Nuffnang Ads

Friday, August 21, 2009

BONUS?!!! TAWARAN TERHEBAT HANYA DIBULAN RAMADHAN!!!

Pagi ini aku menerima email yang amat menarik perhatian. Memang kreatif. Keep it up.


Wednesday, August 19, 2009

Untuk dikongsi bersama - KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH SAW

(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)
- Posted by: Al-Faqir Ilallah Mei 25, 2007


Wahai Manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu , mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini, Sembahlah Allah, Dirikanlah solat lima kali sehari, Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku. Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu



- Nama sebenar AlFaqir Ilallah Al-Hadrami adalah Muhammed Fauzi Abdul Aziz. Penuntut di Darul Ifta’ Mesir. Pengajian beliau dalam bidang Faraid dan juga Feqh Islami. Beliau merupakan bekas pelajar Darul Mustaffa Hadramout Yemen.

Tuesday, August 18, 2009

Ramadhan datang lagi...SELAMAT BERPUASA

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."

http://www.al-azim.com/~beringin/bicara/ramadhan1.htm

Wednesday, August 12, 2009

Doa Ketika Terjadi Penyakit Menular

Satu Rindu

Hujan kau ingatkan aku
Tentang satu rindu
Dimasa yang lalu
Saat mimpi masih indah bersamamu
Terbayang satu wajah
Penuh cinta penuh kasih
Terbayang satu wajah
Penuh dengan kehangatan
Kau ibu...Oh ibu...
Allah izinkanlah aku
Bahagiakan dia
Meski dia telah jauh
Biarkanlah aku
Berarti untuk dirinya
oh ibu...oh ibu...kau ibu...
Terbayang satu wajah
Penuh cinta penuh kasih
Terbayang satu wajah
Penuh dengan kehangatan
Terbayang satu wajah
Penuh cinta penuh kasih
Terbayang satu wajah
Penuh dengan kehangatan
Kau ibu...oh ibu...
kau ibu... oh ibu...oh ibu...
Hujan kau ingatkan aku
Tentang satu rindu
Dimasa yang lalu
Saat mimpi masih indah bersamamu
Kau ibu...kau ibu...kau ibu
Lagu: Opick
Lirik: Opick
Arr: Galuh&OpickString
Arr: Oni Saunine
Drums: DedeAcoustic
Guitars: Thomas
Mixed by Rudra at Aquarius Studio
Edited: 07102006 1903

Wednesday, August 5, 2009

Chatting di tetingkap YM

Satu pagi, ada seseorang telah menegur aku melalui tetingkap YM. Aku pun tak berapa nak ingat Mr. tq4luvinme ni. Aku pun rajin gak merayap kat Window Regional Yahoo, maybe masa tu dia add ID yahoo aku. Aku pun, kalau ada sesaper yang rajin menegur aku, MakCiK layan jerrr!!!. Syhhh..

tq4luvinme : hi
exl_shina : i
tq4luvinme : wer r u?
exl_shina: opiz
tq4luvinme : bz?
exl_shina : not really
tq4luvinme : u keje apa?
exl_shina : besa2 jer
tq4luvinme : ok
tq4luvinme : sihat?
exl_shina : ok jer (dalam hati…oh, melayu rupanyer!!)
exl_shina : :)
tq4luvinme : u married
exl_shina : ofcoz, mum wit 4 kids
exl_shina : the 3 above already grown up
exl_shina : the eldest 20 yrs old
exl_shina : last one 5 yrs old
tq4luvinme : 40s?
exl_shina : yup
tq4luvinme : gd
exl_shina : u kat mn ni?
tq4luvinme : abroad
exl_shina : u keje apa?
tq4luvinme : i keje sini engineering.com
exl_shina : gr8
tq4luvinme : i nak tanya u satu soalan
exl_shina : ok jer
tq4luvinme : apa pendapat u tentang affair sesama rakan sepejabat
tq4luvinme : kat pejabat i ramai yang ada affair sesama sendiri
exl_shina : :) (tanya dalam hati jer..awk pun dah terjebak ke?)
tq4luvinme : setengah tu more than an affair
exl_shina : ermm…tepuk dada tanya selera
exl_shila : :p
tq4luvinme : dah tepuk tapi tak dapat jawapan
exl_shina : bagi i..orang-orang yang terlibat dalam hal-hal macam ni takde hala tuju
tq4luvinme : hala tuju?
tq4luvinme : apakata perkara ini permulaan diaorang sampai ke destinasi
exl_shina : tepuk dada u lagi
exl_shina : :p
tq4luvinme : hahaha
tq4luvinme : haduh...sakit oo
exl_shina : :D

Perbualan aku pagi tu terhenti di situ aje. 1st of all, disebabkan kerusi aku pagi tu tak panas lagi, mood aku belum come out nak berhujah pasal isu tu lebih-lebih. 2nd of all, table aku masih lagi berlonggok dengan fail-fail sebutharga. Kalau tak clearkan..boz dok jeling2. 3rd of all, aku kene continue keje aku dan Mr. tq4luvinme kene carry on dengan hal dia (maybe).

Oleh kerana persoalan ni masih boleh dikupas, aku nak mintak korang2 bagi pendapat masing-masing. Kalau ada sesiapa yang sudi nak bagi pendapat tu silakan. Komen la apa yang korang suke. Feel Free to give any ideas. Sila…sila…

Apa kah nasib FMD kalau diTAKDIR jadi begini???

Aku diminta oleh seseorang untuk upload pic ni dalam blog aku. Di andaikan malapetaka datang, APAKAH NASIB FMD nanti? Korang2 jawab ler sendiri ek.

Site office Phase 2 yang terbakar baru-baru ni.



p/s: Kepada orang yang forward pic ni kat aku - Kau ni betul-betul 'FIRE STONE' kan. Huhu...

Monday, August 3, 2009

HopeFULLY vs HopeLESSly

Baru-baru ni aku kene pergi Operation Retreat 2009 kat Seri Malaysia Melaka. Mula-mula ingat malas nak pergi…tapi bila aku tanya2...ada la 3 orang yang tak boleh nak join dari department aku.. Terpaksa la jugak aku menghadir kan diri. Kalau tidak, kesian kat Big Boz aku.

Before tu aku go through la Agenda untuk retreat tu. Antaranya :

a) The overview of the Introspection Report
b) Departmental focus for 2010
c) Decisions and Implementation Plans

Aku dah berfikir-fikir, andai kata diminta untuk bagi cadangan, aku nak cadangkan supaya Department aku di beri Building baru. Sekarang ni, development phase 2 dah selesai, kita orang masih beroperasi di kabin sahaja. Sedih tau…aku dah 10 tahun dok kerja kat kabin ni. (even tak sesedih manapun….sebab kat sini You Feel FREE!!! Orang kata boleh MEngULAR…kui kui kui..!! Oopss….)

Sajer jer nak "proVOKE"..huhu..


Kalau ikut..whatever had been planned, masa building up Phase 2 tu, ours one would be the 1st building to be built up. Memang building tu siap and the name pun ‘FMD BUILDING’. Even dalam lay out pun memang wujud nama building tu. Masa building tu siap dalam 90%, kita orang pergi lah visit. Masa tu semua staff dah berangan-angan nak set up tempat duduk masing-masing. Ada yang berangan nak tempat view biar mengadap swimming pool (konon leh nampak warga MMU yang sedang berenang-renang dan bermandi manda. Ala..makcik tau korang nyer pikiran tu….sebenarnya nak tengok x!*@% kan??? Cuci mata ek?!!). Ada juga yang berkira-kira nak letak akuarium tepi tempat duduk dia (Ko rajin ke nak maintain akuarium tu..Jali ooii!!)

Apa-apa pun…sebaik sahaja FMD building tu siap, tup..tup..aku dengar ramai lak yang berkira-kira nak letak opiz diorang kat situ. Kalau dah Presiden masuk campur…dengan perasaan berat hati dan sedihnya terpaksa la boz aku menurut perintah. Huaaaahhh!!!!!!
Melepas nak dok opiz baru….huaaaaahhhh……!!! At last stay la kitorng kat kabin buruk ni, huhu (Hatta, Director aku yang berkerja keras developed phase 2 pun dah resign. Business sendiri..SELAMAT MAJU JAYA Tuan Hj. Misri).

Tau tak…kitorang dok beroperasi kat kabin ni TERAMAT lah tak selamatnya. Mana taknya, CF pun tak ada tau. Nak dapat CF macamana….dah nama pun kabin. Piawaian mana leh go through kalau dah nama pun kabin.

Bila development phase 2 completely siap, from now on dah kene merancang untuk preventive maintenance pulak. Alamak…asyik prevent tempat orang, opiz sendiri bila nak prevent boZ! Apa kata kita sepakat buat GimmIK…(???) …mana tau kan. Terus jer VP leh dapatkan RM untuk FMD set up building lain. Kuang..kuang..kuang!!

Anyway, aku teramat la berterima kasih kepada boz aku, Director + Engineer (En. Adzhar…cayouk!!) Macam dia tau-tau jer apa yang tersirat dalam hati aku ni..hehe. (rasa-rasa bukan aku sorang jer yang punya perasaan nak duduk opiz yang lebih selesa). Rupa-rupanya bozz aku ni, memamg memahami sangat-sangat. Tiba time our department punye presentation, dia sebut pulak pasal mohon dipertimbangkan untuk department kitorang mendapat opiz yang lebih selesa dan yang paling penting sekali ada SAFETY COVERAGE. So that’s it. The Departmental Focus 2010. Decisions and Implementation Plans.

YESSS!! Opiz baru tau En. Adzhar. No more vague!!

..aku dalam opiz, ok jer kat dalam ni actually..