Nuffnang Ads

Thursday, February 28, 2013

Apakah benar khasiat KOPI begini hebat?


Melalui sains, kita belajar bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Hakikatnya, kopi merupakan satu daripada minuman paling digemari di seluruh dunia dan didapati dalam pelbagai perisa seperti Latte, Americano, Cappucino dan Espresso. Kajian mendapati lebih dari 400 million cawan kopi diambil setiap tahun.  Ini menjadikan kopi minuman yang paling popular di dunia. Contohnya di US, 107 juta orang (52% daripada jumlah penduduk) meminum kopi secara rutin  setiap hari. 57 juta yang lain meminum kopi beberapa kali setiap minggu.


Kopi sebagai minuman, pertama kali digunakan oleh ahli-ahli sufi Yaman bagi membantu mereka qiyamullail dan kemudiannya tersebar ke serata tanah Arab. Orang Eropah mula mengenali kopi ketika pertembungan dan pertukaran tamadun di kalangan bangsa Arab dan Eropah semasa zaman gelap Eropah. Malahan sebahagian pengkaji sejarah mengatakan kopi telah memainkan peranan yang besar dalam kebangkitan Eropah (renaissance) kerana sebelum itu orang Eropah rata-rata hanya meminum minuman keras dan sentiasa dalam keadaan yang mabuk atau separa mabuk. Apabila kopi diperkenalkan mereka mula beralih kepada kopi untuk waktu siang dan arak waktu malam dan telah membolehkan mereka berfikir dengan jelas dan membangunkan tamadun.

Apakah di antara kebaikan-kebaikan  kopi.

1.       Hidup lebih Lama

Satu kajian yang dijalankan oleh Institut Kanser Kebangsaan di US mendapati orang yang minum kopi pada kadar keperluan biasa setiap hari, hidup lebih lama berbanding orang yang tidak. Ini adalah berpunca daripada antioksidan yang tinggi dijumpai semulajadi dalam kopi. Kopi juga dapat mengurangkan ketagihan seseorang terhadap rokok.

2.       Mencegah Penyakit

Dalam kajian yang dijalankan di Univeristi Harvard pula, penyelidik mendapati meminum kopi  1-3 cawan sehari boleh memberi faedah kepada kesihatan anda secara dramatik. Sebagai contoh, pengambilan kopi boleh mengurangkan risiko diabetes (kencing manis). Selain itu, dapat juga mengurangkan risiko penyakit Parkinson sebanyak 80%, kanser kolon sebanyak 25% dan kanser payudara sebanyak 40%!

3.       Bersenam

Sebelum anda bersenam di gim atau di rumah, lebih baik anda mulakan nya dengan meminum secawan kopi. Ini kerana, selepas minum kopi, badan akan mengeluarkan hormon endorfin. Endorfin akan meningkatkan lagi prestasi anda serta dapat bersenam dengan lebih baik lagi. Kafein dalam kopi juga dapat meningkatkan tenaga.

4.       Kemampuan Kognitif Lebih Baik

Meminum kopi pada kadar yang betul (1-3 cawan sehari) boleh meningkatkan kemampuan kognitif anda. Penyelidik di California telah menjalankan ujian memori jangka pendek kepada individu. Dikatakan kafein dalam kopii dapat menghalang pembentuk plak beta-amyloid dalam otak, sekaligus menjadikan otak berfungsi dengan lebih baik. Penyakit Alzheimer mungkin boleh dirawat jika ini ada kebenarannya.

5.       Mencegah stroke

Kajian yang dijalankan di Jabatan Perubatan Keluarga di Seoul, Korea mendapati penurunan risiko terkena stroke adalah sebanyak 25% bagi peminum kopi sekurang-kurangnya 1 cawan sehari. Manakala kajian di Finland pula mendapati penurunan sebanyak 12% untuk risiko stroke jika individu mengamalkan minum kopi 4 cawan sehari.

6.       Kesihatan yang lebih baik

Terdapat lebih kurang 1,000 antioksidan yang terdapat dalam kandungan secawan kopi. Antioksidan ini boleh memberi manfaat dalam pelbagai cara. Antaranya adalah dapat membantu menyingkirkan toksin yang mungkin menyebabkan kanser, dapat meneutralkan radikal bebas yang boleh menyebabkan badan anda cepat naik dan masalah kesihatan yang lain.

7.        Mencegah Penyakit Gout

The Nurses' Health telah mengkaji ramai jururawat wanita selama 26 tahun megenai penyakit gout ini. Keputusan menunjukkan jururawat yang kerap meminum kopi sehingga 4 cawan kopi berjaya mengurangkan risiko untuk terkena sakit gout. Antioksidan dalam kopi mengurangkan insulin dalam badan, sekaligus menurunkan tahap asid urik; penyebab kepada sakit gout!



Rujukan: http://www.coffeeandhealth.org/topics/



Monday, February 4, 2013

4th & 5th February

Please Listen...:-)
4th February is my BIRTHDAY and 5th February is my Wedding Anniversary...
Wish me..wish me..wish me then..




Alhamdulillah ...
Syukur ke hadrat Ilahi atas nikmat kasih sayang kepada ku. Alhamdulillah..Sepanjang perjalanan hidup  ini, begitu banyak rahmat dan nikmat Allah SWT berikan kepadaku.  Rahmat yang tidak mungkin ku hitung.  Rahmat ketenangan dalam diri.. Rahmat kecukupan dalam melalui hari-hari yang sukar.. Rahmat dalam pekerjaan.. Rahmat kasih sayang dari keluarga, saudara mara dan rakan taulan.. Rahmat kebahagiaan rumah tangga..serta Rahmat kesihatan diri.

Mudah-mudahan  segala rahmat dan nikmat yang telah diberikan adalah demi kasih sayangNYA kepadaku dan bukan kerana murkaNYA kepadaku.

Ya Allah,
Lindungilah diri ku dari segala fitnah dunia dan kesesatan hati , tidak buta terhadap cahaya iman.
Semoga mata hatiku dapat melihat kebenaran samada yang zahir atau yang batil,
Sentuhlah hati ku ini disaat aku jauh dariMu
Peliharalah imanku di sepanjang perjalanan waktu
Kurniakanlah kepadaku anak-anak yang soleh lagi solehah, yang sentiasa mendoakan kesejahteraan diriku samada aku ada atau tiada lagi didunia ini. Rahmatilah hidupku dan keluargaku agar kami termasuk dari golongan hambaMu yang bersyukur.  
Semoga diriku dan keluargaku sentiasa dibawah limpahan kasih sayangMu,

Aamin..