Nuffnang Ads

Friday, July 30, 2010

I am still the same ok?... cuma hari ini ada tukar sikit..

Hahaha...geli pulak hati bila sesekali bertukar imej... sampai ofizmates ada yang tidak perasan siapa makcik hari ini. Untuk julung-julung kalinya, hari ini makcik ke pejabat berbusana muslimah ok.

Makcik macam rasa janggal pulak sebab 1st time menampilkan diri ala-ala si perempuan arab (perasan la pulak...hahah). Sampai ada staff kat ofiz makcik datang dekat untuk memastikan makcik adalah orang yang mereka kenali selama ini....

Ada juga kesempatan berposing dalam Grandhall MMU untuk final touch up Konvo esok...:-D


Wednesday, July 7, 2010

aduhai...disebabkan WORLD CUP...

Makcik ada juga berangan supaya ada antara anak-anak yang akan jadi DOKTOR. Bukan apa…bila bawa orang tua ke hospital, segalanya kene queue. Nak masuk jumpa doktor kene queue, nak check darah kene queue, nak amik sample air kencing kene queue..nak amik ubat kene queue..Pendek kata segalanya harus lah queue. Kalau appointment pukul 9 pagi, pukul 11pagi pun belum tentu dapat jumpa doktor. Aduhaiiii…memang booooooringggg..

Daripada 4 orang anak makcik, 3 orang yang teratas tu memang tak adalah yang jadi doktor. Masing-masing sudah nampak career path dia orang sendiri. So yang si kecik umur 6 tahun ini makcik phsyco dia nak cuba tanam minat dia untuk jadi doktor. At the moment, si montel ini bercita-cita nak jadi ultraman.(?????...sambil makcik menggaru kepala)

Pada suatu hari, on the way balik dari hospital bawa nenek mereka buat routine check up, tetiba timbul dialog antara emak dengan si anak.

Si emak : Nafiz nanti dah besar jadi doktor tau. Ma nak sangat Nafiz jadi doktor.

Si anak : Kenapa Nafiz kene jadi doktor.

Si emak: Nanti kalau ma dah tua…kalau tak sihat…ma tak payah pegi hospital. Nafiz boleh check ma kat umah je. Tak payah nak tunggu kat hospital lama-lama macam tadi.

Si anak : Ye la..ye la…nanti Nafiz jadi doktor.

Si emak : (dengan senyuman..dah berjaya men’phsyco’ si anak)


Malangnya keesokan hari...akibat menonton ‘WORLD CUP 2010’, fikiran si anak tetiba berubah…uuuuuwaaaaaaaaaa…huk..huk..


Si anak : Ma…Nafiz tak nak la jadi doktor. Nafiz nak main bola sepak.

Si emak: ????...alaa…Nafiz jadi la doktor. Doktor pun boleh main bolasepak gak. Nafiz blajar rajin2, jadi budak pandai, lepas sekolah petang2 Nafiz main bolasepak. Lepas tu Nafiz masuk universiti…Nafiz belajar lagi rajin2…lepas tu Nafiz jadi lah doktor. Bila Nafiz dah jadi doktor…lepas check orang sakit, Nafiz pegi la main bolasepak..

Si anak: …nanti la ma..Nafiz pikir dulu (macam kenal jer ayat ni...)

Si emak: (dalam hati…aku kene phsyco budak ni hari2)...aduhai...



Apa la ini budak...bila tgk cd ultraman..nak jadi ultraman la..bila tgk cerita akademi polis..nak jadi polis...bila musim bola...dah nak jadi pemain bolasepak lak..poning-poning...

Friday, July 2, 2010

Selamat Pengantin Baru!!

Kepada Syukri dan pasangan Nurul Akma..
Ucapan daripada Mak Lang - "Semoga kebahagiaan berkekalan..."