Nuffnang Ads

Tuesday, September 29, 2009

Baiki lah kekurangan diri dari pengalaman orang lain

Rasa-rasanyer ramai yang memulakan aktiviti masing-masing hari ini. Mana yang bekerja dah mulakan kerja masing-masing. Yang belajar telah memulakan kelas masing-masing, dikolej mahupun di sekolah. Yang pastinya masing-masing membawa cerita beraya di kampong masing-masing. Bukan cerita aje, mungkin mengangkut juga kuih-kuih raya dari kampong. Dan dalam musim raya ini yang pastinya opiz aku akan mewah dengan kuih-kuih.

Aku sebenarnya bukan nak cerita pasal kuih tapi pengajaran yang aku dapat bila beraya. Anak yang ramai belum tentu dapat menjaga ibubapa mereka bila tua.

Akupun dah beberapa tahun tak balik ke kampong (sebelah emak) untuk beraya. Tahun ini tiba-tiba orang tua aku nak beraya ke sana. Aku dengar bapak aku mengajak abang aku (Angah) beraya ke kampung pada hari raya ke 5. Masa tu aku buat tak tau jer… rasa macam malas nak join. Aku hari raya ke 2 dah ada di kampung mertua di Nyalas (Jasin), Melaka. Tapi pagi 5 hari raya tu, anak sedara aku, Zaid telefon, dia kata , ‘Mak Teh, Baba ajak Mak Teh beraya kat Masjid Tanah pastu nanti sama-sama balik ke Seremban”. Memang aku plan nak balik semula ke Seremban hari Khamis tu. Aku pun jawab, “tengoklah, nanti Mak Teh telefon balik confirm’. Malas memang malas tapi bila aku fikir balik ikut jer la sebab balik ni pun atas hajat orang tua. So aku pun telefon balik dan janji dengan diorang akan berjumpa di Masjid Tanah rumah emak saudara yang aku panggil Mak Lang Munah. Sampai di sana abang aku dan family serta kedua orang tua aku dah ada.


Mak Lang aku ni selalunya dia akan singgah beraya di Seremban. Tapi 2 3 menjak raya tahun-tahun lepas dia dah tak datang lagi. Inipun salah satu sebab kenapa bapak aku ajak raya rumah dia tahun ini. Sebab dah lama tak dengar khabar berita tentang dia. Bila aku jumpa Mak Lang ni, memang aku nampak juga la keuzuran dia. Tapi dia memang bernasib baik. Punya anak-anak yang sentiasa mengambil berat. Hingga satu-satu anak perempuan yang ada, yang punya kerjaya yang bagus sanggup berhenti kerja pulang kampung untuk menjaga emak dia. Dan anak lelaki yang ada sanggup buat rumah di kampung untuk berada dekat dengan Mak Lang aku. Dan sejak ada rumah di kampung diaorng balik 2 minggu sekali. Kira ok la tu kan. Ada anak-anak yang ambil berat masa-masa diorang meniti hari-hari tua.

Dalam meniti usia tua Mak Lang yang semakin uzur mula bercerita. Bila duduk sorang-sorang dia akan teringat-ingat zaman remajanya. Emak dia selalu menegur kalau dia buat silap. Tapi masa tu dia tidak terfikir bahawa teguran tu sebenarnya adalah cara orang tua membimbing, mendidik dan mengajar kita supaya boleh berfikir secara betul dan matang. Dan sekarang bila diimbas kembali zaman silamnya, baru kini Mak Lang dapat rasa, teguran-teguran yang dia dapat sebenarnya mengajar dia untuk terus meniti hidup secara gigih.


Motif yang aku nampak dari cerita Mak Lang ni, sebagai anak jika mendapat teguran dari orang tua, terimalah secara baik. Segala teguran itu adalah untuk membimbing dan mendidik kita supaya menjadi manusia yang berjaya dan bahagia pada masa depan. Tidak ada orang tua yang mahukan anak-anak mereka susah atau hidup porak peranda. Kebahagian hidup yang kita ada adalah berkat bimbingan orang tua dan doa mereka.

Lepas beraya kat rumah Mak Lang, kitorang pergi pulak kat rumah emak saudara yang aku panggil Mak Long Jenab. Punya 5 orang anak. Tapi dalam meniti umor yang sudah 91 tahun masih tinggal sendirian di kampung tanpa anak cucu disekeliling. Walau punya umor sebegini, fikiran dia masih kuat berbanding anak perempuannya yang telah bersara dari Jabatan Kerajaan yang berusia 61 tahun tapi punya mental yang tidak sihat. Mungkin kerana tekanan perasaan kerana kahwin tidak punyai anak sendiri. Tetapi Mak Long aku sendiri menasihat anaknya yang aku panggil Kak Ngah. Mak Long kata, “jangan risau kalau kita tidak dikurniakan anak, sebab ada anak atau tak ada anak pun sama. Bila kita tua pun anak-anak akan tinggalkan kita”.

Mak Long aku ni bukan tak ada anak yang nak bawa dia duduk dibandar tapi dia sendiri yang tak mahu ikut sebab katanya biarlah dia habiskan hayat dia di rumah dia sendiri. Aku mendengar dia bercerita kepada bapak aku yang anak-anak menantunya ada yang berkecil hati hingga tak nak lagi balik ke kampung termasuk suami Kak Ngah yang dulu duduk dirumah dia kini telah berpindah ke tempat lain kerana kecil hati dengan ipar duai.

Bila mendengar keadaan ini, aku menjadi insaf. Aku sendiri terfikir, bila keluarga berkembang hasil dari perkahwinan sepatutnya suasana semakin meriah bila keluarga berkumpul. Tetapi keadaan tidak selalunya menjadi. Semakin ramai dan semakin berkembang kekeluargaan, semakin rapuh ikatan kekeluargaan itu sendiri yang akhirnya ibubapa terpaksa menghabiskan hari-hari tua mereka keseorangan di kampung.

Daripada suasana ini, aku belajar betapa pentingnya ikatan kekeluargaan itu yang sepatutnya dijaga hingga akhir hayat. Anak-anak dan adik beradik serta ipar duai tidak sepatutnya menyimpan sebarang rasa kecil hati atau marah dalam diri masing-masing hingga sanggup bermusuh antara satu sama lain. Yang menjadi mangsa, ibubapa yang sudah tua tinggal kesunyian bila anak cucu dan menantu tidak mahu datang melawat. Perlu ada sikap tolak ansur antara satu sama lain. Kalau ada terlepas cakap hingga mengguris hati orang lain cepat-cepatlah minta maaf. Tidak rugi pun kalau kita maaf bermaafan antara satu sama lain. Fikiran dan hati kita akan rasa ringan dan damai kerana tidak perlu bermusuhan atau berkecil hati dengan adik beradik atau ipar duai.

Dalam meniti hidup seharian, kita belajar dari pengalaman orang lain. Ambillah iktibar dari kekurangan yang kita nampak untuk baiki diri kita sendiri yang sentiasa ada kekurangan.

Wednesday, September 16, 2009

Selamat Menyambut Hari Raya


Di kesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang berbicara atau meninggalkan komen ada tersilap kata-kata yang menyinggung perasaan anda semua samada secara langsung atau tidak.

Dari itu maafkan lah saya yang cuma insan biasa yang kadang-kadang leka dan cuai mengeluarkan kata-kata.

Selamat Menyambut Hari Raya dari saya sekeluarga.





Monday, September 14, 2009

Mood cuti bukan mood raye ok!!

Dah aku kata this week memang Minggu Malas Se Dunia. Maklum la keje 3 hari jer. Khamis dah start cuti then next week one whole week aku cuti. Tu yang malas giler ni. Takde lah excited nak sambut raya, excited nak cuti lama jer..hehe. Raye tu biasa-biasa jer bagi aku. Yang penting boleh berkumpul adik beradik (tu pun kalu sumer balik serentak). A..ah ye la tu, leh berkumpul bagai. Yang pastinyer yang tiap-tiap tahun ada, family aku ngan family abang aku yang dok Johor tu jer. Iyer la, Seremban tu kira transit untuk kitorang. Kononnya la. Tapi sebelah pihak kire positive thinking gak. Kalau tak, harus jugak my SiL and my hubby terpeleot. Huhu. Asyik kene raye dulu kat umah mertua jer…kan..kan..kannnnn!!!

Ok la tu, sian kat mak ngan apak. Kalu takde kite-kite ni mesti diorang rasa sunyi. Even kalau orang lain ada boleh prepare ketupat, rendang, rasenyer perasaan diorang tu tak sama kalau anak kesayangan diorang ada sama (saper lagi..my Big Bro la). Sekarang ni pun, hari-hari tua yang diorang lalui memang dah cukup sunyi. Mana tak nyer, anak cucu sumer dok berasingan. Kadang-kadang tu diorang tu, especially atoknyer, emo …dok bebel cakap, “ada anak pon balik 3 4 bulan skali. Yang dok dekat pon jarang-jarang jenguk”. Ntah lah…malas nak komen. Kite pon tak tau, hari-hari tua yang akan kite lalui.

Eh..ape hal aku merapu ni…dari excited nak gi cuti, tetiba citer pasal hati orang tua. Erm…cuti, cuti..jangan tak cuti.

Friday, September 11, 2009

Selamat Ulang Tahun AnyZZ....12 September 2009

A..ah la kan. Baru teringat bila nampak news pasal Tragedi 11 September dalam paper Kosmo!. Esok birthday kakak kan – 12 September 2009. Wah dah besar dah kan satu-satunyer anak dara Ma. Huhu..

Anyway, “SELAMAT HARI LAHIR”. Sweet Eighteen lagi tuu….

"From birth to age eighteen, a girl needs good parents. From eighteen to thirty-five, she needs good looks. From thirty-five to fifty-five, she needs a good personality. From fifty-five on, she needs good cash"
- Sophie Tucker



Hari 'MALEH' se Dunia

Pesal lak ari ni cam malas sangat. Tulang2 sendi aku ni rase lemah jer. Lemah malas-malas gitu. Ingatkan balik dari workshop 3 hari ni jadi rajin. Masa kuar umah nak gi keje rase cam semangat gigih yang berkobar-kobar. Tetiba sampai opiz ia bertukar daaa…cam blur jer… tak tau nak mula kan keje dari mane. Ish..gilos.
Anggap je la aku datang ni pon sebab nak isi jadual kedatangan aku je la. Hari tu dapat email kata ada meeting ari ni. Pastu tu postpone lak next week. Uwaahhh…..kalu next week hari Malas SeDunia aku bertambah nazak la. Ape taknyer…mood raye babe!! Aku harus gi medical leave jer kan...Tapi nak dapat MC camner kalu aku ni sihat-sihat jer seadanyer. Harus jer aku kene berlakon depan Tuan Doktor tu pulak. Tak kose la makcik…

Thursday, September 3, 2009

Life Must Goes On

I know these few days I got buzz from many people. Sorry to say… no heart for replying. These few days also I have unpeaceful mind, disorderly soul and sickly heart. My working mode still ok, just my speakable mode is going down. But don’t worry, it won’t last long. Only sometimes, there are some words and feeling which I cannot disgorge. Thank you very much for those who really concerned.
Anyway, life must goes on!!!

Tuesday, September 1, 2009

Am I really `PATIENCE'?

This Ramadhan really testing my patience. So many things happened in my life but the recent one really irritated me most which is I can’t explain here. All this while, I can carry on my life through the word `patience’. Now my feeling has reached to the stage where I can’t wait any longer to take a step for making the final decision. The more I wait the more miserable my life gone to be.

My strongness are my parent and my children. They are the one who are giving me the spirit to keep on moving through my life journey. Most of the time, whatever I did because of thinking my parent’s and my children’s happiness. Most of the time also, I never show my unhappiness exteriorly. All the problems just keeping to myself. Deep inside me, I am crying. Nobody can help me with all these problems unless the problems maker `himself’ woke up from his unconsciousness. (I knew he is realizing whatever problems he created.)

All this while, I am always being positive. Whatever happened through out I just take it because always thinking that’s all are from Allah SWT. But as a human being, I admit that I am too weak to face any problems which are coming again and again. Sometimes I was thinking, why not I leave `him’ just like that. After all the problems came from `him’. Let him go with his own way and I carry on with mine. This is the voice that is always whispering to my ears confusing me each moment when I can’t stand with this `trouble maker’.

PATIENCE???.....owh how long am I gonna take it?

“Ya Allah Ya Tuhan ku, berilah aku kekuatan untuk menjalani liku-liku hidup di dunia ini. Semoga dugaan yang KAU berikan kepada ku ini membawa aku dan keluargaku dekat kepada MU”. Amin.