Nuffnang Ads

Wednesday, November 30, 2011

Dalam Kenangan - Al Fatihah

Hari ini genap setahun ayahanda pergi meninggalkan kami. Semoga almarhum ayahanda ditempatkan bersama-sama insan yang tinggi darjatnya disisi Allah SWT...amin.


Monday, November 21, 2011

Akad Nikah..Majlis Bersanding

Lanjutan kepada entry makcik sebelum ini, Majlis Akad Nikah berlangsung pada hari Jumaat, selepas waktu Isya'..16.11.2011 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor.  Upacara adalah very simple...sesimple family kami juga. Dihadiri oleh saudara-mara terdekat sahaja.  Yang penting tunaikan yang wajib dahulu..

Dibawah adalah pic sekitar majlis akad nikah berlangsung.  






 Pengantin perempuan bersama ibu dan adik beradik





Pasangan pengantin bersama-sama dengan ibubapa memasing


Majlis persandingan telahpun berlangsung semalam ..Ahad, 20.11.2011 di Dewan SIRIM, Shah Alam.  Majlis ini adalah majlis sebelah pengantin perempuan. Segala persiapan dibuat oleh pihak perempuan. 

Gambar-gambar sekitar Majlis ada seperti di bawah.  Shooting yang ala kadar sebab malas nak berebut-rebut dengan cameraman yang pro...heheh.

Ish..Ish..anak dara makcik tu (si baju hitam) asalkan bergambau jer..mesti nak buat molot gitu-gitu :-p









Emak Pengantin Lelaki/si Pengantin yang sibuk melayan cucu/anak sedara sulong...si kembau yang tak seiras...comel dan montel

Takmo lepas peluang..nak gak amik gambo ngan Bapak Pengantin Perempuan yang glam u...Hj SOHAIMI MIOR HASSAN...:-p (Sebelah makcik itu adalah my Big Bro ok!)


Next event..di sebelah lelaki yang akan berlangsung pada 26.11.2011 di Kemaman, Trengganu. Tungguuuuu....:-))))


Monday, November 14, 2011

Undangan Majlis Perkahwinan

Seperti biasa, musim cuti sekolah adalah musim kenduri kahwin juga.  Weekend lepas..makcik terkilan jugak kerana tidak dapat menghadiri kenduri kahwin anak sepupu En Suami di kampung. Bila telefon emak mertua tak dapat balik sebab the whole family kene virus..demam, sakit tekak, kepala berat, badan sakit-sakit sejak seminggu lalu (dari Hari Raya Aidil Adha lalu) ..emak mertua macam kecewa pulak.  Nak buat macam mana...

This coming weekend, wedding anak lelaki kakak makcik.  Majlis di sebelah perempuan adalah pada minggu ini. Hari Jumaat, majlis akad nikah akan dijalankan di Masjid SSAAS, Shah Alam. Reception pada hari 20/11/11. A week after..di rumah kakak makcik di Kemaman.  

Ini majlis sebelah perempuan.  Cer tengok..cer tengok..siapakah si BAPA pengantin perempuan itu? ...lalalala..boleh pandang-pandang..jangan pegang-pegang..lalalala..:-p
 
Anak saudara makcik adalah si pengantin lelaki. Majlis akan berlangsung di Kemaman, Trengganu.
Ayah kepada pengantin ini adalah anak jati Kemamang..:-)) Means..segala turun temurun kakak makcik bakal menjadi oghang Kemamang.  Cer tengok jugak nama-nama bakal mempelai..bukan main panjang nama memasing.  Anak sedara makcik punya panjang camtu last-last kitorang panggil AKIK jer..gabungan dari  huruf-huruf awalan pada setiap nama dia...Ahmad Khaisyam Ilyasa' Khalid..ish..ish..ish

Doa buat bakal pengantin...Bismillahirahmannirrahim..

"Ya Allah, satukanlah hati kedua mempelai ini, sepertimana Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusof dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah.  Kami memohon doa restuMu, berkatilah majlis ini dan semoga majlis ini akan berjalan dengan sempurna sepertimana yang Engkau kehendaki.  

Ya Allah Ya Tuhan Kami, jadikanlah pasangan pengantin ini zuriat yang sempurna, soleh dan solehah.  Lapangkanlah rezeki pasangan ini semoga hidup dalam keadaan yang harmoni dan bahagia  hingga ke akhir hayat."

Amin Ya Rabbal Alamin..

Dalam masa yang sama, minggu ini juga ada jemputan di beberapa kenduri lain.  Tengok..mana sempat.