Nuffnang Ads

Thursday, April 28, 2011

...dalam Dilema

Hari ni keputusan permohonan kemasukan ke Matrikulasi 2011/2012. Anak makcik si Aboi ditawarkan ke KM, Negeri Sembilan dalam kursus Sains untuk tempoh setahun. Tapi masih lagi berkira-kira samada untuk menerima atau menolak.

Bagi pihak makcik, makcik adalah lebih suka si Aboi menyambung pelajaran terus ke kursus Diploma dimana-mana IPTA. Tapi terpulanglah kepada dirinya sendiri sebab yang nak belajar nyer dia. Apa-apa pun sebagai ibu, sentiasa mendoakan yang terbaik.

Kepada yang ingin menyemak status sila ke sini. Selamat maju jaya kepada yang berjaya.

Jom coti-coti Mesia - Pulau Besar, Mersing

Makcik baru tau kat Mersing pun ada gak Pulau Besar. Before this, kalau sebut jer Pulau Besar, makcik hanya tau yang kat Melaka tu jer. Bila makcik google...no wonder lah... pulau ni formerly known as Pulau Babi Besar (???).



This weekend, percutian kami adalah ke pulau ini...dalam map letaknya tak jauh dari daratan... masa perjalanan menaiki bot...30 minit dari jeti Mersing. Compare dengan percutian sebelum ini ke Pulau Tioman, naik dari jeti Kuala Rompin lebihkurang 1 jam gak lah.

Cuti jangan tak cuti. Hotel reservation dah buat dah...di Aseania Resort, Pulau Besar (formerly known as Radin Resort & Safari). Nak tau lebih lanjut klik di sini. Accommodation 3 hari 2 malam.



Ngee...tak sabau! Jom..jom..

Wednesday, April 27, 2011

sedang asyik melayan...

Uish...lama gak tak berblogging...2 3 menjak ni makcik adalah sedang asyik melayan novel. Last week, Khamis ngan Jumaat cuti sebab si adik takde saper nak uruskan. 2 orang si abangnya terpaksa pergi ke Taiping untuk menghadiri Kursus Pemilihan Biasiswa YTM selama 3 hari. Hari Khamis tu lah, lepas si adik ke sekolah, makcik tak lepaskan peluang ke MPH, Alamanda mengintai novel-novel baru. Beli gak lah 3 buah novel hari tu.

1. Aku Yang Kau Tinggalkan - Alina Haizar



2. Seandainya - Rys Areesa


3. Ombak Rindu - Fauziah Ashari


Balik dari Alamanda, sementara menunggu si adik balik sekolah, makcik dah mulakan dengan Aku Yang Kau Tinggalkan...Tau-taulah...makcik ni kalau dah mula melayan novel, makanya menjadi asyik dan bersambung-sambung sampai novel yang baru dibeli habis dibaca semuanya...Sehingga hari Sabtu..ketiga-tiga dahpun selesai...Ombak Rindu tu rasanya novel "BESTSELLER"....sudahpun beberapa kali diulangcetak.

Hari Ahad masih lagi hari cuti...semangat nak membaca masih lagi berkobar-kobar. Turun ke kedai yang berhampiran rumah...beli lagi 2 buah novel.

1. Hanya Kau Yang Tahu - Kamsiah Abu


2. Dedalu di Hati - Anita Aruszi


Hanya Kau Yang Tahu...start Ahad tu sampai Isnin pukul 3 pagi makcik habiskan membaca. Sebab tak cukup tidur, kat opiz pagi tu dah mula sakit kepala (migrain). Dan sebab tak cukup tidur jugak...semalam tambah lagi penyakit...kene flu lah pulok. So Dedalu di Hati jadi tertangguh. Kalau tidak makcik tentu dah habis dah semuanya...Kegilaan ku yang terlampau...

Sekarang ni pun sedang berkira-kira untuk membeli novel lagi untuk dibawa ke 'COTI-COTI MESIA' :-D

p/s : Kepada kaki novel yang terlampau yang sewaktu dengan makcik ini...kesemua novel-novel diatas memang terbaek dari ladang...

Thursday, April 14, 2011

Tetamu Senja

Tetamu Senja ~ A. Samad Said

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadaNYA
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan

Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat

Tiruan lagi......

Credit to Hawa Othman (حوا عثمان) untuk info ini.

Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan berbanyak terima kasih atas balasan email dari pihak ZARAFOOD iaitu Syarikat Pengeluar KICAP CAP KIPAS UDANG yang telah memberi maklum balas mengenai pertanyaan aku semalam jadi kali ini aku ingin berkongsi dengan semua agar kita sebagai pengguna dapat mengelak dari tertipu oleh Pihak yang tidak bertanggungjawab ini. Dibawah ini aku sertakan maklum balas email dari pihak ZARAFOODSTUFF dan juga perbezaan untuk mengenal Produk Tiruan ini.

Yang Dihormati En Azhar Ramli, merujuk emel saudara, pihak ZARA disini sebenarnya telah mengesan kewujudan kicap tiruan ini (botol kecil sahaja) sejak bulan September dan kami tidak membuat publisiti yang meluas berkenaan perkara ini kerana ingin menangkap dalang sebenar yang menjalankan kegiatan ini. Alhamdullialh setakat ini kami telah mengesan beberapa pengedar haram tetapi masih gagal lagi mengesan dalang yang terlibat.

Untuk pengetahuan saudara Azhar sebagai rasa tanggung jawab pihak kami telah membuat bancian disemua kedai runcit dan mini market diseluruh Malaysia bermula pada bulan September dan telah berkerjasama dengan pihak KPDN untuk memberi amaran dan merampas kicap tiruan daripada peruncit telibat.

Untuk jangka pendek bagi mengurangkan impak kepada pengguna pihak kami telah membuat pembaharuan kepada capseal dan label untuk memudahkan pengguna membuat perbandingan diantara kicap tiruan dan asli. Produk dengan Label baru digunakan bermula pada penghujung September hingga kini dan boleh didapati di Hypermarket dan semua kedai-kedai yang lain.

Jika pengguna masih menjumpai produk kicap dengan label lama (Capseal hitam) sila buat perbandingan seperti gambar yang dilampirkan disini sebelum membuat pembelian. Pihak kami mendapati dari segi pembungkusan, 98% peniruan sama dengan yang asli menjadikan pengguna susah untuk melihat perbezaan.

Dari segi rasa memang tidak sama kerana produk tiruan banyak mengunakan air biasa, pewarna dan bahan pemekat , gula serta garam dan tiada rasa lemak (Umami). Berbanding produk asli yang menggunakan peraman ekstrak kacang soya yang mempunyai rasa lemak(umami) seakan rasa monosodium glutamate(ajinomoto).

Oleh itu pihak kami sekali lagi sangat mengalu-alukan peranan Saudara Azhar untuk menyebarkan maklumat ini kepada pengguna setia kami yang lain. Kerjasama saudara amat kami hargai.

Ok kata bawah ni ditunjukkan bahagian yang pengguna kena lihat untuk memastikan produk yang dibeli Asli atau Tiruan.

Rasa produk tiruan adalah sangat berbeza dari produk asli. Produk tiruan mempunyai rasa kurang MANIS, BERBAU MAUNG DAN DIPEKATKAN DENGAN MENGGUNAKAN BAHAN PEMEKAT(TEPUNG) DAN WARNA YANG AGAK CERAH. Terima Kasih Sekali lagi kepada pihak Pengeluar atas Maklumat yang telah dikongsikan.

Diharap maklumat ini dapat membantu sesiapa sahaja pengguna KICAP CAP KIPAS UDANG ini dari tertipu dan aku berharap korang kat luar sana sebar-sebarkanlah agar jangan tertipu dengan Pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

Ingat ada bangsa lain yg ingin merosakkan perniagaaan org melayu dgn membuat tiruan supaya palanggan lari kerana kicap kipas udang dah tak sedap.