Nuffnang Ads

Wednesday, November 21, 2012

We are what we eat :-)

Berbanding dengan lelaki, orang perempuan biasanya lebih 'health concern'. Makcik pun memang tidak terkecuali. 

Dulu-dulu kita diajarkan cara bagaimana untuk mengambil portion pemakanan dengan berlandaskan Piramid seperti dibawah.



Daripada piramid itu..rasanya ramai yang susah nak agak berapa banyak sepatutnya setiap level makanan itu yang perlu diambil. Ada yang 'eat less', 'eat in moderate', 'eat plenty' dan juga 'eat adequately'. 

Contohnya level yang bawah sekali tu, makanan yang terdiri daripada karbohidrat. 4 - 8 hidangan sehari. Makan secukupnya (eat adequately)? Seharusnya kita akan berfikir-fikir, "banyak mana tu 4-8 hidangan sehari ek?. Makan secukupnya?". Perlu diingatkan, 'makan secukupnya' antara individu dengan individu yang lain adalah tidak sama. ('Makan secukupnya' antara makcik, Me, Myself and I tidak akan samasekali  serupa dengan si Angelina Jolie tu ye puan-puan. Hoho..)

Walawei..tak faham lah makcik! Boleh tak jelaskan sejelas-jelasnya banyak mana yang harus makcik makan?

Disebabkan kekeliruan ini, sekitar 2011, Amerika Syarikat telah mengubah 'Piramid Pemakanan' kepada 'MyPlate'. MyPlate ini adalah idea daripada wife Presiden USA (Barack Obama) iaitu Michelle Obama.


Di Malaysia ini, rakyatnya amat mewah dengan makanan. Corak pemakanan rakyatnya juga menaikkan graf kuantiti manusia yang obes.  MyPlate ini memang kaedah yang baik untuk kita menyukat 'portion' hidangan pemakanan kita. Kalau rasa tidak mahu makan banyak..sila gunakan pinggan lebih kecil untuk pengambilan portion lebih kecil. Agak-agak lah kan. Kalau pinggan lebih besar dari perut, jawapannya.....(sila fill in the blank). Hihi.. Biarpun idea ini datangnya dari Amerika, (laknatullah yang menyokong tindaktanduk kekejaman Zionis laknatullah selamanya. Tiba-tiba nak lepaskan geram!) tidak salah diikuti dan take it positively. Why not if this could educate us to the better lifestyle and healthiness?

Mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak adalah amalan yang tidak baik kerana ianya akan memberatkan organ dan sistem percernaan menjadi lemah sehingga tidak mampu mencerna secara teratur.

Rasulullah saw menganjurkan umatnya, "makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang".  Apa yang tersirat di sebalik pesanan ini ialah apabila seseorang itu makan dalam keadaan yang terlalu lapar, sudah tentu dia akan makan dalam keadaan lahap dan melampau sehingga membawa kemudaratan kepada dirinya. Maka bersederhanalah!.



Tuesday, November 20, 2012

'Sharing is caring' from Dr. Saifuzzaman Yusoff - Program Pengurangan Berat Badan (FREE VERSION)



Pengenalan

Percaya atau tidak, ramai orang yang ingin menurunkan berat badan telah salah mendapat maklumat tentang apa yang sebenarnya menyebabkan masalah kelebihan berat badan atau gemuk.  Saya juga adalah seorang daripadanya. Semasa saya menjalani pembelajaran ilmu perubatan di universiti, informasi yang saya dapat bagi pengawalan berat badan adalah melakukan senaman yang kerap, dan mengawal pengambilan makanan terutama nya lemak.  Maka demikianlah juga dengan kebanyakan dari kita kerana anda terutamanya mendapatkan maklumat dari doktor seperti saya yang mendapat maklumat yang SALAH. Selama hampir 20 tahun, saya mengamalkan apa yang saya tahu dari pembelajaran saya. Ternyata pada sekitar 2010, saya bertemu dengan seorang doktor ahli anti penuaan dari Amerika Syarikat. Beliau menukar cara saya berfikir bagi menangani masalah kegemukan. Sememangnya saya tahu ramai di antara kita mengatakan kegemukan berpunca dari faktor genetik, pemakanan yang tidak seimbang dan kekurangan aktiviti fizikal.  Informasi ini sebenarnya ada benarnya tapi tidak sepenuhnya.



Saya pasti ramai antara anda pernah mendengar, “saya diet gila-gila, berat tak turun pun”, atau “ lepas saya diet, berat turun sedikit lepas itu, sampai sekarang, walaupun puasa, berat saya tak turun”.  Biasa kan dengar cerita begini??  Lepas tu, kebanyakan dari kita akan mula bosan dengan diet. Motivasi hilang dan berat badan kembali kepada asal.  Banyak kes-kes ini akhirnya mencuba menggunakan produk-produk yang dijual tanpa ada latarbelakang saintifik.  Hanya dengan beberapa testimoni, dan strategi pemasaran yang baik, produk-produk pelangsingan atau penurunan berat badan akan laris macam goreng pisang panas.  Harga kadang-kadang mencecah pada paras yang menyebabkan saya tersenyum sendiri.  Apa tidak nya, bahan yang digunakan itu boleh didapati dengan begitu murah, tetapi dijual dengan harga yang beribu kali ganda.  Tapi sememangnya mereka harus jual dengan harga yang mahal kerana aktiviti pemasaran ini juga memerlukan modal yang besar.  Mereka harus membayar beribu-ribu ringgit untuk memasukkan iklan pada surat kabar, atau TV dan radio.  Bagi mengambil balik pelaburan tersebut, maka mereka harus menjual dengan harga yang mahal.  Seperkara lagi, bahan atau produk sebegini selalunya harus dijual dengan harga yang mahal. Kenapa? Ini masalah kita sebagai pembeli. Kalau harga murah, kita akan kata produk tu tidak bagus.  Dalam bahasa pemasaran, ini dipanggil “positioning”.  Hakikat sebenarnya, tiada perkara yang berlaku dalam tubuh badan kita boleh bertindak hanya mengubah satu faktor.


Badan kita bertindak secara sinkroni.  Gangguan satu faktor akan mengakibatkan adaptasi berlaku pada tindakbalas lain dalam badan untuk menjaga keseimbangan kimia dan metabolisma. Secara amnya, penggunaan satu bahan atau produk tidak akan memberi kesan yang optimum kerana bahan ini cuma akan memberi kesan pada satu faktor sahaja.  Bahan seperti chitosan yang banyak digunakan ynag kononnya boleh menurunkan berat badan kerana menghalang penyerapan lemak sebenarnya tidak akan memberikan kesan yang optimum.  Kenapa?  Kerana , kegemukan bukan disebabkan oleh lemak.

Pada waktu dahulu, malah sekarang, klinik dan doktor menggunakan BMI ( Body Mass Index) sebagai kayu pengukur bagi memberikan gambaran samaada badan kita terlebih berat atau normal. Pengiraan ini berdasarkan nisbah berat dan tinggi. Sebenarnya pengiraan ini tidak tepat. Kenapa? Sekiranya seseorang yang mempunyai kandungan otot yang banyak didalam badan tetapi mempunyai ketinggian tidak begitu tinggi, BMInya sudah pasti akan menunjukkan lebih berat iaitu melebihi had normal sebanyak 25 kg/m2. Ini jelasnya adalah salah kerana bagi mereka yang mempunyai berat badan yang lebih, kita hanya mempertikaikan lemak berlebihan dan bukannya otot. Malah kita sebenanya mahu otot yang besar dan kenyal. Satu lagi indikator kegemukan adalah apa yang di sebut WHR (waist hip ratio). Ukuran lilit pada pinggul akan dinisbahkan dengan ukur lilit pinggang. Indikator ini walaupun masih tidak begitu tepat, ukurannya adalah lebih baik dari BMI.

Berat badan kita adalah jumlah berat dari beberapa komponen yang bergabung menjadi satu. Sistem lokomotor dan penyimpanan tenaga memberikan hampir 70 peratus jisim keseluruhan badan. Walaubagaimanapun, air adalah salah satu kontribusi utama bagi berat seseorang. Bagi mendapatkan berat badan yang ideal, kita tidak boleh menggunakan standard bagi kesemua manusia dengan satu standard. Ini kerana setiap manusia mempunyai standard mereka masing-masing. Dalam proses mengurangkan berat badan, apa yang penting adalah memastikan kandungan lemak, protein, mineral dan air dalam julat yang normal. Normal disini adalah merujuk kepada individu itu sendiri. Bagi mengetahui apakah kita berada pada julat yang normal, kita seharusnya menjalani ujian mudah iaitu dengan menggunakan sejenis alat penimbang yang boleh mengira kandungan protein, lemak, mineral dan air secara berasingan. Ujian ini amat mudah kerana ianya dilakukan seperti mengambil berat badan dengan alat penimbang. Alat ini (http://www.e-inbody.com/Product/ib230.html) yang sekarang saya gunakan di klinik saya sangat membantu bagi mengenalpasti apakah yang memberikan hitungan berat pada badan anda. Saya dapati bahawa terdapat kes-kes terlebih berat badan yang sebenarnya adalah dari berat otot mereka. Ini amat bagus dan kes begini tidak perlu melakukan apa-apa.


Sebelum saya memberitahu cara-cara menurunkan berat badan secara ringkas, perlu diketahui juga bahawa tujuan penurunan berat badan yang utama adalah untuk pencegahan. Walaupun pada hakikatnya sesiapa yang mempunyai berat badan yang normal akan mendapat bentuk tubuh yang menarik, ini pada saya adalah bonus. Secara logiknya juga, mereka yang mempunyai bentuk tubuh badan yang baik adalah mereka yang sihat. Kajian yang telah dijalankan mendapati, peningkatan lebih 1kg berat badan akan memendekan usia selama 10 tahun. Ini amat mengejutkan. Tetapi apabila dilihat rasionalnya, kegemukan sememangnya menjadi faktor utama kepada penyakit penyakit merbahaya. Penyakit seperti jantung, kencing manis dan darah tinggi adalah antara pembunuh nombor satu. Jadi tak hairanlah sekiranya ia akan memendekkan usia kita. Selain itu, kajian-kajian juga menunjukkan bahawa kegemukan akan memberi risiko kepada barah, penurunan sistem imun, gangguan hormon dan banyak lagi. Saya sangat menganjurkan penurunan berat badan ini kerana selain dari ia boleh memberikan bentuk tubuh yang menarik, ia juga akan membantu kita mencegah dari masalah penyakit yang mematikan seperti yang saya sebutkan tadi.

Program Penurunan Berat Badan.

Dalam proses menurunkan berat badan terdapat 2 fator utama yang perlu diperhatikan.
  1. Pengambilan makanan yang betul ( BUKAN BERHENTI MAKAN)
  2. Aktiviti fizikal (BUKAN AEROBIK ATAU JOGGING).

Apa yang saya akan perkatakan dibawah adalah informasi yang saya dapat dari seorang pakar antipenuaan dari Amerika iaitu Dr Anoop Chaturvedi (http://www.dranoopchaturvedi.com/) dan ia disokong oleh Dr Theirry Hertogh, pakar antipenuaan dari Belgium yang juga merupakan guru saya. Dia adalah presiden kepada World Society of Anti Aging Medicine (WOSAAM). (http://www.wosaam.ws/)


Bagi aktiviti fizikal yang membantu menurunkan berat badan, saya berpandukan kepada Dr Al Sears, seorang pengamal anti penuaan dari Amerika yang telah berjaya membantu ramai pesakit obesiti menurunkan berat badan. Kedua-dua diatas ini bukan produk. Ia adalah informasi yang berguna bagi membolehkan kita mengubah cara hidup kita dan mendapatkan manfaat bagi kesihatan yang berpanjangan

Langkah-langkah penurunan berat badan.

Diet.



1.       Berhenti Mengambil Gula Secara TOTAL.

Pengambilan gula adalah punca utama masalah kegemukan dan BUKANNYA lemak. Ini termasuk gula yang tersembunyi yang terdapat dalam kuih muih dan juga minuman ringan dalam botol atau tin.

2.       Berhenti mengambil bahan penambah rasa



Monosodium glutamate terdapat didalam makanan segera atau makanan siap saji. Mereka harus mencampurkan bahan ini untuk memastikan anda datang dan beli semula. Kenapa? Bahan ini KETAGIH. Malah, gula dan bahan perasa ini adalah dua bahan kimia yang mengakibatkan ketagihan. Mereka yang sudah biasa mengambil manis akan merasa kurang sekiranya sehari mereka tidak mengambil bahan-bahan yang mengandungi gula.

3.       Pengurangkan pengambilan KARBOHIDRAT.

Karbohidrat adalah sebenarnya rantaian gula. Gula (glucose) akan diuraikan oleh karbohidrat bermula dari mulut. Air liur kita berupaya memecahkan rantaian karbohidrat kepada gula. Bahan-bahan yang mengandungi banyak karbohidrat berasal dari,

  1. BERAS
  2. GANDUM
  3. UBI
  4. OAT
  5. SAGU
  6. dan bahan bahan berkanji yang lain





Bila disebut kurang, soalan seterusnya berapa kurang?  Saya selalu menggunakan cawan sebagai ukuran banyak. Secawan sehari untuk pengambilan karbohidrat sudah memadai.

4.       Pengambilan protein pada kadar biasa.

Protein adalah sebenarnya makanan yang seharusnya dijadikan makanan utama dan bukannya makanan berkanji. Kita boleh mengambil bahan berprotein pada kadar yang biasa tanpa ada halangan. Kebanyakan protien akan berganding dengan lemak. Jangan terlalu risau dengan adanya komponen lemak pada protein. Ia boleh di makan bersama. Bahan bahan protein yang boleh diambil tanpa ada pengawalan khusus adalah datang dari

a.       Makanan laut
b.      Daging
c.       Ayam
d.  Protein sayur seperti soya(?). Bahan ini seharusnya dijadikan bahan makanan utama dan bukannya karbohidrat. Makan ikan atau daging pada tengahari dan malam dan anda boleh turunkan atau kekalkan berat badan
e.      Perbanyakan Mengambil Sayur sayuran segar dan buah buahan


Pengambilan sayuran dan buah-buahan adalah yang terbaik bagi menurunkan berat badan. Tiada had untuk mengambil bahan ini setiap hari. Malah pengambilan ini bagi memastikan kita sentiasa kenyang adalah dianjurkan. Sayuran yang terbaik diambil secara mentah kerana kita ingin mengekalkan bahan aktif yang terdapat didalam nya. Walaubagaimanapun kita boleh memasaknya jika kita mahu. Saya cuma ingin nasihatkan supaya cara memasak yang terbaik adalah dengan stim atau rebus. Cuba elakkan penggorengan. Bagi buah-buahan, saya ingin menganjurkan buah buahan yang mempunyai kandungan air yang banyak. Buah-buahan seperti tembikai, honey dew, orange dan lain lain mengandungi kandungan air yang banyak. Kita boleh mengetahuinya dengan melihat buah mana yang boleh dibuat jus dan buah yang mana tidak. Buah seperti pisang, durian dan sepertinya adalah buahan kering dan ini tidak begitu bagus bagi menurunkan berat badan,


5.       Pengambilan air yang cukup

Badan kita secara amnya memerlukan sekurang-kurangnya 2.5 liter air sehari. Ini bersamaan dengan sebotol besar air yang kita beli d pasaraya. Peranan air adalah amat besar dalam menjaga keseimbangan metabolisma badan dan kekeringan akan mengganggu keseimbangan ini. Selain itu, air adalah bahan yang diperlukan bagi proses ditoksifikasi. Pengenyahan bahan toksik tidak akan dapat berlaku tanpa kehadiran air yang mencukupi.

Postlog..

Informasi diatas sesungguhnya sudah memadai bagi memulakan penurunan berat badan dengan syarat pengamalannya harus dilaksanakan dengan sebenar-benarnya. “Pencurian masa” untuk mengambil bahan bergula dan berkarbohidrat tinggi akan mengakibatkan “ketagihan” kita terhadap bahan bergula ini tidak boleh dikikis. Keadaan ini akan mengakibatkan kita kembali kepada tabiat yang lama dan berat kita akan kembali ke asal. Langkah seterusnya bagi memperolehi berat badan yang ideal adalah dengan senaman. Saya pernah berjumpa dengan Dr Al Sears semasa beliau memberikan kuliah di persidangan anti penuaan di Kuala Lumpur. Beliau adalah salah seorang dari ahli anti penuaan yang melakukan banyak kajian tentang aspek pencegahan penyakit. Bagi beliau, perubatan moden lebih kepada penanganan masalah kesihatan akut yang juga sebenarnya memberi kesan yang negatif terhadap badan. Beliau menyarankan penggunaan bahan-bahan bersifat semulajadi yang terdapat didalam badan kita. Saya akan kongsikan pengetahuan saya yang saya perolehi dari beliau semasa bertemunya setahun yang lalu. Dr Al Sears (www.alsears.com) adalah seorang seorang yang amat menitikberatkan proses perawatan semulajadi. Dari kajian beliau, dia mendapati bahawa tubuh badan manusia sudah di cipta sedemikian rupa dan bagi memastikan ia berada dalam keadaan yang sempurna, kaedah senaman juga harus di adaptasikan dengan kehendak alam. Beliau merangka satu bentuk senaman yang amat mudah di lakukan malah anda boleh lakukan dimana sahaja. Tempuh masa melakukan senaman tersebut harus TIDAK LEBIH dari 12 minit. Kaedah senaman ini di panggil P.A.C.E iaitu singkatan kepada Progressive Acceleration Cardio Exertion. Perhatikan bahawa Dr Sears tidak menggunakan perkataan EXERCISE tetapi menggunakan perkataan EXERTION.

Pada posting yang akan datang, saya akan menjelaskan secara terperinci cara melakukan PACE tersebut. Sekali lagi saya tekankan bahawa geraklaku PACE ini amatlah mudah dan saya pasti kesemua kita boleh melakukan dimana sahaja.

Pepatah Inggeris berkata “Sharing is Caring”. Maklumat yang saya berikan diatas adalah bentuk “caring” saya terhadap semua yang membaca dan berharap ia boleh membantu anda menurunkan berat badan dan seterusnya mengekalkan kecergasan dan kesihatan anda. Saya beryukur kerana dapat berkongsi maklumat ini dengan cara percuma. Cuma kadang kadang barang yang didapati secara percuma ini tidak dinilai sebagai barang berharga dan akhirnya terbiar begitu sahaja. Ini hakikat yang biasa saya temui. Walaubagaimanapun saya percaya anda tidak sedemikian. Saya percaya anda akan memulakan langkah pertama ini dengan mengamalkan apa yang sudah anda ketahui dengan sesungguhnya. Dr Quraish Shihab, seorang pendakwah dari Indonesia selalu berkata, bagi menunjukkan kita bersyukur kepada yang memberi, kita hormati barang yang diberi dengan meletakkannya ditempat yang sepatutnya. Sebagai contoh, jika kita diberi peci (songkok), kita harus meletakkannya di atas kepala dan bukannya dikaki. Orang yang memberi sudah tentu merasa bangga walaupun pemberiannya tak seberapa. Apatah lagi jika ianya sangat berharga. Jadi saya mengharapkan informasi tadi, dapat diletakkan ditempat yang sesuai supaya anda mendapat manfaatnya dan saya juga akan merasa bangga. Kebanggaan saya akan bertukar kebahagiaan sekiranya apa yang anda lakukan menjadi kenyataan dan itulah harga kepada sesuatu pemberian.

Di posting yang akan datang, saya akan menceritakan bagaimana aktiviti fizikal yang mudah dapat membakar lemak semasa anda tidur dan membentuk otot-otot yang kuat dan segar.

Ditulis oleh
Dr Saifuzzaman Yusoff (MD USM)

Friday, November 9, 2012

Memotivasi anak



Setiap ibu bapa inginkan anak mereka cemerlang dalam hidup. Baik di dunia mahupun di akhirat. Akan tetapi kecemerlangan anak itu seringkali diukur melalui aspek akademik di  sekolah. Ibubapa akan mengeluh apabila anaknya tidak cemerlang di sekolah.

Anak-anak yang cemerlang bukannya lahir daripada ibu bapa yang cemerlang sebaliknya mereka lahir daripada ibu bapa yang prihatin terhadap aspek kecemerlangan. Apa yang ibubapa perlu ketahui  adalah corak pendekatan keibubapaan supaya mampu menjadi pendidik, pembimbing, kaunselor, motivator, pemimpin dan malah menjadi hero kepada anak-anak.

Adalah mustahil untuk menjadi ibu bapa yang sempurna tetapi tidak mustahil untuk ibubapa berusaha ke arah kesempurnaan itu.

Untuk mendapatkan tip-tip dan panduan bagi mendidik anak cara positif dan praktikal, cuba dapatkan buku ‘TEKNIK MEMOTIVASIKAN ANAK CARA POSITIF’ yang dikarang oleh Dr Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad. Buku  ini sangat bagus dibaca oleh ibubapa untuk membuka minda agar dapat bertindak dengan lebih bijak apabila menghadapi masalah dengan anak-anak. Harga adalah RM15.00. (Ini iklan tidak berbayar dan makcik tidak makan percent pun mencadangkan buku ini...:-p)



Berikut adalah antara  topik yang terkandung dalam buku ini :-

1.       Jaga Pemakanan

Pemakanan boleh memberi kesan kepada tingkah laku anak. Menjaga pemakanan di sini bukan hanya mengenai pemakanan berkhasiat, tetapi sumber makanan adalah jauh lebih penting. Sumber dari rezeki yang haram seperti mencuri, menerima rasuah, penipuan dan sebagainya haruslah dielakkan.

Rezeki yang halal itu adalah:

- Bukan daripada sumber rasuah
- Bukan daripada sumber judi atau nombor ekor
- Bukan daripada mencuri dan menipu
- Bukan daripada sumber perniagaan yang haram
- Bukan daripada sumber menipu timbangan dalam urusan jual beli
- Tidak mencuri tulang apabila dibayar gaji bekerja 8 jam sehari

Selain punca rezeki ini, peliharalah juga pemakanan yang diberi kepada keluarga baik daripada segi kebersihannya, penyediaannya, kualitinya serta rasanya.

2.       Fokus

Kadang-kadang anak-anak bila diajar ibubapa masih tidak faham walaupun telah diulang 4-5 kali dan menimbulkan perasaan marah. “Kamu ni..kan mak dah diajar tadi, bukak telinga tu betul-betul”.

Masalah anak ini tidak akan selesai jika fokus ibubapa adalah pada anak. Seharusnya ibu bapa perlu memfokuskan kepada punca permasalahan tersebut. Jika masalah datang daripada masalah tumpuan anak yang singkat, cubalah ubah cara mengajar anak. Jika anak tidak mendapat  motivasi daripada keadaan sekeliling, ubahlah tempat belajar anak.

3.       Gunakan Pendekatan Emosi

Kesan emosi terhadap seseorang jauh lebih mendalam berbanding kata-kata. Mereka lebih terkesan dengan emosi daripada kata-kata. Apabila sesuatu keadaan berlaku dan disertai dengan kekuatan emosi kita, maka ia kan lebih terpahat di hati dan tertanam di minda anak.

Maka, apabila ibubapa berdoa, biarkan anak mendengar rintihan kita yang benar-benar ikhlas. Berdoalah dengan jelas dan menggunakan bahasa yang mudah difahami anak. Kelak ia akan menjadikan doa kita sebagai kekuatan mengubah hidupnya.

4.       Menjaga Kredibiliti

Fenomena biasa yang berlaku pada kebanyakan ibubapa adalah anak lebih menurut arahan guru berbanding arahan ibubapa. Ibubapa seharusnya menjana aspek kredibiliti di hadapan anak sehingga menjadi idola kepada anak. Antaranya:

- Tidak menunjukkan kelemahan diri di hadapan anak
- Tunjukkan kehebatan diri
- Akui kesilapan dan minta maaf
- Menjadi contoh
- Mendampingi anak dalam semua perkara
- Cakap serupa bikin
- Berpegang pada janji

5.       Kenali Anak Kita

Ibubapa bertanggunjawab mendidik, membentuk pemikiran dan menentukan masa depan anak. Maka, ibubapa perlu mengenali sikap, sifat, emosi dan pemikiran anak.

Setiap anak adalah unik. Mereka dilahirkan berbeza-beza. Dengan mengenali anak, insyaAllah ibubapa akan mudah mendekati dan membentuk mereka menjadi anak yang berjaya. Kekurangan yang terdapat pada anak bukanlah bermakna anak sudah tiada lagi masa depan. Berikan tumpuan kepada kebolehannya dan bakat anak boleh digilap.

Andai anak tidak menunjukkan kejayaan dalam akademiknya, terimalah anak seadanya. Ramai manusia yang berjaya juga pernah menemui kegagalan. Dan kegagalan itu menjadi titik permulaan dalam mengejar kejayaan.

Hari-hari yang kita tempuhi semakin hari semakin mencabar. Carilah bekalan dunia dan bekalan akhirat selagi termampu.

Wallahu’alam…InsyaAllah