Nuffnang Ads

Friday, May 18, 2012

JUMAAT penghulu segala hari

HARI Jumaat adalah penghulu segala hari atau disebut ‘sayyidul aiyyam’ kerana mempunyai kemuliaan dan keistimewaan di sisi Allah SWT. Bagi umat Islam, hari itu amat berharga dan hari untuk beramal ibadat bagi merebut kelebihan penghulu segala hari.
 
Berdasarkan penjelasan hadis, hari Jumaat adalah hari pertama kemunculan matahari di dunia, pada hari itu Allah SWT menciptakan Nabi Adam, berlakunya hari Kiamat dan Allah SWT mengizinkan ahli syurga untuk memasuki syurga.
 
Manakala malaikat pula menamakan hari Jumaat sebagai hari penambahan disebabkan banyaknya pintu rahmat dibuka dan Allah SWT akan melimpahkan kurnia-Nya serta menabur kebaikan-Nya.
 
Hakikatnya, menjadi tetamu Allah SWT pada penghulu segala hari adalah saat istimewa kerana memberi peluang menilai ketakwaan dan membersihkan dosa.
 
Kita perlu insaf walaupun pada zahirnya penampilan diri kelihatan cemerlang tetapi dari segi batin orang yang melakukan dosa seperti rasuah, menzalimi, menganiaya, memfitnah, minum arak, berzina dan sebagainya bagaikan berada di tempat kotor diselaputi najis.
 
Malah, apa yang menakutkan kita ialah meninggal dunia dalam keadaan berdosa dan tidak sempat bertaubat. Oleh itu, insaf dan sedarlah bahawa untuk keluar dari tempat bernajis atau kotor, caranya ialah meninggalkan, menjauhi tempat itu serta mencari tempat yang suci.
 
Kemuncak ibadat bagi tetamu Allah di masjid ialah mendengar dua khutbah dan solat fardu Jumaat. Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu (ke masjid) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual-beli; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.” (Surah Al-Jumaah: Ayat 9)
 
Perjumpaan tetamu Allah setiap minggu di rumah Allah mampu membaiki keimanan, meningkatkan persaudaraan sesama Muslim dan perpaduan ummah. Oleh kerana besar pengaruh perjumpaan tetamu Allah ini, maka sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut tanpa uzur dibenarkan syarak, mereka dikira sebagai orang yang lalai.
 
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang meninggalkan Jumaat tiga kali berturut-turut tanpa uzur, Allah akan menutup mata hatinya.” (Hadis riwayat al-Nasa’ie)
 
Menurut Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumudin, pada malam dan siang hari Jumaat ada sesaat yang mulia di mana segala permohonan doa akan dimakbulkan dan saat itu dirahsiakan. Siapa meninggal dunia pada hari Jumaat atau malam Jumaat, Allah mencatat untuknya pahala orang syahid dan menjaganya dari azab kubur.
 
Amalan sunat hari Jumaat seperti qiamulail, sujud syukur, berzikir, beriktikaf dan membaca al-Quran seperti surah al-Kahfi, Yaasin, Sajjadah dan al-Mulk.
 
Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barang siapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat nescaya Allah menerangi cahaya yang akan menerangi dirinya antara dua Jumaat.” (Hadis riwayat al-Bukhari).
 
Hari Jumaat adalah hari penuh keberkatan. Bagi mengambil peluang keemasan ini, mari kita membudayakan bersama keluarga dan anak memuliakan hari Jumaat sebagai penghulu segala hari.

Mudah-mudahan dengan cara ini ia mampu memperkukuhkan institusi keluarga dan memantapkan keimanan anak kita. Ini amalan nabi, wali dan orang salih. Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian, kerana kesibukan dunia dan pengaruh sosial menyebabkan kita lupa kemuliaan hari Jumaat.
 
Rebutlah peluang untuk membersihkan diri dan bertaubat pada penghulu segala hari. Marilah bersama merenung firman Allah SWT yang bermaksud: “Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatkanlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya di dunia dan di akhirat.” (Surah Al-Jumaah: Ayat 10)
 
 




Thursday, May 10, 2012

Happiness

Tetiba bila bukak personal file hari ni dalam komputer ternampak pulak artikel ni. Lama dah tersimpan kat situ...erm. Let we share it...

Read this article by khailee


Are you happy? I know I am.

How do you know you are happy or not?

Do you feel good about yourself? Are you cool being in your own skin? Or do you hate yourself, always comparing yourself to other people, admiring their strengths and blaming your weaknesses. To me happiness starts with being proud of yourself, no matter your weaknesses, because the worst thing you can do to yourself is to let you, yourself lose your self-confidence, and even-worse your dignity. Admitting you're wrong at something, or being humble is not the same thing as losing your dignity,ok?  In fact, it helps, what can't kill you, makes you stronger. You must learn to appreciate your-self.

The good, the bad.  During the good times and especially during the bad times. Don't forget to remind yourself, you are special in your own way. Good friends are sure to help you do so when you're in a slump.

I have another definition of happiness, but I think it applies to some, not all. To me, I think happiness is the feeling of growth, accomplishment or success. Not financial or career success but more of a success as a human being. Being more experiences, mature and knowledgeable. If I were to stuck working at an office for years doing paper work, I would feel really sad and loser-like, because I have not 'grown'. Other people, might not see this as happiness but at least this is consistent to my first point, appreciating yourself. Because this is how I can appreciate myself.

I think why the research shows that watching TV makes you unhappy, is because you are using too much time doing something unproductive. You are not achieving. I watch TV also, but I think too much TV robs you of your potential, robs you of the time for you to do something that makes you feel good about yourself.

At the end of the day, only you yourself determine how happy you are, and that depends on how good you see yourself. So are you happy by my definition?

Be…YOU.






Wednesday, May 9, 2012

'NOTIS' Penerbangan Terakhir


MATI ADALAH SESUATU YANG PASTI..(berkongsi email yang ada dalam INBOX makcik hari ini)..'NOTIS Penerbangan Terakhir'

Maklumat Peribadi

Nama: Manusia. Bangsa: Tanah. Alamat : Bumi.

Maklumat Penerbangan

Terminal Berangkat : Bumi
Destinasi : Akhirat ( Transit dalam Kubur ).
Masa Penerbangan : Tidak ada siapa yang dapat menentukan.
Masa Berangkat : Apabila Sakaratul Maut menjemput.

Keperluan Yang Dibenarkan Bawa Bersama

2 meter kain putih dan amal soleh serta amal kejahatan.

Keperluan Yang Boleh Digunakan Setelah Sampai Destinasi

1-Sedekah Jariah.
2- Doa dari anak yang soleh.
3- Ilmu yang memberi manfaat.
4- Amal kebajikan yang dikerjakan oleh orang lain yang diajarinya.

Penerbangan Ini Amat Menakutkan Buat Mereka Yang Tidak Mematuhi Arahan Dibawah

1- Mematuhi perintah Allah SWT dan menjauhi larangan Allah SWT yang bersumberkan Al-Quran dan Al-Hadis.
2- Memperbanyakkan zikir kepada Allah SWT.
3- Berbakti kepada ibu bapa dan berhubung Silatul Rahim.
4- Berlumba-lumba mengerjakan ibadat-ibadat puasa, bebajikan dan amalan sunat.
5- Makan dan minum dari sumber yang halal.
6- Tidak panjang angan-angan.

Kepada mereka yang sudi dan tidak sudi meneruskan penerbangan ini, semuanya mesti membuat persediaan.

 

Untuk keterangan lanjut sila berhubung dengan Al-Quran Al-Karim dan Sunnah Rasulullah SAW serta Ilmu Allah SWT.

 

Talian untuk tempahan anda adalah percuma di seluruh dunia.

Friday, May 4, 2012

Semoga hari ini lebih baik dari semalam

Assalammualaikum wm wb, Salam Jumaat dan Salam Kasih Sayang buat semua...

LAKUKAN yang terbaik untuk hari ini..

Menebarkan cinta dan kasih sayang..
Menepis prasangka dan kebencian..
Menanamkan rasa syukur atas nikmat Allah SWT  berikan
Membiasakan sabar atas apa pun yang terjadi..
Menuntut diri sendiri untuk melakukan kebaikan dalam banyak hal..
InsyaALLAH agar kita menjadi manusia yang lebih baik..

Pintu hari semalam telah tertutup,
Kita tidak boleh  mengubah apa yang telah terjadi..
Kita tidak boleh menarik balik segala perkataan yang telah terucap..
Kita tidak boleh menghapuskan kesalahan dan mengulangi kegembiraan yang telah dialami...

Pintu hari esok  belum tiba,
sehingga matahari esok terbit, kita tidak tahu apa yang akan terjadi...
Kita mungkin bersedih atau bahagia pada hari esok...
sehingga esok tiba biarkan saja...


Yang harus diberi tumpuan adalah HARI INI
Semoga kita dapat melakukan  banyak kebaikan pada hari ini
Jadilah manusia yang penyayang .  Pamerkan rasa hormat kepada orang lain walau siapa pun mereka Hargailah orang-orang yang kita sayang. Semua ini bukan sebab siapa mereka tetapi siapakah diri kita.

 

Wednesday, May 2, 2012

~ MENGAMBIL JALAN TENGAH BUKAN BERERTI TIADA PENDIRIAN ~


Makcik sangat tertarik dengan artikel ini yang diambil dari Facebook seorang rakan. Terima kasih kepada rakan makcik ini, Ustazah Fauziah Zainal yang sudi berkongsi. Sila lah baca. Semoga minda kita akan lebih terbuka dan akan berfikiran rasional sebelum bertindak. 

Nota daripada seorang sahabat di Universiti Medina kepada Bersih 3.0
Bismillah....

Sebelum bersungguh-sungguh ingin menghapuskan korupsi pada pemerintah, rakyat harus menghapuskan korupsi pada diri mereka sendiri. Berapa ramaikah rakyat yang mengabaikan solat namun mengharapkan pemimpin seperti Umar Abdul Aziz? Berapa ramaikah rakyat yang menipu dalam urusan perniagaan namun mengharapkan pemimpin yang jujur dalam harta negara? 

Berapa ramaikah rakyat yang sangat kedekut dalam bersedekah namun mengharapkan mereka mendapat harta negara dengan saksama? Berapa ramaikah rakyat yang melanggar undang -undang keselamatan jalanraya namun mengharapkan mahkamah yang telus? Berapa ramaikah rakyat yang tidak peduli terhadap mesej kenabian lalu mengharapkan pemimpin yang memimpin dengan jalan kenabian? 

Sebelum rakyat bising mereka ditipu oleh Kerajaan, semak dulu adakah rakyat sudah berlaku jujur dalam urusan mereka dengan kerajaan. Masih ada lagikah rakyat yang tipu ketika 'punch card' di tempat kerja. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'office hour' dengan meng'ular'. Masih ada lagikah rakyat yang ambil M.C tanpa ada apa-apa keuzuran. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'claim' untuk out station. Masih ada lagikah rakyat yang gunakan harta pejabat untuk kegunaan peribadi. Jika rakyat masih tipu kerajaan, maka tidak pelik kerajaan juga akan tipu rakyat. 

Telah menjadi Sunnatullah bahawa kaum-kaum yang zalim itu diperintah oleh orang yang zalim.

Firman Allah: “Dan (penduduk) negeri itu telah Kami binasakan ketika mereka berbuat kezaliman.” (Surah Al Kahfi, 18: 59)

 Al-Walid ath-Tharthusi rahimahullah berkata, “Sehingga sekarang masih terdengar orang-orang berkata, “amalan - amalan kalian adalah pekerja-pekerja kalian”, sebagaimana kalian sekarang ini;maka seperti itulah kalian akan dipimpin." 

Di dalam al-Qur’an terdapat ayat yang semakna dengan perkara ini. “Dan demikian kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menguasa sebahagian yang lain disebabkan apa-apa yang mereka (masyarakat) usahakan.” (Surah Al-An’am, 6: 129)

Imam Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan (berkenaan ayat tersebut) “Tiada orang yang zalim pun melainkan ia akan diuji dengan orang yang zalim. Dijadikan dari kalangan orang-orang yang zalim, mereka dikuasai oleh orang- orang-orang yang zalim lainnya. Sebahagian mereka dihancurkan dengan sebahagian lainnya, dan sebahagian mereka disiksa dengan sebahagian lainnya, sebagai balasan atas kezaliman mereka.” (Rujuk: Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Terbitan Pustaka Ibnu katsir, jil 3, m/s. 430)

 “Wahai rakyatku! Bersikap adillah kepada kami! (Bagaimana mungkin) kalian mahukan dari diri kami sebagaimana yang dilaksanakan oleh Abu Bakar dan Umar, sedangkan kalian tidak pun mengerjakan sebagaimana apa yang mereka amalkan?!” (Siraj al-Muluk, m/s. 100-101). 

Pemimpin itu asalnya adalah seorang Rakyat. Zalimnya seorang Pemimpin disebabkan zalimnya seorang Rakyat, begitu juga sebaliknya.

****Fikir fikirkan lah....setakat mana amalan kita sebelum kita mengharapkan amalan baik dari Pemerintah? 

1. Sudahkah kita membayar zakat dengan telus
2. Sudahkah kita mendidik anak dengan didikan islam
3. Sudahkah kita menjalankan amalan Rukun Islam dengan sempurna
4. Sudah kah kita membantu kaum keluarga seperti di syariatkan
5. Sudahkah kita menjadi anak atau abang lelaki yang bertanggung jawab
6. Sudahkah kita solat 5 waktu sebelum bercakap hal agama
7. Adakah kita bertanggung jawab terhadap Mak Bapak dan kaum keluarga
8. Adakah kita menjadi jiran mengikut ajaran Islam

Dan banyak lagi....Tanya lah diri kita setakat mana amalan kita? sebelum bercakap mengenai islam dalam negara ~