Nuffnang Ads

Wednesday, February 15, 2012

Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik

Haish..lama jugak makcik tak bersiaran rupanya. Rasanya badan dan otak makcik ni nak kene rehat dan rawat (RnR)..baru boleh dapat banyak idea. Hehe..

Dua tiga menjak ni, makcik asyik nampak kat dinding mukabuku, FBians dok mengomen menggunakan ayat ni.."perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan perempuan yg jahat untuk lelaki yg jahat". Memang tak dinafikan ayat ini pun memang terkandung dalam Al Quran pada Surah An-Nur.

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik..  Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat), mereka yang baik itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia (SURAH AN-NUR : 26)


Sekiranya diambil kira makna ayat berkenaan secara langsung, ramai yang menganggap Allah swt telah menjanjikan pasangan yang baik kepada orang yang baik dan pasangan jahat kepada orang jahat.

Sebenarnya kita tidak perlu berfikiran sempit sebegitu.  Seandainya tiba-tiba kamu yang merasa diri kamu baik dan mendapat pasangan yang jahat, takkan lah pulak Allah swt dipersalahkan kerana memungkiri janji. Tidak mustahil situasi ini berlaku dalam masyarakat kita.

Ayat ini sebenarnya bukan menyentuh qada dan qadar Allah terhadap jodoh seseorang.  Malahan juga ianya bukanlah janji Allah kepada manusia baik yg akan dijodohkan dgn pasangan yg baik. Cuma dalam ayat ini Allah swt mengingatkan kpd hambanya agar memilih manusia yg baik utk dijadikan teman hidup masing-masing.  Walaupun telah diketahui, jodoh pertemuan seseorg itu di tangan Allah swt tetapi kita diminta berusaha memilih pasangan yg baik, soleh atau solehah.

Manusia dijadikan oleh Allah berpasangan-pasangan dan setiap pasangan itu juga harus saling lengkap-melengkapi.  Andai ditakdirkan kita bertemu jodoh yg kurang baik, mengapa tidak pasangannya yg baik itu berusaha memperbaiki/mengubah pasangan yg satu lagi kearah kebaikan samada kebaikan duniawi ataupun akhirat.  Sekiranya Allah swt meletakkan ketentuan jodoh seseorang yg baik dgn pasangannya yg kurang baik, sudah tentu terselit HIKMAH disebaliknya. Sesungguhnya Allah swt maha adil dgn setiap ketentuanNYA itu.  Setiap umat islam dibumi ini menerima ujian drp Allah swt sebagai menguji tahap keimanannya.  Yang penting kita sebagai hambanya harus sentiasa ingat, tidak ada manusia didunia ini benar-benar sempurna. Melalui pengalaman kita belajar sesuatu dan melalui keimanan kita memperbaiki kelemahan yang ada.

Tidak perlulah menyalahkan pasangan kita sepenuhnya atas segala keburukan yg ada padanya sedangkan kita tahu diri kita sendiri belum mencapai kesempurnaan sejati dan hakiki.  Seeloknya diri kita mengambilnya sebagai ujian untuk muhasabah diri atas setiap kelemahan, kesilapan dan kekurangan yg ada.  Baiknya seseorang dinilai pada baiknya hubungannya dgn Allah, juga pada hubungannya sesama manusia.  Dosa dan pahala memang tak boleh dilihat tetapi kebaikan dan keburukan yang kita miliki tidak boleh kita tutup dgn berpura-pura.

Nabi juga berpesan dalam hadisnya, "pilihlah pasangan dari segi rupa, harta dan agama, akan tetapi pilihlah agama dan kamu tidak akan rugi" (Sahih Bukhari).

Rupa dan harta adalah ciri-ciri fizikal dan duniawi yg boleh dilihat dan dinikmati. Namun keimanan adalah sesuatu yg terlindung.  Secara fizikal seseorang boleh nampak baik tetapi dapatkah kita baca kebaikan hatinya secara total. Jika kita berazam memilih agama sebagai pilihan utama maka itulah jalan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Orang baik yang mempunyai kekuatan agama biasanya berfikiran positif. Mereka ini diharuskan utk berkahwin dgn orang yang kurang baik.  Hikmahnya untuk menyelamatkan org berkenaan samada lelaki atau perempuan terus menerus hanyut dalam kesesatan dan kemaksiatan.  Tapi berapa ramai yg mampu melakukannya sedangkan ganjaran/pahala disisi Allah amat besar. Tapi kalau kita tidak berkemampuan melakukan 'dakwah'  seperti ini, tidak salah juga kita mencari pasangan yg kita rasa sesuai utk diri kita.

Akhirkata, sebagai manusia siapakah kita untuk menilai seseorang manusia lain itu jahat atau baik. Setiap manusia di mata Allah swt adalah sama cuma yang membezakan adalah amal jariah individu itu. Kalau kita rasa kita sudah cukup sempurna, cuba tanya..apakah kita sudah cukup sempurna di mata Allah SWT?

Kita hanya hamba... terimalah takdir segalanya, terimalah semua manusia seadanya. Jangan memburu yang sempurna... kerana pada yang 'tidak sempurna' itulah letaknya kesempurnaan kita!


Renung-renungkan dan selamat beramal.