Nuffnang Ads

Wednesday, February 24, 2010

HIDUP SIHAT ALA RASULULLAH SAW

JENIS MAKANAN

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya. Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU ( contoh : koktel )

CARA MAKAN

JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI, SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI. TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI. JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA. Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya… sila cuba…………………………… Kesannya tidak dalam jangka pendek….akan berkesan bila kita sudah tua nanti.

Dalam al Quran juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita.

Al-Quran juga mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain:
Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (yaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan)
Wassalam… Sama-samalah kita mengamalkannya……. WallahuA’lam


Friday, February 12, 2010

Astaghfirrullah al azim...Ngeri!!!

Bila Kelab Malam Terbakar

Gambar berikut adalah gambar yang diambil selepas operasi memadamkan kebakaran secara tiba-tiba di sebuah kelab malam di Thailand...Mengerikan!!! Inilah azab dan peringatan dari Allah SWT yang sangat baik untuk umat-umat islam yang rajin mengunjungi kelab-kelab malam dan melakukan maksiat..








Mohon Baca - Teks Mufti Perak Menghadap Sultan Perak

Maksud Hadith Rasulullah S.A.W. :
"Mereka yang tidak memikirkan masalah umatku BUKAN daripada kalangan umat".

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

HARI Isnin, saya ke Kuala Lumpur dan saya menemui enam peguam dan beberapa pemimpin NGO untuk mendengar taklimat mengenai keadaan agama Islam dan orang Islam di negara ini..

Taklimat berlangsung selama empat jam setengah. Pada pagi Selasa, saya telah dipanggil oleh Sultan Perak untuk menyembah taklimat. Kemudian menyembahkan taklimat yang hampir sama pula kepada Majlis Raja-Raja. Saya memberi taklimat mengenai bahaya yang sedang dihadapi oleh umat Islam pada ketika ini.

Bencana umat Islam

Waktu ini ada kes Lina Joy (Azlina binti Jelani) yang sedang menunggu keputusan. Lina Joy memeluk Kristian dan berkahwin dengan seorang India beragama Kristian. Dia memohon kepada Mahkamah supaya namanya ditukar kepada Lina Joy dan agama dipadamkan daripada MyKad beliau tetapi Jabatan Pendaftaran Negara tidak dapat memadamkannya kerana tiada perintah daripada Mahkamah Syariah... Lantaran itu, beliau telah mencabar ke Mahkamah Persekutuan berasaskan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebutkan bahawa tiap-tiap individu rakyat Malaysia berhak memilih agamanya sendiri (Every person has the right to profess and practice his religion).

Kes ini dibicara di hadapan tiga hakim di Mahkamah Agung iaitu Ketua Hakim Negara, seorang hakim bukan Melayu dan seorang hakim beragama Kristian. Jika dalam kes ini Lina Joy menang; maka agama Islam akan hancur. Ia membawa implikasi:

  1. Kuasa Raja mengenai agama Islam akan hilang.
  2. Kuasa Mahkamah Syariah tidak boleh dipakai...
  3. Orang Islam tidak boleh memaksa anaknya sembahyang, tidak berhak lagi kutip zakat dan tiap-tiap orang boleh mentafsir Islam ikut kehendaknya. Itulah akibatnya.

Malangnya orang Islam nampaknya tidak prihatin sehingga dalam perbicaraan itu. Tidak ramai yang hadir untuk menyatakan sikap dan Sokongan. Majlis Agama pun dilihat tidak menghantar orang Islam. Pemerhati daripada Islam tiada. Ini berbeza daripada kalangan bukan Islam. Hatta, peguam/pemerhati daripada Kedutaan Kanada, Australia dan Amerika Syarikat pun sanggup datang.

Bahkan, peguam-peguam pemerhati ini dibenarkan berhujah. Ini amat berbahaya. Ia belum pernah berlaku. Jadi Majlis Raja-Raja sedikit tersentak setelah saya melaporkan perkara ini.

Peguam Negara telah dipanggil oleh Majlis Raja-Raja dan Peguam Negara kata tidak boleh buat apa-apa. Tunggu keputusan saja. Inilah keadaan yang telah menjadi bagaikan telur di hujung tanduk.

Gerakan Kristian dan Hinduisme

Orang Melayu yang berjinak dengan Kristian biasa dilatih secara mendalam di Singapura. Identiti mereka ditukar. Sekarang, terdapat dua gereja orang Melayu di Kuala Lumpur. Di Brickfield, ada usaha memberi makan tengah hari percuma pada hari Jumaat kepada remaja Melayu yang lepak supaya mereka leka dan tidak pergi ke masjid. Terdapat ratusan pemuda-pemuda Melayu pergi ke gereja di Brickfield ini.

Saya telah memberitahu juga hampir 250,000 orang Islam yang murtad tapi saya dicabar oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Orang Islam yang memeluk agama Hindu sahaja sudah hampir 100,000 orang. (Sumber : jangkaan Persatuan India Muslim). Bahkan mengikut laporan pihak polis, belia-belia Islam yang menganggotai black metal, yang memaki Tuhan sudah ada 13,000 hingga 14,000.. Orang yang ikut Ayah Pin yang mempercayai "Ayah Pin itu Tuhan" adalah 14,000 orang. Ini yang menjadikan saya lantang.

Majlis Raja-Raja Bangkitkan:

  1. Apa peranan masjid.
  2. Apa peranan imam-imam dan pengurusan masjid.
  3. Kenapa tidak bendung sedangkan ada undang-undang. . .

Peguam Negara kata, berbezanya paderi dengan imam-imam kita ialah paderi-paderi menunggu kedatangan hadirin seperti menghormati tetamu di pintu gereja.. Mereka memberi khutbah dengan terancang dan profesional sehingga orang boleh yakin dengan cakap-cakap mereka. Selesai majlis, mereka tunggu di pintu gereja dan mengucapkan selamat. Mereka suka bertanya khabar dan suka ambil tahu dan sering tawarkan pertolongan. Bezanya, khutbah kita tidak menarik. Disampai secara tidak profesional.

Di Uzbekistan dan China, walaupun 70 tahun ditekan, mereka masih kuat. Dalam keadaan yang cukup kuat ditekan, mereka cuma utamakan penyebaran salam dan kuatkan silaturrahim di samping membaca ayat-ayat suci Al-Quran di dinding-dinding masjid. Imam masih boleh berbahasa Arab. Itu ketika Komunis berkuasa. Ini rahsia kekuatan mereka dapat bertahan.

Serangan aqidah di Malaysia

Sekarang di Malaysia kita diserang dalam bentuk yang dahsyat.

Serangan pemikiran..

  1. Golongan intelektual. Orang Kristian yang buat serangan. Walaupun mereka berjaya serang tetapi mereka tidak dapat tawan hati orang Islam. Untuk itu mereka cuba mempelajari Islam dengan untuk menyerang Islam. Mereka juga wujudkan fakulti-fakulti Islam di universiti Mereka.

  2. Mereka juga melahirkan kekacauan kepercayaan lalu membawa pemikiran Islam liberal.. Mereka letak semua agama itu sama. Ia datang daripada sumber yang sama iaitu Tuhan yang sama. Cuma masa wahyu turun, Islam diterjemah dalam mesej ketuhanan itu mengikut bahasa-bahasa berbeza sesuai dengan bangsa dan keturunan Nabi... Tegas mereka, kitab-kitab suci itu adalah terjemahan. Oleh itu ia boleh dipinda dan ditafsirkan semula. Dalam kurun ke 16, ia telah disaran oleh Yahudi dan diterima oleh para paderi Kristian. Ini yang menjadikan Kristian berpecah kepada berpuluh-puluh mazhab. Dulu, cuma ada Kristian daripada mazhab Roman Katholik. Masing-masing menuduh masing-masing mazhab kafir. Inilah pula yang dibawa ke dalam dunia Islam.

Islam liberal begini mulai masuk pula ke Indonesia .. Mereka menguasai universiti dan media dengan dilindungi dan disokong dengan kuat oleh AS dengan berbilion-bilion USD. Ini menjadikan fakulti-fakulti pengajian Islam di universiti-universi ti di Indonesia sudah tidak ada lagi penuntut. Kini sudah ada fatwa di Indonesia bahawa perkahwinan lelaki sesama lelaki itu sah. Faraid dan Hudud sudah tidak relevan dan harus dibuang. Ini pun hampir difatwakan akhir-akhir ini oleh Majlis Agama Indonesia ... Ia sedang berkembang kerana tulisan-tulisan ini dipelopori oleh intelektual.

Sekarang, di Malaysia pun sudah terbawa-bawa. Begitu. Tulisan-tulisan yang liberal seumpama ini biasanya ditulis oleh wartawan-wartawan dalam akhbar-akhbar berbahasa Inggeris. Dulu Astora Jabat saja yang tulis dalam akhbar Melayu. Kini, Astora guna majalah Al Islam pula sebagai platform dengan ditukar namanya kepada Hussin Ab. Rahman. Kasim Ahmad pun sekarang sudah diberi tempat semula untuk menulis dalam Al Islam.

Keputusan kes pakai serban Ini ada laporannya dalam semua akhbar. Bagaimana 3 murid Islam memakai serban di sekolah telah diberhentikan dan kes mereka pula kalah di mahkamah. Sedang penganut agama lain kenapa bebas memakai serban dan mengamal agama mereka ? Ini satu penghinaan yang sungguh dahsyat ke atas Nabi kita dan Islam pada amnya.

Allah jadikan sembahyang berjemaah lima waktu. Ini bertujuan untuk melahirkan ukhwah. Hikmahnya cukup besar. Seorang orientalis buat kajian kenapa ada rakaat-rakaat dalam sembahyang.. Orientalis yang akhirnya masuk Islam itu, sembahyang itu sebagai satu bentuk caj. Pertemuan bahu dengan bahu, kaki dan kaki dia akan caj kuasa rohani. Untuk itu, kita perlu kuatkan diri. Orang Hindu sedang kuatkan diri mereka. Mereka giat buat tokong Hindu. Di Perak misalnya, ada 2,000 tokong Hindu sedangkan masjid cuma 560 buah sahaja. Dan agama Hindu ini semakin menampakkan keganasan. Terdapat ramai juga orang Melayu yang diHindukan. Kini, Filem-filem Bollywood juga digunakan untuk mendakyahkan agama Hindu di seluruh dunia.

Harap kepada siapa?

Kita tidak boleh lagi harapkan pihak berkuasa JAKIM, Jabatan Agama atau pihak kerajaan untuk melindungi kita. Allah tidak amanahkan Islam, al-Quran dan Sunnah ini kepada kerajaan tetapi Allah amanahkan kepada setiap individu Muslim.

Allah S..W.T berfirman:
"Kami wariskan al-Quran itu kepada hamba-hamba Kami yang terpilih iaitu yang beriman kepada Allah; (bukan kepada kerajaan)."

Peringatan-peringatan Daripada Allah S.W.T.

Tsunami, gerak gempa bumi, ramai umat Islam yang mati. Ini peringatan. Kenapa di Acheh dan Bangladesh ? Bukan bermakna orang Acheh yang bermaksiat, tetapi mungkin maksiat berlaku di tempat lain.. Bagaimanapun, pada malam kejadian itu, ada permainan tari menari dan pesta minum arak di pantai yang berdekatan.

Demikian, sedikit ringkasan.. Wallahu a'lam

Dato' Harussani Bin Zakaria
Mufti DiRaja Negeri Perak

Jika anda masih seorang Islam tolong sampaikan kepada seramai umat Islam demi kepentingan Islam dan survival generasi akan datang...

Thursday, February 11, 2010

Sayu dan pilu....

Yang amat berkehendakkan susah hendak dapat. Yang senang dapat sukahati menolak. Perasaan teramat lah sayu dan pilu melihat gambar ini.

Untuk cerita lanjut (sila klik).

Thursday, February 4, 2010

Al Kisah si Nafiz Adly


Ini budak suka buat sepah kalau duduk rumah. Lepas lambakkan koleksi mainan memang tak reti nak kemas balik. Yang jadi mangsa ayah dia. Dah baper hari dah, dia dah berkira-kira nak bawa mainan ke sekolah. Tapi makcik gertak dia, "Kalau bawak mainan gi skolah, siap. Takyah sekolah lagi. Berhenti jer skolah, dok umah leh main puas-puas". So dia terpaksa lupakan niat nak bawak mainan tu. Satu jer yang bagus...dia memang suka bersekolah. Jadi ugutan tu memang menjadi. Heheh.

Baru-baru ni, ayah dia naik hangin sebab dia dah lambakkan mainan sampai rumah macam tongkang pecah. Lepas tu dalam beg sekolah dah siap koleksi mainan yang nak dibawa esok harinya. Makcik pun apalagi, memang menyirap la. Ayat yang sama makcik guna, cuma tukar stail sikit, "Esok tak payah pergi sekolah. Berhenti terus. Asyik pikir nak main jer. Dok umah, main la puas-puas". Bila dengar je makcik punya ayat tu dia terus melalak. Sudah kene 'phsyco' ini budak. Sambil menangis tu menjerit2 cakap, "Taknak berhenti, Apiz nak sekolah jugak. Ma anta Apiz skolah jugak". Makcik buat selamba je, nangis la, kemas tetap kene kemas, "Ni nak simpan mainan tu ke tidak? Apiz nak kemas tak ni?". Terus Apiz toleh kat ayah dia, "Ayah, kemas la ayahhh....". Hehe...nangis lagi.


Anak ayah kan...marah-marah pun ayah kemas juga. Dengan makcik, sorry ek...tak dapek la. Makcik akan paksa Apiz ni kemas sendiri. Sambil tu gertak-gertak juga, "Apiz kalau tak kemas, ma masuk jer mainan tu sumer dalam tong sampah. Nak kemas ke tidak ni". Dengan hati yang tidak rela, dia akhirnya akan mengemaskannya.

Itu kalau angin dia malas. Tapi bila angin dia baik, tak payah suruh dia sendiri akan kemas sambil tu akan cakap, "Ma..Apiz pandai kan...Apiz kemas sendiri...". Masa ini makcik akan mengiyakan ajo secara berkhemah, "A..ah la kan, Apiz budak yang cemerlang...pandai....camni la anak comey ma. Rajin nyer diaaa...Esok-esok pun buat camni jugak. Dah main kemas sendiri, bagus kan anak comey ma". Pastu lepas kemas dia akan datang kat makcik, "Ma...nak polok, nak polok". (Alamak...bahaya ni, kecik-kecik suke kene ampu!!!)

Lepas ayah dia tolong kemas, Apiz mula dah senang hati. Tapi hati dia masih bengkak dengan makcik sebab konon nak berhentikan dia sekolah. Sampai boleh cakap, "Ma ni, tak minta maaf pon". Aduhai...makcik confuse?????


Tuesday, February 2, 2010

MELEMPANG DAN DILEMPANG

Makcik memang sedih atas apa yang berlaku. Tapi perkara sudahpun terjadi. Sebagai Ketua Pengawas di sekolah, anak makcik ini telahpun digantung jawatan selama 6 bulan bermula dari bulan Januari 2010 hingga Julai 2010.

Makcik menerima sms daripada ‘Ustaz Habib’, guru disiplin di sekolah anak makcik .

Tarikh sms : 26/1/10, Masa sms : 12:43 tgh
Sms : Ibubapa/penjaga murid diminta hadir untuk perjumpaan disekolah pada 1:00 tgh kerana kes dilempang & melempang. Ustaz Habib.

Beberapa minit lepas itu, sms dari anak makcik pula masuk.
Masa sms : 12:50 tgh
Sms : Ma, semalam Aboi pergi Balai Polis untuk bagi statement sebab ada kes di sekolah.

Haduhhh...apa lagi la anak aku ni. Pada hari tersebut makcik tidak sempat untuk berkejar ke sekolah kerana sms yang makcik terima agak lewat. Jadi makcik telah menelefon husband untuk hadir dalam perjumpaan tersebut. Sepanjang menunggu waktu kerja habis, hati makcik memang tidak tenteram kerana rasa ingin tahu cerita sebenar apa yang berlaku di sekolah.

Lepas waktu kerja, sampai di rumah makcik tidak lengah bertanya kepada husband.

Makcik : Aboi ada kes apa. Sampai cikgu panggil datang sekolah. Lepas tu kena bagi statement pulak kat Balai Polis.

Hubby : Ada parents buat repot kat Balai Polis sebab Aboi terlibat melempang anak diaorang. Perkara berlaku hari Jumaat lepas. Yang kena lempang tu pun pengawas juga. 5 orang tapi yang 2 orang tu parents diorang buat repot. Sorang tu emak dia ada datang masa mesyuarat. Sorang lagi, cikgu dah minta emak/abang dia datang sebab bapak dia ada di Sabah. Bapak dia telefon cikgu, dia tak benarkan wife atau abang budak tu datang. Bila dia balik dari Sabah, personally dia akan bersemuka dengan pengetua. Anak dia juga dia tak benarkan masuk dalam mesyuarat tersebut.

Makcik: (Dalam hati makcik…berlagak sungguh bapak budak ini. No wonder la anakpun tidak boleh ditegur). Lepas mesyuarat, keputusannya apa?

Hubby: Lepas berbincang, emak budak yang sorang lagi tu dah tarik balik repot yang dia buat. Dia tak puashati sebab perkara berlaku hari Jumaat. Pastu pihak sekolah tak maklumkan pun kat dia perkara ini. Tapi bebudak yang terlibat semua dah minta maaf sesama sendiri. Cuma tunggu bapa budak yang sorang lagi balik dari Sabah. Tapi Aboi dengan 3 orang pengawas lagi tu jawatan digantung selama 6 bulan.

Makcik: Kenapa pulak bapak budak tu tak kasi wife dia datang mesyuarat. Kalu dia personally pergi jumpa pengetua, nak buat keputusan sendiri, apa gunanya cikgu yang ada. Cikgu-cikgu dah tak ada kuasa la kat sekolah tu. Dah tak boleh handle masalah anak-anak murid. Nak kena ikut telunjuk orang ketiga pulak.

Hubby: Tak apalah. Tunggu jer la samada dia tarik balik repot dia ke tidak. Budak ini tinggal kat Bangi. Tapi sekolah di Putrajaya. Sorang cikgu tu tadi cakap ngan saya, penah juga satu cikgu ditukarkan ke sekolah lain atas campurtangan bapak budak ni. Tapi kes apa cikgu tu tak cakap pulak. Pastu Penolong Pengetua, Cikgu bangsa India, dia cakap dengan saya, Aboi tu murid kesayangan ramai cikgu-cikgu kat sekolah tapi perkara dah berlaku. Tunjukkan kebolehan dia dalam pelajaran aje la.

Makcik masih tidak puashati selagi belum mendengar dari mulut anak makcik macamana boleh timbul masalah ini. Aboi pun macam cuba nak larikan diri dari disoalsiasat oleh emak dia. Tapi makcik tidak lah terus terjah aje. Cuba ambil masa nak bertanya. Lepas solat maghrib, makcik pun ambil peluang bertanya sendiri kepada Aboi.

Makcik : Aboi buat apa kat sekolah sampai letak tangan kat anak orang. Dah tu sampai jadi kes polis segala.

Aboi : Budak tu dengan kengkawan dia memang bermasalah. Dia tu pengawas, lepas tu dok cari salah murid2 kat sekolah tu. Ramai yang tidak puashati dengan diorng. Salah sendiri tak nampak. Dah baper kali orang tegur. Langsung taknak berubah. Kalau dia pengawas tak ada disiplin macamana nak tegur orang lain. Sejak 6 bulan dulu orang dah tegur tapi dia melawan.

Makcik: Dah tau diorang tu ada masalah disiplin kenapa tak repot dengan cikgu displin. Kenapa nak amik tindakan sendiri. Cikgu-cikgu pun tak boleh rotan murid kalau tak betol2. Engkau pulak ikut suka engkau je nak lempang anak orang. Walaupun kau tu Ketua Pengawas,before amik tindakan kat orang bawah rujuk dulu kat cikgu. Ini buat keputusan sendiri. Memandai-mandai.

Aboi : Dah bagi tau dah kat cikgu. Cikgu marah orang balik. Dia cakap,“awak tu kan Ketua Pengawas,takkan awak tak boleh handle orang bawah awak”. Orang pun buat lah meeting untuk semua pengawas. Masa dalam meeting tu budak ni dengan kengkawan dia buat havoc. Dalam meeting tu, kitorang pengawas lain suruh dia buat pilihan, nak kene lempang atau…(makcik tak berapa dengar pulak pilihan lagi satu). So diorang pilih nak lempang. Dengan suara ramai bagi la pelempang kat dia ngan 4 orang lagi tu. Cikgu yang kata Ketua kena handle kan.

Makcik: Amboi…senangnya buat keputusan. Itu la ikutkan hati, tak fikir panjang. Orang yang agresif ni tak boleh dihandle secara agresif. Kena bagi motivasi, guna psikologi. Dah jadi ketua tu kena la matang. Bukan suka-suka nak belasah orang. Nasib baik kena gantung jawatan, kalu kena buang sekolah, saper yang susah? Gelap la masa depan jawabnya.

Tak boleh nak cakap apa lagi. Perkara dah berlaku. Akan datang ni beringatlah, kalau kita jadi ketua dalam satu-satu organisasi, sebelum buat keputusan atau amik sebarang tindakan, rujuk orang atas dulu. Jangan nak ikut kepala sendiri.

Ma rasa ada hikmah jugak. Take it as a positive way. Sebab before ni pun Aboi selalu komplenkan sebab semua event kat sekolah nak kena involve. Sampai tengah malam pun kena buat keje. Okaylah kan, dah kene gantung 6 bulan tu, bolehlah concentrate kat study. Tahun ni pun nak amik SPM. Tak payah susah2kan diri nak pikir pasal
event sekolah. Pikir pasal study je.

Itulah kisahnya anak makcik yang seorang ini. Antara remaja yang terlibat dalam salah laku dan sikap amarah yang tidak terkawal. Disamping anak makcik ini, 3 orang lagi pengawas yang telah digantung jawatan masing2. Haiii….fening!!! Kepada yang mengikuti blog ini, ambillah pengalaman makcik ini sebagai pengajaran untuk mendidik anak-anak.

p/s : Makcik tau, entry makcik ini dibaca oleh emak saudara, bapa saudara dan sepupu-sepupu kepada si Aboi ini. Makcik amatlah berharap supaya cerita ini tidak sampai ke pengetahuan Atok okay?