Nuffnang Ads

Tuesday, September 18, 2012

Pulau lagi...

Sempena cuti 'Hari Malaysia - 16 September 2012', kami ke Pulau lagi. Destinasi pulau kali ini adalah Pulau Pangkor. Package cuti adalah 3 hari 2 malam. Urusan percutian semuanya telah diuruskan..dari tiket Feri pergi dan balik, pengangkutan ke Teluk Nipah pergi dan balik, pengangkutan untuk bersiar-siar sekitar pulau,  penginapan, makanan...semuanya ditanggung beres. :-p


Bertolak dari Cyberjaya, pada Sabtu, 17/9/2012 lebih kurang jam 8:00 pagi. Singgah di R & R Rawang untuk berehat dan sarapan.



Ini bukan motosikal makcik..si empunya nya adalah salah sorang ahli dari group motor yang berkonvoi, sama2 berhenti rehat di R & R Rawang.

Sampai di Jeti Lumut lebihkurang pukul 12:00 tgh. Di Jeti Lumut ini ada disediakan tempat Letak Kereta Bertingkat untuk sesiapa yang datang untuk becuti dengan memandu kereta. Bayaran rasanya tidak lah mahal. Kalau 24 jam chargenya dalam RM10.00. Sambil menunggu Feri, habiskan masa dengan makan tengahari, solat Zuhor dan bergambar.






Feri sampai lebihkurang pukul 2:30 ptg. Lebihkurang pukul 3:00 petang jugak lah kami bertolak ke Pulau.

 Kapal Tentera di perairan Pengkalan Tentera Laut, Lumut


Perjalanan dari Jeti Lumut ke Jeti Pangkor mengambil masa 30 minit. Dari  Jeti Pangkor ke tempat penginapan Teluk Nipah, mengambil masa 10 minit, menaiki 'TEKSI'.

Teksi2 yang menunggu penumpang...pink colour lagi!
(..untuk info, pemandu2 teksi ini bila memandu sangat laju ok. Main redah ikut suka. Naik bukit..turun bukit..corner sana..corner sini...fuhhh!)

Sesampai sahaja di Teluk Nipah..kami check in di PURNAMA BEACH RESORT. 









Ini lah ghoper nya suasana dalam bilik kami

Memang tak sabar-sabar nak masuk bilik lepas sehari suntuk perjalanan. Sangat penat okay..kebetulan hari kami sampai..cuaca sangat panas. Ini lah masanya bermalas-malasan..menunggu petang untuk bersiar-siar tengok pantai pulak.

Petangnya..lepaskan penat dan sesudah berehat-rehat, terus ke pantai meninjau2 pantai Teluk Nipah. Gambar bawah ni makcik google jer..Masa kami di sini, mungkin sebab cuti Hari Malaysia, pantainya sangat lah ramai orang.


Sepanjang jalan di tepi-tepi pantai Teluk Nipah ni, memang banyak gerai-gerai jualan. Macam2 ada dijual di sini dari makanan, ABC, hingga ke Cenderahati. Pendek kata kalau rasa takmo makan di Hotel2 atau Resort..boleh lah makan di gerai-gerai sepanjang jalan ini. 'Char kuey Teow' dan ABC di sini..sedap!

Gambar ini di ambil dari pakcik Google. Semasa kami di sini, jalan adalah sangat sesak dengan orang ramai dan kenderaan yang lalu lalang.

Di atas pokok tempat kami duduk minum petang, ada penyambut tetamu yang mengalu-alukan percutian kami. Si BURUNG ENGGANG. Yang peliknya..burung-burung ni duduk bersantai ramai-ramai atas satu pokok ni aje pulak tu..Kalau perhati atas pokok-pokok lain..macam takda pulak diorang ni.



Balik dari meninjau-ninjau kawasan pantai, setiba di resort, kami jumpa pulak si ulat keretapi (ulat gonggok) dengan panjang lebihkurang 20cm dan ukurlilit lebihkurang 5cm...Besar!








No comments:

Post a Comment