon bagi alasan nak cari teman baru bukan YB sebab yang ada kat rumah tu dah jadi YB. Kalau dah mata keranjang tu, lawa dan solid macamana pun teman setilam yang sedia ada…..tetap nak menggatal jugak. Dah jadi hobi la tu. Perasan..konon pompuan ramai syok ngan dia. Lelaki macam ni memang berlambak di pasaran.. Yang peliknya lelaki-lelaki ni kebanyakannya tidak sedar pulak yang diri tu pun dah jadi YAB - "YANG AMAT BOROI". Dasar buaya darat!!!

Tuesday, July 14, 2009

Kesian ApiZZZZ...tak leh bersukan

Hari sukan tadika Apiz sepatutnya diadakan pada hari Sabtu -11/7/09. Tetapi disebabkan pihak KEMAS ada event lain, Hari sukan tersebut diadakan pada hari Ahad (12/7/09) pulak.
Hari Jumaat tu aku siap pergi gotong royong untuk buat persiapan HARI SUKAN TADIKA KEMAS Kg. Dato’ Ahmad Razali kat Dengkil. Malu nak mengaku…baru 1st time aku hadir dalam gotong royong ni. Tak kesah la…aku pun bukan suke2 jer boleh keluar waktu kerja. Ni pun aku amik TIME OFF tau dalam 2 jam setengah. Sesekali boleh la…kalau selalu2 alamat performance aku down ler nanti. Walau aku involve sekali sekala pun…aku buat kerja betul-betul tau. Tak de la datang jadi pemerhati je. Merah padam gak la muka berjemur tengah panas mengecat garisan untuk lorong larian kanak-kanak tadika dekat padang berdekatan. Dah tu kene membongkok lagi, sakit pinggang makcik.

Tau tak yang datang untuk gotong royong tu semua nya AJK yang dilantik oleh suara ramai.. Kalau tak silap AJK yang hadir adalah dalam 10-12 orang gak. Tapinya yang buat kerja dalam 4 – 5 orang. The rest dok borak-borak bawah pokok (aaahhh…lantak la)

Lepas gotong royong aku terus balik ke Seremban. Plan dalam pukul 7 pagi Ahad betolak balik ke Putrajaya nak gi sukan Apiz Tapi nak jadikan cerita petang hari Sabtu tu waktu maghrib kaki Apiz terseliuh jatuh tangga. Bengkak gak kat buku lali tu. Risau gak malam tu dia langsung tak boleh jalan. Nak pijak kaki kat lantai pun dia kata sakit. Dah tu terpaksa merangkak la macam baby.. Dah tu saper nak dukung dia…tak larat…5 tahun tapi 35 kg tuuu….omak eh..boghek!!!

Next morning tu, pepagi terus bawak dia pergi klinik. Nasib baik klinik tu ada buat Xray sekali. .Then scan le gak kat buku lali tu takut patah ke. Alhamdulillah….Cuma urat tu terseliuh jer. Bengkak gitu-gitu jer.


Plan nak sambut hari sukan Tadika Apiz…cancelled. Nak bersukan macamana. Nak pijak kaki kat lantai pun tak boleh. Yang jadi mangsa ayah dia la. Kene dukung Apiz. Kan ANaK AYaH…Hehe…

Tapi kan…rasa-rasa kalau Apiz masuk acara larian sukan tu belum tentu menang. Dah macam anak GERGASI...lari pun tak larat Masa gotong royong tu cikgu dia citer testing suruh tiup tepung cari gula-gula dah termuntah-muntah. Last-last dengan muka bertepung tu dia korek gula-gula tu dengan tangan terus masuk mulut...MaKANNN...ish ish....Anak Sapa La Ni....

Yang kelakarnya sepupu2 dia Zaid, Sabirah n Zubair dok citer2 dalam kereta on the way balik dari Kelang...imagine Apiz tengah bersukan....entah buat acara apa konon, entah larat ke tidak...Kih Kih Kih. Padahal Apiz tengah lepak kat rumah tengok ASTRO CERIA lagi tuuuu. Hahaha.....

Friday, July 10, 2009

PPSMI...ruginya bila dimansuhkan

PPSMI dimansuh?

Sebagai rakyat Malaysia, saya tidak rasa sebagai orang no. 2 negara, langkah yang diambil untuk memansuhkan PPSMI ni adalah langkah orang yang bijak. Selama 6 tahun, ianya sudah dipraktikkan, sebagai seorang emak yang anak-anak tergolong dalam proses PPSMI ini, saya nampak keberkesanannya.

Disebabkan mengikut kata hati segelintir orang yang berfikiran negatif terhadap PPSMI ini, Kementerian Pelajaran terpaksa mengubah keseluruhan proses pembelajaran yang telah berjalan selama 6 tahun ini. Rather than to be implemented on 2012, why not keep on going on it. Saya rasa dalam tempoh tersebut kita sudah boleh menguatkan lagi PPSMI ini yang mana guru-guru bertauliah/terlatih semakin ramai dan anak-anak yang belajar semakin berkeyakinan.

Apakah relevannya melaksanakan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa melayu di sk dan smk sedangkan di sjk dan smjk tamil dan cina boleh menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Jika begini tidak ada maknanya segelintir manusia yang memperjuangkan bahasa melayu untuk PPSMI ini dan tidak ada maknanya juga Tan Sri Muhyiddin memansuhkan PPSMI. Daripada mencetak dwibahasa dalam buku teks subjek sains dan matematik kenapa tidak diteruskan sahaja apa yang telahpun dimulakan sejak zaman Tun Mahathir ini. Dalam tempoh yang disebut oleh Tan Sri Muhyiddin untuk melaksanakan bermula 2012, saya rasa guru-guru semakin efficient dan anak-anak yang telah belajar dan meneruskan PPSMI ini semakin cerdik dan boleh membawa generasi seterusnya kepada kemahiran ini.

So far, saya ada anak-anak yang termasuk dalam golongan PPSMI ini. So far juga subjek sains dan matematik mereka begitu memberangsangkan. Saya tidak pernah menghantar anak-anak saya ke kelas tambahan untuk mendapatkan kemahiran dalam kedua-dua subjek ini seperti yang diamalkan oleh kebanyakan ibubapa hari ini tetapi keputusan SPM dan PMR masing-masing A1(SPM) dan A(PMR).

Jika kata pejuang2 bahasa yang memprotes perlaksanaan PPSMI ini mengatakan yang mereka begitu simpati kerana anak-anak luar bandar tidak mendapat kemudahan pembelajaran untuk mengikuti PPSMI ini, ianya adalah propaganda semata-mata. Sedangkan sepatutnya fikiran mereka kena lebih positif dan tidak memandang rendah kepada anak-anak dan ibubapa di luar bandar ini. Hakikat yang telah kita nampak, ibubapa dan anak-anak yang bersekolah di luar bandar jika diberi bimbingan sepenuhnya, PPSMI ini akan terus berjaya. Jika dimulakan dari peringkat awal persekolahan, anak-anak ini seperti span dan menyerap sahaja apa yang diajar.

Janji yang dibuat oleh Kementerian Pelajaran untuk menambah tenaga mahir dalam memperkuatkan kemahiran bahasa inggeris dengan menambah guru-guru dan tenaga pengajar yang bertauliah memang sesuatu yang baik. Tetapi adakah kita tahu bahawa bahasa teknikal dalam subjek sains dan matematik tidak sama dengan bahasa pertuturan. Istilah-istilah yang ada dalam kedua-dua subjek ini begitu unik dan jika diterjemahkan belum tentu lagi perkataan tersebut menjadi satu perkataan yang asli perkataan melayunya.

Wednesday, July 8, 2009

seTEm..oh seTEm

“Laaaa…..mane ade orang simpan stem sekarang ni Pak Mat…!!!” Kata-kata yang keluar dari mulut aku bila salah seorang staff kat ofiz aku tanya ada setem ke tidak.

Tetiba je its keep reminding me, zaman aku sekolah dulu…dalam syllabus BM dan BI cikgu akan ajar format menulis surat tak rasmi dengan surat rasmi. Lepas tu bila dah pandai…kita-kita akan praktik kan apa yang diajar. Nak-nak bila musim cuti sekolah (biasa nye cuti panjang ler). Masa tu la sibuk mengarang surat kat kengkawan (dah tentu la surat tak rasmi). Sebenar nye bukan aku yang mulakan tulis surat kat kengkawan…aku sekadar membalas surat dari dia orang je. Hehe. Maklum la kan nak jaga hati kengkawan. Kene lah balas…apa taknya, ayat yang last dalam surat kengkawan aku tu yang tak leh tahan tu….PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS.

Yang pasti nye bila kene tulis surat…kene la ada simpan setem. Bila bapak aku keluar pergi kerje….siap pesan beli kan setem. Bapak aku bila beli…takde la nak beli sekeping jer. Dia akan beli dalam 10 keping, so setem yang tak guna lagi tu leh la buat stok (standby dalam dompet). Masa tu kalu tak silap kalau hantar surat biasa2 camni kene tampal setem 20 sen. Kalau yang jenis malas tulis surat (macam aku ni..), boleh guna poskad je. Harga setem pulak 10 sen je kut…alasan nyer... poskad orang lain leh tumpang bace!!!! (konon la!!).

Masa tu rumah aku jauh dari pekan. Bila dah tulis surat, setem dah tak jadi masalah sebab memang ada simpan stok. Nak mengepos lak jadi masalah….Pejabat Pos jauh tuuu…apa aku buat…kene tunggu la En Posmen lalu. Bila hari dan masa aku agak2 En. Posmen akan lalu…aku standby la, konon nak bagi surat tu kat tangan dia. Hehe..macam2.

Zaman terus berubah…..sekarang ni kalau kite2 ni nak guna setem nak hantar surat kene la cari kat Post Office sendiri. Selain dari peminat/pengumpul setem….takde maknenyer kengkawan kite2 ni nak simpan stok setem. Kirim salam. Iye la…kite2 pon tulis surat kalu surat tu surat rasmi je (Surat Mohon Kerja, Mohon Biasiswa, Mohon Diskaun bayar saman dan macam2 mohon lagi la). Setahu aku pun…kes mohon2 bende2 ni pon dah guna online jer. Kalu nak buat komplen pasal tak puas hati pon tak perlu tulis surat lagi….boleh terus email jer. Cepat dan Mudah.

Dulu-dulu kalau kakak2, abang2, adik2 dapat surat…pastu tersenyum2 bace, selalu nyer emak ayah akan tanya, ‘SURAT CINTA ke tu ?’ Sekarang ni, dah takde dah istilah surat cinta…kalau bercinta most of the time…mesti gayut ngan hp atau jari jemari tu ligat jer menekan keypad hp berSMS. Kalau berkahwin dengan laptop tu…alamat 24 jam dengan laptop je…berYM, berWEBCAM, berEMAIL, berMYSPACE dan macam berrrr lagi la.

Pendek kata tak payah KERTAS, tak payah PEN, tak payah SETEM, tak payah POSMEN……NOSTALGIA!!!!

Thursday, July 2, 2009

A new day has come....

Aku cam sronok jer bace blog orang. That's y aku pon nak join gak la alam berblogger ni. Cam best jer....leh explore apa yang terbuku dalam hati aku ni.

Anak bujang aku pon leh citer dalam blog die kalu kene sound baek ngan aku...(ni MOTIVASI cara aku). So y not....aku pon leh gak kan.