Nuffnang Ads

Thursday, July 18, 2013

Tips untung di dunia dan untung di akhirat



Untungnya andainya  kita tergolong antara  mereka yang beriman. Tips untuk mendapat keuntungan ini dijelaskan oleh Allah SWT  melalui  Surah Al Mukminun  dari ayat 1-9. Keuntungan samada di dunia dan juga di akhirat. MasyaAllah.

Surah Al Mukminun (ayat 1-11)




Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. (1) Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. (2) Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. (3) Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu). (4) Dan mereka yang menjaga kehormatannya. (5) Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. (6) Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas. (7) Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya. (8) Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya. (9) Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi. (10) Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya. (11)

Apakah tips-tips yang terkandung dalam Surah Al Mukminun itu yang menjadi spesifikasi keberuntungan  kepada individu muslim?

  1. Orang yang khusyuk dalam solat mereka.
  2. Orang yang menjauhkan diri dari segala yang sia-sia 
  3. Orang yang menunaikan zakat 
  4. Orang yang menjaga anggota kelamin mereka 
  5. Orang yang menjaga kemaluannya 
  6. Kecuali terhadap isterinya atau hambanya 
  7. Orang yang tidak berzina dan tidak melampaui batas 
  8. Orang  yang menjaga amanat dan janji 
  9. Orang yang memelihara solatnya.

Semuanya telah dijelaskan dengan nyata. Itulah gambaran sifat-sifat syaksiah seorang individu mukmin pada paras yang paling tinggi.  Semua sifat-sifat itu dimiliki oleh Rasulullah SAW yang mana Allah SWT telah mendidik baginda dengan sebaik-baik didikan. Allah menjanjikan Jannatul Firdausi yang kekal kepada seseorang mukmin itu  jika segala tips yang dijelaskan dijaga sebaiknya.

Siti Aisyah r.a. pernah ditanya tentang akhlak Rasulullah SAW.  Jawab beliau, “Akhlaknya ialah Al Quran” kemudian beliau membaca ayat 1 hingga ayat 9 dari Surah Al Mukminun dan berkata: “Demikianlah akhlak Rasulullah s.a.w.”. (HR al- Nasa'i)

Tujuan di sebalik hidup kita sekarang ini  adalah Syurga Firdausi, Jannatun Na'im. Hidup seorang mukmin adalah kebahagiaan ‘hari ini’ dan ‘hari esok’.  Apa yang kita kerjakan  di dunia,  itu yang menentukan nasib di akhirat. Amalan, usaha, menderma dan berbakti  semasa hayat adalah bekalan untuk akhirat. Apakah ‘cita-cita’ yang besar ini, boleh kita capai? Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui perencanaanNYA terhadap kehidupan kita.  Sememangnya sebagai manusia biasa, perancangan kita tidaklah sempurna tetapi kita mampu berusaha untuk menuju kepada kesempurnaan yang sebenar.

Dasar  akal fikiran yang bertonggakkan kebenaran dan kepercayaan, tidak  kira umur dan waktu, seseorang mukmin tidak akan cemas jika menutup mata sebelum cita-cita tercapai.

Wallahua’lam.

Wednesday, July 10, 2013

Ramadan datang lagi - 1434H






Ramadan datang lagi., Semoga bulan yang penuh dengan keberkatan ini memberi nikmat kepada kita semua.

Selayaknya kita bersyukur dengan nikmat kehidupan yang dikurniakan Allah SWT pada hari ini kerana masih diberi kesempatan menghadirkan diri pada Ramadan kali ini.  Kita tidak  pernah tahu berapa lama lagi umur kita dan adakah kita akan sampai kepada Ramadan yang berikutnya.  Semoga kita terus berada dalam rahmat dan lindungan Allah SWT sebagai hambanya.

Semoga permulaan berpuasa hari ini akan berjalan lancar dan kita semakin bersemangat dalam menunaikan ibadah wajib ini dalam memenuhi tuntutan agama.. Setiap perkara yang dibuat tidak akan rasa berat jika dibuat dengan berlapang dada. 

Buat semua ahli keluarga, rakan taulan serta kenalan Salam Ramadan dan Selamat Bepuasa!






Monday, July 1, 2013

MMU Airlines :-p


Well..hari ini 1 Julai 2013. The day untuk event MMU Award. The day which MMU 'verangans'  macam  ada airlines sendirikkk.  Memang tak boleh blahh..heheh. Award? Ermm...tak tau tahun bila makcik boleh tempah nama untuk rangkul MMU Award tu...tapi boleh 'verangan' dulu ambik feel  :-p

Bukan semua staff turut serta dalam event ini.  For those who are invited sahaja akan dapat email.


Dear Valued Customer,

Thank you for choosing MMU Airlines.

Please ignore our reservation confirmation as emailed to you earlier.

We would like to reconfirm your reservation as below :

BOOKING CONFIRMATION

Outbound : Mon, 1 Jul 2013, 14:00
(Note : Melaka Passengers - Shuttle service shall depart from Melaka at 10am. Pick-up point : President's Square )

AIR ITINERARY AND BOARDING PASS

Please find attached your Air Itinerary and Boarding Pass. Do present your Boarding Pass to the in-charge crew at the 'Check In' Counter.

ATTIRE
You are encouraged to put on any flight crew's attire of your preference.

Together we will fly high!

See you on board !


Siap dengan  BOARDING PASS lagi. Yang sangat tak boleh blah tu..attire..'You are encouraged to put on any flight crew's attire of your preference.'

Harus lah ramai staff MMU yang dok kelam kabut nak cari flight crew's attire.  Hahah.. Harus lah jugak ramai yang berangan...feeling Pilot, Steward or Stewardess..paling tidak pun jadi Front service staff, Ticketing line.  Lantak korang lah nak jadi apa pun. Yang pasti bukan makcik..Juz put on whatever costume regardless. Atleast kalau boarding pass tu dah menunjukkan  'Business class'...faham-faham ajelah kan..