Nuffnang Ads

Friday, May 27, 2011

Akasia TV3 Nora Elena vs Novel Kasih Yang Suci - Meen Zulaikha



Sejak Slot Akasia TV3 NORA ELENA ditayangkan, peminat2 drama cinta memang menanti siarannya setiap hari Isnin - Khamis jam 7 hingga 8 malam (waktu siaran ni tak berapa nak sesuai). Ada peminat yang meletakkan drama ini sebagai the best of latest romantic drama. Cerita ini adalah adaptasi dari novel KASIH YANG SUCI oleh Meen Zulaikha.

Pada awal menonton 2 3 episod drama ini, makcik macam rasa lambat sangat nak sampai ke kesudahannya. Dalam masa yang sama, makcik mula menerjah kedai buku untuk mencari novelnya pulak. Padahal novel ni sejak 2007 dah diterbitkan. Masa tu takde intention nak beli.

Intai-intai jugak kat MPH, Alamanda...staff MPH kata, "Kak..buat masa ni novel ni takde. Ramai yang cari novel ni sekarang ni..". Makcik senyum jer lah...(dalam hati), "haha...tu sumer yang sewaktu dengan makcik lah tu".

Tetiba 2 hari lepas..nampak lak student praktikal kat opiz makcik baca novel ni. Apalagi terus jer kata nak pinjam. Start semalam...hari ni makcik dah mengkhatam kan novel ni. Means jalan cerita Nora Elena tu...makcik dah tau endingnya. Compare baca novel dengan tonton drama...jalan cerita dalam novel memang 'feel' dan detail. But onething, makcik nak ingatkan.. sila pastikan novel ini hanya dibaca oleh mereka yang 18 tahun ke atas. Menghayati novel ini akan buat jiwa juga turut bergelora.



Friday, May 20, 2011

Susahnya nak buat keputusan!

Bila tawaran melimpah ruah…dah tak tau pulak nak buat keputusan. Anak bujang makcik yang no 3, Aboi telahpun mendapat tawaran ke UiTM, Kuala Trengganu (Cendering). Kursus yang ditawarkan adalah Diploma Perakaunan. Sememangnya itu adalah kursus yang dipohon melalui UPU. Dalam masa yang sama, Aboi jugak ada memohon biasiswa Yayasan TM dan juga telahpun melepasi stage 1 pemilihan di Taiping, Perak. 2nd stage adalah sesi temuduga di Menara TM pada 6 Mei 2011 lepas. Awal minggu ini melalui email telah diberitahu bahawa Aboi tidak berjaya. Memandangkan Aboi juga mendapat tawaran ke Kolej Matrikulasi NS, tawaran ke UiTM ditolak. Sebab utama, jauh! So dalam 2..3..hari ni, persiapan untuk ke Matrikulasi dibuat. Pendaftaran adalah pada 23/5/11.

Tetiba semalam pihak TM pulak telefon dan menawarkan biasiswa YTM (Diploma) kepada Aboi kerana namanya tersenarai dalam calon yang direserve jika ada pihak lain yang menolak. Menerima tawaran biasiswa YTM bermakna HARUS sambung belajar di Universiti Multimedia (MMU) dan haaaaruss jugak melupakan niat ke Kolej Matrikulasi. Lagi satu… menerima biasiswa YTM bermakna… haaaruss ke Port Dickson untuk Induction Course selama 3 hari bermula esok (21/5/11 – 23/5/11). Di saat-saat akhir ini keputusan yang tepat dan cepat perlu dibuat. Hasil perbincangan sehingga saat akhir pagi tadi…menerima tawaran YTM! Bermakna…sila abaikan persiapan ke Matrikulasi!

Walaupun tawaran biasiswa TM untuk kursus Diploma, rasionalnya menerima tawaran berkenaan adalah:

  • Sementara ada pihak nak menaja ni…why not?
  • Kursus yang diambil…Diploma in Accounting, di MMU adalah selama 2 tahun 3 bulan sahaja...berbanding institusi lain.
  • Antara syarat2 perjanjian…penerima scholar akan terikat dengan pihak TM. Bermakna peluang kerja selepas tamat belajar sudah ada. Once terikat dengan TM…peluang untuk sambung belajar ke peringkat lebih tinggi adalah cerah…kerana TM memang sentiasa menggalakkan kakitangannya dalam pembangunan sumber manusia.
  • Bukan mudah untuk menjadi penerima biasiswa YTM…untuk 1st stage - sesi pemilihan wajib menghadiri kursus 3 hari di Taiping, Perak (22/4/11 – 24/4/11). 2 orang anak makcik yang pergi, si abang (apply bagi kursus degree) gagal ke stage seterusnya. Si Aboi melepasi dan ke 2nd stage…sesi interview pulak. Namanya tersenarai untuk calon reserve sahaja. Bila ada pihak lain telah menolak…baru tawaran dibuka. So…bila dah dapat tu…bersyukur sangat-sangat. But once acknowledge TM for the acceptance…wajib hadir Induction Course 3 hari di Port Dickson. Hanya pada hari terakhir kursus Induksi…Surat Tawaran diserahkan. Bila peluang2 yang lain dilepaskan...means by hook or by crook, Surat Tawaran TM tu…menjadi satu kewajipan untuk mendapatkannya.
  • Kesimpulannya…rezeki jangan ditolak…maut jangan dicari. Sememangnya Allah SWT tidak memberi semua rezeki yang kita harapkan dalam satu masa. Bila keadaan mendesak…pilihan yang kita buat perlu juga difikir secara rasional.



Tuesday, May 10, 2011

haiiii semua...

Macam dah lama tak bersiaran. Sejak balik bercuti ni terasa keletihan yang melampau. Tambah-tambah dengan cuaca yang panas terik sejak akhir-akhir ni. Serba serbi jadi tak kene.

Semasa percutian memang seronok. Tempat pun menarik. Memang tak mengecewakan. Segala fasiliti yang pihak resort sediakan adalah terbaik...layanan, chalet, makanan…semua best! Suasana pantai pun rasa tenang sebab tak ramai orang macam kat Port Dickson tu…sentiasa jer penuh kan…

Kepada yang berminat...tempat macam ni memang sesuai untuk berehat dan mencari ketenangan ataupun boleh jugak mencari ilham. Makcik pun menghabiskan cuti berempat aje. Husband dengan anak sulong takmo ikut atas alasan sibuk. So... me and the other 3 proceed jer.


Cer tengok...cer tengok....teenanggggg jer kan suasana.


Damai sungguh....


Ni..masa baru sampai...dok minum2 sebab pihak resort ada sediakan welcoming drink sambil menunggu nak amik kunci chalet.


Pool yang bentuk bulat tu adalah jakuzi...tapi air tak berapa nak panas. Si budak homok dalam pic tu...dari hari pertama check in asyik dok berendam pagi dan petang. Pada hari ke 3...dilarang meneruskan rendaman sbb nak check out...makcik malas nak mengangkut pakaian basah...


Nampak tak 2 bentuk structure kayu tu...ada ukiran tengkorak kat situ. Plan before check out nak posing kat structure tu...malangnya hujan lah pulak...seolah-olah pulau tu macam sedih jer kitorang nak chow...heheh



See apa yang kitorang makan...mewah sungguh! Nampak sangat buruk lantak...malu...malu...

Sebenarnya sepanjang 3 hari 2 malam menghabiskan cuti di sini...banyak juga aktiviti lain yang kitorang buat macam games, volleyball, snorkeling, jungle tracking...Almaklumlah..namapun 'Family Day'. Tapi yang tu tak perlu expose lah...