Nuffnang Ads

Tuesday, December 13, 2011

TARA lah pulak...

Sekarang ni macam-macam haiwan orang bela sebagai 'PET'.  Dulu-dulu yang kita tau kucing, anjing, arnab, hamster, kura-kura jer yang orang dok buat pet. And at one time 'IGUANA' cukup popular. La ni dah merebak ke haiwan-haiwan 'EXOTIC' lain...ular lah..kalajengking lah..Sugar Glider lah..(Tapi Sugar Glider ni boleh tahan lah jugak..cute lagi). Now yang terhangat di pasaran..TARANTULA lah pulak.

Anak makcik tak terkecuali. Ish..bila tengok pun rasa geli. Dengan struktur badan yang berbulu-bulu. Dah tu spesis serangga berbisa lak tu. Semalam cuba jugak google pasal Tarantula ni..harga di pasaran boleh mencecah ribuan RM.  Jangka hayat tarantula ni boleh mencapai ke 20 tahun. Entah sampai bila lah anak bujang makcik nak bela tu.  Spesis ni boleh mencapai tumbesaran sebesar beg sekolah anak-anak. Eeiii..menakutkan kalau besar cenggini.  Sebesar yang anak makcik ada pun dah cukup buat tak tido malam..takut-takut si TARA ni terlepas dari sangkar.

Anak bujang makcik kata..kalau bela kucing..modalnya besar..(Pernah ada juga..nama nya LULU tapi entah mana silap si kucing tu boleh mati pulak) Bela kura-kura..nanti bau pulak tak tahan. So amik si TARA lah..senang nak jaga.  Senang? 

Adalah pulak orang dok berjual beli melalui mudah.my.  Kalau yang masih muda remaja Tarantula ni harga pun dah RM300.00.









Kalau bela ayam ke, itik ke, lembu ke..kalau dalam tempoh 20 tahun tu..memang boleh jadi jutawan kan. Ni bela si Lelabah ni..ish..ish..rasa hidup makcik pun tak tenteram.. sentiasa dalam pemerhatian si Lelabah itu.

Macam-macam  pelik interest orang sekarang. Kenapa leh jadi macam ni ek?  Makcik agak-agak lah..zaman2 makcik dulu..masa kecik memang kaki merayau.  Segala ladang getah..hutan..sawah bendang habis dah makcik redah. Jadi benda-benda macam ni boleh jumpa dan tengok dalam situasi yang natural.

Sekarang ni..generasi muda membesar dengan mengadap desktop lah, laptop lah, iPad lah..handphone android lah..pendekata..environment hidup dihabiskan dalam bilik aje. Sampaikan bila jumpa haiwan-haiwan atau serangga exotic macam ni..semua nak bawak masuk bilik jugak.  Kesian kan..kat "PET" tu.  Diorang pulak yang nak kene duduk sama-sama dalam rumah atau bilik anak bujang kita.  Habitat dah tak natural lagi..Erm..entah lah.


Tahniah buat Kak Long Erna

Kepada Kak Long dan Nizam..selamat menjadi ibu dan bapa. Semoga dapat memberikan didikan yang sempurna kepada generasi yang mendatang.

Walaupun masih belum berkesempatan untuk melawat, maklang sekeluarga mendoakan semoga baby Umar yang masih ditahan di wad akan cepat sembuh dan membesar dengan sihat.  Amin


New born - Umar bin Shahnizam - 10.12.11



Tuesday, December 6, 2011

NEVER SICK AGAIN

Hari ni dok kemas-kemas meja kat opiz..tetiba terjumpa pulak article ni.  Tak ingat dari mana makcik ambil.  Mungkin sebab pikir ianya amat berguna..makcik dok simpan sampai tak ingat..:-p

Walaupun kita tahu..sihat, ajal, rezeki itu ditentukan oleh Allah SWT..tapi tidak salah jugak kalau kita berusaha dan dalam masa yang sama berdoa untuk diri kita mendapat keberkatan dalam apa jua yang kita makan.  Memang tidak dinafikan..pemakanan kita adalah penting untuk kesihatan tubuh badan kita.  Itu sebabnya terdapat banyak produk-produk kesihatan yang macam-macam 'BRAND' di pasaran.  Ianya diambil sebagai supplement untuk tubuh badan. Samada kita berani atau tidak sahaja untuk mencuba.

Kat sini makcik nak share article yang mungkin dapat membantu kita memilih pemakanan sihat. Then kalau membeli belah untuk memenuhkan peti sejuk memasing tu..pastikan belilah makanan ini..heheh.


Kepada sesaper yang punya daya dan semangat yang tinggi untuk menjaga kesihatan tu..rasanya article ini memang bagus untuk dipraktikkan.  Renung-renungkan dan selamat beramal..:-D