Nuffnang Ads

Friday, December 31, 2010

Selamat tinggal 2010 dan Selamat datang 2011

Iye tak iye...baru perasan hari ni hari penutup 2010....Esok dah masuk ke 2011.

Semoga hari esok akan lebih baik dari hari ini. Harap-harap permulaan 2011 segalanya berjalan lancar. Hari-hari yang berlalu yang kita tinggalkan menjadi pengalaman dalam kitaran hidup setiap insan. Maka jadikan segala pengalaman itu sebagai tapak ke arah kehidupan yang lebih baik.

SELAMAT TAHUN BARU 2011 kepada semua rakan blogger.

HARI PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT IBUBAPA TAHUN 1 SKPP 9(2)

Hari ni pepagi dah berkejar ke sekolah untuk urusan pendaftaran Nafiz. Dah lama dah rasanya tak buat tugas-tugas ni..lebih 10 tahun jugak ler. Almaklum aje 3 orang anak2 lain dah naiktaraf (meninggalkan bangku skolah)..masing2 dah masuk fasa boleh berdikari..boleh uruskan hal2 sendiri. Cuma mak bapak kluarkan duit jer...

1/2 hari di sekolah hari ni...dari urusan beli buku, bayar yuran, pendaftaran kelas KAFA dan macam2 lagi. Nampak ler keTERUJAan ibu bapa yang hadir...lebih2 lagi ibubapa yg mendaftar anak sulong mereka. Tapi kan...makcik ni pulak mendaftar anak bongsu...TERUJA jugak bila dah lama tak ambil bahagian.

Hari ni juga ada ujian diagnostik...untuk mengenalpasti tahap pencapaian murid Tahun 1. Makcik tak pasti pulak si Nafiz ni boleh ke jawab soalan2 ujian yang diberi. Mana taknya..bila makcik sampai ke Kelas 1 Arif...2/3 dari murid dah hantar dah kertas jawapan kepada guru bertugas tapi si budak homok ni...amik masa sendiri jer nak siapkan jawapan kat kertas soalan tu. Kerana tak mahu mengganggu ...makcik ke kaunter pendaftaran kelas KAFA. Bila datang semula...Nafiz dah pun keluar...

Makcik : Nafiz habis tak jawab ujian diagnostik tu tadi?

Nafi : Belum lagi...Cikgu kata hari Isnin boleh sambung...

Makcik: Aiks...boleh ke camtu?

Nafiz : Boleh la ma...cikgu yang kata sambung balik hari Isnin..

Manakan tidak...murid2 kelas lain dah lama selesai. Ibubapa dah mula beratur untuk bayar yuran sekolah. Di Kelas 1 Arif sebab menunggu murid2 yang sewaktu dengan Nafiz ni...pungutan bayaran yuran pun jadi lewat. Sampaikan makcik habis membayar...suasana sekolah rupanya dah sepi...ibubapa yang berurusan semua sudah balik. Yang tinggal 2 3 orang lagi ibubapa di Kelas Arif selepas makcik. Lagi2 hari ini Hari Jumaat...semua orang mahu pulang cepat.

Dalam kalut2 ke sana ke mari...makcik terlewat ke kaunter SPBT untuk mengambil Buku Teks ...dah takde guru yang bertugas. So...urusan tak habis lagi ...jawabnya...macam Nafiz kata ..boleh sambung hari Isnin...

Owh...lagi nak kene cari...kain samping warna coklat untuk kelas KAFA si budak homok ni...tadi ada jual kat skolah tapi...takde saiz la pulak...see the body la babe!!!

Sampai di rumah...makcik dok belek2 buku tulis yang dah dibeli...sambil2 tu jugak dok tulis nama si Nafiz Adly kat buku2 tu. Tetiba si kakak Nafiz seorang ni bersuara...."Ingatkan ma dah tak buat lagi kerja-kerja ni lagi..."





Thursday, December 30, 2010

30 Disember......

Hari ini hari ulangtahun ayahanda makcik. Genap sudah tempoh sebulan arwah pergi...
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan diantara insan-insan yang tinggi darjatnya disisi Allah SWT. Amin...

Tuesday, December 28, 2010

Mode : MALASH....

Uish...pesal 2 3 menjak ni...serba serbi nak buat rasa malas. Lagi 3 hari lagi nak masuk ke 2011. Patutnya nak habiskan saki baki 2010 ni kene rajin.

Harap-harap tahun baru 2011 ni...rasa kemalasan ni berubah kepada keRAJINan.

Tuesday, December 21, 2010

Celoteh Mak ngan Anak

Tercuit jugak hati makcik bila anak dara makcik dok bercerita pasal insiden yang berlaku kat kaunter Carrefour semalam. Jangan bosan ek…dua tiga menjak ni asyik citer Carrefour jer. Bila start semester baru awal tahun ini…takde dah kut dengar cerita kejadian2 pelik kat Carrefour lagi. Tapi kali ini bukan citer penipuan duit ke… haper ker…

Ma…hari ni akak jaga kaunter express. Ada sorang makcik ni...beli susu harga RM25.99. Dia beli pun susu tu jer setin. Pastu dia boleh tanya pasal balance 1 sen. Dia siap cakap ngan akak…”1 sen tu countable. Macamana boleh tak return balance”.

Dalam hati akak jer, "Eh makcik ni dah baper lama tak shopping ni. Padahal syiling 1 sen pun dah takde dalam pasaran sejak 2008 dah. Nak kata tak sekolah, boleh lak dia cakap omputih”.

Akak pun explain ngan dia, "Kita buat rounding (angka bulat) ke harga terhampir”. Pastu dia boleh jawab lak…dia kata, “Mana boleh buat macam tu…patutnya kalau nak buat rounding bila kita kumpulkan harga barang2 lain baru countable to rounding”. Speechless akak sekejap dibuatnya. Dah tentu dia beli susu setin tu jer. Dia cakap gak lagi, "Macam ni saya nak komplen dengan Manager kamu”.

Akak jawab la, "Ok. Makcik pergi ke kaunter Customer Service depan tu. Komplen kat sana ye makcik”.

Sebenarnya akak nak ketawa tapi sebab dia tu orang berumur akak tahan je dulu. Workmate akak yang kat belakang dah tak tahan ketawa sebab dia pun dengar …dia terus ketawa terbahak2. Lepas jer makcik tu pergi…akak pun ketawa. Workmate akak tu pulak cakap, “Pesal kau tak cakap..nah amik makcik 5 sen ni..saya sanggup bayar 5 sen ni kat makcik. Janji makcik tak dok lelama kat kaunter saya ni”.

Dalam masa tu..akak perhati gak kat kaunter Customer Service tu, nampak makcik tu berdiri tapi abang kat kaunter tu dok layan customer lain. Habis kerja tadi akak tanya la kat abang tu.."Tadi ada tak sorang makcik tu buat komplen pasal balance 1 sen?” Abang tu jawab, “Ada”. “Habis abang cakap apa ngan dia?”. “Aku buat bodoh je la. Malas aku nak layan orang camtu”.

Ma..ma tak rasa pelik ke orang macam ni? Akak rasa pelik …ada jugak manusia macam ini. Makcik pun jawab,"Nak rasa pelik apa..memang wujud manusia cenggini. Kat tempat keje Ma pun ramai…belajar tinggi2..ada Master, PHD sumer tapi kekadang benda kecik pun diorang tak boleh pikir”.

“Kak, ntah2 kan perempuan yang akak citer tu ‘Akauntan’ tak? ..ataupun Pegawai Akaun ke? Tau-taulah hujung2 tahun ni.. kebanyakan syarikat nak buat closing account. Kalau tak tally 1 sen pun…akaun TriBalance tak boleh closed. Tu yang buat dia pening sampai tersasau kat Carrefour tu”.