Nuffnang Ads

Wednesday, November 24, 2010

Malang tidak berbau

Anak dara makcik yang seorang ni kalau cuti semester suka buat kerja part time. Bagi makcik..ok jer…sebab kalau duduk rumah pun dia akan menjadi penunggu setia si tilam dan si bantal. Dia dah mula kerja sejak 6 hari lepas sebagai cashier di kaunter Hypermarket Carrefour kat Alamanda dengan bayaran gaji RM5/jam.

Semalam..ada satu kejadian berlaku. Sampai-sampai je di rumah dia terus bercerita.

Anyzz : Ma…hari ini kaunter akak duit short RM400 lebih.

Makcik : Camana leh jadi camtu kakak. Banyak tu kalau sampai RM400 lebih. (yang makcik fikir, mungkin anak makcik ini silap tag price masa customer buat bayaran)

Anyzz : Ntah lah ma…diorang kat sana kata akak kene pukau. Tapi akak rasa minda akak sentiasa sedar jer.

Makcik : Kene pukau?

Anyzz : A..ah. Ada seorang pakcik ni…dah berumur jugak la, tetiba datang kat kaunter akak nak tukar duit. Banyak juga la. Masa tu akak baru bukak kaunter…akak bagi jer la tukar tapi akak dah kira sampai 4 x. Kaunter sebelah atas pun kena gak hari ni tapi short RM189.00 jer. Kaunter atas kire 2 x.

Makcik : Orang Arab ke? (sebab ada banyak kes macam ini melibatkan orang Arab)

Anyzz : Tak lah…melayu tapi macam orang Indon pun ada juga. Dah tua dah…muka macam selamba jer.

Makcik : Kenapa kakak bagi tukar…kan tengah kerja. Mana boleh layan kalau orang nak tukar duit without beli barang. Guna la common sense. Lagi satu tak logik nak tukar duit kat kaunter padahal AmBank ada kat atas tu.

Anyzz : Kakak ni kan baik. Langsung tak terfikir pulak macam ma fikir tu. Masa kejadian tu dalam pukul 5 lebih. Benda jadi pun sekelip mata. Masa tu ada 2 orang customer juga depan akak…anak beranak kut. Pastu lelaki ni tetiba potong queue hulur lagi duit RM50 nak tukar dengan duit RM10 pulak Masa tu akak dah rasa lain, tetiba terfikir nak panggil CC. Bila CC akak datang…akak bagi tau dia…pakcik tu nak tukar duit. Terus CC akak cakap dengan pakcik tu, kat kaunter tidak boleh tukar duit sesuka hati. Kalau nak tukar pergi jer berurusan dengan bank. Orang tu pulak dengan muka selamba cakap bank dah tutup…boleh tanya lagi pulak tu…kat mana boleh tukar.

CC akak dah dapat rasa ada yang tak kene. On the spot dia suruh akak tutup kaunter untuk kira duit. So kitorang pun buat spot check. Memang short pun duit kaunter akak. Terus CC tu kata tak payah kerja sampai malam. Suruh akak balik awal. Sebab…dia tahu akak mesti dah hilang mood nak keje. Daripada layan kepala hotak serabut baik balik jer. Betul la tu kata CC tu…Tu yang balik awal hari ni.

Makcik : Kene ganti la duit yang short tu. Tak pasal-pasal. Kalau ayah tau mesti dia tak bagi akak keje lagi. (Masa ini si ayah takde rumah)

Anyzz : Kena la ganti. Nanti tolak dari gaji. Tak payah bagi tau ayah.

Makcik : Akak ni selalu gak ma perasan…memang jenis lalai. Amik mudah jer sumer benda. Amalkan baca ayat kursi hari-hari supaya takda perkara buruk jadi lagi.

Anyzz : Benda camni dah banyak kali kene kat cashier Carrefour. Paling banyak short RM1,500.00. Selalunya bebudak cashier baru.

Makcik : Dah banyak kali kene...kenapa Carrefour tak buat repot polis jer. Lemak la si Pemukau tu. Lain kali pun dia buat lagi. Atleast bila ada kes polis...ada juga cara polis leh kesan orang tu.

Anyzz : Ntah la...sebab orang carrefour tu pikir bukan polis leh ganti duit tu kut.

Makcik : Bukan masalah leh ganti ke tidak...kalau tak buat repot...orang tu lepas camtu jer. Polis kalau ada repot baru leh buat kes...baru lah leh ambil tindakan nak kesan orang tu. Ni akan datang pun benda yang sama gak jadi.

Ini adalah kejadian buruk ke2 yang berlaku kat anak dara makcik dalam tahun ini. Before masa bulan Ramadhan, kejadian berlaku berdekatan rumah sewa kat Seksyen 7, Shah Alam. Keluar untuk beli makanan bersahur...pukul 5 pagi...tak semena-mena beg kene ragut. Habis segala harta benda dalam beg tu lesap termasuk IC, Handphone, kad ATM. Dah tu kene pulak mengganti duit kengkawan yang dok mengirim untuk belikan makanan dan barang. Ini lah kata orang...sudah jatuh ditimpa tangga...pastu tercium taik ayam candu. Malang sungguh!

Moral of the story…sentiasalah berhati-hati. Manusia di dunia ini ada bermacam-macam. Jangan mudah percaya pada orang yang kita tidak kenal. Wajah yang nampak baik, tidak kira peringkat umur …boleh saja buat jahat kat kita. Sentiasa juga berfikiran jauh/panjang akal supaya tidak mudah dianiaya.



Monday, November 22, 2010

23rd November 2010 - SPM 2010

Kepada anakku Aboi (Nazril Iqkhmal) dan rakan-rakan seangkatan...selamat menduduki peperiksaan SPM 2010...

Semoga Allah SWT mempermudahkan segalanya dan dilapangkan dada untuk menjawab segala soalan-soalan. Amin.

Be the best of the best!

Friday, November 12, 2010

Graduasi

Dulu-dulu cuma lepasan Kolej dan Universiti aje ada Hari Graduasi, tapi sekarang ini Hari Graduasi ni dah jadi satu majlis wajib untuk setiap pelajar sekolah. Tak kira la lepasan tingkatan 5, lepasan tingkatan 3, Darjah 6, Pra Sekolah dan juga Tadika Kemas.... HARUS mengadakan majlis Graduasi.

Pada makcik, dalam zaman manusia mengejar kemajuan , Majlis Graduasi ini adalah satu usaha yang positif. Atas inisiatif yang diusahakan oleh pihak sekolah, sekurang-kurangnya ini adalah salah satu dorongan kepada pelajar untuk menaikkan semangat dalam pembelajaran mereka. Dan seterusnya mereka akan sentiasa bersedia melangkah kehadapan mengikut peringkat masing-masing.

11.11.10 adalah Hari Graduasi pelajar prasekolah di SKPP 9(2)....majlis yang pertama kali diadakan di sekolah ini. Syabas buat guru-guru dan pihak sekolah yang juga pertama kali menyediakan Jubah Graduasi untuk menambahserikan majlis.












Wednesday, November 10, 2010

If its true...how come the MOE or MQA terlepas pandang this matter. Huh?

Makcik ni kalau ada anak Melayu yang pandai dan berjaya dalam pelajaran... makcik memang tumpang bangga juga lah. Lebih-lebih lagi kalau anak Melayu tu dari kaum kerabat sendiri.

Tapi pagi ni bila tertonton rancangan MHI di TV3, tetiba terdengar mengenai Ijazah di Kolej Antarabangsa Fazley tidak diiktiraf. Setahu makcik kolej itu adalah diasaskan oleh penyanyi pop Malaysia, Dr. Fazley Yaakob. Dan sekarang ini status keDOKTORan yang dia miliki pun diragui.

Untuk cerita selanjutnya boleh rujuk disini.

How can it be like that huh? If so...why the MOE or MQA are untracing this matter. If not mistaken, MQA also do yearly audit into any Colleges or Universities. Then how come they couldn't notice about this matter?


Monday, November 8, 2010

Innalillahiwainnalillahirrajiun..

Semalam makcik menerima panggilan telefon seorang rakan (Ajim) memaklumkan bahawa satu kemalangan tragis telah berlaku di Jalan Kuantan-Segamat. Kereta yang terlibat telah rentung bersama-sama pemandu dan penumpangnya seramai 3 orang. Salah seorang penumpang berkenaan adalah bekas rakan senior sekolah kami (ex-Sekolah Tinggi Perempuan Melaka) iaitu PATIMAH RAMLI. Allahyarhamah adalah bekas wartawan dari Berita Harian.

Innalillahiwainnalillahirrajiun. Semoga roh allahyarhamah dan 3 yang lain ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan berada ditempat yang paling mulia disisi ALLAH SWT.

Salam takziah untuk semua kaum keluarga mereka...semoga tabah dan redha.
AL-FATIHAH.....


Tinggal kenangan

Untuk berita kemalangan selanjutnya boleh dibaca di sini.

Thursday, November 4, 2010

Berhati-hati dijalanraya - SUBHANALLAH...

Sebanyak 136 ekor ulat bulu berkonvoi beratur rapat sepanjang 17 kaki membuatkan pemandu kenderaan pelancong terlihat peristiwa aneh itu lalu memberhentikan kenderaannya selama 20 minit untuk memberi laluan kepada ulat-ulat tersebut.

Jamie Rooney,38, bersama pelancong-pelancong lain dalam perjalanan dari melawat Kruger National Park, South Africa sempat merakam peristiwa aneh itu. Ulat-ulat bulu ini berpindah daripada tempat ia menetas menuju ke belukar kemudian berpecah ke haluan masing-masing menjadi kepompong sementara menunggu masa untuk berubah menjadi seekor rama-rama yang cantik.

Tindakan ulat-ulat bulu ini berbaris panjang telah menyelamatkan mereka daripada maut dilanggar kenderaan. "Berhati-hati dan bersopan di jalan raya dapat mengelakkan tragedi yang tiada sesiapa mengingini". SubhanAllah.






Salam Peringatan

Ini adalah email yang ada dalam inbox makcik. Tak salah kan kalau kita berkongsi peringatan ini.


Jangan berbangga dengan Calvin Klein & Armani Exchange anda kerana
Pakaian terakhir anda adalah KAIN KAFAN & perfume anda adalah KAPUR BARUS..

Jangan berbangga dengan BMW & Caldina GTfour anda kerana
Kenderaan terakhir anda adalah KERANDA yang akan diusung..

Jangan berbangga dengan Banglo dan Condo anda kerana
Tempat beristirehat anda yang terakhir adalah KUBUR..

Jangan berbangga dengan kehenseman atau kecantikan anda kerana
Akhirnya hanya menjadi santapan si Cacing dan sang Serangga....