Nuffnang Ads

Friday, October 29, 2010

KeMEREPEKan

Kadang-kadang kotak fikiran selalu memikirkan yang bukan-bukan. Kadang-kadang kita suka membanding-banding diri kita dengan orang. Apa kelebihan orang…apa kelebihan kita…apa kekurangan orang…apa kekurangan kita.

Kelebihan orang…itu rezeki mereka…kelebihan kita itu adalah satu ANUGERAH. Kekurangan orang…tak perlu dipertikaikan. Mungkin belum rezeki mereka. Kekurangan kita…kita yang harus berusaha untuk perbaiki.

Apakah???? Merepek?????

Monday, October 25, 2010

Hati tidak keruan dan mula berdebar-debar

Bila tiba musim peperiksaan, hati makcik sudah mula berdebar-debar, hati pun rasa tak keruan seolah-olah makcik pulak yang akan menghadapi hari-hari penting itu. Pagi-pagi lagi anak perempuan makcik telah menelefon agar makcik mendoakan yang terbaik untuk dia yang memulakan exam semester 3 UITM (Architecture) hari ini. Sebagai seorang emak, sudah semestinya mahu anak-anak mendapat terbaik dalam segalanya.

Sabtu lepas makcik ke sekolah anak untuk mendapatkan laporan peperiksaan percubaan SPM. Keputusannya 6A, 2B dan 1C. Bersyukur kepada Allah SWT walaupun dalam apa sahaja peperiksaan makcik memang mendoakan anak-anak makcik mendapat straight A untuk semua subject.


Debaran dan degupan jantung makcik semakin laju bila hari untuk peperiksaan SPM semakin hampir. Lebih kurang tempoh sebulan aje lagi. Rasanya perasaan ini memang normal untuk seorang emak yang anak bakal menduduki peperiksaan penting kut.


Seperti ibubapa, setiap guru yang mengajar memang meletakkan harapan yang tinggi kepada anak-anak didik masing-masing. Sudah pasti guru-guru juga mahu melihat hasil terbaik dari usaha yang disemai oleh mereka. Selama ini makcik memang tidak pernah menghantar anak-anak makcik untuk kelas tuisyen luar selain kelas tambahan yang diberikan oleh pihak sekolah. Bagi makcik usaha yang dibuat oleh guru-guru di sekolah lebih dari cukup ditambah usaha dari anak-anak sendiri. Pada fikiran makcik, makcik tidak mahu membebankan dan menekan anak-anak untuk memilih cara pembelajaran masing-masing. Tanggungjawab sebagai pelajar mesti datang dari dalam diri anak-anak sendiri. Kita sebagai ibubapa dan guru hanya boleh membimbing sahaja dan memberi kata-kata semangat supaya mereka tidak lupa tanggungjawab.


Apa-apa pun...harapan seorang emak semestinya mahu anak-anak mendapat yang terbaik dalam pembelajaran walau peringkat apa sekali. Ingatan kepada anak-anak pula, hasil terbaik harus datang dari dalam diri sendiri. Jadi berusahalah kearah yang terbaik. Sama-sama sentiasa kita memohon kepadaNYA (kerana Allah SWT sesungguhnya MAHA PEMURAH lagi MAHA PENYAYANG).



Friday, October 22, 2010

Uish….giler mahal ko!

Makcik terkejut sakan bila baca blog rakan maya --->klik sini. Kos berkhatan boleh sampai ratus2 dan ribu2. Oh mak ei….awat mahai nau!!! Zaman2 makcik mengkhatankan anak-anak bujang makcik dulu (sekitar 90an) kos tidak sampai RM100 pun. La ni mahal giler wei….biar betul. Memang la zaman dah berubah…Agak-agak la nak letak harga tu. Mengalahkan orang nak bersalin ler pulak…

Alasan sebab guna laser, guna cap bagai…jadi luka cepat baik…boleh cepat tinggalkan kain pelikat yang tergantung kat leher tu. Seingat makcik la kan…anak makcik lepas berkhatan…dalam 4 hari dah boleh sarung seluar…boleh dah kayuh basikal.

Memang ler Hospital Swasta tu…hospital untuk orang-orang berduit. Tapi patut-patut juga la nak letak harga tu. Kalau setakat berkhatan….kos sampai ratus2 dan ribu2…betul-betul cekik leher. Silap-silap ramai le generasi akan datang tak berkhatan!!!

Sedang berfikir-fikir...makcik punya anak bujang (umur 6 tahun)...?????

Friday, October 15, 2010

Bila hidup dikelilingi manusia sengal!

Pernah tak kamu orang memakai baju ke tempat kerja sama warna dengan warna dinding ke… warna sofa ke…warna kerusi yang korang duduk ke? Makcik memanglah keADAan! Perkara ini akan menjadi ‘BAHAN’ untuk hari itu ok. Akan kedengaran suara-suara sengal yang menegur…

Si Sengal 1 : (ini kalau baju kita sama color dengan kerusi) “Eh…ada orang rupanya…ingatkan kerusi tu bergerak-gerak sendiri tadi”.

Si Sengal 2 : (kalau baju sama color dinding pulak) “Kak Sham!..Ada ke tidak
Kak Sham ni..pesal hari ni nampak dinding je…”

Si Sengal 3 : (siap bagi email postkan gambar lagi dengan tajuk sarung
kusyen ko!)
“Ewaaahhhh...sedondon betui colour sarung kusyen ngan baju
orang yang dok ataih kusyen tu nohhhh...Ker sarung kusyen tu?
Empuknyaaaa....ishhhh...Bestnyaaaa...."

See…? Sengal ke tidak manusia-manusia itu. Makcik pulak dalam situasi ini, sebelum dengar suara-suara sengal berkata-kata…makcik akan lebih dulu berdiri di dinding@sofa@kerusi dengan ayat keSENGALan juga….

"WEI KORANG!...NAMPAK AKAK TAK? AKAK ADA DI SINI…DI SINI…DI SINI….SAMAkan!? SAMAkannn!?”....

Hahahaaahaahhh....

Wednesday, October 13, 2010

Stairway to Heaven


Ada sesaper yang layan drama ini? Makcik adalah antara pelayan-pelayan itu. Drama ini ada dua versi....satu versi Filipino dan satu lagi versi Korean. Sekarang...drama ini ditayangkan oleh TV3 setiap Isnin hingga Khamis jam 3:00 hingga 4:00 petang. Tayangan di TV3 adalah versi Filipino.

Awal-awal episod masa TV3 tayangkan...makcik terus tersuka. Its a love story...tapi memang best lah. Kepada sesiapa yang meminati drama cintan cintun...ini adalah drama yang terbaikkkk dari ladang....(ops...bukan nak promote tapi sekadar nak share dengan kengkawan ok). Kalau taknak tonton pun tak apa...bukan menjadi kesalahan pun sampai boleh disaman pihak polis.

Makcik juga adalah antara manusia yang tidak mempunyai kesabaran untuk menunggu ending drama Philipine ini. Maka dengan itu...makcik telah dengan rela hati menonton secara online melalui internet. Penamatnya? Owh tidakkkk....it was very very sad ending.....tsk..tsk..tsk...Dalam versi Korea laaagiii sedih yang amat...silap-silap boleh meraung gak lah....heheh

Cuba tengok hero dan heroin cerita ini...sesuaiiiii sangat.


Kepada yang masih mengikuti melalui TV3...teruskan tontonan anda. Beshhhhh....!!! Thumbs up untuk TV3.


Misi sudah tercapai - buat sahabat PN. RAHMAH MOHD ZIN

Atas permintaan sahabatku ini (berkemungkinan die hard fan of MAHER ZAIN) silalah tatap gambar-gambar si budak Arab ini. My job is done! Hope its fulfilled the specification given...And one more thing...any reward for this job?...hahahaaa...

Terima kasih buat pakcik google juga sebab memudahkan pencarian makcik untuk menyelesaikan misi yang diberi!!!



Tuesday, October 12, 2010

Gambar-gambar sekitar XXIII Planetary Congress Association of Space Explorers

Tak perlu rasanya nak explain lebih-lebih...layan aje lah gambar-gambar dibawah ok...








Wajah-wajah terakhir Datuk Dr. SMS sebelum mengakhiri zaman bujang...
(shoot yang dibuat oleh rakan MMU)







Thursday, October 7, 2010

ASE XXIII PLANETARY CONGRESS 2010 vs Datuk Dr SMS weds


Esok...8 Oktober 2010 , kira-kira seramai 80 orang angkasawan (astronaut) dari seluruh dunia akan menghadiri kongres di Dewan Tun Canselor, MMU. Kalau wakil angkasawan Malaysia, siapa lagi kalau bukan Datuk Dr SMS dengan Dr. Faiz itu.

Dr. SMS? Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie...Takkan tak kenal...ala yang wedding day dia pada 10.10.10 tu ler. Cantikkan date tu. Hari-hari jugak iklan keluar kat TV3 pasal upcoming wedding event ni. Manusia yang 'FAME & GLAM' camni mesti sumer orang kenal. Dikatakan wedding dia pun fully sponsored. Maybe yang tak sponsored hantaran dia jer kut ...dan yang tak mungkin di-sponsored dah tentu la MAS KAHWIN dia jugak...(malu la pakcik beb...)

One of the reason Dr. SMS kahwin pada date 10.10.10 tu sebab kongres ini jugak la kan. Mana tidaknya...terlanjur semua angkasawan tu ada kat Malaysia ni, jemput le sekali untuk wedding dia. Apa kata orang...sekali lalu...camtu lah.

That's why juga lah wedding dia ni fully sponsored. Wakil dari seluruh dunia hadir beb...bukan calang-calang orang lak tu. Kena lah government kita bagi layanan terbaikkkk...kan...kan...

TV3 pun akan buat lintas langsung untuk wedding Dr. SMS ni...if not mistaken majlis ni kat PICC. Building yang letaknya paling atas sekali kat Putrajaya (Anak makcik kata PICC ni bentuk macam Ultraman). Ofcoz la kan...its gonna be WEDDING OF THE YEAR. Hai...bertuah badan bila jadi manusia 'FAME & GLAM'.

Apa-apa pun ucapan tahniah buat Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie dan Dr Harlina Yunos. SELAMAT PENGANTIN BARU...Semoga berkekalan!


Pic yang makcik amik dari pakcik google



Next...who's gonna weds on 11.11.11? Yang pastinya bukan ler makcik kannnn....owh tidakkkk!


Friday, October 1, 2010

teruja sungguh!

Dari hari senin lagi dah teruja dengan jamuan hari raya kat sekolah hari ini. Balik dari dari sekolah terus sampaikan pesanan penaja, "Ma...Jumaat nanti Nafiz ada jamuan raya kat sekolah. Cikgu kata boleh pakai baju raya. Nafiz nak pakai baju melayu tau...Cikgu pesan suruh bawak kuih raya. Nafiz nak bawak tiga boleh?" Iyo kan ajo lah. Tiga tu agaknya 3 jenis la tu.

Semalam, sekali lagi membawa pesanan penaja..."Ma...Cikgu Rozi pesan kuih raya masukkan dalam bekas...tulis nama. Nanti kalau tak abih Cikgu Rozi kata boleh bawak balik. Dia kata tak payah bawak banyak-banyak."

Pagi ini, makcik dah siapkan kuih-kuih tu dalam bekas plastik disposable dan makcik pulak yang nak menyampaikan pesanan penaja...hehe. "Nafiz, kuih raya ni Ma tak tulis nama...cakap ngan cikgu boleh amik terus...Nafiz tak payah bawak balik". Dengan kening berkerut dia jawab, 'Ma ni suka hati Ma je...Cikgu Rozi dah cakap kena tulis nama!". Hok alohhhh budak ini...

PEACE NO WAR. Eh! camne lak kepala dah ilang sikit ni..




Wondering...kenapa si budak Homok ni punya mata semakin sepet.