Nuffnang Ads

Wednesday, March 30, 2011

Cubaan kali pertama

Awal tahun 2011, Makcik pernah cerita pasal anak bongsu makcik semasa ujian diagnostik Tahun 1 di sini

Dalam ujian tu, dia dan beberapa orang classmates mengambil masa sendiri untuk menghabiskan kertas jawapan sampai cikgu kata boleh sambung hari Isnin (ujian adalah pada hari Jumaat). Padahal itu helah cikgu jer agar murid menghantar kertas jawapan pada masa tu. Memang tidak pernah dibuat orang... ujian atau peperiksaan boleh to be continued... :-D.

Pihak sekolah awal2 lagi dah maklumkan ibubapa bahawa Ujian Bulanan akan diadakan pada 1 - 3 Mac 2011 (3 hari). So bila tiba tarikh tu...taknak kejadian berulang...selama 3 hari berturut2, makcik telah menyampaikan pesanan penaja kepada si anak makcik itu.

"Hari ni ujian...Nafiz jawab betol2 tau. Nanti bila cikgu bagi kertas soalan tu...mula2 Nafiz tulis nama, lepas tu baca soalan baik2...Nafiz jawab betol2...ikut apa soalan tu suruh buat. Jawab cepat2..pastu hantar kertas jawapan cepat2 jugak. Kalu masa tamat pukul 11:30...Nafiz kene hantar kat cikgu sebelum pukul 11:30 tu...nanti cikgu bagi tau bila nak hantar."

Hasilnya...Nafiz dapat A untuk semua subjek utama. Ini kata2 hikmah makcik kepada Nafiz atas prestasi yang ditunjukkan,"Wahhhh...Nafiz dapat straight A lah....Aboi SPM pun ada B...tapi Nafiz ujian semua dapat A" (kata2 semangat versi makcik ok...) Hahahah...kasi kembang sikit hidung dia. Seperti biasa si Aboi yang duduk di sebelah akan mencebek dan mula menyakat si adik.



Sebelum-sebelum ini masa kakak dan abang dia terima result PMR/SPM, bila semua orang cerita pasal A...Nafiz pernah tanya soalan ini, "Ma...Nafiz dapat berapa A?". Padahal masa tu dia baru umur 4/5 tahun. Sekarang ni mungkin dia sudah faham dari mana datangnya A tu bila makcik explain apa yang tertera kat report ujian tu pada dia. Siap lagi dia tanya, "Ma, kenapa ada tulis 'Sangat baik'. Malas nak explain lelebih. Makcik suruh je dia baca kat Catatan Pencapaian Gred kat slip tu.

Si emak : A tu untuk apa?
Si anak : Sangat baik.
Si emak : B?
Si anak : Baik...C pulak Sederhana...D Lemah...E Sangat Lemah
Si emak : F? (saja mau test market...heheh)
Si anak : Ma niii...mana ada F. Itupun tak tau...(sudah tidak puashati).

Next ujian adalah pada 4 April ini iaitu Ujian Saringan 1 Linus (Literasi dan Numeric). Ujian lisan telahpun dibuat pada 23 & 24 Mac lalu. So this coming monday adalah ujian bertulis. Sekali lagi pihak penaja harus menyampaikan pesanan.

Monday, March 28, 2011

PERASAAN INGIN TAHU…

Pernahkah anda tetiba berasa sesak nafas bila anak-anak yang berperasaan ingin tahu bertanyakan soalan-soalan bonus kepada anda. Nak tak nak…sebagai memenuhi jawapan kepada kemusykilan dalam minda mereka dan walaupun dengan penuh rasa kelat…segala persoalan itu HARUS lah dijawab.

Daripada rentetan peristiwa dalam gambar2 dibawah…makcik terpaksa menjawab kemusykilan yang ada dalam benak ‘si budak’ itu dalam beberapa hari ini.

Dengan penuh minat dan perasaan ingin tahu si budak itu...



Soalan bonus 1

Si anak : Ma…nanti ma boleh tak ajar Nafiz sign. Nafiz tak tau lah macam mana nak sign.

Si emak: Kenapa Nafiz tiba-tiba nak belajar sign. Sekarang Nafiz baru umur 7 tahun…nanti bila Nafiz besar…Nafiz tau sendiri jer nak sign.

Si anak : Iye lah…nanti kalau Nafiz kahwin Nafiz tak tau nak sign.

Nafas makcik tetiba menjadi sesak dengan statement ini…Pitam! .#@%&*~+…


Soalan bonus 2

Si anak : Ma..abang Nizam tu dapat apa?

Si emak : Abang Nizam? Abang Nizam mana pulak ni? (tak terlintas langsung di fikiran makcik siapa yang dimaksudkan)

Si anak : Abang Nizam lah…masa kahwin dengan Kak Long tu dia dapat apa? Kan ada kertas yang Abang Nizam sign tu?

Oh ho…baru dapat recall saper yang dimaksudkan oleh budak ini. Saper lagi kalau bukan hubby kepada cousin sister dia.

Si emak : (nasib baik idea spontan datang nak bagi jawapan apa) Ooooo kertas tu…..Yang tu perjanjian. Abang Nizam dah berjanji…dia kene jaga Kak Long seumur hidup.

Si anak : Lepas tu nanti Kak Long ada anak ke ma? Ma dah ada 4 orang anak...lelaki ada 3...perempuan 1 je kan...Hebatlah ma!

Aduhai…satu lagi statement yang boleh buat makcik pitam. Macam-macam lah si Nafiz ni….kepala hotak makcik tetiba jadi serabut sekejap dibuatnya.


Soalan bonus 3

Soalan bonus seterusnya telah beralih arah kepada abangnya si Aboi yang berumur 18 tahun.

Si adik : Aboi…bila Nafiz nak dapat perjanjian ni…

Si abang: Pejanjian apa pulak ni…ko ni merepek lah (Si abang yang dah mula hangin satu badan)

Si adik : Perjanjianlah…bila Nafiz nak dapat...

Si abang: Mana aku tau…perjanjian apa ntah…ko gi tanya kat ma lah…

Makcik dapat cerita ini dari mulut abangnya semasa di kampung semalam...bila makcik bercerita kepada nenek, bapak saudara, mak saudara dan si Kaklong serta hubbynya tentang soalan-soalan bonus 1 & 2 dari mulut si Nafiz. Barulah si abang faham perjanjian apa yang diminta oleh si adik.

Thursday, March 24, 2011

Insan yang pernah...mesti rasa DEMAM kan...

Ramai gak blogger yang makcik nampak rasa TERUJA dengan kesedapan KLUANG RailCoffee. Tak tau lah pulak tahap piawaian yang macam mana diambilkira untuk kesedapan tekak memasing.

Tak tau nak kata apa dah bila terbaca kat disini.



Yang herannya...bila sesuatu yang sedap itu selalunya beriringan dengan TIDAK HALAL. Adakah kamu orang tetiba rasa demam bilamana pengesahan telahpun dibuat dan didapati minuman/makanan yang kamu orang tersangat suka itu pada hakikatnya tidak halal (haram lah tu!).

Oh ya..lagi satu makcik masih lagi musykil dengan keHALALan kuih pau YIK MUN yang juga dikatakan sedap yang terjual di Tanjung Malim itu...


Wednesday, March 23, 2011

Sedap ke Mi SEDAP?

Menjadi kebiasaan kat rumah menyimpan stok mi segera MAGGI. Ini bukan apa…kadang-kadang hangin dalam badan ni ada gak pasang surutnya. Tiba waktu terlebih rajin…segala macam lauk pauk, kuih muih…sanggup sediakan. Tapi bila hangin tak berapa nak rajin (adik beradik malas lah tu!)…makan mi segera pon sodapppp!!!

Sebelum ni…makcik tak amik kisah gak bila anak makcik yang sulong selalu makan Mi SEDAP – Mi Goreng Asli. Stok Mi Maggi perisa Kari memang sentiasa ada kat rumah tapi dia tak berminat. Dia simpan stok Mi Sedap untuk diri sendiri. Baru ini..anak bongsu makcik si Nafiz menyampaikan hajatnya nak merasa Mi Sedap stok abangnya. Masa tu tinggal 3 bungkus lagi. Makcik pun buatkan sebungkus seperti yang dia nak tu. Lepas makan 1…bolehkan dia mintak buatkan lagi sebungkus (si Bongsu ni kalu bab makanan dia suka…memang tak boleh control la jawabnya). Biar betul Nafiz ni…!!!

Nafiz : Ma…sedap lah mi SEDAP ma masak. Nanti Nafiz nak lagi…ma masak lagi boleh? Nafiz nak makan 2!

Si emak : Sedap sangat ke Mi Sedap tu…mana boleh makan banyak2. Nanti gumok tak hensem (stetmen tak bleh blah…heheh)

Nafiz : Sedap lah…Nafiz suka..takpe lah Nafiz makan banyak. Takpe…biar Nafiz gemok…biarlah Nafiz tak hensem (jawapan cliché yang juga tak bleh blah)

Tak sampai hati…makcik masakkan lagi sebungkus. Dalam pada itu makcik rasa nak tau betul ke sedap.. Wahhh…no wonder anak makcik suka…kire boleh lah layan tekak ni. Kalu nak lagi sedap tambah segala macam aksesori – udang, sotong, ayam, telur, sayur…

Nampak gayanya…stok mi segera MAGGI akan bertukar kepada Mi SEDAP untuk masa2 akan datang. Harga pun murah dari mi Maggi. Walaupun ada berbagai perisa...yang menjadi kegemaran kat rumah sekarang ni MI GORENG SEDAP PERISA ASLI!







Tuesday, March 22, 2011

Result SPM 2010 kuar esok!!!

Berdebar-debar...tak kira lah siapa...calon2 SPMnya, guru-gurunya terutama Pengetuanya dan juga ibubapa. Si calon sudah pasti telah bertungkus lumus menjawab yang terbaik, Si Guru pulak sudahpun memberi tunjukajar terbaik dan si Ibubapa haruslah pembakar semangat terbaik.

So senang citer sumer yang terlibat...memang sangat berdebaran. Semua memang ingin yang terbaik!!! Tungguuuuuuu....

Monday, March 21, 2011

MERLIN....saper layan citer ni...

Tak sangka pulak siri MERLIN ni ramai juga peminatnya. Makcik memang ikut drama ini dari Musim 1 lagi. Sekarang ni TV3 dah pun menayangkan MERLIN Musim 3. Makcik ingatkan tak ramai orang nak layan citer-citer camni. Rupanya makcik silap…ada ramai gak geng yang mengikuti drama bersiri ni… bila nampak ada yang letak status siri MERLIN ni kat Facebook. Tapi yang herannya dalam rumah…anak-anak takde pulak nak dok sesama share menonton drama ni.

Kalau google...siri pengembaraan ini telah berjaya menambat hati penonton di 180 buah negara di seluruh dunia. Walaupun merupakan drama fantasia alam mistik…bila melayan citer ni kita takdelah sampai terpengaruh dengan dunia magis dan mistik tu. Kirenya kita masih menggunakan akal dan fikiran untuk membezakan antara logik dan khayalan. Makcik rasa its better than melayan drama-drama mistik TV3 setiap hari khamis tu..(sekarang ni kalau tak silap citer Mantera Anjasmoro). Jangan marah pulak TV3…makcik sekadar meluahkan pendapat. Sebab orang melayu ni walaupun secara lahiriahnya nampak moden…tapi masih ada jugak percaya kepada tahyul dan perkara2 khurafat. Haruslah lari dari ajaran Islam yang sebenarnya. Ops…tetiba lak lari tajuk!!

Saper yang ikut citer ni...geram gak tengok si Morgana tu! Layannnnn....




Friday, March 18, 2011

Sayunya bila dalam versi Melayu



Andai kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlan berputus asa
Kerana Allah sentiasa bersamamu

InsyaAllah InsyaAllah InsyaAllah
Ada jalannya
InsyaAllah InsyaAllah InsyaAllah
Ada Jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana allah bersamamu

InsyaAllah InsyaAllah InsyaAllah
Ada jalannya
InsyaAllah InsyaAllah InsyaAllah
Ada Jalannya

Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjuk daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar

InsyaAllah InsyaAllah InsyaAllah
Ada jalannya
InsyaAllah InsyaAllah InsyaAllah
Ada Jalannya

Sayu jer kan bila dengar. Kalau dalam versi English kurang terasa. Bila dah dimelayukan...macam syahdu gitu...

Dalam apa jua keadaan samada suka atau duka, hidup dilanda keresahan atau kegelisahan...kembalilah kepadaNYA. Semoga kita semua dirahmati dan diberkati Allah SWT sentiasa. InsyaAllah...

Thursday, March 17, 2011

Lepas baca, share pada kawan ok!


Bila matahari tidak lagi terbit dari timur ...itulah tandanya kiamat semakin hampir dan ianya merupakan tanda besar hari kiamat. Hari ini sudah banyak tanda-tanda kecil kiamat. Diantara kiamat kecil ialah:

1. Zina bermaharajalela
2. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik.
3. Bermaharajalela alat muzik.
4. Menghias masjid dan membanggakannya.
5. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
6. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
7. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkara biasa.
8. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.
9. Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
10. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
11. Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
12. Orang akan melakukan homoseksual.
13. Akan terdapat ramai anak luar nikah.
14. Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
15. Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
16. Banyaknya berlaku gempa bumi.

Dan apabila melihat pada tanda-tanda kecil berlaku kiamat, maka jelas, diantara 1-16 itu jelas menunjukkan bahawa kiamat semakin hampir. Namun yang paling mengejutkan, tanda-tanda besar kiamat juga sudah ada. Yang paling ketara ialah matahari semakin menaik ke arah barat dan semakin meninggalkan timur.

Jepun,11 Mac 2011 negara matahari terbit telah dilanda tragedi tsunami Jepun dan kali ini ia merupakan paling dahsyat dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun. Kekuatan kali ini bukan calang-calang iaitu 8.9 skala Richter. Kejadian berlaku di timur laut Tokyo. Dan fenomena itu turut mengubah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak sehingga 2.4 meter.

Ini menunjukkan negara matahari terbit itu sedang mengubah kedudukannya. Maka fenomena ’Retrograde Motion’ yang pernah diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu semakin hampir.

Dan ALLAH swt pernah berjanji bahawa hari kiamat akan tiba dan sesungguhnya ALLAH swt tidak pernah memungkiri janjiNYA.

Semoga kisah Tsunami di Jepun tidak lagi menjadi bahan kelakar. Jadikanlah kisah Tsunami di Jepun sebagai pengajaran buat kita. ALLAH swt baru menyampaikan IKLAN KECIL KIAMAT. Dan sesungguhnya, hari kiamat semakin tiba. Semoga kita tidak merasai hari kiamat dan kita dimatikan sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat.


credit : jeming hasan (http://www.facebook.com/notes/jeming-hasan/tsunami-di-jepun-bukti-kiamat-semakin-hampir/10150120762093350)