Nuffnang Ads

Wednesday, June 29, 2011

sekadar ingat mengingati...

Tarikh : 28 Jun 2011 Hari Selasa

07:30 pagi - 1:15 petang --------- Si adik (Apiez) tahun 1 berada di sekolah .

11:00 pagi - 1:00 petang --------- Si Abang (Ayoi) ada kuliah di MMU (Universiti Multimedia)

Tengahari …habis waktu belajar…si adik sudah sampai dulu di rumah. Si abang sampai di rumah beberapa minit kemudian. Bila masuk rumah…si abang rasa teruja melihat adik yang sedang makan. Abang rasa kagum sebab adik sudah pandai cedok makanan sendiri. (Anjakan paradigm!)

Sebelum ini …segala makan dan persiapan ke kelas KAFA sebelah petang si adik diuruskan oleh abang yang seorang lagi… Aboi (masa tu sedang menunggu keputusan SPM dan kini telahpun sambung belajar di U di Melaka). Terpaksalah Abang Ayoi nya adjust jadual kuliah untuk menguruskan si adik. Nasib baik jadual abang free pada waktu lunch untuk menguruskan si adik yang akan ke kelas KAFA pulak .

02:00 ptg – 5:30 ptg -------- Si adik berada di sekolah untuk Kelas KAFA.

02:00 ptg – 4:00 ptg -------- Si abang meneruskan kuliahnya.

Petang…si abang yang sampai dulu di rumah. Seperti biasa bila berada di rumah…si abang akan berkurung di bilik…samada mengadap PC ataupun tidur. Biasanya kalau mengadap PC…penamatnya tidur lah.

Si adik yang balik dari kelas KAFA ..1 jam lebih kemudian…masuk ke rumah. Terus mengetuk pintu bilik si abang. Si abang membuka pintu bilik…

Si adik: Abang! Kau tak pergi kelas ke? (dengan penuh rasa tanggungjawab mengingati si abangnya). Kau ni asyik tidur jer kan....

Si abang: (dengan muka bangun tidur) …..??~#$%^&?!

Si Adik

Si Abang yang belajar di Melaka


Si Abang yang mengambil alih tugas menguruskan si Adik