Nuffnang Ads

Friday, September 23, 2011

Jangan Percaya

Jangan percaya pada hati
Kerana hati sering keliru
Jangan percaya pada akal
Kerana akal selalu tertipu
Jangan percaya pada nafsu
Kerana nafsu selalu terburu-buru
Jangan percaya pada syaitan
Kerana syaitan suka menipu
Jangan percaya pada dunia
Kerana dunia suka bergurau senda
Jangan percaya pada harta
Kerana harta itu binatang berbisa

Lidah manusia tidak bertulang
Mata manusia diliputi Hijab
Akal manusia sangat terbatas
Janji manusia sekadar pelepas
Nafsu manusia yang suka melampias
Akhirnya diri yang terbabas

Percayalah pada janji Allah
Yakinlah pada kata-kata Rasulullah
Berpegang teguhlah dengan kitab Allah
Redhalah dengan qada' dan qadar Allah
Kiamat itu pasti
Jahanam ataupun  jannah

oleh: Hayyrie
Solusi Isu No. 32









Thursday, September 22, 2011

Petua Rasulullah saw buat yang menghidap penyakit kronik

Sekiranya sahabat mempunyai kenalan yang menghidap penyakit kronik (kanser, kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dll) pujuklah dia/mereka untuk mengamalkan solat pada waktu malam (walaupun sekadar 1 rakat witir) kerana dari Salman al-Farisi katanya, telah bersabda Rasulullah saw,

"Dituntut ke atasmu melakukan solat malam kerana sesungguhnya solat malam itu merupakan antara kebiasaan orang soleh sebelum kamu, sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, penutup segala kejahatan, penghapus segala dosa dan pembasmi segala penyakit dalam badan."

Menurut guru kami, Al Fadhil Ustaz Wan Nasir Wan Abdul Wahab, pembasmi segala penyakit dalam badan bukan sahaja merujuk kepada menyembuh penyakit tetapi turut bermaksud MENGHALAU penyakit tersebut dari menghinggapi badan si sakit semula.

Moga Allah menganugerahkan sifat istiqamah kepada kita semua.

oleh :  Ustaz Zahazan Mohamed

Wednesday, September 14, 2011

Jangan engkau kahwini wanita yang enam ini...

Ada kawan makcik yang meminta makcik mencari maksud perkataan-perkataan ini.  Katanya rakan FBnya telah mengpostkan di wall. Kerana kurang memahami kawan makcik ini telah memohon jasabaik supaya makcik membantu mendapatkan maknanya dan mengulaskan satu persatu. 

1. Yang ananah
2. Yang mananah
3. Yang hananah
4. Yang hadaqah
5. Yang basaqah
6. Yang syadaqah


Mudah jer.  Semuanya boleh dapat dalam laman sesawang dan dihujung jari aje.  Search jer lah kat Yahoo! atau tanya kat pakcik Google...Hasilnya tidak mengecewakan.  Jom makcik share kan pulak di blog ini.

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki :"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1.  Wanita Ananah: wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.  Wanita Mananah: wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.  Wanita Hananah: Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.  Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebegini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

5.  Wanita Basaqah: ada 2 makna:

Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.  Wanita Syadaqah: banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

—Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli…Wallahu'alam.

Semoga rakan-rakan dan saudara mara makcik tidak tergolong antara wanita yang 6 di atas. 


Tuesday, September 6, 2011

Koleksi terkini...

Inilah koleksi Hariraya novel terbaru makcik. That day masa pergi shopping untuk Hariraya sempatlah jugak makcik menjengah Book Store kat Jalan TAR tu. Makcik suka beli buku2 kat kedai ni...Berbanding dengan MPH atau Popular..kedai ni menawarkan diskaun 20% untuk novel-novel yang dibeli.  Tak payah pun sign up as member..boleh jer dapat free diskaun harga..suka banget..:-p


So far..tulisan novelis Hanni Ramsul ni memang tidak mengecewakan. Ini adalah novel ke 3 yang dihasilkan oleh beliau..and I am on my way reading it.  Before ni..hasil tulisan beliau Biarlah YM Berbicara dan Pergilah Air Mata memang mendapat sambutan dan laris di pasaran.

Kepada peminat dan kaki novel semua...sila lah baca. Kredit to Hanni Ramsul.  Thumbs up!