Nuffnang Ads

Monday, January 25, 2010

Perlukah ibubapa terlalu ‘DEFENSIVE’

Makcik adalah terbaca dalam blog seorang rakan community syarikat tempat kerja makcik. Rakan makcik ini mungkin amat teruja kerana anak sulong beliau telah masuk sekolah…darjah 1 tahun ini. Makcik faham akan hal ini sebab makcik pun pernah punya pengalaman ini. Sungguh teruja bila anak-anak memasuki alam persekolahan. Dalam dia berblog menceritakan keterujaannya, dia melenting bila anaknya pulang dari sekolah mengadu bahawa kepalanya telah diketuk oleh pengawas di sekolah. Menjadi kemarahan si ibu ini bila anaknya diperlakukan seperti yang diceritakan. Si ibu telah mengambil tindakan mengadu kepada guru kelas tentang pengawas tersebut.

Makcik rasa sebagai seorang pengawas, dia punya alasan untuk berbuat demikian. Mengikut cerita si anak, dia dan beberapa orang lagi rakan telah diketuk kepala oleh pengawas tersebut kerana telah berbuat bising di dalam kelas semasa ketiadaan guru. Mungkin telah ditegur beberapa kali dan si anak serta rakan-rakan mungkin tidak mengendahkan teguran si pengawas.

Makcik adalah tidak bersetuju apabila ibubapa terlalu defensive, hingga anak-anak tidak boleh ditegur oleh orang lain. Kalau diambilkira secara positif, sekolah adalah tempat kedua anak-anak dididik dan diasuh. Guru-guru yang ada mungkin tidak boleh memberikan perhatian kepada setiap pelajar yang ada. Sebab itu mereka melantik pengawas untuk membantu menjaga disiplin anak-anak yang baru mengenal dunia. Sebagai ibubapa kita tidak perlu cepat melenting. Sepatutnya kita sendiri kena tanamkan sifat-sifat positif dalam diri anak-anak kita. Nasihatkan mereka supaya tidak mengulangi kesalahan mereka pada masa akan datang. Bukannya mengadu terus dengan guru di sekolah kerana anak kita ditegur oleh pengawas dan meletakkan kesalahan pada si Pengawas tadi atas kenakalan anak kita.

Makcik pernah merasa kenakalan anak makcik sendiri dan amat memahami bila guru ataupun orang lain menegur. Pernah anak makcik sendiri semasa berada di awal tingkatan 4, dia amat tidak suka akan guru yang mengajar bahasa Inggeris di kelasnya. Dia pernah bercerita kepada makcik bahawa gurunya itu selalu marah-marah di dalam kelas dengan kata-kata yang agak kasar (tidak pasti kekasaran ini pada tahap mana).

Makcik : Mesti lah ada sebab cikgu tu marah-marah.

Anak : Cikgu la, suruh buat kerja sekolah tapi bila kitorang buat dia kata salah. Dah tu suruh buat balik semula.

Makcik : Dah salah, memang la kene buat semula. Betul la cara cikgu tu.

Anak : Ialah…cikgu tu cakap lain, pastu bila dah buat dia kata salah, lepas tu nak marah-marah. Sampai orang kene denda berdiri depan pintu. Macam hari tu, dia marah cakap yang bukan-bukan, sampai suruh orang keluar. Orang pun keluar la. Tetiba dia panggil maki hamun orang pastu dia campak buku orang terbang keluar.

Makcik : Ma rasa mesti Aboi melawan cakap cikgu tu. Tu la pasal cikgu tu hangin satu badan. Kalu tak mana mungkin cikgu buat macam tu. Orang kalu tengah marah, bila kita provoke… lagi la bertambah angin tu. Aboi…lain kali kalu cikgu bagi arahan cuba lah dengar betol-betol arahan tu. Tak ada la kita buat silap. Lagipun sebagai murid kita kene hormat guru. Sebagai murid walau salah tu berpihak pada guru kita sekalipun, cuba jangan melawan. Kene tegur tu diam jer. Buat apa nak menjawab-jawab bagai. Ma pun kalau tengah marah, orang menjawab ma sendiri akan naik angin. Nanti bila nak periksa macamana kita kene minta maaf dengan ibubapa, dengan cikgupun kene minta maaf. Supaya diberikan keberkatan dan laluan yang mudah untuk kita menjawab soalan-soalan periksa tu nanti. Lepas ini ma taknak dengar buku kene lempar ke, kene berdiri depan pintu ke. Cuba belajar hormat kepada cikgu-cikgu kat sekolah tu.

Semenjak kena ceramah dari makcik, anak makcik tidak pernah mengadu pasal dia tidak puashati dengan cikgu bahasa Inggerisnya itu.

Berbalik kepada rakan makcik ini, last Friday dia singgah di pejabat makcik bersama anak nya yang baru diambil dari sekolah. Si ibu bercerita bahawa anaknya telah mengadu bahawa dia didenda oleh cikgu berdiri atas kerusi kerana tidak membawa buku. Si ibu dengan perasaan tidak puashati telah menelefon guru berkenaan. Jawapan dari guru tersebut bahawa setakat 2 minggu persekolahan, dia belum pernah lagi mendenda anak-anak muridnya kerana tidak membawa buku. Siibu masih tidak berpuashati dan bertanya semula kepada si anak akan hal ini. Jawapan dari si anak, “Ibu, sebenarnya cikgu tak denda pun abang macam itu, abang saja jer cakap”.

Sekali lagi makcik terkesima. Anak yang baru berumur 7 tahun (darjah 1) boleh mereka cerita sebegini.

Thursday, January 21, 2010

Buka Hati, Buka Minda

Ungkapan penuh makna, buat mereka yang mahu berfikir.

'Tanda orang beradat, elok perangai sempurna sifat'
'Tanda orang beriman, perangai elok bicaranya sopan'
'Tanda orang berilmu, cakapnya tidak menyingkap malu'
'Tanda orang terpuji, bercakap tidak mengeji'
'Berbicara tidak memfitnah, menyanggah tidak menyumpah'


Berfikir adalah mudah, tetapi tidak ramai yang melakukannya...

Tuesday, January 19, 2010

MALAS?

Orang yang berfikir akan kemarahan marahlah ia, orang yang berfikir akan keresahan resahlah ia, orang yang berfikir kasih sayang datanglah ia kasih sayang.

Itu dia. Semuanya bermula dari apa yang kita fikirkan. Semuanya bermula di kepala. Betul apa yang difikirkan betullah jadinya. Salah yang difikirkan salahlah jadinya.

Apa yang ada di kepala ni pulak datangnya dari hati, apa yang ada di hati itulah yang sampai di kepala, apa yang sampai di kepala itu yang akan cuba direalitikan oleh diri. Apa yang cuba direalitikan oleh diri itulah sebenarnya kita.

Kalau kita meletakkan perkataan malas di hati, perkataan itulah yang sampai di kepala dan perkataan itulah yang menguasai diri, maka jadilah kita orang yang malas.
Kalau kita meletakkan perkataan menyampah, sakit hati, riak, sombong, takabur, dan segala macamlah yang negatif-negatif. Perkataan-perkataan itulah yang akan sampai ke kepala, dan perkataan-perkataan itulah juga yang akan menguasai diri. Maka jadilah kita seorang yang menyampah tak pasal-pasal. Kalau ada pasal tak apa, jadilah kita si penyakit hati, riak, sombong, takabur dan segala macamnya lagi. Nampak, semuanya bermula dari hati.

Seorang wanita berstatus suri rumah menulis begini lebih kurang; “Saya seorang suri rumah, ada empat orang anak, tapi saya selalu bangun tidur lewat, selalu mencecah 10 pagi gitu. Bila dah sepuluh pagi selalunya terus tak sembahyang Subuh. Macam mana caranya supaya saya boleh bangkit awal Dr. Tuah oiiii.”

Tu dia, soalannya. Agak-agak sebab apa jadi macam tu? Senang je, sebab tak letakkan nak bangkit awal di hati, maka yang sampai di kepala ialah tak perlu bangkit awal. Maka keseluruhan diri pun jadilah seperti apa yang dikehendaki itu.

Sedangkan orang yang memang nak bangun awal kadang-kadang bunyi jam tak dengar, ini kan pulak memang tak ada niat nak bangun awal, bunyi gajah menjerit pun tak sedar. Jadi, jawapan saya lebih kurang pada suri rumah tu tadi, saya sarankan supaya letakkan di hati awal-awal bahawa memang nak bangun awal sebab nak sembahyang Subuh sebelum tidur.

Kita sembahyang disuruh berniat. Kita nak puasa disuruh berniat. Pasal apa semua benda kena niat kalau nak jadikan ia ibadah, sebab
the power of niat is so great.

Sumber: Dr. Hm Tuah Iskandar Al-Haj

KEPALA ANGIN VS PANAS BARAN

Apa sudah jadi dengan manusia-manusia ini? Masing-masing dengan ego mereka. Dalam Harian Metro hari ini (klik disini)

Apakah yang menyebabkan wujud manusia2 seperti ini. Kepala angin dan panas baran tidak bertempat. Ada yang kata, keadaan sekitaran atau cara mereka dibesarkan juga mempengaruhi seseorang itu. Jika dibesarkan dalam suasana buruk, dikelilingi orang-orang yang kasar dari segi sikap dan pertuturan, maka berkemungkinan besar mereka bersikap buruk juga.

Walaupun bukan semua orang yang dibesarkan dalam keadaan teruk begitu akan terpengaruh dengan sekitaran dia dibesarkan, tidak dapat dinafikan bahawa keadaan sekeliling memainkan peranan penting dalam mempengaruhi jiwa seseorang.

Oleh itu, kita sebagai orang tua, mesti menunjukkan contoh yang baik, bercakap dengan nada yang lembut, tidak memaki hamun atau bersikap kasar dan ganas terhadap sesama manusia.
Ingatlah bahawa anak-anak adalah cerminan perangai ibu bapa mereka. Jika ibu bapa tidak senonoh, tidak mustahil si anak akan membesar juga menjadi ibu atau bapa yang tidak senonoh!

Jadi, marilah sama-sama kita berdoa agar kita semua tidak menjadi orang yang panas baran dan kepala angin kerana orang-orang begini, jika sedang marah, sukar mengawal kemarahannya. Apabila timbul rasa marah terhadap seseorang itu, cepat-cepatlah beristighfar dan mengambil wudhuk, agar fikiran kita lebih tenang, hingga tidak melakukan perkara-perkara bodoh.

Wednesday, January 13, 2010

Atas permintaan kawan.....Lagu Dato' CT

Atas permintaan seorang kawan...makcik ini sudahpun meng'upload' lagu-lagu Dato' CT dari album TAHAJJUD CINTA. Kepada orang itu, sila lah mendengar ok? Dengar sampai jemu. Due date bergantung kepada tahap kejemuan anda. Bila dah jemu bagi tau makcik....sebab makcik nak letak lagu-lagu kesukaan makcik pulak. Hahaha....




Monday, January 11, 2010

Serangan Ke Atas Gereja - KENYATAAN DR MOHD ASRI BIN ZAINUL ABIDIN

Tindakan merosakkan atau memusnahkan tempat ibadah agama lain tanpa alasan yang benar adalah bertentangan dengan ajaran Islam yang murni. Ia tidak mungkin dilakukan oleh seorang muslim yang faham agamanya dalam ertikata yang sebenar. Tindakan seperti itu hanya dilakukan oleh orang-orang jahil yang tidak faham bagaimana tabiat sebenar agama yang mulia ini. Merujuk kepada kejadian terbaru yang berlaku di Petaling, di mana ada gereja yang dibakar dengan dilontar bahan-bahan letupan, maka berikut adalah penegasan saya;

Kejadian ini mungkin ada kaitan dengan isu nama Allah yang sedang panas sekarang. Jika demikian, maka saya percaya perkara ini mungkin dilakukan oleh salah satu dari golongan berikut;
  1. Pihak yang fanatik di kalangan orang Islam yang tidak memahami disiplin Islam berhubung dengan tempat-tempat ibadah agama lain.
  2. Pihak yang fanatik di kalangan orang Kristian yang cuba menimbulkan provokasi.
  3. Pihak yang cuba mengambil kesempatan politik dari ketegangan agama di negara ini dengan tujuan-tujuan tertentu.

Islam berlepas diri dari tindakan yang seperti ini. Al-Quran sendiri menyatakan bahawa tujuan peperangan yang berlaku dalam ajaran Islam ialah untuk membela keadilan buat manusiawi, yang antara kebaikannya menyelamatkan tempat-tempat ibadah. Ini seperti firman Allah: (maksudnya) “Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya; sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. (Surah al-Baqarah, ayat 251). Ini menunjukkan walaupun Islam hanya mengiktiraf dirinya sebagai agama yang diredhai Allah, namun dalam masa yang sama Islam menghormati hak beragama dan melindungi mereka.

Ruang perbincangan dan dialog hendaklah dibuka untuk setiap pihak memahami antara satu sama lain. Mendahulukan demonstrasi, jeritan dan slogan yang keras hanya akan menimbulkan lagi ketegangan dalam isu-isu antara agama bagi rakyat yang hidup dalam negara yang mengiktiraf kebebasan beragama. Jalan yang baik ialah firman Allah: (maksudnya) “dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab (Yahudi dan Kristian) melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka; dan katakanlah (kepada mereka): “Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami dan juga Tuhan kamu adalah satu; dan kepadaNyalah kami berserah diri”. (Surah al-Ankabut: 46).

Jangan ada pihak yang cuba menimbulkan ketegangan ini dengan tujuan-tujuan politik seperti untuk mengaut pengaruh dan menjuarai isu untuk mendapatkan nama dan kuasa. Perkara yang penting adalah mempertahankan prinsip-prinsip Islam yang menjamin keselamatan rakyat jelata secara adil dan menentang apa bentuk kezaliman serta pencemaran hak asasi setiap individu dan pihak yang dijamin oleh agama ini.

Orang bukan Islam dalam negara ini juga hendaklah akur bahawa negara ini mempunyai identiti islamnya, maka mereka hendaklah menjaga perasaan dan sensitiviti umat Islam. Ini amat penting dalam keadaan umat Islam mempunyai rasa tidak puas hati terhadap apa yang berlaku di Palestin, Iraq, Afghanistan, China, Filiphina, Selatan Thailand dan lain-lain negara yang membabitkan penindasan penganut agama lain ke atas umat Islam. Dibimbangi prejudis dan salahfaham boleh membawa kepada keburukan yang tidak berkesudahan.

Peranan penting para sarjana Islam dan para pemimpin umat Islam di Malaysia ialah mempamirkan ketinggian nilai Islam ini. Amat malang jika kita yang hidup dalam multi-religious society sejak sekian lama tetapi gagal untuk memperkenalkan Islam yang sebenar kepada masyarakat bukan Islam sedangkan berbagai peruntukan dan ruang dimiliki oleh kita.

Sekali lagi, saya amat bimbang ada pihak yang ingin mengambil kesempatan dalam pergolakan yang akhir ini. Rakyat dalam negara ini hendaklah berhati-hati.

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin 8 Jan 2010

Aktiviti di musim cuti sekolah – KENDURI KAHWIN Part 2

Ini cerita basi sebenarnya. Sebab dah ada Part 1 kena lah ada Part seterusnya, ia tak? Jadi entry ini sekadar nak menyambung Part terdahulu. Lagi satu photo kenduri di sebelah pihak lelaki di Nyalas, Jasin – Melaka pada 26 Disember 2009 tak berapa menjadi. Sebahagian besar atas sebab-sebab keluarga pengantin lelaki sibuk melayan tetamu. Tetamu di depan, tetamu di belakang, tetamu di dalam rumah dan macam-macam tetamu lagi. Tak sempat nak bergambar. Hehe….Photo yang ada pun so far banyak juga yang kabur aje. So ini photo, makcik upload juga asalkan boleh.


Ipar duai yang sedang bersantai di bawah khemah. Eh.. khemah waktu bile lak ni ek? Macam khemah masa kenduri bertunang dulu je.


Wahhhh....sepupu dan emak saudara yang sentiasa sudi membantu. Membuat persiapan Hantaran. Masing-masing boleh tahan juga....ada skil menggubah.


Pengantin lelaki dan 'best man' yang dipaksa berinai. Aboi!! Nampak macam brutal jer.


Pelamin di sebelah pihak lelaki. Tema warna Biru sebab mengikut kehendak "PROJECT MANAGER' iaitu emak pengantin. Huhu...


Pengantin dalam ke'BIRU'an


Semuanya dah selamat - Alhamdulillah.....


Then, WHO IS THE NEXT? Tungguuuuuuuuuuuuu.............


Dunia ini memang kecil

Baru-baru ini aku buka Facebook. Saja je nak cari kawan-kawan sama sekolah dulu. Lepas SPM di MGHS (Malacca Girls’ High Scool), aku terus lost contact dengan kawan-kawan. Bila aku taip-taip search nama-nama yang aku ingat, Cuma ada 2 3 orang aje yang aku jumpa yang join laman Facebook ini. Ada 1 kawan aku ini, last aku jumpa dia about 20 years ago masa dia kahwin di Merlimau Melaka. Lepas tu aku tidak pernah jumpa dia hingga sekarang ini. Tapi baru-baru ini aku dapat link Facebook dia dari kawan lain.

Sudah itu, aku suka-suka je nak melawat facebook si Koji ini. Dia satu family berada di Doha rupanya. Lepas tu aku pun buka photo yang ada dalam facebook dia. Tetiba aku terkejut bilamana aku ternampak photo adik kepada biras aku (yang aku panggil Abang Ngah) yang baru meninggal dunia kerana serangan jantung. Allahyarham memang sekeluarga tinggal di Doha kerana bekerja di sana. Cerita yang aku dengar, Allahyarham memang sudah membuat persiapan untuk pulang ke Malaysia. Tapi dalam tempoh seminggu sebelum pulang Allahyarham telah kena serangan jantung yang membawa kepada pemergiannya. Al Fatihah. Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Semuanya tinggal kenangan kepada keluarga beliau dan rakan-rakan.

Antara photo yang aku dapat dari facebook kawan aku.


Bergambar di sebelah kiri: Rakan aku Rozila Ramdan a.k.a. KOJI bersama suami. Di sebelah kanan : Allayharham Mohamed Dahan (adik kepada biras aku) bersama isteri


Allahyarham bersama isteri dan anak.



Photo Allahyarham bersama suami dan anak kepada kawan aku, Koji.

Thursday, January 7, 2010

Cuti akhir tahun 2009 dan permulaan 2010 yang sibuk

Tak sempat nak update entry sebab banyak hal yang kena dibuat pada akhir tahun 2009. Begitu juga dengan permulaan 2010. Walaupun bercuti dari 21 Disember 2009 hingga 5 Januari 2010, banyak perkara yang hendak diselesaikan.

Anyway, Lembaran 2010 sudahpun bermula. Tahun ini, anak sulong dalam semester akhir – Diploma. Anak kedua masuk ke semester 2. Anak ketiga akan menduduki SPM 2010. Harapan semoga kesemuanya akan berjaya dengan cemerlang. Cuma yang bongsu baru masuk Pra Sekolah. Tapi dia menunjukkan permulaan yang baik walaupun kena bangun pagi kerana sekolah bermula pada jam 7:30 pagi. Minggu pertama ini dia tidak memberikan sebarang masalah dan semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah.

Kepada semua kawan-kawan, semoga dapat menempuh kehidupan seterusnya dengan bahagia.