Nuffnang Ads

Thursday, May 23, 2013

Revolusi bersosial melalui sasawang



Makcik mula berchatting melalui internet pada sekitar tahun  2000 iaitu  sejak join MMU. Zaman ini penggunaan  IT telah mula diperluaskan.  Kebanyakan syarikat2 korporat menggunakan IT sebagai alternatif memudahkan pengurusan syarikat.  Setiap kakitangan pengurusan dan pentadbiran diberi komputer untuk menguruskan kerja masing-masing.

Bila sudah hari-hari bekerja dengan komputer, makanya bermulalah era ‘2 dalam 1’…heheh.  Working and chatting (bersembang) come together-gether.   Laman sembang pertama, makcik  guna mIRC. Apa itu mIRC…cuba baca yang ini:

mIRC is an Internet Relay Chat (IRC) client for Microsoft Windows, created in 1995 and developed by Khaled Mardam-Bey. Although it is a fully functional chat utility, its integrated scripting language makes it extensible and versatile.  mIRC has been downloaded over sixteen million times from CNET’s www.download.com service[1]. Nielsen//NetRatings also ranked mIRC among the top ten most popular Internet applications in 2003[2]. It is unknown if the “m” in mIRC stands for anything — Khaled’s personal FAQ explains that “it quite possibly stands for ‘moo’, or perhaps even MU[3]. source here




Cara nak guna mIRC?  Ramai  jer yang bagi tutorial free kat website. Juz  open and go thru. Semuanya diberi tunjuk ajar. Biasanya makcik sangat suka masuk chatroom berunsur kuiz.  Semua yang ada dalam chatroom berebut2 nak menjawab.  Dalam channel  Kuiz di mIRC,  dikendalikan oleh seseorang yang dipanggil BOT.  Bot akan bagi undang2..tak boleh taip sumpah seranah, tak boleh taip lucah dan sebagainya.  Bila ini dilanggar, otomatik kene tendang dari chatroom tersebut.  Jadi kalau nak masuk balik kena lah create nama baru.  mIRC ni ada keunikannya tersendiri.  

Sekitar  tahun  2006  muncul pulak laman sembang Yahoo Messenger (YM).  YM ini perisiannya lebih mudah.  Aplikasi YM juga diupgrade dari semasa ke semasa.  Daripada aplikasi  untuk bersembang saja kepada boleh share main games dengan kengkawan dalam internet, pastu  boleh chat ramai-ramai guna ‘conference’.  Selepas tu lagi boleh chat secara video dgn menambah kamera pada komputer.  Lama kelamaan mula lah bosan...dan cuba-cuba beralih ke laman sosial lain. :-D




Dalam masa guna YM, makcik  pergi juga ke MySpace. Selepas tu ke Friendster.  Tapi kedua-dua ini tidak sesuai dengan jiwa makcik sebab ianya lebih kepada kebudak2an dan keremajaan.  Makcik pulak tentulah dah masuk jiwa makcik-makcik…hahah.  Jadi terus dilupakan dan masih meneruskan bersosial melalui YM sehinggalah muncul Facebook yang sangatlah fofular sehingga kini. Mula-mula dulu kat FB ada ruang komen aje.  Kemudian upgrade lagi…ada window chat. Ermmm…bila semua dah ada dalam FB…tak perlu lah nak lompat ke laman lain.  Lagi satu warga MMU ramai yang guna. Mudah ler nak sampaikan pesanan penaja kalau ada tugasan melibatkan kerja.  Bergosip pun sakan jugak..hahahah. 

Dalam masa yang sama juga makcik aktifkan diri (tak lah aktif mana pun :p) untuk berBLOGGING. Macam rasa ketinggalan pulak kalau tak ada blog sendiri. So makcik mula cari  pakcik Google.com untuk  belajar create blog.    Sekurang-kurangnya boleh jugak membebel tanpa buka mulut.  Bebel lah apa kau suka..tak ada orang kesah pun tapi bebelan dengan jari saja ye. Lepaskan apa yang terfikir di minda. Tapi kena lah ingat, biarlah apa yang kita nak share kan dalam alam maya tu memberi faedah kepada warga laman sasawang.  Berblogging ini menjana minda kita juga.  Sebab kita selalu berfikir apa post yang kita nak update. Jadi kita akan mula mencari-cari ilmu apa yang hendak disampaikan yang boleh memberi manfaat kepada semua orang. Maknanya ilmu kita cari dan ilmu kita dapat kita share. Ermm..dan lagi satu kebaikan yang makcik nampak..kita akan lebih positif dan berfikiran terbuka. Bagi yang minat berniaga pula..akan menjana pendapatan.  Jika sungguh-sungguh memang lumayan.

As time goes by…macam2 sudah media sosial yang muncul. Skype, Tagged, Tweeter, Youtube, banyak lagi. Buatlah pilihan terbaik bila bersosial melalui alam maya ini. Kalau kebaikan yang kita cari maka kebaikan lah yang akan kita dapat. Jika sebaliknya...fikirkanlah sendiri. Jalannya..kita sendiri yang tentukan. Budaya memfitnah juga semakin menjadi-jadi melalui media sosial ini. Janganlah kita juga menjadi antara penyebarnya. Tambahlah saham untuk ke Jannatul Firdausi dan bukan saham ke neraka jahanam.  Renung-renungkanlah.



Friday, May 10, 2013

Menang atau Kalah...adat bertanding



PRU13 sudah pun berakhir..tapi yang makcik nampak demam mereka yang gigih berpolitik masih belum kebah. Masih juga kedengaran cakap-cakap dari pihak yang tidak berpuashati terhadap ketelusan SPR dan parti BN.  Menang ataupun kalah adalah adat dalam sesuatu pertandingan.  Pada pendapat makcik manusia memang sentiasa dalam keadaan lemah dan tidak pernah bersikap adil.  Sudah menjadi seolah-olah satu badi, mereka yang berkuasa sedikit sebanyak tetap akan menindas yang lemah. Bukan saja kerajaan..mana-mana organisasi dan tempat kita bekerja pun fenomena ini tidak akan pernah selesai.

Dengan kemenangan tipis, sekali lagi Barisan Nasional diberikan mandat untuk memerintah Malaysia  dibawah teraju DS Najib sebagai PMnya. Tahniah! Semoga ‘kemenangan tipis’ itu akan membuka mata mereka yang diberi mandat untuk berkhidmat dengan lebih jujur, ikhlas dan amanah dalam menunaikan harapan rakyat.

Kepada yang kalah, usah difikirkan perasaan kecewa.  Teruskan usaha sebagai pihak Pembangkang  dengan berhemah. Itu juga mandat yang diberikan oleh sebahagian rakyat Malaysia. Bergeraklah secara professional memantau pemerintah agar tidak menyalahguna kuasa.  Perjuangan bukan suatu perkara yang mudah.  Sejarah Rasulullah SAW pun telah memperlihatkan perkara ini di mana Baginda mengambil masa dan tempoh yang panjang  untuk berdakwah kepada kaum Bani Israel. Sehingga Baginda wafat tugas itu diambilalih pula oleh para sahabat.

Walau apa pun tindakan samada  dari Kerajaan atau Pembangkang...janganlah memperjudikan nasib rakyat terutamanya generasi akan datang.  Pembentukan sahsiah wajib menjadi asas utama dalam memperjuangkan pembangunan negara.

Dibawah ini makcik ‘copy paste’ dari status FB page En Hasbie Muda yang boleh dijadikan panduan dan iktibar. Credit to En. Hasbie.

Terkenang nasihat Syeikh Mutawalli Sya'rawi (1911 - 1998) kepada Hosni Mubarak. Sesungguhnya ia bukan hanya untuk Hosni tetapi untuk seluruh umat Islam di dunia ini.

"Dan sesungguhnya aku, wahai Tuan Presiden, aku berdiri di sudut ini untuk menerima pahala dari Allah. Aku tidak menghabiskan sisa-sisa hidup aku menjadi munafiq. Aku tidak akan mempamerkan diri aku ini dengan perkara-perkara yang menipu. Tetapi aku ingin memberitahu satu perkara kepada umat semuanya. Sama ada daripada pihak kerajaan atau parti pembangkang ataupun penyokong dan bangsa.

Aku meminta maaf jika aku ucapkan sesuatu yang kamu semua tidak suka. Aku ingin semuanya tahu bahawa kekuasaan itu di tangan Allah. Allah memberi kekuasaan kepada sesiapa yang Dia suka. Maka janganlah ada komplot untuk mendapatkan kekuasaan itu. Dan janganlah ada tipu helah (penipuan) untuk sampai kepadanya (kekuasaan).

Allah Taala telah menceritakan dialog antara Namrud dan Nabi Ibrahim. Apa yang Allah Taala kata?

“..Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya (sedangkan dia dalam kekafiran), kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan (Namrud)…” – (Surah al-Baqarah:258)

Maka kekuasaan itu Allah diberi kepada sesiapa yang dia mahu. Maka jangan kamu melakukan tipu helah terhadap Allah. Dan jangan kamu membuat komplot (penipuan) terhadap Allah. Kerana seseorang tidak akan mendapat kekuasaan di dalam kerajaan Allah kecuali dengan kehendak Allah.

Kalau dia seorang yang adil, maka manusia akan mendapat manfaat dengan keadilannya. Dan sekiranya dia seorang yang zalim, maka dia menjadi hodoh dengan kezalimannya dan Allah akan menjadikannya buruk di dada-dada manusia. Maka disebabkan Allah menjadikan dia buruk di dada manusia, rakyat akan membenci setiap orang yang zalim walaupun dia tidak terlintas membenci pemerintah itu.

Aku berkata kepada kamu sekalian, Alhamdulillah, telah jelas kebenaran pada kata-kata Tuhan berdasarkan dengan peristiwa-peristiwa yang telah terjadi. Bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah :

“..Wayamkuruuna wayamkurullah..” (dan mereka merancang perkara yang jahat dan Allah juga turut merancang).

Dan bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah :

“..Innahum yakiidunakaidan wanakiiuunakaida..” (Sesungguhnya mereka membuat tipu daya dan Allah membuat tipu daya juga).

Siapa yang terlintas di dalam kepalanya untuk menjadi pemerintah, aku nasihatkan supaya dia jangan meminta-minta. Akan tetapi menjadi kewajipannya menjadi pemerintah ketika mana dia dilantik.

Sabda Rasulullah salallahualaihi wasalam;

“..Siapa yang dilantik untuk sesuatu perkara, maka dia akan ditolong oleh Allah. Dan sesiapa yang meminta-minta sesuatu perkara, maka perkara itu akan menjadi beban kepadanya..”.

Wahai Tuan Presiden, aku ingin katakan satu perkara kepada engkau, mungkin ini adalah pertemuan terakhir kita! (Sheikh Mutawalli Sya’rawi memegang bahu presiden Mesir dan berkata;)

“..Jika nasib kami bergantung kepada engkau, moga-moga Allah memberi taufiq (menunjukkan kepada kamu jalan yang benar). Dan jika nasib kamu bergantung kepada kami, moga-moga Allah menolong kamu untuk menanggung beban (untuk menghadapi kami)..”.