Nuffnang Ads

Friday, February 11, 2011

Pencarian masih TERTANGGUH…

Bila la leh dapat ni...

Cuti CNY aritu balik kampong kat Melaka…terlanjur ke Bandar Melaka, peluang makcik gunakan untuk mencari novel PERGILAH AIRMATA oleh Hanni Ramsul. Makcik singgah Kedai Buku Popular kat JJ Air Keroh. Malas nak cari sendiri…gi tanya terus kat kaunter. Aduhai…sold out jugak. Then staff Popular tu suggest…try seach kat satu lagi JJ baru next to Tesco Melaka. Dia kata kat situ ada 1 jer tinggal. Tak berlengah makcik terus ajak hubby ke sana. Walawei…FRUST! Hampa!…takdak juga…tsk..tsk..tsk…Nasib baik my SIL dari Perlis ada bawak balik novel LAFAZKANLAH KALIMAH CINTAMU oleh Siti Rosmizah.


...masih menunggu untuk dibace

Tajuk ni berlambak kat Book Store Popular kat Melaka ni. Sebab dah ada, makcik tak perlu la nak beli lagi. Kira ni kes meminjam dari adik ipau…tapi kan…bila kakak ipau balik dia lak dah dok take over novel ni. Ok lah bagi chance dia baca dulu…Bila dah ngadap novel tu kakak ipau ni dah syok…tak sempat nak abihkan sebab malam tu jugak dia nak balik Seremban. So dia kata, “Sham, angah bawak balik dulu la novel ni…nanti on the way balik Putrajaya, ko singgah umah angah amik balik novel ni”. Makcik pun cakap, “Ok…tapi sempat ke nak abih kan esok…tebal tu… novel tu”. “Sempat…angah baca lompat-lompat”, kakak ipau aku ni macam yakin je leh khatam esok novel tu. Makcik pun cakap ngan dia, “Tak syok la bace lompat-lompat…mana ada feel camtu…heheh”.


...saper yang lom bace tu...best novel ni tau!

Esoknye, makcik dah agak dah…tau tak apa my SIL ni cakap masa makcik singgah umah dia, “Sham…novel tu angah blom abih bace lagi…..”. Makcik pun gelak je la…tak kisahpun dia nak abihkan dulu novel tu. Takde lah rasa terkilan sangat sebab masa tu makcik ada beli novel CINTA KAU DAN AKU oleh Siti Rosmizah. So no hal pun kalu my SIL simpan dulu novel LKC tu…

Kepada sesaper yang kemaruk novel tu.... makcik dah bace novel oleh Siti Rosmizah ANDAI ITU TAKDIRNYA dan CINTA KAU DAN AKU. So far....novel-novel ni tidak menghampakan...best...best...

Ermm...within these 2 months, I'd already bought and finished read 10 novels...huhu. Anak bujang makcik si budak montel pulak...bila makcik beli novel dia pun sibuk beli komik...Sekarang ni kalau kata nak masuk bookstore...dia pulak terlebih excited...Amboi..amboi...sama naik nampak!