Nuffnang Ads

Thursday, October 27, 2011

seperti biasa..my Hobby

Dua tiga menjak ni rasa kepala hotak macam penat jer..nak layan novel pun macam tak larat. Novel ni dah beli lama gak lah..tapi belum mulakan membacanya. Rasa-rasa hari ni boleh start tak.

Kalau tengok sinopsis nyer best jugak lah.  Saper yang dah baca novel ni. Angkat tangan..hihi :-p


Ermm...so far tak pernah baca lagi karya novelis ni.


Hangkut jer..

Minggu ni minggu Deepavali. Ramai yang cuti. Tapi yang pelik..department makcik ni semua staffnya Melayu. Ada yang ambil cuti mengalahkan diorang yang raya - direct seminggu terus. (kalau ada kengkawan yang baca ni mesti jawapan cliche "eh suka ati haku ler..cuti haku".  Hah..padan muka makcik  ...:-))))  Makcik ni mensubstitute ofizmate yang bercuti. Pada masa yang sama hari ni..anak bongsu makcik pulak demam. So tak boleh lah pulak nak ambik EL (emergency leave). Nak tak nak..hangkut jer ke ofiz. Nasib baik ler ofiz makcik ni jauh dari Fakulti ataupun department lain.

Bila dah demam..apa lagi. Tidur je ler budak ini. Pipi terus jadi merah..sbb panas.




Nasib baik juga exam dah habis. Exam kelas KAFA sebelah petang pun dah tamat Selasa lalu. Sepanjang minggu ini SK Putrajaya Presint 9 (2) menghabiskan waktu-waktu persekolahan dengan aktiviti sukaneka. Petang ini sepatutnya ada Kem Solat Bistari ke-4.

Bila dah jatuh sakit..apa-apa pun tak boleh.  Tapi bila waktu-waktu sihat..jangan haraplah dia nak tidur macam ni.  Macam2 keje adalah.


Tuesday, October 25, 2011

Program pada 22 Oktober 2011 lagi..

Lepas ke Mini Reunion ExMastanah82 di Taman Wetland Putrajaya, makcik bertolak ke Bagan Lalang pula. Tujuan ke sini adalah untuk makan malam bersama kawan-kawan MMU. Dikatakan masakan seafood di sini the best ever. Entah lah..terpulang kepada spesifikasi tekak memasing. Tekak makcik?...As for me..ok lah sedap jugak :-D

Kami menempah makanan di kedai makan ini..lihat gambar.



Boleh pilih apa saja makanan laut yang ada seperti ikan-ikan yg berjenis, pepahat 1st time dalam hidup makcik makan spesis ini disini, udang, sotong, lala..dan banyak lagi.  Pilihan masakan atas selera pelanggan.

Masakan di kedai ini memang sedap. Sesaper yang teringin tu..samada ikan bakar, sotong goreng tepung, udang goreng kunyit..sila lah. Dialu-alukan...heheh (ini bukan bias ok..takde kene mengena..bukan juga kroni)




Yang nak menghabiskan cuti dan mencari ilham juga boleh menginap di sini--:-D




Walau bagaimanapun..pada pandangan makcik..air laut pantainya tak berapa nak bersih berbanding di Port Dickson ke..Cherating ke.. yang masih nampak kejernihan airnya. Untuk bermandi manda dan berkelah, makcik tidak mencadangkan pantai Bagan Lalang ini...Tidak sesuwaiiii...Kemungkinan besar sebabnya pantai ini adalah kawasan menangkap ikan..sebab itu air lautnya tidak sesuai untuk perkelahan tepi pantai.

Monday, October 24, 2011

lagi citer on 22 Oktober 2011 - Mini Reunion @ Taman Wetland, Putrajaya

Sebagai nak menunaikan keinginan beberapa rakan ex sekolah rendah/menengah dari Masjid Tanah, Melaka, untuk bergather-gather kami kengkawan yang tinggal di Putrajaya cuba menjayakan mini reunion kali ini,  Memasing merelakan diri membawa makanan secara POTLUCK. Walaupun hanya 10 orang jer yang dapat hadir..tapi makanan berlebih-lebih lah pulak. Rezeki..rezeki..siap boleh tapau bawak balik lagi..hihi.



antara makanan yang ada

Bila dah kenyang..keluar pulak citer zaman kecik-kecik dulu...mengimbau kenangan silam. Bercerita zaman kenakalan dan kesengalan memasing.





Sebab ada yang nak kene balik awal..ada program peribadi pulak..kitorang ambil kesempatan bergambar beramai-ramai. Tengok lah stail memasing.  Tak boleh blah...hahahah



Tapi pic kat bawah ni makcik paling suka...semua wajah-wajah yang hadir untuk mini reunion kali ini. I likeeee!



Yang bawah ni pulak..makcik-makcik antara pakcik-pakcik yang ado...hahahah.  Kasi crop pic tu..takdelah nampak part-part yang kembang tu...:-p



Harap-harap next gathering ramai yang dapat menghadirkan diri. THE MORE THE MERRIER...


Entry tertangguh - 22 Oktober 2011

Banyak sangat program hari Sabtu lepas..tak sempat makcik nak buat entry untuk anak bujang sulong makcik yang menyambut ulangtahun ke 22 pada 22/10/11. Rasa sekejap jer masa berlalu. Diam tak diam, anak sulong makcik dah pun bujang..(dah ada girlfriend dah pun..boleh tahan kau ye abang)

Finished his Diploma and now continuing degree in Software Engineering di MMU, Cyberjaya. Whatever it is..semoga menjadi anak yang soleh, hormat kepada ibubapa dan orang tua, baik budi pekerti..menjadi contoh baik kepada adik-adik. Juga diberkati dalam apa juga bidang yang diceburi.


gambar ni ma curi dari pesebuk abang...heheh. Macam muka hero Korea lah..




Thursday, October 20, 2011

Tak kan dah kehabisan idea kut...

Sepanjang anak-anak makcik membesar dan mula diperkenalkan dengan buku-buku mengenal huruf, inilah pertama kali jumpa contoh Z untuk *&#@!  Ish..ish..ish...Adakah ini disengajakan ataupun sebaliknya.  Tapi mustahil lah tak boleh nak bagi contoh lain kan..

Cer tengok..cer tengok ni...


3 daripada 4 orang anak-anak makcik dahpun melepasi tahap remaja..kalau dalam parti politik dah boleh join PEMUDA@PUTERI.  Seingat makcik jugak...contoh huruf Z yang diberikan dalam buku-buku belajar mengenal huruf...Z untuk ZIP ataupun Z untuk Zirafah..

Untuk cerita selanjutnya..silalah ke sini.


Peria Pembersih Darah


Siapa sangka tumbuhan yang melatari kehidupan manusia yang adakalanya sering digunakan sebagai bahan masakan mampu mengubati berbagai jenis penyakit. Ini merupakan bukti bahawa Allah S.W.T. menciptakan sesuatu dengan tujuan yang mengandungi hikmah. Firman Allah S.W.T. : 

“Dan tidaklah Kami ciptakan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya dengan bermain-main”.(surah al-Anbiya’ ayat 16)

Allah S.W.T. menciptakan penawar kepada bermacam-macam penyakit melalui perkara-perkara dan benda yang mudah ditemui manusia setiap hari. Sabda Rasulullah s.a.w.:

Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit berserta ubatnya. Dan Allah menjadikan tiap-tiap penyakit ada ubatnya. Maka dari itu, berubatlah kamu tapi janganlah kamu berubat dengan benda haram”. (H. R Abu Dawud)





PERIA, rasanya amat pahit, tetapi ia tetap diminati ramai. Kadang-kadang menjadi sebahagian daripada ramuan utama dalam masakan tertentu.

Cara masakannya, terpulang kepada kreativiti si tukang masak. Selain dimasak, buah muda peria selalu dibuat jeruk manakala bunganya pula boleh digunakan sebagai perisa makanan.  Bagi mengurangkan rasa pahit, biasanya buah peria yang telah dihiris direndam terlebih dahulu dengan air garam.

Pokok peria atau nama saintifiknya Momordica charantia L dari keluarga cucurbitaceae kecil dan memanjat.  Ia banyak terdapat di kawasan tropika. Di Semenanjung Malaysia, peria ditanam di sekitar rumah atau di kebun tetapi kadang-kadang hidup liar.

Peria mengandungi pelbagai zat makanan yang diperlukan oleh manusia untuk kesihatan.  Setiap 100 gram (g) peria mengandungi 0.8g protein untuk membina tisu-tisu badan, 2.9g karbohidrat untuk tenaga, 0.9g fiber untuk penghadaman dan 56 miligram (mg) kalsium untuk menguatkan gigi dan tulang.

Peria juga mengandungi 140ug karatenea beta untuk penglihatan di samping zat besi (6.1mg),  fosforus (10mg) dan kalium (116mg). Ketiga-tiganya adalah garam galian untuk metabolisme yang mengekalkan fungsi badan.

Jika menghadapi masalah darah kotor seperti bisul, kudis rata, rasa gatal, fungus dan lain-lain, peria boleh mengatasi dengan cara mencampurkan segelas jus peria dan sesudu kecil jus limau. Amalkan selama  4 - 6  bulan. Jus daripada daun pokok peria juga boleh mengatasi masalah ketagihan alkohol dan masalah hati akibat daripada pengambilan alkohol.

Untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai kelebihan dan khasiat peria ini, sila lah ke website ini.

Kurator Muzium Negara, Zainal Abidin Jamaluddin ketika Pameran Ulam dan Peram berlangsung di ibu negara memberitahu, ramai yang tidak mengetahui bahawa peria juga mempunyai pelbagai khasiat. Menurutnya, buah peria muda selalunya dijadikan sebagai tonik yang berkesan untuk membersihkan darah.
"Amalan memakan peria bagus untuk pesakit darah tinggi dan kencing manis di samping merawat batuk serta mengubati cirit-birit. Peria juga bertindak sebagai antiradang, menurunkan panas, menyegarkan badan dan mematikan cacing".  " Sama ada dimakan atau disapukan, buah peria boleh mematangkan bisul, menyuburkan rambut bayi dan menghilangkan parut luka. Daun peria yang ditumbuk halus bersama-sama kunyit boleh dijadikan ubat sapu untuk menghilangkan gatal akibat campak. Air rebusan daunnya pula boleh mengatasi masalah susah membuang air besar",  tambah Zainal Abidin.

Orang ramai yang ingin memberi maklum balas, maklumat dan pertanyaan mengenai herba boleh mengemukakannya menerusi e-mel herba@utusan.com.my.

Sumber juga boleh dirujuk di sini.
(Utusan Online : Arkib 2/9/200 oleh Ramli Abdul Karim

Tuesday, October 18, 2011

Selalu berpandangan +ve

Baru-baru ini TV3 telah menayangkan sebuah drama arahan Erma Fatima iaitu Tahajjud Cinta.  Drama ini adalah sebanyak 13 episod. Makcik telah berpeluang menonton drama ini daripada episod 1 sehingga sehabis walaupun kadang-kadang mata makcik terlelap jugaklah dan terlepas banyak scene..:-p. (kerap jugaklah terpapar scene di mana TV tengok makcik)...huhuhu.


Menurut Erma , drama ni dihasilkan untuk memaparkan perjuangan wanita dan menyemarakkan semangat kaum wanita kerana kata Erma banyak kes penganiayaan  wanita berlaku sekarang ni, dan dia nak menyedarkan kaum wanita akan hak wanita tu sendiri.

Pada awal-awal tayangannya, drama ini menimbulkan kontroversi jugak lah sampai sebuah page diwujudkan di Facebook untuk membantah penayangan drama Tahajjud Cinta ini - “Kami Bantah Tayangan Perdana Tahajjud Cinta”.  Dikatakan drama Erma tu telah mempersendakan golongan muslimah berpurdah dan menjatuhkan institusi pendidikan sekolah pondok.

Untuk sinopsisnya..boleh baca di sini.  Credit kepada nurizspace.com

Walau ada yang bersikap -ve, menonton adalah bukan sekadar menonton.  Apa yang makcik nak sampaikan disini, moral of the story daripada drama Tahajjud Cinta tersebut. Kalau diikuti cerita ini secara +ve, banyak pengajaran yang kita boleh nampak dan mengambil iktibar sebagai mengharungi hidup seharian.

  1. Sikap yang terlalu obses terhadap ketua sehingga segala apa arahan daripada ketua tersebut diterima bulat-bulat tanpa memikirkan samada betul ataupun salah.
  2. Orang yang tinggi ilmu agamanya, selagi dia bergelar manusia, mereka juga tidak akan terlepas dari segala godaan nafsu dan syaitan.
  3.  Orang muda tidak semestinya cetek akalnya dan rapuh imannya asalkan dia menggunakan ilmu yang diajarkan kepadanya sebaik mungkin.
  4. Jika berpoligami, biarlah kita mampu menjalankan segala tanggungjawab dengan adil dan jangan hanya berteraskan kepada nafsu sahaja.
  5. Sebagai ibubapa, tidak semestinya kita betul semuanya sehingga anak-anak merasa tersepit dan tertekan antara menjadi anak derhaka atau menurut perintah. Sebagai ibubapa, didiklah anak-anak secara berhemah.
  6. Pastikan sahih sebelum menuduh.  Rasulullah saw mendidik umatnya supaya melakukan siasatan terperinci terlebih dahulu terhadap seseorang yang kita anggap melakukan kesilapan.  Rasulullah saw juga tidak terus menghukum malah sebaliknya membetulkan kesilapan yang dibuat
Credit kepada Pengarah drama ini, Erma Fatima. Walaupun ada ada  kekurangannya tapi masih mampu memberikan penonton banyak pengajaran. Yang paling penting ..lihat lah segalanya dengan mata hati dan fikiran yang positif.


Wednesday, October 12, 2011

'PES SE BUK'...terasa ai tau...

Heheheh...geli pulak hati makcik tengok video ni. Walaupun disampaikan sekadar melawak tapi sinis.  Tempiasnya sikit-sikit kene kat makcik gak tau...Ini lah fenomena 'PES SE BUK' terlampau.


Adakah kamu salah seorang yang pernah mengalami situasi ini..? nak sambung sengeh balik...Heheheh...

Tuesday, October 11, 2011

EIGHTEEN@11.10.11

Cantik pulak angka untuk tarikh hari ini..11.10.11. Hari ini juga birthday anak bujang makcik yang ke 18. Anak makcik ni yang no 3 dalam adik beradik. Diam tak diam, rasa sekejap jer anak-anak membesar. Tak secara langsung terasa umur makcik pun semakin muda senja (hati masih macam orang muda ..lalalala).

Anyway...HAPPY BIRTHDAY ABOI (Nazril Iqkhmal).  Semoga sentiasa berjaya dalam apa juga bidang yang diceburi.  Jadilah anak yang soleh dan menghormati orang tua.


Makcik pernah bercerita kisah Aboi kecik-kecik sebelum ini di sini dan juga kisah dia pernah digantung jawatan sebagai Ketua Pengawas di sini.  Dalam tempoh membesar tu macam-macam lah yang makcik kena hadapi.  Orang kata semakin usia meningkat..semakin fikiran akan menjadi matang..boleh membezakan samada untuk memilih jalan yang baik atau sebaliknya. Alhamdulillah..zaman kenakalannya dahpun berlalu.

Aboi sekarang ini sedang menyambung pelajarannya di Universiti Multimedia Kampus Melaka dalam Bidang Perakaunan dengan tajaan Yayasan TM.

Dalam masa menghabiskan cuti semester selama 3 minggu ini, dia membantu adik-adik juniornya dari SMK Putrajaya Presint 9(2) yang akan menduduki SPM hujung tahun ini membuat ulangkaji pelajaran.  Semoga ilmu yang dikongsi dengan rakan-rakan boleh di menafaatkan sepanjang zaman. InsyaAllah.