Nuffnang Ads

Friday, May 14, 2010

Selamat Ulang Tahun Nafiz!!

14 Mei 2010, genap 6 tahun umur anakku si comel montel ini.


Owh..my cousins..jangan jeles tau..ini kek Mak Uda dan Pak Uda yang sponsored. TQ Mak & Pak Uda!!

Tuesday, May 11, 2010

Bila usia meningkat...

Bila online di FaceBook banyak pula ucapan Hari Lahir kepada kawan-kawan yang terlibat. 'Selamat Hari Lahir' juga daripada makcik kepada mereka yang mengalaminya.

Setiap insan yang bergelar manusia pasti semakin 'tua'. Kalau ada yang semakin muda itu hanya perasaan sahaja.

Secara praktikal angka itu sememangnya akan bertambah setahun ke setahun tetapi secara hakiki kita sebenarnya semakin dekat menghampiri penghujung hidup.

Masa terus berlalu tanpa disedari . Adakah peningkatan usia kita selari dengan amalan kita. Keindahan dunia kadang-kadang membuatkan kita lupa kepada keindahan syurga yang kekal abadi.

"Ya Allah Ya Tuhan ku, ampunilah segala dosa-dosaku. Sesungguhnya aku merasa aku tidak layak ke SyurgaMu dan sesungguhnya juga aku tidak sanggup menghampiri NerakaMu".