Nuffnang Ads

Tuesday, April 30, 2013

Hak mengundi hak rakyat



Bahang PRU13 semakin terasa.  Kalau ikut countdown dari sekarang...lagi 5 hari! Setiap pagi  buka pintu rumah, akan ada risalah-risalah ataupun buku-buku kecil dari Parti-parti yang akan bertanding. Poster, banner, bunting wajah-wajah wakil Rakyat yang akan bertanding dilihat dimana-mana. Pagi ini pun di kawasan makcik P-125 nampak banner, bunting, poster-poster semakin bertambah.  

Kemeriahan PRU ini hanya dapat dirasa setiap 5 tahun sekali.  Tidak ada sebab bagi makcik untuk berasa sakit hati ataupun bosan dengan kempen-kempen yang dibuat oleh wakil-wakil rakyat yang akan dipilih ini selagi kempen-kempen berkenaan dijalankan secara harmoni, berhemah dan intelektual. Itu strategi dan usaha mereka untuk memenangi hati rakyat kerana setiap undi rakyat akan menentukan kemenangan ataupun kekalahan mereka.


Media elektronik dan media cetak  di saluran-saluran dan akhbar-akhbar utama sudah pasti dikuasai oleh kerajaan pemerintah sebelum ini.  Itu kelebihan kepada mereka untuk terus berkempen secara mudah. Walau bagaimanapun harus diingatkan rakyat sekarang lebih terdedah secara meluas melalui media sosial di alam maya.  Semua info terletak dihujung jari sahaja. Sehubungan itu, di kawasan-kawasan yang mendapat liputan internet tidak menjadi masalah bagi parti pembangkang untuk menyampaikan manifesto yang hendak mereka perjuangkan. Cuma mereka kena bekerja keras di kawasan pedalaman untuk terus berkempen memenangi hati rakyat.


Sepanjang tempoh berkempen ini, melalui halaman sosial Facebook sahaja setiap masa akan ada status isu-isu politik. Masing-masing samada yang pro kepada BN atau PR terus menjalankan propaganda memperjuangkan pilihan mereka.   Sebagai rakyat yang memerhati dan membaca dari kempen-kempen berkenaan secara  waras dan matang mampu membuat penilaian sendiri samada hendak pro kepada BN ataupun PR.

Kepada diri makcik, yang mengaku beragama Islam sudah tentunya pilihan makcik pemimpin yang punya karisma dalam kepimpinan, agama serta berlandaskan kehendak Allah SWT melalui Al Quran dan Sunnah.

Pastinya pilihan makcik juga kepada yang benar-benar akan menjadi 'YB' iaitu 'Yang BERKHIDMAT' dan bukan kepada yang hanya gila untuk menjadi YB - 'Yang BERHORMAT.

Selamat mengundi dalam PRU13!


NotaPsstt...sebagai warga tetap P-125 sejak 12 tahun lalu...setiap tahun makcik diberi hadiah Hari Lahir oleh 'Ku Nan'.  Rasa-rasanya kene tak tunjuk rasa 'bersyukur'.... :-p



Thursday, April 18, 2013

Kuku dan Kesihatan



Cerita pasal kuku ni…makcik sejak kecil memang diajar untuk menjaga kebersihan kuku. Pantang kuku terjulur sikit emak makcik mula lah keluarkan ‘razor blade’.  Hah..potong kuku guna razor blade? Kenapa tak percaya?  Itulah hakikatnya.  Emak makcik memang tidak pernah menyimpan pengetip kuku.  Dia memang guna razor blade. Tapi emak makcik sebut..‘Pisau belid’ :D    Setiap kali emak makcik memotong kuku, setiap kali tu lah ada perasaan ngeri jugak…takut terpotong jari.  Hihih..

 Ini lah rupanya 'pisau belid' yang emak makcik guna tu.

Bila dah besar sikit, sudah pandai potong kuku sendiri…barulah makcik guna pengetip kuku.  Uish…tak berani lah nak potong kuku guna blade macam tu. Nanti lain pulak yang dipotong.  Yang pasti makcik memang tak pernah simpan kuku panjang sehingga hari ini.


Bila duduk-duduk sambil bersembang..makcik suka perhati kuku pada ibu jari kaki orang yang bersembang.  Ramai jugak yang makcik jumpa  kuku pada ibu jari kaki mereka tidak begitu sempurna berbanding kuku pada tangan.  Bukan apa…bagi makcik, orang yang punya kuku kaki yang sihat biasanya punya kesihatan tubuh badan yang baik. Wallahu a’lam.

Baru-baru ini  makcik ada terbaca tentang  tanda-tanda kuku rosak dan kaitannya dengan penyakit. 

Ada banyak faktor menyebabkan kuku tidak sihat.  Selain trauma kecederaan atau tabiat menggigit kuku, jangkitan juga boleh menjadi satu faktor mengapa kuku tidak sihat.  Fungus pada kuku menyebabkan perubahan warna, tekstur dan bentuk kuku.  Jangkitan bakteria boleh menyebabkan perubahan warna dan jika jangkitan itu serius kita  mungkin hilang ‘nail plate’ (lapisan kuku paling atas).


Keadaan kuku kaki kita boleh dijadikan penunjuk kepada tahap kesihatan kita.
  • Kuku yang berwarna putih -Terdapat kawasan putih pada kuku kaki dan ini mungkin disebabkan oleh kecederaan pada kuku atau  sakit. Ini juga menyebabkan infeksi pada kuku atau psoriasis, tanda sakit hepa (hati), kegagalan jantung atau diabetes. 


  • Kuku yang separuh berwarna pink dan separuh putih -  berkaitan dengan sakit buah pinggang 
  • Nail bed berwarna merah – berkaitan dengan sakit jantung.
  • Kuku berwarna kuning, tebal dan lambat panjang  -Infeksi fungus menyebabkan penebalan kuku kaki yang bertukar warna menjadi kuning. Ini mungkin disebabkan oleh penyakit yang berkaitan dengan sistem limfa, masalah paru-paru atau rheumatoid arthritis. 


  • Kuku berwarna pucat – menandakan kekurangan  darah (anemia). 
  • Kuku berwarna kuning dan sedikit kemerahan di pangkalnya  - berkaitan dengan Diabetes. 
  • Kuku kaki bentuk sudu (melentik) – disebabkan oleh kecederaan pada kuku atau selalu terdedah kepada pelarut berasaskan petroleum yang menyebabkan kuku berbentuk cekung (lentik) seperti sudu, kerana kekurangan iron (ferum). 


  • Permukaan kuku kaki lekuk – ini terjadi kerana terdapat gangguan semasa proses pertumbuhan kuku, yang biasanya disebabkan oleh psoriasis.


Wallahua'lam.  Semoga bermanfaat.

Rujukan - http://diabetes.webmd.com/ss/slideshow-what-your-feet-say?ecd=wnl_hrt_110111