Nuffnang Ads

Friday, July 27, 2012

Kita yang tak sempurna...




Lirik NUR Tuhan - Hijjaz

Tak terucap kepiluan ini
Titik hitam yang menghijab hati
Hitung dosa saat pergi takkan kembali
Sisa umur tidak undur lagi

Perjalanan dalam kehidupan
Bukan jauh ketentuan datang
Mungkin esok takdir takkan dapat dihalang
Untung nasib di genggaman Tuhan

Isi alam puspa warna
Bukti Tuhan Maha Kuasa
Kemanakah arah tuju
Hukum Tuhan pasti berlaku
Bukan tempat lalai leka
Di dunia bakti di tempah
Tanam budi luhur budi
Di akhirat tempat Abadi

Perjalanan dalam kehidupan
Bukan jauh ketentuan datang
Mungkin esok takdir takkan dapat dihalang
Untung nasib di genggaman Tuhan

Isi alam puspa warna
Bukti Tuhan Maha Kuasa
Kemanakah arah tuju
Hukum Tuhan pasti berlaku
Bukan tempat lalai leka
Di dunia bakti di tempah
Tanam budi luhur budi
Di akhirat tempat Abadi

Himpun doa di pohon harapan
Tempat rahmat petunjuk pimpinan
Ikhtiar usaha moga dengan Nur dari Tuhan
Suluh terang jalan kebahagiaan

 
Assalammualaikum buat semua. Hari ini telah masuk hari ke 7 umat Islam berpuasa Ramadan. Semoga kita semua beroleh kemenangan dan segala amalan yang dikerjakan mendapat rahmat dari Allah SWT.

Saat menghayati nasyid yang disampaikan oleh kumpulan Hijjaz ini, membuat hati terasa sayu dan pilu. Manusia bukan maksum. Sebagai manusia kita memang tidak akan pernah menjadi sempurna dan tidak terlepas dari melakukan dosa samada dosa kecil ataupun dosa besar.

“Setiap anak adam senantiasa berbuat salah, dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah yang senantiasa bertaubat.” (HR. At-Tirmidzi & Ibnu Majah)

 
Terlalu banyak punca-punca boleh berlakunya dosa dan maksiat tanpa kesedaran kita, malahan jaraknya sejam, seminit malahan lebih cepat dari sesaat. Subhanallah.. hidup sentiasa dikelilingi dosa dan maksiat. Inilah yang di sabdakan oleh Rasulullah SAW, " bahawa akhir akhir zaman ini, maksiat adalah ibarat beras dan kebaikan itu ibarat antah"

ALLAH SWT menuntut kita untuk membersihkan diri dari dosa dengan bertaubat dan memohon keampunan dari NYA setiap masa dengan ikhlas, khusyuk dan tawadduk.

Mohonlah keampunan dari ALLAH SWT. Walau sebanyak manapun dosa kita, Allah SWT yang bersifat maha penyayang dan maha pengasih malahan maha pengampun pasti akan menerima taubat hambaNYA biarpun dosa hambaNYA itu seberat dunia dan sebanyak bintang di langit. Allah SWT tetap akan menghulurkan tangan rahmatnya dan menerima hambanya yang datang kepadaNYA bertaubat dengan penuh kasih sayang.

Sedarlah bahawa ALLAH SWT amat mencintai kita sebagai hambaNYA dan tidak mahu hambaNYA menderita apabila tiba di akhirat nanti. Hanya kita manusia sebagai hambaNYA ini yang tidak pernah sedar dari terus melakukan dosa dan maksiat. Semoga sebagai manusia yang sentiasa leka dengan dosa dan maksiat ini , kita dapat berjumpa jalan pulang yang hakiki disisiNYA dan sentiasa dalam redha ALLAH SWT .Carilah ALLAH kerana ALLAH SWT sentiasa ada untuk memberikan kasih sayangNYA kepada kita.

Peringatan untuk diri sendiri.  Wassalam..