Nuffnang Ads

Tuesday, September 24, 2013

Bersyukur

Membaca status Ustaz Muhd Kamil Ibrahim di wall FB pagi ini tentang bersyukur...mengingatkan makcik kepada satu status di wall FB juga...yang makcik pernah baca sebelum ini. Status ini datangnya dari seorang individu yang terpelajar yang setiap hari mencurahkan khidmat bakti sebagai tenaga pengajar kepada generasi Y.


Pada makcik, manusia ini perangainya bermacam-macam.  Cara pemikiran antara individu dan individu yang lain pun bermacam-macam. Bila kita mendedahkan diri di laman-laman sosial, bermacam-macam status jugak lah yang akan kita nampak dan baca. Itu adalah cara masing-masing melepaskan apa yang terbuku dalam fikiran ataupun benak mereka.

Yang suka berniaga..status FB akan penuh dengan gambar-gambar produk niaga mereka.  Tak secara langsung akan nampak juga di wall FB kita...yang termasuk dalam senarai rakan mereka. Dari tudung, kain, produk kecantikan, supplement untuk kesihatan dan apa sahaja.

Yang stress..status nya akan lebih kepada meluahkan perasaan yang tertekan. Begitu juga yang suka kepada hal-hal politik. Bab suka memasak pulak..akan penuh wall dengan gambar hasil masakan mereka.

Apa pun keadaan, jadilah manusia yang berfikiran positif.  Kalau kita tidak suka sekali pun, kita ada pilihan. Kalau tak mahu wall laman sosial FB kita semak dengan status yang agak-agak menyakitkan mata..tekan sahaja butang  hide. Yang terkini klik pada 'I don't want to see this'. Maka..hilanglah ia dari pandangan. Ini lebih baik dari kita mengomen, perli memperli dengan rasa sakit hati. Daripada komen itu juga, individu lain tidak secara langsung boleh membaca sikap kita.

Dalam melibatkan diri dengan laman-laman sosial ini, yang penting kita perlu lah ada sikap TOLERANSI dan SABAR. Manusia memang punya macam-macam ragam. Ustaz-ustaz pun ramai yang sudi berkongsi pandangan dan nasihat. Jadi..ambil lah iktibar dari setiap keadaan. Cuba teliti apa kata Ustaz Muhd Kamil Ibrahim ini...


Yang baik dijadikan tauladan. Manusia bukan maksum tetapi sebagai manusia kita mampu belajar dari setiap sudut untuk memperbaiki diri sendiri.  Peringatan buat diri makcik jugak.  Makcik pun tak terkecuali. Ada masa-masanya suka jugak letak status merepek ni. Bukan apa..sekadar memeriahkan suasana. :p


Friday, September 20, 2013

Mau ke mana ya buk!



Well…kepada yang tidak tahu nak bawa anak-anak berjalan ke mana  weekend ni..boleh lah menyibukkan diri ke Putrajaya.  Ada  BACKYARD MONSTER & DINASOUR.  Pameran ni  laaaaama lagi baru tamat…2014! 


 Apa yang ada di sini…sila lah 'go thru' pic kat bawah ni. :D


 

 




Dalam banyak2 tu..tetiba pulak ada kasut gergasi... :D





KENAPA SYIAH DI TOLAK!


Salam Jumaat yang barakah buat semua.  Dah lama tak post entri berunsur keagamaan. Bukan tak ada idea tapi dua tiga menjak ni rasa macam semangat berblogging jatuh merudum. :p

Semalam  MMU mengadakan program Ceramah Agama bertajuk PENGARUH SYIAH.  Malangnya makcik tak berkesempatan untuk hadir ke ceramah berkenaan.  Namun pihak organizer mengambil inisiatif mengedarkan pamphlet mengenai  KENAPA SYIAH DITOLAK. 





Ini bukan  masalah kezaliman bangsa  tetapi ianya adalah masalah thaghut terhadap mereka yang beriman. Jika  kita tidak arif memilih mana yang benar, kita punya kemampuan menolak mana yang sudah nyata batil. Biarlah kecintaan kita terhadap kebenaran mengatasi kebencian kita terhadap kemungkaran.








  “Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. Bagaimana Allah akan memberi petunjuk hidayat kepada sesuatu kaum yang kufur ingkar sesudah mereka beriman dan juga sesudah mereka menyaksikan bahawa Rasulullah (Nabi Muhammad) itu adalah benar dan telah datang pula kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk hidayatNya kepada kaum yang zalim”.  -   (Surah Ali Imran, ayat 85 dan 86)

 “Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun)”. (Surah Al Baqarah, ayat: 17)

Keselamatan hati tidak akan sempurna sebelum terhindar dari 5 perkara :

1.  Syirik yang menodai tauhid
2.  Bid'ah yang jauh dari sunnah
3.  Nafsu yang melanggar perintah
4.  Kelalaian yang menghilangkan zikrullah
5.  Cita-cita  yang mengotori keikhlasan.

Sesungguhnya banyak jurang  yang kita harus waspada dalam meneruskan perjalanan kehidupan yang penuh dengan fitnah dan tipu daya ini.  Gunakan sepenuhnya akal yang sihat dan kudrat kita daripada terjerobos ke jurang berkenaan.

Oleh yang demikian, SUBURKAN HATI DENGAN IMAN, UBATI HATI DENGAN AL QURAN.

Wallau a’lam.