Nuffnang Ads

Thursday, January 12, 2012

Bersangka Baik Sesama Insan


Bersangka Baik Sesama Insan..
Penulis : Dilan

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik... Ada sangkaan buruk

Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk

Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka kedekut

Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek

Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka sombong

Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela

mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah

mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah

mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa

mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya

mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya

Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya kayu dimakan api…...

Spesis molaska yang pelik

Semasa ke JB untuk menjayakan majlis kahwin anak saudara makcik, petang hari Sabtu, 7/1/2012 adalah majlis nikahnya.  So sebelah malamnya takda aktiviti sempat jugaklah makcik berjalan-jalan ke Danga Bay. Bukannya selalu pun nak turun ke Bandaraya JB ni kecuali kalau betul-betul ada hal lah kan.

Masa berjalan-jalan tu makcik nampaklah ada satu Restoren Seafood. Lupa pulak nak ambil gambar nama restoren tu.  Tapi senang je lah nak jumpa.  Depan restoren tu ada replika Udang Kara a.k.a LOBSTER.  Sebab tertarik dengan replika tu, makcik berhenti jugaklah buat shooting kat si Lobster tu. Sambil-sambil tu jenguk2 juga akuarium sekitar restoren tu. Dalam akuarium tu dipamerkan ikan-ikan, udang yang berbagai saiz, kepah, kupang, siput dan macam-macam lagi.


Nafiz n cousin





Dalam banyak-banyak spesis dalam akuarium tu, ada satu spesis siput yang pelik. Namanya GEODUCK. Cuba tengok harga bagi seekor..bukan main mahal..RM400.00! 1st time makcik tengok spesis ni.  Sebab nak jugak tau apa ke bendanya geoduck ni..makcik pun tanya kat pakcik google.

  
Geoduck ni rupanya termasuk dalam kategori kerang.

Kerang geoduck (disebut 'gooeduck') adalah kerang terbesar sepanjang Puget sound (terletak di Washington, USA) dan kerang yang terbesar di dunia.  Juga salah satu daripada haiwan yang tertua di dunia.  Geoduck boleh hidup selama 146 tahun.

Geoduck hidup dalam lumpur berpasir.  Biasa dijumpai pada  kedalamam antara 10-80 kaki di bawah tanda air surut paling minima.

Geoduck diambil di perairan yang sangat dalam oleh penyelam professional.  Ia dipasarkan di Amerika syarikat sebagai 'kerang raja' dan dianggap makanan istimewa di negara-negara Asia di sepanjang Pasifik. Ianya juga dihantar ke Taiwan. Di Malaysia ini, kemungkinan geoduck ini popular di kalangan bangsa Cina sebagai makanan eksotik.  Untuk info selanjutnya mengenai spesis molaska ini, sila lah ke sini.

Bawah ni pulak adalah gambar-gambar yang makcik copy & paste dari pakcik google.



Entry tertangguh - Wedding occasion di JB

Awal 2012..memenuhi undangan majlis perkahwinan anak saudara (anak kepada my big Bro) di Johor Bahru. Walaupun majlis dah berlalu pada 7 & 8 Januari 2012 lepas..rasanya belum terlambat untuk mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada anak saudara makcik ini, Zaid Shamsuddin dan isteri, Mawaddah Salleh. Semoga bahagia dan kekal hingga akhir hayat.












Next wedding event adalah pada 10 Mac 2012 dan sekali lagi di Kemaman, Trengganu, anak perempuan bongsu kepada kakak makcik. Tungguuuuu...:-)))

Tuesday, January 10, 2012

haish..donia..donia..

As Salam semua..
Dah lama tak bersiaran. Kalau rumah tinggal, tentu dah bersawang kan. Makcik busy..macam-macam hal.  Tak sempat nak mengadap blog. Hari ni baru masuk keje.  Untuk tahun 2012..hari ini hari pertama makcik keje. :-p  Bila dah lama bercuti..masuk ofiz mula lah blur.  Tak tau nak start yang mana dulu. Haish..

Hari ini makcik nak mengumpat ke..nak mengutuk ke..tak pasti nak masukkan kategori apa.  Ada sorang staff kat ofiz makcik ni..perangai entah apa-apa. Dah 2 kali bercerai berai. Hari ini ada pulak cerita baru pulak timbul pasal dia.  Ada orang datang cari dia kat ofiz ni. Konon nak selesaikan masalah abang dia. Si 'adik' ni siap bawak 2 orang bodyguard ala2 boucer. Dia duduk bercerita pasal staff yang bermasalah ni kat superior depan meja tempat duduk makcik.  Memang dengarlah sebutir-sebutir masalah yang diceritakan.

Masalahnya si staff ni dah berskandal dengan isteri abang dia. Rumahtangga abang dia sudah goncang. So si adik datang cari si lelaki ini sampai ofiz makcik.  Orang yang dia cari takda pulak tu. Siap si adik bagi tahu..dia tak mahu abang dia datang.  Sebab bila abang dia jumpa staff ini, abang dia akan hilang sabar dan takut dibelasah si lelaki ini sampai mati.  Tapi kan..tengok gaya tadi 'bodyguard' yang si adik bawak pun macam nak membelasah si lelaki staff  tu.

Kalau makcik lah..memang patutpun lelaki ni kene belasah.  Baru padan muka dia. Memang cari pasal lah kalau dah sampai memecahbelahkan rumahtangga orang. Lagi satu..apa punya perempuan lah..dah ada laki dok layan jantan lain. Elok belasah jer dua-dua sekali. (Mungkin dah kene teruk kut perempuan tu..tak boleh cakap jugak kan) Jenis perempuan yang tak tau dosa pahala lah tu. Isteri yang nusyuz selayaknya di...............(sila lah fill in the blank..heheh). Pelik jugak perempuan jenis macam ni..dah beranak pinak dah pun tapi masih menggedik memburu cinta.  Yang pasti cinta terhalang pulak tu. (Macam ayat novel pulak dah).

Haish..donia..donia.. Tak tau nak cakap apa lagi. Ada suami baik..isteri pulak buat perangai. Bila dapat isteri yang ke arah 'solehah'..suami pulak macam hampeh.

Sebagai manusia, makcik hanya mampu berdoa, supaya Allah SWT sentiasa memberkati hidup makcik sekeluarga dan keturunan makcik seterusnya. Sentiasa tunjukkan kepada makcik yang banyak kekurangan ini ke jalan yang benar dan diredhai. Amin..