Nuffnang Ads

Tuesday, December 31, 2013

Renungan sepanjang perjalanan


Apabila Allah SWT tidak mengkehendaki kita lagi…

..Allah akan sibukkan kita dengaqn urusan dunia
..Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak
..Allah akan sibukkan kita dengan urusan menjalankan perniagaan
..Allah akan sibukkan kita dengan urusan menambah harta
..Allah akan sibukkan kita dengan urusan mencari pengaruh, pangkat dan kuasa

Sekiranya kita mampu bertanya kepada orang-orang terdahulu yang menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi, sudah tentu mereka memilih tidak akan lagi bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.

..kerana tujuan kita dicipta adalah untuk menyembah dan beribadat kepada Allah SWT. Tidak akan Allah ciptakan manusia sekiranya tujuan hidup semata-mata untuk merebut habuan dunia.  Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telahpun ditentukan oleh Allah SWT.

Kita mungkin cemburu bila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, rumah besar, kereta besar…tetapi mengapa..

..kita tidak pernah cemburu melihat orang lain lebih banyak amalan dari kita
..kita tidak pernah cemburu apabila melihat orang lain bangun pada sepertiga malam, solat tahajjud dan bermunajat
..kita cemburu apabila melihat orang lain menukar kereta baru dan mewah
..tetapi jarang kita cemburu apabila melihat orang lain boleh  mengkhatam Al Quran sebulan dua kali.

Apakah ini semua petanda-petanda yang menunjukkan dunia telahpun akhir zaman. Apabila duit, harta dan pangkat mengatasi segala-galanya…

Setiap kali menyambut ulangtahun kelahiran..kita sibuk untuk menyambutnya sebaik mungkin tetapi kita lupa..dengan bertambahnya umur maka tempoh untuk dipanggil mengadap Ilahi semakin pendek. Kita  sepatutnya muhasabah mengenai bekalan ke destinasi yang mana akan kita duduki untuk selama-lamanya yang tidak memungkinkan kita kembali ke dunia semula.

Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, hisab itu benar, masyar Allah SWT itu benar, syurga dan neraka itu benar..

Ambil lah iktibar dari kejadian pokok dan mancis.  Sebatang pokok dapat membuat jutaan batang mancis tetapi satu batang mancis dapat membakar jutaan batang pokok..  Mancis mempunyai kepala tetapi tidak punya otak. Oleh yang demikian, setiap kali ada gesekan kecil, mancis akan terus terbakar. Kita mempunyai kepala dan disitu juga letaknya otak jadi kita tidak perlu terbakar dengan perasaan marah hanya kerana gesekan kecil.  Satu fikiran negatif dapat membakar semua fikiran positif.

Kitaran hidup kita kadang-kadang diumpamakan seperti burung dan ulat.  Ketika burung hidup, ia memakan ulat..ketika burung mati ulat pula yang akan memakan burung. Waktu terus berputar sama seperti kitaran kehidupan yang terus berlaku.  Jangan lah kita merendahkan sesiapa pun dalam hidup  bukan kerana siapa mereka tetapi kerana siapa diri kita.  Kita mungkin berkuasa hari ini tetapi WAKTU lebih berkuasa dari kita.
Waktu kita berjaya, kita  rasa kita punya ramai teman di sekeliling kita.
Waktu kita sakit, kita baru tahu bahawa sihat itu amat berharga jauh melebihi harta.
Waktu kita tua, kita baru tahu bahawa masih banyak lagi perkara yang belum kita kerjakan dan setelah tiba di ambang ajal, baru kita tahu begitu banyak waktu yang terbuang dengan sia-sia.

Jadikan perjalanan hidup kita lebih BERHARGA. Hidup biar saling menghargai, saling membantu, saling memberi dan juga saling menyokong. Temani hidup ini tanpa banyak soal dan syarat. Believe in ‘Cause & Effect”. Apa yang ditabur, itulah yang akan kita tuai.

Ya Allahu Rabbi…
Jadikanlah kami orang-orang yang bijak dan bertaqwa. Aminn..

Semoga hari-hari seterusnya, perjalanan kita diisi dengan amalan yang membolehkan kita mendapat ribuan rahmat berbanding daripada hari-hari yang kita tinggalkan. In syaa Allah.


Muhasabah vs KPI

Waahhh...lama sungguh tak bersiaran. Tau-tau dah penghujung tahun 2013. Biasa lah..asalkan hujung tahun saja ramai yang sibuk nak habiskan cuti tahunan. Makcik dah terbiasa dari dulu. Merancang cuti sejak awal tahun. Jadinya bila cukup hujung tahun cuti pun dah tak berapa nak ada. :D  Jadinya dihujung-hujung ini terpaksa mengadap rasa sunyi di ofiz.  Apa yang sedihnya..asalkan hujung tahun, masa itu rasa tak cukup tangan.  Mana nak habiskan kerja sendiri...mana pulak nak 'substitute' kerja orang. Semua benda nak kena cover, Repot itu..repot ini..haish. :'(

Sempena haribulan terakhir tahun 2013 (31/12/2013) ini, mari lah kita sama-sama muhasabah diri. Cerita ini sangat-sangat memberi kesan untuk kita 'evaluate' diri kita sepanjang perjalanan hidup ini. Di mana status KPI (Key Performance Indicator) yang selama ini.


 

Seorang pemuda tergesa-gesa masuk ke sebuah kedai runcit di sebuah pekan kecil. Setelah dia membayar satu tin minuman dan mendapatkan baki duit syiling, dia terus mendapatkan set telefon berbayar yang terletak dihujung kaunter tadi. Sungguh berhati-hati dia mendail dan mula berbual. Tuan punya kedai runcit turut memasang telinga mendengar perbualan pemuda berkenaan.

Pemuda: "Puan, bolehkah saya mendapat pekerjaan memotong rumput di halaman rumah puan?"

Puan: "Saya sudah ada pekerja..".

Pemuda: "Puan boleh membayar saya separuh upah dari orang itu".

Puan: "Saya amat berpuas hati dengan hasil kerja pekerja saya itu".

Pemuda (merayu): "Saya akan menyapu dan membersihkan halaman rumah puan dan saya jamin di hari minggu halaman rumah puan akan jadi yang tercantik di antara rumah-rumah yang berada di situ".

Puan: "Tidak, terima kasih".

Pemuda tadi terus meletak kembali gagang telefon. Tuan punya kedai runcit turut bersimpati, dan mendekati pemuda tadi.

Pemilik Kedai: "Anak muda, aku suka sikapmu, semangat positifmu, dan aku ingin menawarkanmu pekerjaan".

Pemuda: "Tidak. Terima kasih sajalah Pak Cik!".

Pemilik Kedai: "Tapi tadi kedengarannya kamu sangat memerlukan pekerjaan".

Pemuda: "Oh, itu. Sebenarnya Pak Cik, Saya cuma mahu memastikan apakah kerja yang selama ini saya lakukan memuas hati majikan saya atau tidak. Sayalah tukang kebun yang bekerja untuk puan dalam telefon tadi!"

Hebat Pemuda tadi! Kita juga patut menilai prestasi kerja yang kita lakukan sepanjang tahun 2013 untuk memastikan kualiti yang lebih baik lagi pada tahun 2014 dan tahun-tahun seterusnya.
 

"WAKTU adalah seperti sungai, kita tidak boleh menyentuh air yang sama untuk kedua kalinya, kerana air yang telah mengalir akan terus berlalu dan tidak akan pernah KEMBALI".

Disamping prestasi kerja, prestasi kita dengan segala amal jariah juga memang satu kewajipan untuk dinilai. Sekiranya tidak boleh menjadi yang terbaik, sekurang-kurangnya kita sentiasa mencuba menjadi yang lebih baik.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2014!