Nuffnang Ads

Wednesday, March 31, 2010

Mengimbau Kenangan Silam

Lately ni makcik adalah sangat seronok bila dapat menjejaki kawan-kawan lama. Dari zaman 'kecomelan' hingga zaman 'kegedikan' seterusnya now…zaman ‘kekembangan’. Makcik dapat balik gambar-gambar lama yang membantu untuk recall wajah-wajah dan siapakah mereka. Without pic-pic lama tu, makcik rasa andaikata selisih bahupun makcik tidak akan perasan mereka-mereka itu unless jika acuan lama masih maintain. Thank you to my friend RASMUNA HUSSEIN atas sumbangan anda.

Best sangat-sangat bila berpeluang bercerita kisah-kisah lama yang menjadi memori manis. So before gambar-gambar tu hilang lagi…better upload here.





1979 - In Form 2


1981 - In Form 4


1981 - Form 4 (Hostelites)

Also in 1981


1982 - In Form 5


Thursday, March 25, 2010

Dialog Mak dan Anak

Nafiz : Ma

Makcik: Iye...

Nafiz : Ma betol ma, harijadi Nafiz 14 haribulan Mei?

Makcik: Betolll...kenapa Nafiz tanya?

Nafiz : Ma boleh tak ma...nanti harijadi Nafiz... Nafiz nak hadiah?

Makcik: Boleh. Nafiz nak hadiah apa?

Nafiz : Boleh tak Nafiz nak hadiah AL QURAN?

Makcik: Terkedu tanpa menjawab.

Sebenarnya Al Quran yang dimaksudkan adalah E-QALAM berharga RM500.00. Secara positif, ini adalah titik permulaan yang baik untuk si anakku yang berumur 6 tahun ini.

Tuesday, March 16, 2010

PHD?

Bila rasa tak sedap badan, kita cepat-cepat cari ubat untuk kurangkan demam, selsema dan sebagainya. Semuanya kerana mahu tubuh badan sentiasa sihat. Seharusnya kita menjaga kesihatan agar tubuh badan sihat, cergas dan bertenaga supaya dapat hidup ceria serta mampu bergerak selesa.

Malangnya, kita kurang memberi perhatian kepada kesihatan rohani walaupun penyakit rohani lebih bahaya daripada penyakit moden.

Salah satu unsur rohani ialah hati. Hati memainkan peranan penting dalam tubuh badan manusia kerana elok hati maka eloklah manusia itu. Kotor hati, buruk akhlak manusia itu. Justeru, hati perlu dibersihkan selalu. Rohani sihat kerana hati sihat.

Firman Allah yang bermaksud: "Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran)." (Surah al-Baqarah, ayat 10)

Orang yang disebut Allah dalam firman-Nya itu ternyata rohaninya (hatinya) tidak sihat dan tentunya berpenyakit.

Antara penyakit rohani yang cukup akrab dihidapi manusia ialah PHD (Penyakit Hasad Dengki), sombong, takbur, angkuh, buruk sangka, riak, bakhil, pendendam, kufur nikmat, cinta dunia, bangga diri dan sebagainya.

PHD ini misalnya adalah sifat yang membawa keburukan dan kemusnahan. Orang berPHD, tidak suka melihat orang lain lebih darinya, tidak kira dalam apa juga situasi. Dia akan berusaha sedaya upaya menjatuhkan atau menggagalkan musuhnya itu asalkan hatinya puas.

Rasulullah SAW juga memperingatkan dalam hadis Baginda yang bermaksud: "Hati-hatilah kamu daripada hasad dengki kerana hasad dengki itu akan memakan semua amal kebaikan sebagaimana api memakan kayu kering atau rumput kering." (Hadis riwayat Imam Abu Dawud)

Allah tidak melihat manusia pada paras yang cantik atau menawan. Allah juga tidak melihat manusia itu samada hebat atau popular dalam komunitinya. Yang Allah lihat ialah hatinya. Sabda Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada badanmu, rupamu, tetapi langsung melihat kepada hati dan perbuatanmu." (Hadis riwayat Muslim)

Marilah kita menghindarkan diri dari penyakit rohani yang bernama PHD dan segera mengubatinya jika ada tanda demikian. Bersihkan hati kita dan kikislah sifat yang merugikan diri dan masyarakat seluruhnya.

Hidup akan lebih ceria, selesa dan sejahtera jika diri sihat dan rohani (hati) juga tidak berpenyakit. Kita sendiri yang menentukan berubah atau tidaknya diri kita.

Paku yang lekat di hati

“Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita,” nasihat seorang ibu kepada anaknya.

“Saya tahu itu salah, ibu. Tapi, saya akan cepat minta maaf. Itu satu kelebihan juga, bu?” Kilas si anak.

“Tetapi perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang, anakku,” kata ibu itu lagi.

“Saya rasa tidak, saya tidak kejam. Selepas minta maaf, segala-galanya langsai, bu.”

Si ibu berfikir. Apakah cara untuk menyedarkan anaknya daripada sifat buruk ini?

“Kalau begitu, kamu ikut cadangan ibu ini. Moga kamu akan fahami maksud ibu nanti.”

Tanpa membantah anak itu setuju.

“Begini, setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah paku ke dinding ini. Kemudian, setelah kamu meminta maaf, kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu!”

“Baik, ibu.”

Beberapa bulan berlalu, mereka sama-sama menghadap dinding tersebut.

“Lihat ibu, mana ada paku yang tinggal?” Ujar si anak dengan bangga. “Semuanya telah dicabut. Memang ramai orang yang saya sakiti hati mereka, tetapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya meminta maaf.”

“Betul kamu sudah minta maaf dan mereka telah memaafkan, tapi sedarkah kamu…?”

“Maksud ibu?”

“Cuba kamu tengok dinding ini. Semuanya sudah tebuk, calar dan ‘berkematu’. Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti. Walaupun kamu sudah dimaafkan, tetapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka. Hati yang dilukai ada parutnya, anakku…”

Si anak merenung dinding yang tebuk-tebuk itu. Sudah tidak indah lagi seperti asalnya. Begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti?

Pengajaran:

Meminta maaf adalah perbuatan terpuji. Tetapi berusaha agar kita tidak terpaksa meminta maaf (maksudnya menghindarkan diri daripada menyakiti hati orang lain) jauh lebih terpuji. Ya, luka di hati itu lebih sukar diubati daripada luka di tangan.

- Dari “Angguk Geleng”
Majalah Solusi, Isu 8

Macam-macam hal…macam-macam perangai

Rasa nya makcik ni dah jarang-jarang pulak buat entry kat screen ni. Bukan apa fikiran lebih tertumpu kepada kerja-kerja di pejabat, hal-hal rumahtangga dan juga hal-hal sekolah anak-anak. Nak buat entry ni fikiran kena la relax dan berlapang dada. Kalau tak , idea pun tak mahu keluar. Tapi dalam masa sibuk-sibuk dengan macam-macam hal pun , makcik sempat juga merayau-rayau kat rumah blogger lain. Sekadar menjadi silent reader dan membaca komen-komen.

Sepanjang pembacaan makcik kat blog-blog orang ni, macam-macam catatan yang makcik jumpa. Pasal isu semasa, pasal politik, pasal agama, resepi, kisah hidup seharian dan pengalaman bloggers dan menariknya ada juga yang bergaduh dalam bab komen-mengomen.

Apa-apa pun, manusia ini punya macam-macam perangai. Kadang-kadang kita rasa bangga bila kita menulis sesuatu mengenai hal-hal keluarga dan kehidupan kita. Contohnya tentang kejayaan anak-anak kita dalam pelajaran, kita atau anak-anak yang dilahirkan dianugerah dengan kecantikan wajah, kepandaian fikiran , kesenangan hidup yang dikecapi dan sebagainya. Tapi dalam masa yang sama, walaupun kita bangga sebagai tanda kita bersyukur dengan anugerah Allah, apa yang kita sampaikan tidak semua orang boleh terima secara positif. Antara mereka ini akan menganggap bahawa kita `RIAK’, bangga diri dan bermegah-megah. Justeru itu, mereka-mereka ini akan meninggalkan komen-komen yang kadang-kadang menyakitkan hati kerana tidak bersetuju dengan entry yang dibuat. “INI BLOG AKU, SUKA HATI AKU LA NAK TULIS APA PUN”. Memang betul la tu. Tapi kita juga kena ambil segala komen-komen itu secara positif. Anggaplah komen-komen yang menyakitkan hati itu sebagai satu motivasi diri supaya kita tidak terjebak kepada situasi `Riak’ dan terlalu membangga diri.

Macam makcik ini pulak, makcik suka aje bila baca entry pasal jalan-jalan cari makan. Tapi makcik tak sanggup memasukkan entry pasal makan-makan ini kerana hati makcik akan teringat-ingat kepada anak-anak makcik yang duduk belajar jauh dan kedua orang tua makcik yang uzur kerana terpaksa makan ala kadar kerana masalah kesihatan. Makcik suka juga bila merayau ke blog-blog insan yang rajin masak sebagai info harian untuk mendapat idea menu memasak bila balik kerja. Namun makcik tak sanggup nak masuk kan dalam entry kerana hati akan terfikir-fikir kepada insan-insan yang tidak pernah merasa makanan yang mewah-mewah ini.

Sebagai blogger, kita punya kebebasan untuk memberi sebarang komen kepada sesiapa pun. Kalau kita tidak bersetuju dengan sesuatu entry itu, bagi lah komen anda tetapi cara mengomen biarlah berhemah supaya kata-kata komen yang kita bagi tidak menyakitkan hati orang seolah-olah kita adalah insan yang ‘perfect’ yang tidak pernah buat silap. Sebagai orang yang dikomen, cubalah terima segala teguran itu secara positif sebab apa yang kurang tentang diri kita sememangnya kita tidak nampak tetapi nyata pada pandangan orang lain. Samada dikomen atau mengomen, sama-samalah kita ber`MUHASABAH DIRI’.

Janganlah menjadikan ruang meninggalkan komen sebagai pentas untuk kutuk mengutuk, keji mengeji dan pentas memulakan pergaduhan.