Nuffnang Ads

Friday, August 26, 2011

SALAM AIDILFITRI dan SELAMAT HARI RAYA

Buat semua saudara mara dan rakan taulan serta pengunjung blog ini...


Ramadhan berlalu Syawal meniti,
Tangan dihulur seikhlas hati,
Saling bermaafan di AidilFitri,
Terjalin ikatan persahabatan/persaudaraan yang abadi...

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI

Wednesday, August 24, 2011

Teruskan bersedekah dengan apa cara pun…

Dalam bulan Ramadhan yang mulia ni…memang kita disuakan dengan berita insan-insan yang menghulurkan sedekah dan bantuan kepada yang memerlukan. Dalam masa yang sama juga kita akan mendengar juga kata-kata yang bertanda soal seperti ini…”Ikhlas ker sedekah tu atau nak mendapat nama sahaja?” atau “Kalau nak menunjuk-nunjuk lebih baik tak payah sedekah”.


Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima. Ikhlas atau tidak sedekah atau bantuan yang dihulurkan bukan kita yang tentukan. Itu semua urusan Allah untuk mengukur tahap keikhlasan sedekah yang dihulurkan. Sebagai manusia, kita patut jadikan satu azam supaya kita juga mampu untuk berbakti seperti ini. Tidak perlu lah kita mempertikaikan hak keikhlasan orang lain, sedangkan kita sebagai pemerhati bersikap prejudis yang boleh menambahkan dosa.

Walau dalam apa cara pun untuk menyumbang…teruskan sumbangan itu. WE DO THE BEST..LETS ALLAH DO THE REST.

Friday, August 5, 2011

ROH DI BULAN PUASA - untuk perhatian kepada mereka yang masih hidup

Buat ayahandaku HJ AHMAD BIN ABU SAMAH..semoga roh ayahanda ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.  Al Fatihah.

Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. 

Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.   Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan, orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.  Perkara ini akan berlarutan sehinggalah tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.  

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada  kita, sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak Adam itu, terputuslah ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.   

Sebarkan e-mail dakwah ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama. Ini bukanlah ancaman surat berantai. Yang jelas jika anda tidak meneruskan e-mail ini, maka anda telah melepaskan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal soleh. Jika anda melakukan dengan ikhlas insyaAllah anda akan mendapat ganjaran pahala kebaikan dari Allah. Mari berlumba dalam kebaikan.   

Credit to : Fadzilah Hashim