Nuffnang Ads

Thursday, September 30, 2010

Sambal Kicap pulak dahhhh….

Sekarang ini semua benda nak ‘instant’. Generasi yang semakin malas dan makcik juga tidak terkecuali. Hari ini makcik tergoda pulak membeli Cili Kicap instant…maknanya terus tuang dalam piring, cicah dan masuk mulut. Ada yang buat 1st trial lak tu..terus pergi beli goreng pisang sebab nak taste dulu sample cili kicap tu. Aduhai…tercabar makcik ooiiii…sebab makcik puasa hari ini. Relax…relax…iman makcik takkan tergugat….






Balik kerja kejap lagi nak kene cari goreng pisang untuk buat 'food testing' kat rumah pulak. Harap-harap CILI KICAP MAJI ni tidak mengecewakan.


***Tomok - Cili Kicap ko.. makcik dah publish kat blog ni. Kalau laku banyak, makcik nak makan percent gak lah....kuikuikui...








Friday, September 24, 2010

Itu budak sangat keletihan

Semalam itu budak dibawa oleh pihak sekolah melawat Zoo Negara. The day before punya la excited...siap pesan nak bawa bekal bagai...Pastu bila abangnya balik dari kelas makcik dengar perbualan ini:

Si Adik : Aboi...esok Nafiz ada lawatan. (See..dia panggil abang dia gitu jer, padahal beza umur 11 tahun tu)
Si Abang : Iye ke..cikgu nak bawak Nafiz pegi mana? (Layannnn....)
Si Adik : Pegi Zoo Negara.
Si Abang : Wah bestttttnyaaaaa.....
Si Adik : Aboi penah pegi rombongan tak? :D
Si Abang : Elehhhh...Aboi selalu dah pegi rombongan...lagi banyak tempat...(nada eksyen!!)
Si Adik : Esok Nafiz nak bawak bekal sekali...'Pop Corn Chicken'.
Si Abang : Iye..erm sedap!

So pagi semalam 7:15 pagi dah sampai sekolah. Tak tau ler pulak pukul berapa dia orang semua bertolak dari sekolah ke Zoo Negara.

Kalau ikut waktu hari-hari biasa...waktu sekolah dari 7:30 pagi sampai pukul 12:00 tengahari. But semalam anak makcik ini balik dari lawatan ke Zoo Negara pukul 5:00 petang. Seperti biasa ayah dia yang tunggu dan jemput dari sekolah.

Bila makcik sampai rumah dalam pukul 6:00 petang dia dah tergolek atas sofa dengan T-Shirt dan seluar track sponsored by Badan mana ntah kat Putrajaya tu. Masa pergi pakai TShirt sekolah...balik dan tukar lain pulak. Memang keletihan. Bila kejut suruh salin baju tersedar sekejap...pastu sambung tidur sampai ke pagi. Sah-sah memang teramat ler letihnya. Takde kesempatan nak berbual pasal lawatan dia tu.


Cuba kalau hari-hari biasa...tak mana adanya nak tidur awal. Paling tidak pun pukul 12:00 malam ke atas baru terlelap depan TV dengan channel CERIA/Cartoon Network/PHDN and watever yang ada kat Astro tu.

Semalam ayah dia ada bagi tau, Cikgu pesan kalau sesiapa rasa penat, tak perlu ke sekolah. Pagi ini bila kejut samada nak sekolah ke tidak, terus jer bangun dengan semangat. One thing, makcik memang tak ada masalah dengan si Nafiz Adly ini dalam hal-hal ke sekolah. Dia memang sentiasa bersemangat. One of the reason...kat sekolah ramai kengkawan.

Tuesday, September 21, 2010

MUHAMMAD SYAMEL RASHIQ - 19 September 2010

Tahniah kepada Along Shahrul dan Along Sheeda sempena mendapat cahayamata pertama - MUHAMMAD SYAMEL RASHIQ.



Wajah orang baru yang lahir pada 19 September 2010



***kepada Banglong dan Sheeda...maklang terpaksa edit nama kat atas tu. Apesal kasi tukar plak????

Sunday, September 12, 2010

Riang Ria AidilFitri

Agak lama tak bersiaran. Makcik macam rasa sibuk yang amat. Macam aje...yang pastinya takde lah sesibuk mana pun. Mesti ramai yang masih dalam mood raya kan...Nak nak kalau yang banyak jemputan ke open house tu.

Bila musim raya, yang pastinya masa tu la, kebanyakan adik beradik dapat berkumpul. Walaupun tak semua yang ada...atleast hati orang tua macam seronok je...

Malas nak celoteh panjang-panjang....semua diabadikan dengan bergambar beramai-ramai.

Sebahagian dari keluarga yang berkumpul (Sila abaikan tirai dibelakang...konon2 nak set macam kat studio...tapi tak dapat menampung kuantiti manusia2 ini...huhu)


Adik beradik dengan family masing-masing

Anak-anak bujang makcik

Sesi cucu-cucu bersalaman

Sesi anak menantu bersalaman


Monday, September 6, 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI

Kepada rakan taulan dan sanak saudara,

Ada ketikanya…
MATA silap memandang,
TELINGA salah mendengar,
LIDAH terlanjur berkata,
FIKIRAN silap mentafsir,
dan HATI silap menduga,
di kesempatan ini saya MOHON MAAF atas segalanya,

SALAM AIDIL FITRI