Nuffnang Ads

Thursday, March 29, 2012

Si Jering - ulaman yang menjadi feberet orang Melayu rupanya berbahaya juga..

Makcik baru ternampak dan terbaca artikel ini pagi tadi.  Rupa-rupanya jering mengandungi sejenis asid yang boleh menyebabkan buah pinggang boleh berhenti berfungsi samada sementara atau terus merosakkannya.


KOTA BAHARU, 15 Julai (Bernama) — Kandungan ‘djengkolic acid’ dalam jering, sejenis buah yang dijadikan ulam, boleh merosakkan buah pinggang jika dimakan secara berlebihan, kata Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia Datuk Dr Zaki Morad Mohd Zaher.

Beliau berkata ramai di kalangan masyarakat di negara ini gemarkan jering yang dianggap pembuka selera ketika menikmati juadah nasi tanpa menyedari bahaya buah berkenaan.

“Jering sebenarnya berbahaya jika diambil secara berlebihan, sejenis asid yang dipanggil ‘djengkolic acid’ dalam jering boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.

“Antara risiko yang biasa dialami penggemar jering ini ialah penyakit ‘kapit jering’ yang merupakan istilah tempatan, iaitu buah pinggang individu yang terkena ‘kapit jering’ akan berhenti berfungsi sehingga seminggu,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata penyakit itu biasanya menyerang individu yang gemar memakan jering mentah atau separa masak.

Dr Zaki berkata sehubungan itu, penggemar jering dinasihat tidak memakannya secara mentah, sebaliknya merebus buah tersebut sehingga masak bagi mengurangkan kandungan asid berkenaan.

Katanya, walaupun asid dalam jering boleh menyebabkan buah pinggang rosak sementara, namun ada juga kes yang menyaksikan buah pinggang gagal berfungsi sehingga terpaksa menerima rawatan dialisis.

Sementara itu, Ketua Unit Nefrologi Jabatan Perubatan, Hospital Raja Perempuan Zainab II Dr Sukeri Muhamad berkata individu yang menghidap penyakit buah pinggang kronik, tidak digalakkan memakan jering bagi mengelak mengalami risiko lebih teruk.

Selain itu, beliau mengingatkan individu pemakan jering yang mendapati air kencingnya berdarah secara tiba-tiba, atau tidak kencing langsung dan sakit perut berpanjangan, agar segera memaklumkan perkara itu kepada hospital bagi mendapat rawatan segera.

- BERNAMA

Emak dengan arwah bapak makcik memang penggemar ulaman ini. Baru makcik faham..kenapa diorang suka merendam jering itu berhari-hari sampai satu rumah ada satu macam bau dibuatnya. Rupanya ada kebaikannya jugak.  Mungkinlah..dengan merendam jering berkenaan boleh membersihkan jering tersebut dari kandungan asid. Kandungan 'DJENGKOLIC ACID' yang terkandung dalam jering berkenaan boleh menyebabkan fungsi buah pinggang akan terhenti sementara selama berhari-hari. Bahaya tu..

Selama ini makcik memang tak makan jering langsung. Letaklah banyak mana jering tu depan makcik, namun nak makannya memang tak lah.  Tapi sejak 2 menjak ni kan..makcik cleaner kat ofiz makcik ni selalu bawak jering..rasa ingin tahu sedap ke tak jering tu..membuatkan makcik terjebak jugak akhirnya untuk memakannya.  Memang sedap. Sampai bila pergi tapau makanan..bila nampak ada jering..mesti nak ambik jugak. Itupun baru dalam awal tahun ni makcik cuba makan.  Haish..bila dapat info tentang bahayanya memakan jering ni..kene pikir 'seploh doploh' kali lah pulak nak makannya lagi.  Nak makan tak makan..is a choice. So terpulang lah kepada selera memasing. Makcik? ermm...macam dah taknak makan lagi jer..:-p



Thursday, March 22, 2012

TERUJA!

Tetiba dalam hati rasa macam banyak rama-rama berterbangan.  Teruja yang amat!  Hahaha..Nak tau kenapa?

Macam mana tak teruja..semalam tetiba dapat parcel dari seorang sahabat lama. Kami sama-sama belajar di sekolah rendah di Masjid Tanah, Melaka. After a very long..long..time kami berjumpa balik di FB. Almost 35 years memang tak pernah bersua. Disebabkan makcik tersangatlah suka kat lagu keroncong Hetty Koes Endang yang satu ni 'KASIH'...tetiba sahabat makcik ini menawarkan diri untuk memberikan antara koleksi simpanan CD Keroncongnya kepada makcik. Well...kecik tapak tangan, Tasik Putrajaya tu makcik tadahkan..hihi. TQ..TQ..SUHAINI MD IDERIS.  So sweet of you..(jangan ada yang jeles ok!) ;-p

One more thing yang buat makcik sangat dan sangat teruja lagi..adalah letter dalam parcel tu.  Seingat makcik lah kan..since makcik left the school, nak menulis surat dengan handwriting memang tak lah.  See, my friend's one..WOW.  His handwriting was great..classic and fantastic!  This kind of handwriting only can be seen in the 'English' movies or novels which normally written by 'English' men or 'Mat Salleh' aje tau. This is the 1st Melayu, I saw. :-))

***Suhaini...No worry..what you've written can be read clearly and understood. :-)))


Sanggup sahabat makcik ni rediscovered his store just to fulfill his promise to send me the CD. Sebak tau makcik..:'(  Thank you also about the explanation on the keroncong music which are categorized in differences name such as Keroncong Asli, Langgam and Stambul. Before ni, memang makcik tak pernah ambil tahu pun.


Last but not least..thank you again for the thought and the great gift my friend.


Monday, March 19, 2012

4th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2012

Fiesta 'Hot Air Balloon' bermula pada 15 Mac 2012 lagi..tapi makcik hanya berpeluang menyibukkan diri kat Fiesta ni hari Ahad jer (semalam 18 Mac 2012).  Biasanya lah kan..kalau ada event2 besar macam ni kat Putrajaya ..warga sejati Putrajaya selalunya malas nak keluar rumah. Bukan apa..dah lah nak parking kereta susah..pastu tengok jalan bersesak-sesak dengan cuaca panas terik..boleh buat kita fengsannn. Fuhh!  Yang meramaikan Fiesta2 macam ni adalah pelawat-pelawat dari luar dan kawasan sekitar Putrajaya. Mereka ni dari awal pagi dah ada.

Makcik pun menyibukkan diri di sini cuma nak shoot gambau jer.  Jangan tidak..ngeee.

Kat bawah ni..bunga api yang gambarnya diambil dari tingkap rumah makcik aja.




 Bunga api..macam satu kemestian kalau ada apa-apa event kat Putrajaya


 Paraglyding...mcm burung-burung berterbangan..











 Model tetap untuk blog ini..:-))

 Si bongsu dan si ayah

Motip nyorok kat belakang...supaya nampak kurus..:-p
Pic ni dah di 'crop'..sebelah kanan makcik tu ada pulak pompuan China ter'enterframe' daaa..cekci lak tu.  Tu hah kat belakang makcik tu pun ada gak yg enterframe secara tak sengaja..dah ler jadinya atas kepala makcik tu tetiba ada rambut/bulu-bulu. Haish..sampai si Bongsu makcik cakap,"kepala ma tu ada bulu-bulu mcm ada hantu". ?#&*%;*@

PICC - anak makcik si bongsu kata mcm 'Ultraman'


Tuesday, March 13, 2012

Hidup perlu positif

Dalam perjalanan hidup ini terlalu banyak liku yang perlu ditempuhi. Adakalanya kita keliru untuk memilih jalan yang harus disusuri kerana ada waktunya terlalu banyak persimpangan jalan di hadapan. Kadang-kadang kita memilih jalan yang betul dan kita meneruskan lagi perjalanan hidup ini sehingga ke persimpangan yang seterusnya. Seringkali juga kita terpilih jalan yang salah sehingga kita terpaksa berpatah balik untuk mencari jalan yang betul. 

Begitulah hidup ini, kita memulakan sesuatu dan mengakhiri sesuatu. Memang masa itu tidak boleh diputar balik tetapi untuk memulakan sesuatu yang baru bukanlah mustahil. Andainya kita gagal mencapai sesuatu, tak perlulah terlalu bersedih kerana selagi ada waktu yang tinggal kita masih boleh memperbaikinya. Jangan anggap semua hidup kita adalah milik takdir.  10% daripada hidup ini tidak boleh dikawal kerana ia adalah takdir yang berlaku kepada kita. Tetapi 90% daripada hidup ini kita boleh kawal kerana ini adalah bahagian bagaimana kita bertindak ke atas takdir yang telah berlaku kepada kita. Oleh itu, terpulang kepada kita untuk membuat pilihan bagaimana untuk bertindak  samada menangani sesuatu secara bijak atau tidak bijak.

Yang perlu kita tentukan samaada tindakan itu dapat mengurangkan masalah ataupun menambahkan lagi masalah.

Wednesday, March 7, 2012

Salam perkenalan dari seorang peminat


Haish..terdetik hati makcik bilamana anak  bujang makcik berumur 8 tahun (Tahun 2) tiba-tiba menunjukkan sesuatu pemberian dari  peminatnya.

Nafiz : Ma..Ma..cuba tengok ni.
Si emak : (terus menoleh) Mana dapat tu?
Nafiz : Ada orang bg kat Nafiz.
Si emak : Siapa?
Nafiz : Nafiz tak kenal tapi budak perempuan Tahun 3. Dia pakai spek..pakai baju pengawas.
Si emak: Kenapa dia nak bagi kat Nafiz?
Nafiz : Ntah..masa naik tangga nak masuk Kelas KAFA tadi..tiba-tiba dia panggil bagi Nafiz ini.
Si emak: Kenapa Nafiz ambik..Nafiz kan tak kenal dia..
Nafiz : Tiba-tiba dia datang bagi..Nafiz ambik lah…

Hai..kecik-kecik dah ada peminat.  Tak tau nak cakap apa. Terpikir jugak apa perasaan budak perempuan itu bila dia dengan murah hati menghulurkan cenderahati kepada anak bujang makcik yang masih mentah dan tak tahu apa-apa lagi.  Hurmm..macam-macam.


CENDERAHATI - huluran salam kenal dari peminat NAFIZ..;-)

Makcik masih ingat lagi cerita anak makcik ini tentang seorang Uztaz di sekolahnya.  Ustaz ini mungkin telah bertanya kepada anak makcik bahawa bila besar mahu jadi apa.  Anak makcik ini memberikan jawapan untuk menjadi doktor.  Dan apa feedback dari Ustaz berkenaan?  Komen ini yang beliau beri, “Saya rasa bila besar nanti, kamu jadi DOKTOR HATI  ajelah".  Apakah maksud yang tersirat dengan kata-kata si Ustaz ini?

 NAFIZ in school uniform