Nuffnang Ads

Wednesday, June 19, 2013

Kasih emak




Kasih emak
tiada tandingan
sayangnya emak tiada sempadan
cintanya emak bukan bohongan
kerana kami dikasih, disayang, dicinta
penuh keikhlasan

Kasih emak
tak dapat diungkap
tingginya tak dapat dijangkau
dalamnya tak dapat diselam
namun emak
tak pernah mengharap balasan

Kasih  emak
kasih sejati,
sayang emak tetap abadi
walau hadir sederhana
namun penuh bermakna




Friday, June 14, 2013

Rawan :'(




Entah mengapa di hari-hari menjelang ketibaan Ramadan ini hati terasa sayu. Pemergian arwah telahpun melangkaui 2 tahun setengah.  Terus terang makcik sangat merindui arwah. Bukan tidak mahu menerima hakikat. Bukan. Makcik terima semuanya dengan redha.. Cuma ada masa-masa ada perasaan yang terkilas di lubuk hati dan sanubari. Rasa ini hadir tanpa diundang. Rasa rindu yang teramat. Rindu bual bicara arwah kerana arwah memang suka bercerita. Ada saja topik untuk dijadikan bahan bercerita.

Walau kemana kaki ini melangkah, ingatan pada arwah sentiasa di kotak fikiran. Setiap orang yang kita sayang, sudah pasti akan pergi  bila Allah SWT mengkehendaki. Sama ada diri kita yang meninggalkan atau kita yang ditinggalkan untuk  bertemu dengan Yang Maha Pemberi Kasih Sayang itu.



Hanya doa dan kiriman Al Fatihah saja yang dapat dilakukan tatkala hanyut dengan tuntutan duniawi. Semoga roh arwah dicucuri Rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.




“Ya Allah. Kau Ampunilah dosa kedua ibubapaku ya Allah dan sayangilah mereka sebagaimana mereka memelihara dan menyayangi diriku ini semasa aku masih kecil. Ampunilah dosa kedua ibu dan bapaku ya Allah. Dosa yang kecil dan juga dosa yang besar, dosa yang Awal dan juga dosa yang Akhir, dosa yang terang dan juga dosa yang tersembunyi. Dosa yang sengaja dan juga dosa yang tidak sengaja. Sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa melainkan Engkau Ya Allah. Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang”. 

Amin Ya Rabbal Alamin.

 "There are no perfect fathers. But a father will always love perfectly.  Remember to care for those who care for you."


Note:  Lagu nyanyian Azharina ini pernah jadi lagu feveret satu ketika dulu.. :'(