Nuffnang Ads

Tuesday, December 13, 2011

TARA lah pulak...

Sekarang ni macam-macam haiwan orang bela sebagai 'PET'.  Dulu-dulu yang kita tau kucing, anjing, arnab, hamster, kura-kura jer yang orang dok buat pet. And at one time 'IGUANA' cukup popular. La ni dah merebak ke haiwan-haiwan 'EXOTIC' lain...ular lah..kalajengking lah..Sugar Glider lah..(Tapi Sugar Glider ni boleh tahan lah jugak..cute lagi). Now yang terhangat di pasaran..TARANTULA lah pulak.

Anak makcik tak terkecuali. Ish..bila tengok pun rasa geli. Dengan struktur badan yang berbulu-bulu. Dah tu spesis serangga berbisa lak tu. Semalam cuba jugak google pasal Tarantula ni..harga di pasaran boleh mencecah ribuan RM.  Jangka hayat tarantula ni boleh mencapai ke 20 tahun. Entah sampai bila lah anak bujang makcik nak bela tu.  Spesis ni boleh mencapai tumbesaran sebesar beg sekolah anak-anak. Eeiii..menakutkan kalau besar cenggini.  Sebesar yang anak makcik ada pun dah cukup buat tak tido malam..takut-takut si TARA ni terlepas dari sangkar.

Anak bujang makcik kata..kalau bela kucing..modalnya besar..(Pernah ada juga..nama nya LULU tapi entah mana silap si kucing tu boleh mati pulak) Bela kura-kura..nanti bau pulak tak tahan. So amik si TARA lah..senang nak jaga.  Senang? 

Adalah pulak orang dok berjual beli melalui mudah.my.  Kalau yang masih muda remaja Tarantula ni harga pun dah RM300.00.









Kalau bela ayam ke, itik ke, lembu ke..kalau dalam tempoh 20 tahun tu..memang boleh jadi jutawan kan. Ni bela si Lelabah ni..ish..ish..rasa hidup makcik pun tak tenteram.. sentiasa dalam pemerhatian si Lelabah itu.

Macam-macam  pelik interest orang sekarang. Kenapa leh jadi macam ni ek?  Makcik agak-agak lah..zaman2 makcik dulu..masa kecik memang kaki merayau.  Segala ladang getah..hutan..sawah bendang habis dah makcik redah. Jadi benda-benda macam ni boleh jumpa dan tengok dalam situasi yang natural.

Sekarang ni..generasi muda membesar dengan mengadap desktop lah, laptop lah, iPad lah..handphone android lah..pendekata..environment hidup dihabiskan dalam bilik aje. Sampaikan bila jumpa haiwan-haiwan atau serangga exotic macam ni..semua nak bawak masuk bilik jugak.  Kesian kan..kat "PET" tu.  Diorang pulak yang nak kene duduk sama-sama dalam rumah atau bilik anak bujang kita.  Habitat dah tak natural lagi..Erm..entah lah.


Tahniah buat Kak Long Erna

Kepada Kak Long dan Nizam..selamat menjadi ibu dan bapa. Semoga dapat memberikan didikan yang sempurna kepada generasi yang mendatang.

Walaupun masih belum berkesempatan untuk melawat, maklang sekeluarga mendoakan semoga baby Umar yang masih ditahan di wad akan cepat sembuh dan membesar dengan sihat.  Amin


New born - Umar bin Shahnizam - 10.12.11



Tuesday, December 6, 2011

NEVER SICK AGAIN

Hari ni dok kemas-kemas meja kat opiz..tetiba terjumpa pulak article ni.  Tak ingat dari mana makcik ambil.  Mungkin sebab pikir ianya amat berguna..makcik dok simpan sampai tak ingat..:-p

Walaupun kita tahu..sihat, ajal, rezeki itu ditentukan oleh Allah SWT..tapi tidak salah jugak kalau kita berusaha dan dalam masa yang sama berdoa untuk diri kita mendapat keberkatan dalam apa jua yang kita makan.  Memang tidak dinafikan..pemakanan kita adalah penting untuk kesihatan tubuh badan kita.  Itu sebabnya terdapat banyak produk-produk kesihatan yang macam-macam 'BRAND' di pasaran.  Ianya diambil sebagai supplement untuk tubuh badan. Samada kita berani atau tidak sahaja untuk mencuba.

Kat sini makcik nak share article yang mungkin dapat membantu kita memilih pemakanan sihat. Then kalau membeli belah untuk memenuhkan peti sejuk memasing tu..pastikan belilah makanan ini..heheh.


Kepada sesaper yang punya daya dan semangat yang tinggi untuk menjaga kesihatan tu..rasanya article ini memang bagus untuk dipraktikkan.  Renung-renungkan dan selamat beramal..:-D

Wednesday, November 30, 2011

Dalam Kenangan - Al Fatihah

Hari ini genap setahun ayahanda pergi meninggalkan kami. Semoga almarhum ayahanda ditempatkan bersama-sama insan yang tinggi darjatnya disisi Allah SWT...amin.


Monday, November 21, 2011

Akad Nikah..Majlis Bersanding

Lanjutan kepada entry makcik sebelum ini, Majlis Akad Nikah berlangsung pada hari Jumaat, selepas waktu Isya'..16.11.2011 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor.  Upacara adalah very simple...sesimple family kami juga. Dihadiri oleh saudara-mara terdekat sahaja.  Yang penting tunaikan yang wajib dahulu..

Dibawah adalah pic sekitar majlis akad nikah berlangsung.  






 Pengantin perempuan bersama ibu dan adik beradik





Pasangan pengantin bersama-sama dengan ibubapa memasing


Majlis persandingan telahpun berlangsung semalam ..Ahad, 20.11.2011 di Dewan SIRIM, Shah Alam.  Majlis ini adalah majlis sebelah pengantin perempuan. Segala persiapan dibuat oleh pihak perempuan. 

Gambar-gambar sekitar Majlis ada seperti di bawah.  Shooting yang ala kadar sebab malas nak berebut-rebut dengan cameraman yang pro...heheh.

Ish..Ish..anak dara makcik tu (si baju hitam) asalkan bergambau jer..mesti nak buat molot gitu-gitu :-p









Emak Pengantin Lelaki/si Pengantin yang sibuk melayan cucu/anak sedara sulong...si kembau yang tak seiras...comel dan montel

Takmo lepas peluang..nak gak amik gambo ngan Bapak Pengantin Perempuan yang glam u...Hj SOHAIMI MIOR HASSAN...:-p (Sebelah makcik itu adalah my Big Bro ok!)


Next event..di sebelah lelaki yang akan berlangsung pada 26.11.2011 di Kemaman, Trengganu. Tungguuuuu....:-))))


Monday, November 14, 2011

Undangan Majlis Perkahwinan

Seperti biasa, musim cuti sekolah adalah musim kenduri kahwin juga.  Weekend lepas..makcik terkilan jugak kerana tidak dapat menghadiri kenduri kahwin anak sepupu En Suami di kampung. Bila telefon emak mertua tak dapat balik sebab the whole family kene virus..demam, sakit tekak, kepala berat, badan sakit-sakit sejak seminggu lalu (dari Hari Raya Aidil Adha lalu) ..emak mertua macam kecewa pulak.  Nak buat macam mana...

This coming weekend, wedding anak lelaki kakak makcik.  Majlis di sebelah perempuan adalah pada minggu ini. Hari Jumaat, majlis akad nikah akan dijalankan di Masjid SSAAS, Shah Alam. Reception pada hari 20/11/11. A week after..di rumah kakak makcik di Kemaman.  

Ini majlis sebelah perempuan.  Cer tengok..cer tengok..siapakah si BAPA pengantin perempuan itu? ...lalalala..boleh pandang-pandang..jangan pegang-pegang..lalalala..:-p
 
Anak saudara makcik adalah si pengantin lelaki. Majlis akan berlangsung di Kemaman, Trengganu.
Ayah kepada pengantin ini adalah anak jati Kemamang..:-)) Means..segala turun temurun kakak makcik bakal menjadi oghang Kemamang.  Cer tengok jugak nama-nama bakal mempelai..bukan main panjang nama memasing.  Anak sedara makcik punya panjang camtu last-last kitorang panggil AKIK jer..gabungan dari  huruf-huruf awalan pada setiap nama dia...Ahmad Khaisyam Ilyasa' Khalid..ish..ish..ish

Doa buat bakal pengantin...Bismillahirahmannirrahim..

"Ya Allah, satukanlah hati kedua mempelai ini, sepertimana Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusof dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah.  Kami memohon doa restuMu, berkatilah majlis ini dan semoga majlis ini akan berjalan dengan sempurna sepertimana yang Engkau kehendaki.  

Ya Allah Ya Tuhan Kami, jadikanlah pasangan pengantin ini zuriat yang sempurna, soleh dan solehah.  Lapangkanlah rezeki pasangan ini semoga hidup dalam keadaan yang harmoni dan bahagia  hingga ke akhir hayat."

Amin Ya Rabbal Alamin..

Dalam masa yang sama, minggu ini juga ada jemputan di beberapa kenduri lain.  Tengok..mana sempat.

Thursday, October 27, 2011

seperti biasa..my Hobby

Dua tiga menjak ni rasa kepala hotak macam penat jer..nak layan novel pun macam tak larat. Novel ni dah beli lama gak lah..tapi belum mulakan membacanya. Rasa-rasa hari ni boleh start tak.

Kalau tengok sinopsis nyer best jugak lah.  Saper yang dah baca novel ni. Angkat tangan..hihi :-p


Ermm...so far tak pernah baca lagi karya novelis ni.


Hangkut jer..

Minggu ni minggu Deepavali. Ramai yang cuti. Tapi yang pelik..department makcik ni semua staffnya Melayu. Ada yang ambil cuti mengalahkan diorang yang raya - direct seminggu terus. (kalau ada kengkawan yang baca ni mesti jawapan cliche "eh suka ati haku ler..cuti haku".  Hah..padan muka makcik  ...:-))))  Makcik ni mensubstitute ofizmate yang bercuti. Pada masa yang sama hari ni..anak bongsu makcik pulak demam. So tak boleh lah pulak nak ambik EL (emergency leave). Nak tak nak..hangkut jer ke ofiz. Nasib baik ler ofiz makcik ni jauh dari Fakulti ataupun department lain.

Bila dah demam..apa lagi. Tidur je ler budak ini. Pipi terus jadi merah..sbb panas.




Nasib baik juga exam dah habis. Exam kelas KAFA sebelah petang pun dah tamat Selasa lalu. Sepanjang minggu ini SK Putrajaya Presint 9 (2) menghabiskan waktu-waktu persekolahan dengan aktiviti sukaneka. Petang ini sepatutnya ada Kem Solat Bistari ke-4.

Bila dah jatuh sakit..apa-apa pun tak boleh.  Tapi bila waktu-waktu sihat..jangan haraplah dia nak tidur macam ni.  Macam2 keje adalah.


Tuesday, October 25, 2011

Program pada 22 Oktober 2011 lagi..

Lepas ke Mini Reunion ExMastanah82 di Taman Wetland Putrajaya, makcik bertolak ke Bagan Lalang pula. Tujuan ke sini adalah untuk makan malam bersama kawan-kawan MMU. Dikatakan masakan seafood di sini the best ever. Entah lah..terpulang kepada spesifikasi tekak memasing. Tekak makcik?...As for me..ok lah sedap jugak :-D

Kami menempah makanan di kedai makan ini..lihat gambar.



Boleh pilih apa saja makanan laut yang ada seperti ikan-ikan yg berjenis, pepahat 1st time dalam hidup makcik makan spesis ini disini, udang, sotong, lala..dan banyak lagi.  Pilihan masakan atas selera pelanggan.

Masakan di kedai ini memang sedap. Sesaper yang teringin tu..samada ikan bakar, sotong goreng tepung, udang goreng kunyit..sila lah. Dialu-alukan...heheh (ini bukan bias ok..takde kene mengena..bukan juga kroni)




Yang nak menghabiskan cuti dan mencari ilham juga boleh menginap di sini--:-D




Walau bagaimanapun..pada pandangan makcik..air laut pantainya tak berapa nak bersih berbanding di Port Dickson ke..Cherating ke.. yang masih nampak kejernihan airnya. Untuk bermandi manda dan berkelah, makcik tidak mencadangkan pantai Bagan Lalang ini...Tidak sesuwaiiii...Kemungkinan besar sebabnya pantai ini adalah kawasan menangkap ikan..sebab itu air lautnya tidak sesuai untuk perkelahan tepi pantai.

Monday, October 24, 2011

lagi citer on 22 Oktober 2011 - Mini Reunion @ Taman Wetland, Putrajaya

Sebagai nak menunaikan keinginan beberapa rakan ex sekolah rendah/menengah dari Masjid Tanah, Melaka, untuk bergather-gather kami kengkawan yang tinggal di Putrajaya cuba menjayakan mini reunion kali ini,  Memasing merelakan diri membawa makanan secara POTLUCK. Walaupun hanya 10 orang jer yang dapat hadir..tapi makanan berlebih-lebih lah pulak. Rezeki..rezeki..siap boleh tapau bawak balik lagi..hihi.



antara makanan yang ada

Bila dah kenyang..keluar pulak citer zaman kecik-kecik dulu...mengimbau kenangan silam. Bercerita zaman kenakalan dan kesengalan memasing.





Sebab ada yang nak kene balik awal..ada program peribadi pulak..kitorang ambil kesempatan bergambar beramai-ramai. Tengok lah stail memasing.  Tak boleh blah...hahahah



Tapi pic kat bawah ni makcik paling suka...semua wajah-wajah yang hadir untuk mini reunion kali ini. I likeeee!



Yang bawah ni pulak..makcik-makcik antara pakcik-pakcik yang ado...hahahah.  Kasi crop pic tu..takdelah nampak part-part yang kembang tu...:-p



Harap-harap next gathering ramai yang dapat menghadirkan diri. THE MORE THE MERRIER...