Nuffnang Ads

Friday, November 22, 2013

Setiap Musibah itu ada Hikmahnya


Pagi ini makcik dikejutkan dengan berita salah seorang kakitangan di pejabat makcik telah ditimpa musibah di mana rumah keluarganya telah hangus dalam kebakaran.  Kejadian berlaku pada pukul 5:00 petang semalam  (21/11/2013).  Makcik dimaklumkan bahawa keluarganya telahpun  membuat persiapan  untuk mengadakan kenduri berkhatan musim cuti sekolah ini.  Malangnya, semuanya telahpun hangus dijilat api.  Semoga  mereka sekeluarga bersabar dengan ujian yang menimpa.





Gambar rumah keluarga staf berkenaan selepas kebakaran

Berita selanjutnya boleh dibaca di sini.

Dalam kehidupan,  manusia  memang tidak dapat lari daripada menerima ujian dari Allah SWT.  Bagaimana pun setiap ujian itu  mempunyai pelbagai hikmahnya. Allah SWT menguji hamba-Nya dengan penyakit, bencana, kekurangan harta, kematian, kekayaan dan sebagainya untuk melihat sejauh mana tahap keimanan seseorang.  

Rasulullah bersabda yang bermaksud,  "Apabila Allah menyayangi seseorang hamba-Nya,  Allah menguji dengan kesusahan sama ada pada diri, keluarga, anak mahupun pada harta supaya dibersihkan daripada dosanya. Sekiranya dosa masih ada Allah akan membuatkan matinya menjadi susah supaya apabila bertemu Allah dalam keadaan tidak berdosa."

Maka nilai kesabaran dan reda ketika menerima ujian akan dinilai Allah SWT sebagai penghapusan dosa.  Jauhi sikap putus asa supaya kita mampu bangkit semula setelah menghadapi sebarang ujian dan musibah. Disamping berdoa kita juga perlu berusaha keras menyelesaikan masalah yang dihadapi. Hanya kepada Allah tempat kita kembali merayu kerana Allah SWT  tidak pernah jemu mendengar rintihan hamba-Nya.

“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…     (Surah Al-Baqarah,  ayat: 286)

Semoga dengan apa pun musibah, lihatlah musibah itu sebagai ‘HADIAH’ dari Allah SWT untuk kita tabah menghadapi setiap kepayahan.  Secara halus sebenarnya ianya adalah satu nikmat, kasih-sayang, teguran, tarbiyyah (didikan) dan rahmat dari Allah SWT!

Wallahua’lam.

Thursday, November 14, 2013

Tiada sebab berlagak sombong



Copy Paste dari dinding mukabuku buat pedoman untuk diri
sendiri, keluarga dan rakan-rakan




 “Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang”.  
-  (Surah Al  Isra’, ayat : 37)


“Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.”
-  (Surah Luqman, ayat :18)





Wednesday, November 13, 2013

Juz look n smile



Semalam  bila  membaca  satu berita di ruang sesawang MAIL ONLINE NEWS, buat makcik tersenyum.  Senyum bukan sebab berita berkenaan tapi sebab nama yang terpapar dalam berita itu. Makcik pun sharekan juga di dinding mukabuku makcik.  Untuk bacaan selanjutnya boleh rujuk di sini


Bila sudah dikongsi di dinding muka buku, ada rakan makcik komen dan kongsikan beberapa nama lain, ‘demi membuktikan bahawa dunia ini penuh dengan kejutan’.   Then dia nasihatkan makcik, ‘just look ‘n’ smile’.   Jom tengok..



Friday, November 8, 2013

“Abang..jangan lupa tau..malam ni malam Jumaat”




Pagi ini sambil bersarapan di pantry pejabat, salah seorang staff lelaki di office makcik menunjukkan MMS yang diterima mengenai lawak malam Jumaat.  MMS memaparkan gambar seorang gadis yang sedang berkata, “Abang..jangan lupa tau..malam ni malam Jumaat”.  Tak pasal-pasal siapa yang ada dalam pantry hari ini  kena tadah telinga. Makcik pun mulalah buat intro ala-ala ustazah SNB (Siti Nor Bahyah) bagi ‘Tazkirah’ malam Jumaat tersebut.  Harap-harap tak ada telinga yang menanah.  Hahahah..

Sebelum ini makcik ada terbaca mengenai isu ‘menggauli’ isteri pada malam Jumaat dalam blog entry seorang blogger di sini.

Memang wujud hadis mengenai sunnah menggauli isteri pada malam Jumaat. Tapi sila baca sehingga habis hadis tersebut dan fahamkan sedalam-dalamnya. Ada benarnya seperti yang diperkatakan oleh blogger tersebut di blognya. Untuk mendapatkan ganjaran ‘sunnah’ malam Jumaat itu, jangan hanya melunaskan Part 1 sahaja. Ada lagi sambungannya..Part 2, Part 3 dan Part 4.

“Barangsiapa (yang menggauli istrinya) sehingga mewajibkan mandi pada hari Jum’at kemudian diapun mandi, lalu bangun pagi dan berangkat (ke masjid) pagi-pagi, dia berjalan dan tidak berkendara, kemudian duduk dekat imam dan mendengarkan khutbah dengan seksama tanpa sendau gurau, niscaya ia mendapat pahala amal dari setiap langkahnya selama setahun, balasan puasa dan shalat malam harinya”. - (HR. Tirmidzi, An-Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)

PART 2:  Bangun pagi, mandi dan berangkat ke masjid - bermakna bersegeralah bersiap dan ke masjid untuk solat subuh berjemaah
PART 3:  Duduk dekat imam - maksudnya, duduk dalam saf depan
PART 4:  Dengar khutbah dengan saksama, tanpa senda gurau - maksudnya khusyuk mendengar, faham segala yang di sampaikan, serta simpan ilmu tersebut dalam dada  

So…gurauan PART 1 ‘Malam Jumaat’ boleh dipraktikkan tapi silalah praktikkan juga PART 2, PART 3 dan Part 4 sekali.  In syaa Allah,  ‘ganjaran’ berkenaan  menjadi milik anda. :D

Barulah seperti yang disebut oleh Ustazah SNB (Siti Nor Bahyah), “ANDA BUAT ANDA DAPAT”.