Nuffnang Ads

Thursday, October 17, 2013

Sedekah atau Wakaf?


Menonton rancangan Tanyalah Ustaz' di TV9 oleh Ustaz Ibnu Hubain Abdul Aziz (muda belia lagi ustaz ni)...terpanggil untuk kongsikannya di blog. Tajuknya, SEDEKAH atau WAKAF? 

 “Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?  Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)." - (Surah As-Saff, ayat 10 -11) 

Samada kita memilih melakukan sedekah atau wakaf, kedua-duanya adalah jihad ke jalan Allah (dengan jiwa dan harta). Menentang nafsu sendiri untuk mengawal harta juga adalah satu jihad. Untuk menonton, boleh klik di sini.

Contoh insan yang telah dijanjikan syurga yang tunduk terhadap kehendak nafsu kerana hartanya adalah salah seorang sahabat Nabi SAW, Talhah bin Ubaidillah. Beliau menangis kerana hartanya yang banyak.

Saidina Ali bin Abi Talib meriwayatkan, dia mendengar Rasulullah SAW bersabda, maksudnya, "Talhah dan Az Zubair adalah jiran aku di syurga" - (Riwayat At Tirmidzi, Hasan) 

Kisah sahabat Nabi, Saidina Ali bin Abi Talib  bermula dengan 6 dirham boleh dijadikan contoh untuk merangsang kita untuk melakukan amal kebajikan, termasuk bersedekah atau memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Maksud dalam Surah Al-Baqarah, ayat 261, “Bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai;  tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.  Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya.”

SEBAIK
pulang dari rumah Nabi Muhammad SAW,  Ali bin Abu Talib menemui isteri tercintanya, Fatimah Az-Zahra dan bertanya,   “Wahai wanita mulia, adakah kamu mempunyai makanan untuk suamimu?”
Fatimah menjawab,   “Demi Allah, saya tidak mempunyai makanan  sedikit pun. Tetapi ini ada 6 dirham yang saya terima daripada Salman (Salman Al Farisi) sebagai upah memintal.   Saya mahu belikan makanan untuk Hassan dan Husain.”  Ali berkata,  “Biar saya sahaja yang pergi membeli makanan.”

Fatimah segera menyerahkan 6 dirham itu kepada suaminya.  Ali keluar lagi bagi membeli makanan.
Di tengah jalan, Ali bertemu seorang lelaki yang berkata,  “Siapa yang mahu memberikan pinjaman kepada Tuhan yang Maha Pengasih dan selalu menepati  janji?”

Tanpa berfikir panjang ,  Ali menyerahkan semua wangnya sebanyak 6 dirham kepada lelaki itu. Lalu dia pulang dengan tangan kosong.   Fatimah, yang melihat suaminya pulang tanpa membawa makanan, menangis.

 Ali pun bertanya,  “Wahai Fatimah mengapa kamu menangis?”

“Wahai suamiku, kamu pulang tanpa membawa apa-apa”,   kata Fatimah.

Ali menjawab,  “Aku meminjamkan wang itu kepada Allah.”

Mendengar jawapan itu, Fatimah berkata, “Sekiranya begitu, saya menyokong tindakanmu.”

Ali kemudian keluar rumah lagi dan berniat hendak menemui Nabi Muhammad SAW.   Di tengah jalan seorang Arab Badwi yang sedang menuntun seekor unta menghampirinya  dan berkata,  “Wahai Aba-al Hassan, belilah unta ini.”

Ali berkata, “Saya tidak mempunyai wang.”

“Kamu boleh membayarnya pada bila-bila masa,”  kata Badwi itu.

“Berapa harganya?”  tanya Ali, menunjukkan minat.

“Tidak mahal, 100 dirham sahaja,”  jawab Badwi itu.
“Baiklah,  saya beli,” kata Ali yang kemudian meneruskan perjalanannya menuntun unta.

Baru beberapa langkah Ali berjalan, seorang Badwi lain menghampirinya dan bertanya,  “Hai Abu Hassan, adakah kamu hendak menjual unta ini?”

“Ya,” jawab Ali.

“Berapa?” tanya Badwi itu          

“300 dirham,” jawab Ali.

“Baiklah saya beli,”  kata Badwi itu dan terus memberikan wang 300 dirham kepada Ali.

Ali segera pulang ke rumah kerana hendak menceritakan peristiwa itu kepada Fatimah. Setibanya di rumah, Fatimah bertanya, “Apa yang kamu bawa itu wahai Abu Hassan?”

“Wahai Fatimah, saya membeli seekor unta dengan harga 100 dirham, kemudian saya menjualnya dengan harga 300 dirham,” jawab Ali.

Seterusnya Ali pergi menemui Nabi Muhammad SAW  di masjid.   Melihat Ali sampai di masjid,  Nabi SAW  tersenyum dan berkata,  “Wahai Abu Hassan,  adakah kamu mahu bercerita ataupun biarkan saya sahaja yang bercerita?”

“Kamu sahaja yang bercerita, wahai Rasulullah,” kata Ali.

“Hai Abu Hassan, tahukah kamu siapa orang Badwi yang menjual unta dan Badwi yang membeli unta daripada kamu tadi?”

Ali menggeleng,  “Tidak, Allah dan rasul-Nya yang lebih tahu.”

Nabi Muhammad SAW  menjelaskan,  “Berbahagialah kamu.  Kamu meminjamkan  6  dirham kepada Allah.  Allah memberikan kembali kepadamu 300 dirham.  Setiap 1 dirham mendapat ganti 50 dirham.

“Orang Badwi yang pertama menemuimu itu adalah malaikat Jibrail dan yang kedua adalah malaikat Mikhail.” 

Sifat suka bersedekah dan memberi pertolongan kepada orang yang memerlukan (sedang dalam kesusahan) adalah satu sikap yang mulia.


Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud, “1 dirham mengatasi 1000 dirham.”

Para sahabat bertanya, “Bagaimana berlaku demikian, ya Rasulullah?”

Rasulullah SAW. menjawab, “Seorang lelaki ada 2 dirham, lalu disedekahkannya 1 dirham yang paling baik. Seorang kaya mengeluarkan dari hartanya yang banyak dan disedekahkan 1000 dirham. Maka 1 dirham itu lebih baik.”

Bermakna 'nilai' sedekah ketika susah lebih bernilai disisi Allah SWT daripada sedekah orang kaya yang memberi dan  tidak mendatangkan apa-apa kesusahan kepadanya.

Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah S.A.W.  bersada yang maksudnya, "Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu satu kerumitan dari kerumitan akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya didunia dan diakhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutup keaibannya didunia dan diakhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya."  -  (Hadis Riwayat Muslim)


Gambar sekitar ibadah korban di Surau Al Hidayah, MMU, Cyberjaya.





Wednesday, October 9, 2013

dulu Ultraman..la ni beralih arah

Haish...pantang singgah kedai...mata melilau mencari-cari. Yang kempis dompet FAMA (Father + Mother). Kegilaan terkini si bongsu...robot B-DAMAN.


Wednesday, October 2, 2013

Mampu atau MAMPUS milik?

Mengikut standard terkini rumah mampu milik dengan keluasan 800 k.p.s. apartment  adalah RM300,000.00 +++. 



Berita selanjutnya, sila rujuk di sini.

#Wordless Wednesday


Copy paste dari sini.

Tuesday, October 1, 2013

Lelaki ini.. :p

Bila membaca satu artikel ini, membuat makcik tersenyum sendiri. Ingatkan kaum wanita saja yang ada perasaan rendah diri atau inferiority complex (terimbas pulak wajah cikgu makcik masa darjah 5, insan yang introduced word ini)  bila mempunyai fizikal kononnya tidak lawa, cantik, anggun dan apa saja lah yang sewaktu dengannya. Antara sebab mengapa majoriti kaum wanita sanggup berhabis-habisan wang ringgit semata-mata nak top up krim muka ataupun bedak asas setebal 2"  kelihatan lebih lawa, lebih cantik, lebih anggun dan lebih bergaya walaupun cantik itu palsu belaka. :D

Jangan tak tau, sekarang ni kulit yang gelap dan berjerawat boleh jadi cerah, licin dan gebu. Yang terhangat di pasaran...apa sahaja produk yang berkaitan dengan kolagen. Dikatakan kolagen mengandungi antioksidan yang sangat tinggi. Melambatkan penuaan dan juga mencerahkan kulit. Wallahua'lam.

Jom kita baca apa kata LELAKI  ini pulak dalam satu artikelnya..Lelaki ini seorang kolumnis dalam Sinar Harian.



WANITA LEBIH SUKA LELAKI HITAM
MUHAMAD MAT YAKIM
23 Mac 2012

Setiap kali ke luar negara, terasa sangat diri saya tidak kacak apabila dikelilingi lelaki-lelaki asing. Bukan pula mahu berkata di dalam negara saya perasan kacak, namun di sana, tahap keinsafan betapa tidak kacaknya saya lebih memuncak.

Saya pernah ke Jordan di mana lelaki-lelakinya tua dan muda sentiasa berjaket. Ya, gaya mereka sangat western. Walaupun Arab, kebanyakan lelaki Jordan lebih bergaya koboi. tidak seperti di Saudi atau Kuwait.

Di Iran pun begitu juga. Dikelilingi mereka, saya terasa seperti kambing gurun yang diletak sekandang dengan biri-biri Australia. Oh! Begitu terasa ...

Seorang lelaki Iran, yang berumur 70 tahun, pun saya berasa jauh lebih kacak berbanding diri saya yang baru ‘sweet 41’ ini.

Di Israel, yang lelaki-lelakinya seantero dunia pun tahu betapa kejamnya mereka, pun juga lawa belaka. Tidak hairanlah kerana mereka sememangnya daripada keturunan Nabi Yusuf yang terkenal sebagai antara manusia yang paling ‘ganteng’ pernah lahir di muka bumi.

Dalam kitab pun ada disebut, wanita Mesir pada zamannya sampai terpotong jari dek terpesona dengan kekacakan Nabi Yusuf. Kerana itu, meskipun Yahudi hari ini dipercayai bukan lagi asli waris Nabi Yaakub,
namun sedikit sebanyak warisan kekacakan itu masih tinggal..

Ya, negara yang membuatkan saya tidak begitu terasa rendah diri setiap kali dikunjungi hanya jiran tetangga kita. Sekurang-kurangnya apabila berada di Jakarta, Jogja atau Bandung, saya masih boleh berasa sedikit ‘lebih’ berbanding lelakinya. Itu pun janganlah dibandingkan dengan Once atau Airel Peterpan, habislah saya!

Ketika di Phnom Penh, apabila ada wanita bergaun kembang dan memakai topi lebar ala Perancis tersenyum, saya tidaklah sampai menoleh sekeliling untuk mencari kalau-kalau senyumannya itu ditujukan kepada orang lain.

Minggu lalu, ketika bersiar-siar di Piccadilly Garden di kota Manchester, United Kingdom, sekali lagi rasa rendah diri atas sebab yang sama, menyelubungi diri saya. Setiap kali berselisih dengan lelaki kulit putih di jalanan membuat saya rasa comot dan boyot.

Hinggalah kemudiannya, ketika melayan ‘jetlag’ di bilik hotel dengan melayari Internet, saya terjumpa maklumat yang sangat melegakan. Ia berkaitan dengan kajian sekumpulan saintis di sebuah universiti di Toronto, Kanada yang diketuai pakar sosiologi, Dr Shyon Baumann, yang mendapati lelaki berkulit hitam atau gelap dianggap seksi dan disukai wanita.

Menurutnya, memang satu perkara yang biasa apabila lelaki lebih meminati wanita berkulit cerah manakala wanita pula cenderung untuk memilih lelaki berkulit hitam.

Lelaki dikatakan sering mengaitkan wanita berkulit putih bersih lagi gebu sebagai lambang kesucian, baik budi pekerti, berakhlak mulia dan lemah lembut. Manakala wanita pula ramai yang menganggap lelaki kulit hitam sebagai penuh misteri, rakus, lasak, bahaya yang kesemuanya boleh disimpulkan sebagai seksi dan mempunyai pesona syahwat yang kuat.

Bagi kebanyakan lelaki kata Dr Baumann, meskipun mereka mempunyai latar belakang yang berbeza, budaya yang tidak sama, namun dari segi perhatian terhadap wanita, mereka tetap mempunyai persamaan iaitu wanita yang berkulit putih dan berambut perang dianggap paling menawan.

Berbekalkan kefahaman itu, esoknya saya turun dari bilik ke lobi hotel dengan penuh semangat.

Saya cuba mencari perhatian dengan memberikan senyuman semanis mungkin setiap kali berselisih dengan wanita kulit putih, termasuk ketika berada di kafe hotel.

Akhirnya seorang rakan yang tahu akan motif saya, mengingatkan: “Sedarlah sikit bro, yang kajian itu kata, lelaki kulit gelap, kulit hitam, yang engkau tu sawo matang ...”
“Oh! Ya tak ya jugak.”

 ‘Awan nano’ itu pun datang semula menyelebungi saya ...

Entry ini adalah hasil copy paste dari sini.