Nuffnang Ads

Friday, May 9, 2014

Perlukah merujuk kepada perkara ganjil@pelik untuk membuktikan kebenaran Islam



Sesetengah  orang cenderung untuk mengaitkan perkara pelik yang berlaku pada satu-satu kejadian untuk mengukuhkan kebenaran Islam.  Hakikatnya, kita tidak perlu membenarkan perkara pelik untuk mengukuhkan pegangan kita terhadap Islam.  Cukup dengan Al Quran dan Hadis.

Menjadi ‘trend’ masakini  memuatnaik gambar-gambar yang seakan  tulisan kalimah Allah pada kejadian-kejadian tertentu.  Mungkin perkara ini kita boleh lihat, tetapi tidak boleh menjadikannya sebagai hujah dan bukti tentang kebenaran Islam.  Ini  adalah kerana Islam itu  sudahpun terbina dengan teguh dan benar.  Bukan atas perkara ganjil.


Kejadian pelik itu bukan untuk dimuliakan. Ambillah sebagai  iktibar bahawa keganjilan itu sebagai ciptaan Allah SWT.  Kebenaran Islam bukan kepada keganjilan yang terjadi.  Bukan kerana muncul kalimah Allah di sana sini, tetapi kebenaran Islam itu dari Al Quran dan Hadis  yang disampaikan oleh Rasulullah saw.

Marilah kita berfikir agar kita tidak tertipu oleh syaitan dan syaitan manusia, yang memuji dan membenarkan Islam, tetapi  dalam masa yang sama menyekutukan Allah SWT.

Wallahua’lam.